Isnin, September 28, 2009

Jalan BN

Gambar ni aku snap kat jalan Jeli - Gua Musang. Macam haram. Muahahhahahah........


Ahad, September 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum w.b.t

Bagi menyempurnakan titah perintah para Moderator setelah diperkenankan oleh para-para follower sekelian maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa kami para Moderator ECHAM.Com ingin memohon jutaan ampun dan maaf diatas segala keterlanjuran kata dan posting-posting yang telah menyinggung hati dan perasaan para pembaca dan follower sekelian.

Di kesempatan ini juga kami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan follower yang tak jemu-jemu dok baca blog ntah hapa-hapa ntah ini. Harapan kami semoga anda berhati-hati dijalanraya dan kami doakan perjalanan anda selamat dan diberkati olehNYA. I'allah berjumpa kita kembali dengan selamat pada hari Selasa 29/9/2009 akan datang. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

Jumaat, September 18, 2009

Cara elak komputer kena VIRUS!!!!

Apa kata korang try. Kalau guna teknik ni tak payah nak beli anti virus dah. Mahal sangat antivirus tu. Guna tekni \k ni baru RM1 takpun kalau guna yang murah baru RM0.30... hehheheh


Khamis, September 17, 2009

Contoh Surat Permohonan Poligami

Ada berani ke yang buat camni. Kalau berani silakan.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ..... Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki

Rabu, September 16, 2009

Selingan


Kad Raya

Entry ni dah aku paku ke dinding blog aku ni. Entry yang baru-baru kat bawah sana.



Bukak-bukak blog tgk2 dapat kad raya dari Kak Maiyah. Terima kasih ye kak sebab senang-senang je bagi kad raya.. Hehhehe.. Saya doakan semoga akak akan terus tabah meniti perjalanan hidup yang masih panjang ni. Semoga Kak Maiyah terus ceria sokmo......



Yang ni pulak dari Kak Cik Seroja. Terima kasih ye kak cik. Semoga Kak Cik sehat dan ceria selalu....



Yang ni pulak dari Dato Nad. Terima kasih Nad. Segala jasa baik anda didahului dengan ucapan Selamat Hari raya.



Yang ni pulok dari rodong Eyna. Time kasih rodong. Selamat Hari Raya Aidilfitri.




Yang ni pulak kad raya dari Koyuki. Siap tertulis nama gua lagi.




Ni pulak muka surat kedua. Ada plak masa dia nak edit gambo2 kad ni. Nampak sangat dia tgh takde keje.



Yang paling aku best aku dapat duit raya sekali. Camne nak tukar nih. Kalau tukar ni dah lepas duit minyak nak balik kampung. Tapi kalau pegi tukar kang silap2 aku beraya kat Lokap Sg Buloh lah plak. Terima kasih Koyuki atas tanda ingatan ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Balik kampung hati-hati. Jangan memandu sambil goreng gitar. BAHAYA!!!!




Yang ni E-Kad dari Azmas. Siap hantar pakai posto lagi. Terharu koi. Terima kasih banyok-banyok. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin.



E-Kad dari Kam. Terima kasih banyak-banyak. Selamat hari raya Aidilfitri untuk Kam sekeluarga.



Kad dari Bujang Susah. Terima kasih Bujang. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Selasa, September 15, 2009

Cubaan BOM Osama

Isnin, September 14, 2009

Indra Shahrir - Selamat Hari Raya

Dulu masa kita kecik kita tak pernah tau erti kesedihan di hari raya. Masa aku kecik, aku heran bila time hari raya arwah mak aku menangis. Tapi aku tak pernah tanya kenapa? Bila aku besar baru aku faham sebenarnya apa yang mak aku tangiskan itu ialah sbb dia rindu kat ahli keluarga yang dah lama pergi. Mungkin kenangan raya lama-lama dia buat dia menangis. KINI aku pulak yang rase macam tu bila di pagi raya. Kenangan-kenangan disepanjang jalan kehidupan.......


Sudah di jauh hari
Anak-anak bising tak henti-henti
Kita tentukan baju, kasut baru
Untuk dipakai nanti di hari
Hari yang mulia aidilfitri

Emak pun sibuk memasak
Ketupat dan rendang dan sayur lemak
Wajik dan kuih lapis, roti renjis
Ah Chong, Mamat dan Johnny, Mutusamy
Sama-sama makan hidangan kami

( 1 )
Selamat (Selamat)
Hari Raya (Hari Raya)
Selamat (Selamat)
Aidilfitri (Aidilfitri)
( 2X )

Fakir di hari raya
Semua orang nampak hati gembira
Sudah pergi sembahyang hati riang
Saling berjabat tangan bersalaman
Pada ayah bonda serta jiran

Suka (???) cuti sekolah
Sesama murid di satu darjah
Kami tidak kan lupa, juga nenda
Saling bermaaf-maafan zahir batin
Ucap minal aidil walfaizin

( ulang 1 2X )

Spesis 'Mengancam dan Terancam'

Mungkin setiap hari kita banyak jumpa spesis ni. Pergi makan sama-sama tapi bayar sorang-sorang. Selama aku keje kat sini, generasi-generasi yang lepas banyak perangai camni. Tapi generasi skang dah ok. Time order makan, order macam nak rak tapi bile time bayar buat bodoh. Aku gelarkan spesis ni MENGANCAM sebab bakal mengancam keselamatan poket aku kalau tak dicantas dengan segera. Kalau sekali dua bolehlah tahan tapi kalau setiap kali aku je yang support ko apahalllll. Ko ada kena pertalian darah ke dengan aku. Kadang-kadang aku cuba elakkan diri dari keluar dengan spesis camni. Terutama sekali keluar pergi makan. Kalau dah terpaksa sangat masa nak kira tu aku cepat-cepat cakap kira asing2. Kalau spesis ni yang cakap dulu sah2 dia cakap kira 'sekali'. Aku pun pelik bila spesis camni takde reti malu suh org belanja dia. Kalau akulah, aku cukup malu bila org belanja aku. Terutama sekali kalau anak buah aku yang bayar. Pergghhh.. rase cam nak tutup muka je time kuar dari kedai tu.

Dulu kat JB aku ada sorang member. Semua orang susah nak keluar makan dengan dia. Sebab bila makan je semua dia nak bayar. Ni spesis yang 'TERANCAM'. Sampai skang ni pun kalau aku jumpa dia dia still nak bayar. Sampai kadang2 kalau dia nak jumpa aku malam-malam aku siap2 makan kenyang kat umah. Then sampai je kat kedai aku minum air je. Kalau minum air tu takdelah rase sangat org belanja. Kalaulah spesis MENGANCAM yang kata atas tu jumpa spesis yang TERANCAM ni, aku confirm spesis MENGANCAM tu akan melancong ke Eropah tahun depan dan balik hari menggunakan Kelas Pertama Penerbangan EMIRATES.........

Ahad, September 13, 2009

Dua Rakaat Settle All Masalah (Dr Sam)

Aku pernah dengar tazkirah tentang ni tapi tak sempat nak catatkan butir-butirnya. Artikel ni aku copy dari Blog Pakcik Gaya Peneroka

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Sabtu, September 12, 2009

If We Having 4 wives....???

Dahulu kala... Ada seorang raja yang mempunyai 4 isteri.

Raja ini sangat mencintai isteri keempatnya dan selalu menghadiahkannya pakaian-pakaian yang mahal dan memberinya makanan yang paling enak. Hanya yang terbaik yang akan diberikan kepada sang isteri.

Dia juga sangat memuja isteri ketiganya dan selalu memamerkannya ke pejabat-pejabat kerajaan tetangga. Itu karena dia takut suatu saat nanti, isteri ketiganya ini akan meninggalkannya.

Sang raja juga menyayangi isteri keduanya. Karena isterinya yang satu ini merupakan tempat curahan hatinya, yang akan selalu ramah, peduli dan sabar terhadapnya. Pada saat sang raja menghadapi suatu masalah, dia akan mengungkapkan isi hatinya hanya pada isteri ketiga karena dia bisa membantunya melalui masa-masa sulit itu.

Isteri pertama raja adalah pasangan yang sangat setia dan telah memberikan kontribusi yang besar dalam pemeliharaan kekayaannya maupun untuk kerajaannya. Akan tetapi, si raja tidak peduli terhadap isteri pertamanya ini meskipun sang isteri begitu mencintainya, tetap saja sulit bagi sang raja untuk memperhatikan isterinya itu.

Hingga suatu hari, sang raja jatuh sakit dan dia sadar bahwa kematiannya sudah dekat.

Sambil merenungi kehidupannya yang sangat mewah itu, sang raja lalu berpikir, “Saat ini aku memiliki 4 isteri disampingku, tapi ketika aku pergi, mungkin aku akan sendiri”.

Lalu, bertanyalah ia pada isteri keempatnya, “Sampai saat ini, aku paling mencintaimu, aku sudah menghadiahkanmu pakaian-pakaian yang paling indah dan memberi perhatian yang sangat besar hanya untukmu. Sekarang aku sekarat, apakah kau akan mengikuti dan tetap menemaniku?”

"Tidak akan!" balas si isteri keempat itu, ia pun pergi tanpa mengatakan apapun lagi.

Jawaban isterinya itu bagaikan pisau yang begitu tepat menusuk jantungnya.

Raja yang sedih itu kemudian berkata pada isteri ketiganya, “Aku sangat memujamu dengan seluruh jiwaku. Sekarang aku sekarat, apakah kau tetap mengikuti dan selalu bersamaku?”

"Tidak!" sahut sang isteri. "Hidup ini begitu indah! Saat kau meninggal, akupun akan menikah kembali!"

Perasaan sang rajapun hampa dan membeku.

Beberapa saat kemudian, sang raja bertanya pada isteri keduanya, “ Selama ini, bila aku membutuhkanmu, kau selalu ada untukku. Jika nanti aku meninggal, apakah kau akan mengikuti dan terus disampingku?”

"Maafkan aku, untuk kali ini aku tidak bisa memenuhi permintaaanmu!" jawab isteri keduanya. "Yang bisa aku lakukan, hanyalah ikut menemanimu menuju pemakamanmu."

Lagi-lagi, jawaban si isteri bagaikan petir yang menyambar dan menghancurkan hatinya.

Tiba-tiba, sebuah suara berkata:

"Aku akan bersamamu dan menemanimu kemanapun kau pergi." Sang raja menolehkan kepalanya mencari-cari siapa yang berbicara dan terlihatlah olehnya isteri pertamanya. Dia kelihatan begitu kurus, seperti menderita kekurangan gizi.

Dengan penyesalan yang sangat mendalam kesedihan yang amat sangat, sang raja berkata sendu, "Seharusnya aku lebih memperhatikanmu saat aku masih punya banyak kesempatan!"



Dalam realitanya, sesungguhnya kita semua mempunyai ‘4 isteri’ dalam hidup kita....

‘Isteri keempat’ kita adalah tubuh kita. Tidak peduli berapa banyak waktu dan usaha yang kita habiskan untuk membuatnya terlihat bagus, tetap saja dia akan meninggalkan kita saat kita meninggal.

Kemudian ‘Isteri ketiga’ kita adalah ambisi, kedudukan dan kekayaan kita.
Saat kita meninggal, semua itu pasti akan jatuh ke tangan orang lain.

Sedangkan ‘isteri kedua’ kita adalah keluarga dan teman-teman kita. Tak peduli berapa lama waktu yang sudah dihabiskan bersama kita, tetap saja mereka hanya bisa menemani dan mengiringi kita hingga ke pemakaman.

Dan akhirnya ‘isteri pertama’ kita adalah jiwa, roh, iman kita,

yang sering terabaikan karena sibuk memburu kekayaan, kekuasaan, dan kepuasan nafsu.
Padahal, jiwa, roh, atau iman inilah yang akan mengikuti kita kemanapun kita pergi.

Jadi perhatikan, tanamkan dan simpan baik-baik dalam hatimu sekarang!
Hanya inilah hal terbaik yang bisa kau tunjukkan pada dunia.

Jumaat, September 11, 2009

CANTAS Advanced II

Untuk geng-geng sawit. Koi kena beli ni untuk Apak koi. Senang keje. Nama alat ni CANTAS. Di bangunkan oleh MPOB untuk kemudahan peneroka FELDA tapi harga agak mahal dalam RM3600. Tu sebab tak dapat sambutan. Mahal ngat regenyer....

Khamis, September 10, 2009

BANGSA PRIMITIF!!!!! TAKDE TAMADUN!!!!!!

Salam semua. Sejak 2 3 hari ni banyak blog post kan tentang gambar BANGSA PRIMITIF kat bawah ni. Pada aku BANGSA ni tak sedar diuntung sebenarnyer. Nak sapu rakyat Malaysia kunun. Yang rakyat diorang berlambak merempat kat negara ni apa kejadahnyer. Dahlah peningkatan jenayah sbb BANGSA ni. BANGSA ni dok kat Malaysia bolehlah nak makan. Kalau dok kat INDON tu jangan kata nak keje. Nak makan pun minta sedekah. Memang HARAM betul BANGSA ni....

Ada satu cerita nak kongsikan. Baru ni ada sorang brader datang servis basikal TAKASIMA aku. Dia cakap dia punyelah benci ngan BANGSA ni sebab BANGSA ni main taktik kotor kalau berniaga. Jenis tak ingat dosa pahala. Patutlah BALA BENCANA datang silih berganti. Brader ni dulu ada mini market kat area Puchong. 5 Tahun dia berniaga kat situ. Dari start kedai runcit kecil-kecilan sampailah tahap dia ada mini market dia sendiri. Tak lama lepas tu datanglah BANGSA ni buka kedai dalam kawasan tu. Bukan setakat nak buka kedai tapi nak lingkupkan bisnes orang Malaysia sekali. Cara dia buat brader tu cakap senang je. Satu hari waktu dia takde kat kedai BANGSA ni datang mini market dia sama dengan SORANG Pak Aji yang PAK AJI dari mane ntah. Pastu dia masuk dan pusing je kedai tu dari start pintu masuk sampailah keluar dipintu yang sama. KEPUTUSANNYA???? Seminggu lepas tu takde orang yang datang kedai dia. Sampailah ke 2 minggu ada sorang pelanggan dia call dan tanya kenapa dia dah lama tak buka kedai. Mengucap panjang dia bila orang cakap camtu. Tak lama pastu perniagaan dia lingkup sebab takde orang datang kedai dia. Dan sekarang ni brader ni tengah sakit sebab terpaksa menaggung kerugian akibat perniagaan dia dulu. Pada aku BANGSA ni memang KURANG AJAR!!!! BANGSAT PUNYA INDON!!!!!!

Bahasa aku agak kasar sebab aku dah muak tengok BANGSA ni merempat kat Malaysia.


Jangan sembang-sembang lagi tauuuuu..........

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berku
man dang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak
.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam kehara
man .

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak
@ menonton TV. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagai mana untuk memasukinya.

Rabu, September 09, 2009

Pesanan Hantu Raya



Selasa, September 08, 2009

Kat Pasar Ramadhan & Surau

Sejak dari minggu lepas aku banyak lepak pasar ramadhan cari-cari juadah sambil usha makwe-makwe yang jual kat gerai tu. Balik je keje ambik mem terus lari pegi sana. Lambat je paham2 jelah jalan KL ni. Dah macam anai-anai nak jumpa Ratu punya panjang Q. Itu belum masuk ada yang jenis sayang nak guna otak. Jenis suka potong Q kalau jem. Ntah apa2. Perangai tahap Jahiliyah betul. Abu Jahal dulu pun reti beratur kalau naik unta.

Dalam dok mencari juadah ni hari-hari boleh kata aku terbeli benda yang nak cite pun tak best. Rupa makanan tu gempak tapi rasa Masya Allah. Ikut hukum akal aku blh cakap mmg tak padan dgn harga. Yang poblem masalahnyer diorang ni nak untung je lebih. Buat makanan macam tak guna resepi. Len kali kalau nak jual makanan tu buat macam nak mkn sendirilah. Itu pun tak blh pikir. Skill gunakan akal pikiran langsung takde. Orang nak meniaga, dia nak meniaga tapi ntah apa2. Kalau cakap lemah akal kang marah plak.

Sambil2 jalan bawak anak2 ada geng2 moto tahap2 brader beli style drive thru. Ko ingat Mc D ke apa? Ni lagi satu spesis yang takde kebolehan gunakan otak. Kalau kena ekzos kat kaki anak2 aku memang aku terencatkan akal dia kat situ jugak. Kurang pendidikan sivik betul. Ni mesti jenis kaki ponteng masa belajar pelajaran Alam dan Manusia masa darjah 4 dulu ni. Bila dah tua-tua terus jadi bengap tahap minyak tar beku.

Pastu bila malam plak kat surau, ada antara mak ayah yang bawak anak-anak ke surau. Niat tu amat baik sebab nak kenalkan anak-anak ngan surau tapi yang tak bestnya ada budak-budak ni bukan datang nak sembahyang pun. Kalau dah anak umur 3 4 tahun nak sembahyang mendenyer. Siap ada yang lintas hormat kat depan jemaah lagi. Yang pelik nya mak ayah jenis wat derkkk je bila anak2 camtu. Tak paham aku perangai mak ayah budak2 ni. Macam2 aku jumpa tiap2 malam perangai anak2 ni. Ada yang masa jemaah tgh sembahyang main pintulah. Berdentum dentam pintu tu kena bukak tutup ngan diorang. Tapi takde plak ayah-ayah yang larang. Aku nak je pegi larang tapi takut ada yang tersinggung plak nnt. Kang tak pasal2 nak tegur anak2 dia aku plak yang kena seligi ngan bapak diorang. Dok kat bandar ni bukan boleh caya sangat. Niat kita baik nak nasihat anak dia tapi mak ayah dia ego lebih2 plak. Kat kampung lain. Konsep anak ko anak aku masih tebal lagi. Pantang silap, mmg nahas kena seligi dgn org kampung. Ntahlah.... setiap malam aku makin tak paham......

Isnin, September 07, 2009

Astaghfirullahhal Azim......

ASTAGHFIRULLAHHAL AZIM...... Tolonglah komen


Ahad, September 06, 2009

Sekadar Berkongsi (2)

Bersambung kembali. Buat 2 episod sbb start mengarang lepas terawih tapi sekerat jalan je dah mengantuk then sambung balik lepas makan sahur. Tak lama lepas tu azan Subuh pun berkumandang. Terpaksalah buat episod kedua sebab dah sampai masa nak berjemaah kat bawah ni. Mohon maaf kerana terpaksa potong stim masa tengah syok membaca. Ikuti kisah selanjutnya.....

Sebenarnyer apa yang Uwais buat tu sebagai persediaan dari segi mental dan fizikal. Pendek kata apa yang dia buat tu sebagai satu latihan untuk diri beliau. Latihan apa ni??? Perlakuan tu berlarutan selama 8 bulan. Selama 8 bulan tersebut anak lembu itu dijaga dan diberi makan dengan penuh cukup oleh Uwais. Kalau dah makan cukup mau tak gemuk anak lembu tu. Orang pun boleh jadi gemuk kalau jaga macam tu. Maka tibalah musim haji. Badan dah fit, muscle dah naik maka Uwais telah membawa ibunya ke Mekah dengan cara mendukung ibunya dari Yaman ke Mekah. Mengikut ustaz yang bercerita tadi jauhnya Yaman ke Mekah lebih kurang 20 jam perjalanan bas ekspres. Masyaallah.... hebatnya bakti Uwais pada ibu beliau. Semasa di Mekah semua urusan haji ibunya telah dijaga oleh Uwais. Uwais telah menggendong ibunya dalam semua aktiviti haji di Mekah. Baik tawaf, bersa'ie, melontar jamrah sehinggalah pulang semula ke Yaman.

Sampai di Yaman, ibunya telah bertanya kepada Uwais apakah yang beliau doakan semasa berada di Mekah. Jawab Uwais, saya doakan Allah ampunkan semua dosa ibu. Si ibu menjawab, itu sahaja? Apa yang kamu doakan untuk diri kamu? Uwais menjawab, saya tidak doakan apa-apa untuk diri saya kerana saya tahu bila Allah ampunkan segala dosa ibu, ibu akan masuk Syurga dan dengan keredhaan ibu itu akan ampunkan segala dosa saya dan I'allah saya juga akan masuk syurga. Ibu berkata, baiklah kalau macam tu. Sekarang ibu mahu kamu berdoa dengan Allah supaya hilangkan sakit sopak kamu ini. Pada mulanya Uwais agak keberatan kerana sebagai seorang yang bersyukur dengan kejadian Allah, beliau redha dengan apa yang Allah jadikan untuk dia. Berkata ibunya, kamu kena berdoa kerana permintaan seorang ibu lebih penting dari segala-galanya.... Maka Uwais telah berdoa kepada Allah supaya dihilangkan sakit sopaknya dan minta ditinggalkan sedikit sebagai tanda untuk beliau lebih bersyukur. Doa Uwais dimakbulkan oleh Allah. Dengan serta merta penyakit sopak beliau telah hilang kecuali tertinggal lebih kurang sebesar duit syiling dibelakang tengkuk beliau. Ada sejarah mengatakan tanda tersebut terdapat ditapak tangan. Tak lama selepas peristiwa tersebut ibunya telah kembali ke Rahmatullah.

Selepas ketiadaan ibunya, Uwais telah berhijrah ke Mekah. Sampai disana beliau telah dicari oleh Saidina Umar dan Saidina Ali. Kedua-duanya hairan melihat uwais kerana Uwais ni pada pandangan mereka tidak seperti yang digambarkan oleh mereka sendiri. Uwais ni sekali imbas boleh kata macam ada something yang kurang dari segi akal. Tapi setelah diselidiki maka betullah itu Uwais seperti pesanan Rasullulah s.a.w kepada mereka berdua. Setelah berjumpa ni Saidina Umar dan Saidina Ali telah meminta Uwais mendoakan keampunan Allah kepada mereka berdua. Berdoalah Uwais kepada Allah seperti apa yang dipesan oleh Rasullulah pada sebelumnya. Kenapa doa Uwais makbul???? Kerana Uwais seorang anak yang terlalu taat kepada ibunya walau dalam apa cara sekalipun. Sehinggakan beliau sanggup menggendong ibunya ketika menunaikan haji dan hakikatnya mungkin takkan ada lagi Uwais pada zaman kita. Sekian.......

Sabtu, September 05, 2009

Sekadar Berkongsi (1)

Sekadar nak berkongsi. Selang 1 hari tazkirah sebelum terawih kat surau bawah umah aku ni cerita sejarah yang sama. Pertama tentang Malam Lailatul Qadar dan kedua tentang seseorang yang bernama Uwais Al-Qarni.

Berkata Rasulullah s.a.w kepada Fatimah bahawasanya Baginda begitu hairan dan pelik bilamana habis Ramadhan dosa anak Adam khususnya umat baginda tetap banyak lagi yang tidak terampun. Ini disebabkan oleh Bulan Ramadhan satu bulan yang mana terlalu mudah untuk diampunkan dosa. Bertanya Nabi kepada Aisyah r.a, apakah yang akan dilakukannya pada malam Lailatul Qadar?? Jawab Aisyah r.a tak tahu. Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa dibawah:



Mari kita amalkan doa ni sepanjang Ramadhan kerana seandainya ditakdirkan kita berjumpa Malam LailatulQadar apakah yang akan kita akan doa kepada Allah. Ingat... Akhirat itu lebih utama dari segala-galanya. Semoga segala dosa kita yang banyak ni akan mudah diampunkan oleh Allah. Insyaallah...

Kisah kedua berkenaan seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Rasullullah s.aw telah berpesan kepada Saidina Umar r.a dan Saidina Ali r.a bahawasanya akan datang pada zaman tabiin nanti seorang pemuda dari Yaman yang amat makbul doanya. Pergilah kamu berjumpa dengannya dan minta dia doakan untuk kamu. Dialah Uwais Al-Qarni. Berkata Saidina Umar r.a dan Ali r.a apakah doa yang patut dia doakan untuk kami? Jawab Rasullullah s.a.w, minta dia doa Allah ampunkan dosa kamu berdua. Masyaallah tuan-tuan puan-puan, para sahabat yang telah dijanjikan Syurga tanpa hisab pun Rasullullah berpesan suruh minta ampunkan dosa dengan Allah. Apatah lagi kita yang hidup dikelilingi maksiat ni. Siapa kita untuk merasa betapa baik dan berpahalanya kita????

Berbalik kepada kisah Uwais tadi, Uwais ni seorang anak yatim yang miskin yang mana ayah beliau telah meninggal sewaktu Uwais masih kecil. Berpenyakit sopak dan bekerja sebagai pengembala kambing. Selain dari itu Uwais ni menjaga ibunya yang sudah tua, uzur dan berpenyakit lumpuh. Satu hari mak Uwais telah berkata kepada Uwais yang beliau teringin untuk menunaikan haji ke Mekah. Uwais jadi serba salah kerana mereka ni hidup susah. Jangankan nak beli unta, nak beli tempat tinggal untuk diletak diatas unta pun dia tak mampu. Setiap hari mak beliau terus mendesak untuk beliau mengusakan menghantar beliau ke Mekah. Allah Maha Pengasih. suatu hari Uwais mendapat satu ilham. Beliau telah membeli seekor anak lembu yang baru habis menyusu. Lebih kurang berusia 2 bulan. Pada mula dibeli mengikut sejarah berat anak lembu ni sekitar 20kg.

Apa yang beliau buat selepas itu ialah telah membina kandang dan meletakkan anak lembu tersebut diatas sebuah bukit. Pada waktu pagi dia akan memikul anak lembu tersebut turun kebawah untuk memberi makan dan akan memikul kembali keatas bukit tersebut pada waktu petang. Apa yang Uwais buat ni mengundang seribu pertanyaan dari orang2 sekeliling sehinggakan ada yang bercakap Uwais ni gila. Makin lama badan anak lembu makin besar sehinggalah berlarutan sehingga beberapa bulan dan berat anak lembu tersebut telah mencecah 80kg - 100kg. Bayangkan kalau kita memikul berat yang bermula dari 20kg yang lama-lama makin berat. Adakah badan kita akan fit??? Malah badan akan lebih hebat dari Malek Noor kan. Tapi kenapa Uwais asyik pikul lembu je ni???? Bersambung........

Tag Cikgu Saliza

Dapat 2 sekali. Award dengan tag. Bijak2. So ni aku nak jawab tag dia.



Award yang dia bagi kat aku.....

Questions & Your Answers

1. The person who tagged you

Cikgu Saliza


2. His / her site's title and url

Aku Anak Jengka

http://akuanakjengka.blogspot.com/


3. Date you were tagged

August 28, 2009


4. Persons you tagged:
Takde.. sebab pose. Kesian kat diorang. Kang ada yang buat alasan nak bukak pose plak.... TAPI aku nak bagi award ni pada semua follower aku. Jangan segan untuk ambik dan terpulang nak tampal kat blog atau tak.

Jumaat, September 04, 2009

Jawab Tag AGK

Jawapan tag dari AGK

1. Sila ambil gambar beg yang anda bawa pergi kerja...




2. Kemudian, sila ceritakan sedikit apa yang terkandung dalam beg kerja anda. Sila sertakan gambar sekali kemudian terangkan secara detail isi beg anda.




- Dalam beg ni ada laptop, diari ajaib dan beberapa file kerja aku yang aku bawak dalam beg ni sebab kalau ada yang bertanyer tentang keje senang aku nak refer. Gambar file tak dapat disertakan sbb ada kat dalam kereta.

3. Nyatakan sebab2 anda suka beg kerja anda itu

- Sebab apa aku suka???? Sebab beg ni agak lasak dan comfortable untuk aku travel kemana-mana.

4. Sila nyatakan kenangan manis atau apa2 yang istimewanya beg itu pada anda

- Beg ni dah merata pegi dengan aku. Kalau aku outstation ke oversea pun aku bawak beg ni sekali.

5. Sila tag 10 yang lain.... Aku tak nak tag akak-akak sebab aku tau beg diorang banyak kalo bawak pegi keje. Nak-nak kalo akak-akak yang cikgu tu. 2 3 beg diorang (cakap berdasarkan pengalaman sbb wife aku cikgu). Kang ada yang menangis nak kena jawab tag ni tapi aku nak tag abg-abg plak. Beg apalah yang diorang bawak pegi keje??? Meh kita tgk.... Hahhahah.

1) Edi
2) Abg Syed (Relevan Sokmo) - Dah Jawab
3) Mazru - Dah jawab
4) Cikgu Jang - Dia takde beg...
5) Zool@TOD
6) Jejaka Desa
7) Endiem

Khamis, September 03, 2009

Kenangan: Ramadhan Di ILP

Aku start jadi budak Institut Latihan Perindustrian (ILP) bulan 1 tahun 1998. Masuk-masuk je lebih kurang sebulan terus puasa. merasalah 2 tahun berturut-turut aku puasa kat ILP Pasir Gudang. Bangun sahur seawal kul 4.30 pagi sebab pastu boleh pulun tido balik. Tapi aku jarang bangun sahur masa kat ILP sebab aku spesis tido lambat sebab kusyuk wat amalan sembang dengan budak2 sebilik aku. Yang pastinya setiap hari sebelum tido mesti pekena Maggi Kari barang sebungkus dua. Makan memang pelahap kalo dok asrama. Semua sedap. Kalau goreng selipar jepun pun aku rase aku cakap sedap. Masa kat ILP aku salah seorang tokan jual maggi. Yang kawan aku sorang lagi tu tokan jual rokok. Sapa nak beli maggi kena beli rokok sekali. Package tu. Kalo tak mana sedap pas makan tak pekena Dunhill sebatang. Pendek cerita, dorm aku boleh kata ala-ala mini marketlah. Cuma ikan ngan sayur je takde jual. Lagipun budak2 ILP mana reti makan benda lain selain dari Maggi ngan mentedarah rokok. Bulan pose pun aku tengok diorang selamba je. Sesekali aku rase macam takde bulan Ramadhan kat sana. Pastu sesekali rase macam duduk kat Israel pun ada dengan telatah budak2 ni.

Yang tukang supply maggi akulah orangnyer. Masa tu mana tau rase bersalah jual maggi pada org tak puasa pada bulan pose. Main redah je. Lagipun JAIJ mana ada nak serbu asrama kitorang. JAIJ serbu jalan Segget taulah dia. Time pekena maggi ni waktu tengahari sebab ada sesetengah spesis ni malu kononnyer nak beli tapau nasi kat kedai sebelah Petronas. Budak2 ILP namakan kedai ni Petro. Suka2 mak ngan abah diorang je bagi nama kedai orang. Kalau nak tau kedai ni bukak sepanjang Ramadhan. Kalau tak caye tanyer ngan DIDA. Kan Dida kan.... sebab apa aku letak nama Dida?? sebabnyer sblm ni Dida pernah tanyer aku pasal kedai ni dan sebelum ni jugak Dida mmg menetap kat Pasir Gudang sebelum dia ke Yanbu. Tapi yang aku heran kedai ni takde plak kena serbu ngan JAIJ masa aku dok sana. Skang ni aku tak tahulah camne keadaan kedai ni waktu bulan pose. Jangan dia buat macam kat Israel lagi sudahlah....

Aku ada geng sorang yang tukang tapau nasi kat sini. Aku pernah demam masa kat ILP ni. Dah demam aku mana larat nak pose pastu sijantan nilah yang pergi beli nasi. Hehehhe... Kenyang aku sepanjang aku demam sebab dapat bekalan nasi diwaktu tengahari.

Berpuasa masa kat ILP sama je macam kat tempat lain. Pas kelas kul 5 berselerak budak2 ILP keluar beli juadah kat Pasar Ramadhan Taman Air Biru. Nama taman tak relevan langsung. Aku tengok air longkang diorang hijau jugak. Biase ler kalo beli juadah ni. Masing-masing pakat beli sorang sikit pastu bawak makan kat dewan makan. Penuh meja dengan makanan. Dah macam buat moreh plak. Tapi saat nilah paling best sebenarnyer bila bersama kawan-kawan. Inilah kenikmatan sebenar bila duduk asrama dan dapatlah ubat rindu kat keluarga yang jauh diperbatasan. Apa yang aku merepek ni.

Makanan kat Dewan Makan time bulan pose ni ada sedap sikit dari bulan2 tak pose. Pastu hidangan pun complete. Ada kurma, tembikai dan kuih selain dari menu utama nasi dan ikan paling sedap. IKAN JAKET........ Ikan ni boleh kata hari2 aku makan. Cuma aku tak buat je koleksi jaket ikan tu untuk aku buat sebagai jaket aku plak. Murah agaknyer ikan ni. Sebab tu siang malam diorang bagi kitorang pelahap ikan ni. Kedekut punya tuan kantin. Kerajaan bayar mahal2 itu je yang dia bagi kitorang telan. Tapi camne pun ikan jaket tetap sedap. Sampai skang aku tetap makan ikan jaket walaupun ada geng2 aku yang dah pencenkan diri dari makan ikan jaket. Jemu kata diorang. Chehhhh.. berlagak...... Kalau kat Kelantan dipanggil ikan KRONGE dan dalam bahasa standard ikan cencaru...

Kenangan manis waktu bulan pose ni bagi aku ialah dapat bersama kengkawan. Macam2 perangai diorang ni. Setahun setengah aku kat sana cukup best dan tulah kenangan terbest dalam hidup aku. Skang ni paling best kalo berbuka ngan anak2 lah. Diorang plak yang lebih sebuk dari aku ngan mama diorang. Semua diorang nak rase.

Kenangan yang aku tak boleh lupa sampai kini waktu bulan pose kat ILP ni aku pernah diserang asthma waktu lagi sejam setengah nak bukak pose. Mak oiiiii.. seksa nya aku rase. Nak bukak pose rase sayang sebab tinggal sikit je lagi nak sampai garisan penamat. Nak tak nak aku tahan je sambil kontrol macho. Tapi geng2 aku perasan perubahan aku. Kalao dah kena asthma mana boleh nak bernafas sangat tapi aku cuba gak bernafas guna insang aku.. ehhh.. aku ada insang ke.... kesannyer lama2 pastu sebab dah terlampau kekurangan oksigen dalam badan, kuku aku jadi biru tapi aku masih boleh maintain lagi. Still kontrol macho wat2 macam takde apa2 berlaku. muka relek je tapi mulut dah tak boleh bercakap. Yang boleh pun senyum dengan senyuman yang paling kelat. TAPI tak lama pastu azan pun berkumandang. Orang lain dok sebuk cari air tapi aku dok sebuk cari inhaler aku. Lepas tu.... Fuhhhhhhh LEGAAAAAAAAAAAAA....... muka ngan kuku terus jadi merah baliik sebab oksigen dah penuh balik kat badan aku. Tulah pengalaman aku tahan asthma dengan penuh macho paling lama dalam sejarah. TApi azab giler.......

Rabu, September 02, 2009

Kenangan: Diari Ramadhan (2)

Kalau time puasa dulu mak ngan Apak aku selalu tanyer kitorang nak makan apa. Selalunya peberet aku Murtabak Pak Din Combtlah. Sampai skang ni tekak aku tetap cakap Murtabak Pak Din Combat tu sangat sedap dan takde lagi tandingan. Ikut kata tekak aku lah. Tekak orang lain aku tak tau. Jangan tanyer aku kenapa nama dia Pak Din Combat. Aku tak tau. Kat Kota Gelanggi ada 2 orang hujung nama diorang ada combat. Yang lagi sorang tu Pak Usop Combat. Agaknyer diorang ni bekas pejuang kot masa muda-muda dulu. Buat masa ni aku tak boleh lagi nak kemukakan jawapan bagi soalan tu. Nanti pas aku buat risikan baru aku blh bgtau. Untuk nama-nama lain aku akan buat satu entri pasal nama-nama samaran org2 kat tempat aku.

Aku start sekolah Agama masa darjah 1. Time bulan pose pun aku tetap kesekolah ugama. Pendek kata panjang pun nak kata jugak, bulan pose ngan bulan lain2 aku tetap bizi. Pagi ke sekolah kebangsaan, petang sekolah agama pastu malam kena mengaji. Time bulan pose pegi mengaji kat umah Makcik Yah hanya pada hari Sabtu Ahad. Ari lain aku mengaji kat umah je dengan dipantau secara ketat oleh mak aku. Kalau tak dipantau kang ada yang pergi main mercun waktu tengah mengaji. Best siot dulu-dulu main mercun. Kat Kedai Siba plak main jenis jual lambak je tapi yang tak bestnyer Seroja jaga gile mercun2 dia tu. Bajet takut kena rembatlah ngan budak-budak. Lagipun budak2 ni bukan boleh harap.

Masa sekolah agama ni bulan pose takde aktiviti sangat sebab masing2 yang berpuasa dah letih. Dah takde mood nak main. Kalo ada yang main tu sah-sah balik sekolah tengahari tadi dh bantai nasi kat umah. Pastu sampai sekolah agama ajak kawan2 main polis sentri. Apa hal....

Ada satu yang paling aku tak boleh lupa kes main meriam buluh. Yang main ni geng2 besor. Geng2 budak menengah. Jenis main meriam bukan setakat buloh yang diorang guna sampaikan ke palung longkang pun dia boleh jadikan meriam. Memang rare time tu. Ada satu kes tu Makcik Mah Abu Ludin sampai terlepas pinggan kat tangan sebab terkejut. Pastu masing-masing pakat selerak lari sebab Makcik Mah tiba-tiba ambush diorang secara solo. Tau pun diorang takut. Port main meriam ni kat umah Wak Jufri sempadan umah Along. Bunyi memang gempak sebab meriam jenis tanam kat dalam tanah. Dia punya gegaran je dh wat Bush gerun. Jangan kata bunyi lagi.

Bagi aku time puasa dulu-dulu paling best sebab arwah mak aku ada lagi. Tapi lepas arwah mak pergi semuanya bertukar secara mendadak.Arwah mak aku dulu tak minat nak beli-beli kuih ni. Semua dia buat sendiri. Skang ni dah takde lagi Karipap, Badak Berendam, cucur badak, buah melaka, cekodok sayur hasil tangan mak aku bila buka puase. Dulu best, cakap je nak makan apa semua beres. Tulah kan, kadang2 kita tak pernah sangka sesuatu yang indah tu akan bertukar jadi sesuatu yang cukup menyentuh perasaan bila teringat memori dulu-dulu. Sebenarnyer aku teramat rindu nak kecapi balik zaman tu tapi benda dah berlalu dan tak mungkin akan kembali lagi. Arwah mak aku pergi sebulan sebelum puasa tahun 2003. Aku ingat lagi puasa dan raya tahun tu jadi puasa dan raya yang paling takde mood dalam sejarah hidup aku. Apatah lagi sebelum dia pergi dia dah siapkan baju Melayu untuk hari Raya kami 2 beradik. Masih tergiang-giang kat telinga aku dia pesan Ini Kali terakhir dia buatkan baju Melayu. Start tahun depan buat sendiri. Sampai sekarang aku masih pakai dan simpan baju melayu terakhir dia tu walaupun selepas 6 tahun pemergian dia.

Dalam bulan Ramadhan ni buat aku makin rindu nak dengar gelak tawa mak aku. Kadang-kadang aku heran bila tengok orang yang still ada mak ayah kat kampung tapi nak balik berbuka puasa ngan mak ayah cukup susah. Paling-paling balik raya baru nak berbuka sekali. Hargailah mak ayah korang sebelum diorang dijemput pergi. Mana tau kalau-kalau ni Ramadhan terakhir diorang bersama kita. Bila dah jadi macam apa aku rase baru korang tau betapa rindunya pada saat-saat manis tu. Tapi nangis air mata darah pun yang pergi akan tetap pergi dan takkan kembali lagi..... TaMaT....

Selasa, September 01, 2009

Kenangan: Diari Ramadhan (1)

Time kecik-kecik dulu kul 5 pagi dah bangun sahur. Aku start belajar puase masa umur 7 tahun. Darjah satu gitu. Masa tadika belum lagi sebab tiap-tiap hari ada makan kat Tadika Kemas. Mana boleh pose time tu. Masa belajar pose ni aku pose separuh hari je. Walaupun pose aku bawak gak duit lima posen ke sekolah. In case takut terliur tgk org mkn. Cheh.. dh pose pun ada hati nak terliur. Masa tu kantin Makcik Ani Mat Tepung bukak time pose tapi untuk budak2 bawah umur je. Kalao umur dh tahap tak makan 10 hari pun tak mati jangan harap dapat beli kat kantin tu.

Kalo ari aku pose aku tak belanja duit yang Apak aku kasi. Simpan....... pastu petang kang lepas balik sekolah Agama aku terus lari pegi kedai Siba. Beli bunga api ataupun mercun lada. Nama je mercun lada tapi bunyi kelepeh.. kelepeh... tak gempak langsung....

Masuk umur 8 tahun kekerapan berpuase penuh sehari bertambah dari tahun sebelumnya. Tak salah aku bertambah sehari kot kepada 2 hari..... Yang penting kena ada improvement. Tak banyak sikit.

Time umur 9 tahun, aku dh dapat 15 hari pose penuh... perghhhhh... yang lagi 15 hari tu mak aku dh malas nak layan aku sebab dr pagi sampai kul 6 petang aku bising nak bukak pose.... Macam2 alasan diguna pakai... nak demamlah, sakit perutlah, nak matilah..... ada je idea yang keluar dari tengkorak aku ni.

Emmmm.. dah masuk pun 10 tahun. akhirnya.. aku penuhkan sebulan puase aku. Rase macho sebab dah boleh pose habis walaupun masa tu tak sunat lagi. Mak aku cakap kalo pose habis dapat hadiah. Lepas raya, aku dapat gak hadiah. Hadiah pen PARKER yang Apak aku ambik kat Kantin FELDA... Best giler pen tu. Aku rase macam taraf Guru Besar bila pakai pen tu kat sekolah..... Ada gak yang jeles ngan aku.....

Bila time bulan pose aktiviti riadah ada kurang sikit. Aktiviti permainan polis sentri, galah panjang, main perang, guli, main basikal semua dihentikan buat sementara waktu. Cuma yang ada main teng-teng. Tapi apa kes aku yang tak pernah miss tengok GABAN ni nak main teng-teng.... Tak logik langsung. Baik aku lepak sambil tunggu-tunggu waktu berbuka. Kalau tak pun menyibuk kat dapur tengok mak aku masak apa. Boleh gak kenen-kenen kot2 boleh jadi tukang rase makanan....

Bila dah masuk waktu berbuka.... HOOORAYYYYYY..... minum air tak ingat dunia. Pastu makan sikit je sebab dh kenyang minum air. Sebelum berbuka tu macam nak pelahap semua yang ada atas meja tapi bila dh masuk air 3 gelas duduk pun dah tegak sebab perut dah sengkak...

Masa time sahur dulu aku akan makan banyak2 sebab masa tu pikir bila makan ngan minum banyak nnt tak lapar ngan dahaga. Ingat Unta ke apa??? Sekali mkn pastu sebulan kenyang.

Bila malam plak, lepas je sembahyang maghrib mulalah aku letupkan mercun lada aku yang bunyi kelepeh-kelepeh tu. Masa dulu kalau main mercun ni main sebiji2 sebab sayang nak main banyak-banyak. Masa dulu kalau kuat pun setakat mercun cina je. Tapi mana mampu aku nak beli masa tu. Mahallah pakcik. Ayah kita cakap kalau nak beli kena simpan duit sendiri. Bukan dia nak bantu.... Oppsss.. termasuk iklan Petronas plak. hehehehhe.....

(Bersambung)

Adussss.... Camni pun ade....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.