Isnin, Julai 13, 2009

Sesi Mengarut oleh Tukang Karut

Dah dekat seminggu aku tak update blog. Sebenarnyer aku takde idea. Jin idea belaan aku outstation plak. Dia nak minta cuti tahun sebab asek kena keje je siang malam. Sebagai tuan yang agak menyenangi dan menghargai pekerja nak tak nak aku kenalah bagi cuti kat jin idea aku tu. Kesannyer, tak berupdate blog aku. Aku try jugak berubat kampung, jumpa mamak kedai bawah ni, pegi Mydin sebab nak pulihkan idea aku ni. Tapi semuanyer takde hasil lagi. Cuma 1 benda je aku belum buat lagi. Bercakap ngan Optimus Prime tentang poblem aku ni. Aku takut bila aku cakap kang Amin pun tak boleh cari makan. Baik aku cuba settlekan sendiri semua poblem ni. Lagipun aku takut gak mengadu domba ni. Silap gaya mau aku dapat gelaran Tukang Karut se Malaya kang. Bukan tak minat tapi seganlah.

Malam ni aku lepak je kat umah sambil layan blog ngan tengok TV. Banyak gak blog aku ronda smpai boleh kata 2 kalilah aku isi minyak. Korang ingat tak penat ke meronda ni. Dalam dok meronda ni aku tengok banyak betul orang dapat award. Emmm... best jugakkan bagi org award. Tapi yang poblem paling besar aku ni jangan kata nak bagi award, nak buat award pun tak tau camne. Bagi piala Johan lari dalam guni kat org aku retilah. Pastu kalo main tikam lagilah aku terer. Itu belum masuk terer makan penyangkut baju tanpa bunyi lagi. Tau-tau aku je yang berbunyi... ADOIIIII!!!!!

11 Juri Propesional:

Dzulkarnain Mohamad berkata...

tengok sekali alignment. kang makan sebelah pulak tayar.

Dida... berkata...

karutan yg berjaya menyenakkan perut saya ketawa... awak ni mcm2 la... kalau tak ada idea cuba pergi cari idea tu kat pantai ke.. bertapa di atas bukit ke.. mesti idea2 yg best2 datang..

idea saya dtg x tentu masa..kadang2 time nak tdo tu.. time tu la dia datang... tp bila nak taip esok paginya... terus lupa... keluar plak idea lain.. moga awak tak terus ketandusan idea... dan terus berkarya ok..

mazru(9m2mzr) berkata...

bila dah kering idea mula ar nak ngarut..takpe janji update..hehehehe

kakpah berkata...

salam pagi. haha.. dalam takde idea pun dapat juga satu entry. Takyah nak pikir-pikir sangat nak cari idea ni echam.. main hantam saja la labuuu...

zetty berkata...

buat laa award...nnti leh bg org....aa..klu xtau wat award...gune jerr la award y org dh bg...hehehe..peace...

Webmaster berkata...

Zul,
Koi pakai tayor mati. Tak payah chekkkk...

Dida,
Dalam banyak2 cadangan awak tu saya nak try bertapalah. Bertapa sambil ada laptop kata atas riba. Baru nama komputer riba kannn... Ehhh.. bertapa syle apa daaaaa camtu. Tak klasik lah plak.

Mazru,
Time kering idea memang macam tu. Banyak pulok idea mengarut keluor...

Kak Pah,
Salam pagi, Kak Pah jangan lupa tau pagi ni tulis nota... Hehhehe... Sampai ke sini saya usik kak pah..

Zetty,
Emmm.. boleh ehhh award yang org bagi.. emm... ok2.. nanti saya try.. hik2

a kl citizen berkata...

oo... jin idea awak cuti ya...
tu la, kenapa berharap pada jin seekor je...

belalah jin2 yang lain, jin ilham ke , jin modal ke...

macam akak kan... ada jin macam2

zai berkata...

Salam Webmaster..
yeke susah nak cari idea, akak thought dlm alam cyber lah paling senang nak cari info..with one click everything mai bertandang depan mata..tak gitu..??? akak suka isu dokumentari..so rasa2nya tak susah sgt nak cari, ade sesetengah orang tu satu hari sampai 10 entri pun leh buat...terer betul..

Don Balon berkata...

aok cerita la hey durian ke..bukit bintang dalam gelangi tu ke..
bukit jalil pun ada weh dalanc gelangi..kuikui

relevan berkata...

Award?..ko cilok jer mana2 award kt mana2 blog ..ada banyak wehh..ko bg kwn dn kwn bg kat ko ..hehehe..

relevan berkata...

Lor..wehh..tu dah ada award kt blog ko te..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.