Selasa, Julai 21, 2009

Harimau Bintang

Seperti yang di komen oleh Kak KL Citizen terhadap tarikh lahir aku. Benda ni kalau nak tau dia tengok kat dalam tempayan sakti dia. Esok malam aku nak pinjam bawak pegi Uptown Kota Damansara. Nak bukak booth. Sapa nak tengok apa karekter dia kena bayar. Kalau dia tak bagi aku ngap karekter kucing dia wat sarapan pagi. Huuhhh....

"anda lahir pada 5 April, haiwan berdasarkan hari lahir anda adalah Harimau Bintang

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm?kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari."

Komen terhadap karekter aku.

1) Aku seorang yang misteri
Tak dinafikan memang aku suka tengok misteri nusantara tapi bab aku misteri ni memang adalah sikit-sikit dan adakalanya jadi banyak. Masa dulu arwah mak aku pernah cakap aku ni susah nak ramal segala tindakan dan keputusan aku. Dia cakap tu selepas satu peristiwa. Lepas SPM aku layak untuk ke Ting 6. Aku kena sekolah Ting 6 tu kat Sek Men Jengka 2. Mula tu aku mmg dah agree lah nak masuk sebab tunggu panggilan semua tak dapat. Mak ngan apak aku sibuk beli semua keperluan asrama aku. Tiba masa hari kena masuk asrama aku lepak sehari je kat sekolah tu. Pastu aku balik dan malas dah nak sekolah. Sebab masa kat sekolah tu aku dok pikir macam2. Rimaslah, semak kepalalah dan macam2 lagi. Last2 aku balik umah jadi penanam anggur berkaliber selama setahun.

2) Berhadapan dengan tekanan dengan tenang
Memang aku ada kelebihan ni. Nak kata banyak tu taklah tapi still bolehlah nak kayuh slow-slow kalo dok kena preasure cam tayar basikal tu. Petuanyer senang je. Buat sesuatu tu berdasarkan segala kemampuan kita. Kalau rase dah tak boleh pegi wat je bodoh. Kalau nak layan diorang punya preasure sampai bila2 pun tak abes. Tau diorang punyer preasure je. Aku punya preasure takkan nak letak umah kebajikan kot.

3) Menghadapi senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk
Benda ni susah sikit nak cakap. Sebab aku ni dalam golongan misteri dn sukar dijangka segala tindakan dan keputusan aku, benda ni macam tak berapa tepat untuk diri aku. Kalau nak tau tanyer anak2 buah aku camne kalau ada yang cuba menguji kesabaran aku.

4) Bersifat kejam
Emmm... ada sikit-sikit tapi bergantung pada keadaan. Kalau orang tu kejam dengan aku memang aku akan ada sikit kejam ngan diorang. Tapi kekejaman aku belumlah sampai ketahap Pol Pot, Ariel Sharon ataupun Rodovan Karadzic. Kejam aku ni masih boleh diterima akal ler. Antara kekejaman yang pernah aku lakukan. Menyiksa sehingga mati seekor nyamuk ketika senja nan merah diufuk timur masa aku berumur 3 tahun, bertindak melastik seekor memerang yang masuk kat kolam bapak aku, mengamuk dengan menggunakan sebilah parang dengan membelasah pokok pisang yang mak aku tanam kat belakang umah dan yang terakhir, kekejaman yang tak mampu dimaafkan seantero dunia. Menghantar email ke Hot FM bagi panggilan hangit keatas seseorang. Sampai skang ni dia tak kena lagi. Hehheheh....

5) Bergosip
Yang ni lagi aku tak paham. Agaknyer tempayan akak ni salah terima input kot. Selamba kodok je cakap aku suka bergosip. Esok pagi2 akak bawak tempayan tu pegi calibrate ok. Tune dah lari tu. Tak ganas langsung Harimau Bintang suka gosip.

6) Teratur dan kemas
Emmm.. kemas ke... aku rase aku sempoi dan selekehlah. Harimau kumbang mane boleh kemas dan teratur. Kalo kemas dan teratur tu baik aku tukar jadi Harimau Akar. Kecik dan comel macam anak kucing parsi.

7) Mahu sesuatu ikut cara aku
Yang ni aku akui, aku memang macam ni. Tapi bergantung pada keadaan jugak. Selalunya aku begini kalau dengan supplier aku. Takpun dengan sesapalah yang rase aku camtu.... Hehehehhe

8) Orang pertama yang dicari
Yuppppssss... Memang betul. Kalo time kawan-kawan ada poblem menag aku ler tempat diorang luahkan poblem diorang baik yang ok atau yang dh wat kesilapan besar. Ada yang cakap aku pendengar setia tapi pada aku aku hanya pendengar setia Sinar.FM. Pastu ada jugak yang cakap bila cite poblem ngan aku, aku blh bagi nasihat. Percayalah, semua nasihat tu palsu belaka.. Muahahahhahah.... Yang lagi best ada yang luahkan poblem pastu minta aku settlekan. Chehhhh.. yang ni lagi aku terharu. Nak menangis aku bila ada yang cite camni. Kalau ada poblem ngan awek pastu suh aku take over awek diorang alrightlah jugak. Ini poblem kantoi ngan awek sebab bercanda ngan awek lain suh aku settlekan. Kuang asam betullll....

Itulah 8 jenis karekter aku mengikut pendapatan tempayan sakti Akak KL Citizen.

10 Juri Propesional:

Eyna's berkata...

Mcmane nak buat nye...nak gak main2 buat utk tarikh lahir sendiri....

a kl citizen berkata...

hahaha ...tempayan sakti tula yang bagi idea entri ni, echam ooi..

suruh kengkawan bukak account kat facebook, adalah benda application ni..

harimau yang suka gosip xde? sape kata? FB kata echam harimau yang suka bergosip..

ok..nanti akak hantar bil...

sonata anak kancil berkata...

takut dengan harimau bintang!!! mati kalau dia terkam kat aku !

maiyah berkata...

hehe.. tapi bab gossip tu bleh tukar perkataan celoteh kot

zai berkata...

Salam Echam..
sebenarnya dalam islam..tidak ada kepercayaan spt itu..Mmg jelas nyata kaum kafir sentiasa nak menyesatkan org islam dan syirik kepada Allah..sedangkan dlm islam menyarankan kita menamakan anak2 dgn nama2 islam yg baik2 disamping didikan yg baik agar terbentuk menjadi akhlak yg mulia.,mana boleh sifat manusia nak disamakan dengan sifat2 seekor binatang mcm hari lahir kita tu...sebab tu sekarang ramai berperangai macam tu kot sbb nak mengikut sifat2 binatang yg menjadi BINTANG atau ZODIAK..

Spptnya binatang tu yg kena refer tengok BINTANG dan ZODIAK manusia agar mereka lebih kenal sifat2 manusia ..:)

...Wallahualam..

relevan berkata...

Tengok kau ok jerr..tak ada lah ganas sangat..

blur " ~ " specky o_O berkata...

ehem...ehemmm....

Dida... berkata...

Salam...

Bab zodiak tu... komen saya.. baca boleh.. pcy jangan... sbb dia adalah serupa mcm ilmu ramalan.. dah lebih kurang hampir kpd syirik... Naudzubillah... kalau terkena dgn sifat kita sikit2 tu... mgkin scr kebetulan je... takde yg lebih hebat dr Ilmu & Kejadian Allah...

Err... awk 5 Apr?? saya 4 hr lahir dulu sblm awk... heheheh... promote la plak... :)

ummi humaira berkata...

"pegi Uptown Kota Damansara. Nak bukak booth." tempat nie dkt sangat dgn teratak ummi .. biar betul , nnti ummi g cari tak de pula .

Fadh berkata...

hah mcm2...jgn percaya sgt weh...kang lain jadi nyer!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.