Rabu, September 02, 2009

Kenangan: Diari Ramadhan (2)

Kalau time puasa dulu mak ngan Apak aku selalu tanyer kitorang nak makan apa. Selalunya peberet aku Murtabak Pak Din Combtlah. Sampai skang ni tekak aku tetap cakap Murtabak Pak Din Combat tu sangat sedap dan takde lagi tandingan. Ikut kata tekak aku lah. Tekak orang lain aku tak tau. Jangan tanyer aku kenapa nama dia Pak Din Combat. Aku tak tau. Kat Kota Gelanggi ada 2 orang hujung nama diorang ada combat. Yang lagi sorang tu Pak Usop Combat. Agaknyer diorang ni bekas pejuang kot masa muda-muda dulu. Buat masa ni aku tak boleh lagi nak kemukakan jawapan bagi soalan tu. Nanti pas aku buat risikan baru aku blh bgtau. Untuk nama-nama lain aku akan buat satu entri pasal nama-nama samaran org2 kat tempat aku.

Aku start sekolah Agama masa darjah 1. Time bulan pose pun aku tetap kesekolah ugama. Pendek kata panjang pun nak kata jugak, bulan pose ngan bulan lain2 aku tetap bizi. Pagi ke sekolah kebangsaan, petang sekolah agama pastu malam kena mengaji. Time bulan pose pegi mengaji kat umah Makcik Yah hanya pada hari Sabtu Ahad. Ari lain aku mengaji kat umah je dengan dipantau secara ketat oleh mak aku. Kalau tak dipantau kang ada yang pergi main mercun waktu tengah mengaji. Best siot dulu-dulu main mercun. Kat Kedai Siba plak main jenis jual lambak je tapi yang tak bestnyer Seroja jaga gile mercun2 dia tu. Bajet takut kena rembatlah ngan budak-budak. Lagipun budak2 ni bukan boleh harap.

Masa sekolah agama ni bulan pose takde aktiviti sangat sebab masing2 yang berpuasa dah letih. Dah takde mood nak main. Kalo ada yang main tu sah-sah balik sekolah tengahari tadi dh bantai nasi kat umah. Pastu sampai sekolah agama ajak kawan2 main polis sentri. Apa hal....

Ada satu yang paling aku tak boleh lupa kes main meriam buluh. Yang main ni geng2 besor. Geng2 budak menengah. Jenis main meriam bukan setakat buloh yang diorang guna sampaikan ke palung longkang pun dia boleh jadikan meriam. Memang rare time tu. Ada satu kes tu Makcik Mah Abu Ludin sampai terlepas pinggan kat tangan sebab terkejut. Pastu masing-masing pakat selerak lari sebab Makcik Mah tiba-tiba ambush diorang secara solo. Tau pun diorang takut. Port main meriam ni kat umah Wak Jufri sempadan umah Along. Bunyi memang gempak sebab meriam jenis tanam kat dalam tanah. Dia punya gegaran je dh wat Bush gerun. Jangan kata bunyi lagi.

Bagi aku time puasa dulu-dulu paling best sebab arwah mak aku ada lagi. Tapi lepas arwah mak pergi semuanya bertukar secara mendadak.Arwah mak aku dulu tak minat nak beli-beli kuih ni. Semua dia buat sendiri. Skang ni dah takde lagi Karipap, Badak Berendam, cucur badak, buah melaka, cekodok sayur hasil tangan mak aku bila buka puase. Dulu best, cakap je nak makan apa semua beres. Tulah kan, kadang2 kita tak pernah sangka sesuatu yang indah tu akan bertukar jadi sesuatu yang cukup menyentuh perasaan bila teringat memori dulu-dulu. Sebenarnyer aku teramat rindu nak kecapi balik zaman tu tapi benda dah berlalu dan tak mungkin akan kembali lagi. Arwah mak aku pergi sebulan sebelum puasa tahun 2003. Aku ingat lagi puasa dan raya tahun tu jadi puasa dan raya yang paling takde mood dalam sejarah hidup aku. Apatah lagi sebelum dia pergi dia dah siapkan baju Melayu untuk hari Raya kami 2 beradik. Masih tergiang-giang kat telinga aku dia pesan Ini Kali terakhir dia buatkan baju Melayu. Start tahun depan buat sendiri. Sampai sekarang aku masih pakai dan simpan baju melayu terakhir dia tu walaupun selepas 6 tahun pemergian dia.

Dalam bulan Ramadhan ni buat aku makin rindu nak dengar gelak tawa mak aku. Kadang-kadang aku heran bila tengok orang yang still ada mak ayah kat kampung tapi nak balik berbuka puasa ngan mak ayah cukup susah. Paling-paling balik raya baru nak berbuka sekali. Hargailah mak ayah korang sebelum diorang dijemput pergi. Mana tau kalau-kalau ni Ramadhan terakhir diorang bersama kita. Bila dah jadi macam apa aku rase baru korang tau betapa rindunya pada saat-saat manis tu. Tapi nangis air mata darah pun yang pergi akan tetap pergi dan takkan kembali lagi..... TaMaT....

15 Juri Propesional:

kakpah berkata...

bulan puasa memang banyak meninggalkan kenangan terutamanya masa kecil2. Akak pun teringatkan arwah emak.
Semuga mak kita tenang dalam dunianya di sana.. ameen.

Fadh berkata...

bab perengan terakhir tue, koi sokong sangat. koi hari2 balik kg berbuka dgn mak ayoh koi.(pada hal dok ngan mak ayoh kui kui kui)

hai berkata...

sedihnya...koi rasa koi cam arwah mok awak je..koi pun suka buat kuih2 sendiri dan suka melayankan permintaan anak2...kalo koi takde nanti camana ek??

dulu,masa bebudok koi dok kat bandar..bebudok sana buat meriam buluh tu gunakan tin penyembur nyambuk yang panjang tu..diorang tebuk lubang dengan paku...nak masukkan kabaid...bunyi boleh tahan gak!!

relevan berkata...

Tahun ni brp pasang baju Melayu aok tempah Echam?..

endiem berkata...

bisnis mercun bagus..mercun pop pop.

zetty berkata...

hargailah sesiapa shje y kite knal...bkn shj ibu bapa...sbb kite x tau smpai bile kite hidup...huhuhu...nk blik jhor....rindu....

Cikgu Jang .. berkata...

jaman dulu memang seronok masa bulan posa ni, bukan bebudak aje....orang tuapun seronok..tapi sekarang ni bila mercun dan bunga api dijadikan bahan larangan, malam2 di bulan posa sekarang ni nampak hambar aje...sebab kebanyakan bebudak duduk umah je tengok tv....

ummu Masyitah berkata...

salam echam;
mesti suasana berbeza kan kalau mak dah takde.kadang2 memang hairan bin ajaib juga kenapa ya susah sangat nak jumpa ibubapa, at least ambillah msa sikit untuk ibubapa sementara ada....

Webmaster@Echam berkata...

Kak Pah,
Masa keciklah masa paling best buat kita. Banyak kenangan...

Fadh,
Oklah tu.. syok wehh dok ngan org tua. Hari2 buleh tgk muka...

Kak Hai,
Seronok anok2 aok bila aok layan kerenah diorang. Terutama bab makan. Dah macam mok koi pulok sebab pantang nak mkn apa semua dia buat....

Abg Syed,
Tahun ni sepasang je wehhh.. tema warna hijau..

Endiem,
Koi banyak beli mercun kat Kelantan. Muroh wehhhh.. pastu koi bawok balik Gelanggi letupkan kat sana.

Zetty,
Dah2.. pegi balik kampung cepat. Tiket raya dah beli belum ni???

Cikgu Jang,
Kat umoh koi kat Damansara ni tiap2 malam macam perang ngan Israel... Letup sana sini..

Ummu,
Salam... memanglah ummu, sangat berbeza bila arwah mak takde. Skang ni dah terubat sikit bila dah ada anak ngan isteri. Bolehlah cover sikit rindu kat mak tu...

Saliza berkata...

Zaman2 kita dulu mmg budak2 besor ni banyak yg main meriam buluh tapi tak de la pulak yang putus jari ke cedera ke..
Pelik ngat ngape sekarang jadi gini.
Mercun pun kena kawal..

maiyah berkata...

salam.. mmg kalo raya mesti terkenang masa dolu2

Webmaster@Echam berkata...

Cikgu Saliza,
Dulu budok2 main dan sekadar main je. Skang ni terlampau kreatif ngat. Sampai putus tangan...

Kak Maiyah,
Betul tu kak. Kalau saya terkenang masa kecik2 dulu...

Kamria berkata...

Sy masih ada mak n abah.... jd x der la feel tuh... apa2 pun buka puasa ngan family mmg best apatah lagi kluarga besar mcm sy.. cuma tahun nihh mmg tak balik lagi untuk berbuka puasa... sbb sblm ni tiap2 bulan dah balik.... budget negative dah... nih pun buat bisness nak cover balik sikit2... pinjaman modal dari mak jg... ish...ish mak juga... apa2pun raya tetap balikkkk

Dida... berkata...

Salam..

SEdihnya baca n3 nih... walaupun saya masih ada kedua2nya.... tp perasaan tu lain sgt sbb duduk jauh dari mereka.. hati meronta2 nak balik... tp apakan daya... lepas raya baru boleh jumpa... :) sian dkt awak ek... sabor la yea.. doakan moga Arwah Mak awak tenang di alam sana... Amin..

Webmaster@Echam berkata...

Kam,
Takpe... nnt raya kita cuti lama. Nnt balik raya puas2.. hehhehe

Dida,
Salam... Biase ler bila dah takde org tersayang. mau tak sedey... Dida balik pas raye ke?? Lama ke hubby cuti???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.