Isnin, Ogos 10, 2009

Malas Tahap Cipan Sarkas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat Rajin belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari Seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku paling malas.

Katanya : “saya adalah yang paling malas”

Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut :”kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas awak?”

Maka jawabnya : “Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata:

“Saya lah yang paling malas tuanku”.

Raja pun bertanya, : “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

budak itu pun menjawab........

“Nak cite pun malas”.

10 Juri Propesional:

relevan berkata...

Kwn bila tiba jer hari isnin mula lah malas belaka nak buat benda..pusing sana sini ngulo belingko..he he..dengor pulok cite kompeni tak bagi bonus dkt raya ni..lagi lah tambah malas..wehh echam,,bila projek nak jalan ni..?..

Webmaster@Echam berkata...

Abg Syed,
Aaahhh aok.... apa kata kalo awak start keje ari selasa. Isnin tu aok cuti. Jadikan Isnin tu cuti umum aok. Wehhh, koi balik Kota Gelanggi 23hb ni. 24hb tu koi pegi Jerantut cari aok. Koi ade cerita cikit ni.

zai berkata...

isk..isk..isk..hebat sungguh penangan malas nikan smpi kak zai nyesal plak baca N3 nie..Malas la nak teruskan membaca sbb malas nak komen panjang2..

Kamria berkata...

Orang malas selalu rugi...chewah mcm la aku ni rajin sgt... Ntah apa la yang raja tu nak dari orang yang malas ekk...?

hai berkata...

agak2nya ada tak orang yang malas nak hidup??

AzMas berkata...

koi pun malas

Dida... berkata...

hehehe... lawak22222...

(malas nak komen, boleh gitu?) :p

miss GAZA berkata...

haha
malas nak cakap banyak!
=P



bro,
ni link terbaruku..

http://missgazza.blogspot.com/

link lama dah xleh pakai.
huh!
panjang critanya..
tapi malas nak crita.
heee
jemputla ziarah cam biasa ek..
=)

maiyah berkata...

salam.. tahap malas saya ialah bila tido malas nak bangun heeee

relevan berkata...

Orait echam..roger..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.