Rabu, Ogos 12, 2009

Berapa Ramai Lelaki Boleh Jadi Imam???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

14 Juri Propesional:

endiem berkata...

setuju amat... kadang2 koi memasak juga..

Don Balon berkata...

Pedas ni echanc...kuikui

Saliza berkata...

Kena buat mou sblm kahwin ni, pompuan kena pandai masak n lelaki kena jd imam...

Eyna's berkata...

Koi stuju 1005 apa yg aok cakap tu e-cham... sbb tak ramai lelaki mampu manjadi imam sekarang ni...

ZOOL@TOD berkata...

Setuju, setuju dan amat setuju.

a kl citizen berkata...

wah .. bab yang ini , cik abang-cik abang yang tak solat jumaat tu... mesti angkat punggung dan blah ni...

maiyah berkata...

salam.. tapi saya rasa suma lelaki tahu prosedur camna nak jadi imam nih tapi mereka tak selalu buat, bukannya susah cuma memimpin sembahyang bersama keluarga sendiri pun dah kira ok ler tu

Kamria berkata...

Bagus isu nih... menyedarkan semua kaum lelaki Islam bahawa tanggungjawabnya terhadap keluarga amatlah berat... Bapak saya masa sy bawa balik boyfriend sy (hubby sy la skang ni) kat umah untuk sesi perkenalan... disuruhnya bf sy ni jadi imam dulu...Nasib baik ok .. he hee... Tak tau la dia wat tak benda yang sama kat bf adik2 sy?.. he..he..

Kamria berkata...

Bagus isu nih... menyedarkan semua kaum lelaki Islam bahawa tanggungjawabnya terhadap keluarga amatlah berat... Bapak saya masa sy bawa balik boyfriend sy (hubby sy la skang ni) kat umah untuk sesi perkenalan... disuruhnya bf sy ni jadi imam dulu...Nasib baik ok .. he hee... Tak tau la dia wat tak benda yang sama kat bf adik2 sy?.. he..he..

Webmaster@Echam berkata...

Salam Semua,

Endiem,
Koi pun salu masak kat umah. Masak meggi.... hehhehe

Don,
Hehhehe.. sesekali kasi hangat sikit.

Cikgu Saliza,
Koi setuju. Tapi koi takde mou ni ngan bini koi. hikhikhik....

Eyna,
Betol tu. Kalo time nak suh jadi imam siap bertolak2.

Zool,
Sangat setuju...

Akak KL,
Hehhehe.. teringat satu posting akak pasal ada lelaki tak sembahyang jumaat smbil lepak kat Mc D ke KFC... saya tak ingat. Betullah, mesti diorang blah kalo baca ni.

Kak Maiyah,
Betul tu semua tau tapi tak ramai yang berani baca Al Fatihah secara kuat terutama waktu Subuh, Maghrib dan Isyak.

Kem,
Masa aku mula2 pergi kenal keluarga Mem aku dulu aku dh prepare benda ni. Tapi diorang takdelah suruh aku jadi imam. TAPI kalo aku ada perempuan pasni, time dia bawak pakwe dia datang memang aku suruh lelaki tu jadi imam semua solat selagi dia lepak kat umah aku.

kakcikseroja berkata...

Alhamdulillah.. anak kakcik si Along dah jadi imam kat masjid sekarang.. Tapi, yang tak tahan tu, bila dia dah mula sebut pasal nak kahwin.. Umur baru nak masuk 22 tahun bulan 9 nanti..... ececececeh...

Webmaster@Echam berkata...

Kak Cik,
Oklah tu. Dia dah teringin nak jadi imam keluargalah plak... hehhehe...

relevan berkata...

Kwn jd imam utk keluarga kwn lepas..tp kalu memasok..semua anok bini kwn tak mboh selera nak mkn..tak tau ngape..he he

AzMas berkata...

setujuuuuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.