Khamis, September 10, 2009

Jangan sembang-sembang lagi tauuuuu..........

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berku
man dang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak
.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam kehara
man .

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak
@ menonton TV. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagai mana untuk memasukinya.

6 Juri Propesional:

maiyah berkata...

salam.. sentiasa mengingatinya dlm apajua keadaan

~0~ berkata...

btol tue bang...kekadang kita xsedar semua tue..

relevan berkata...

Ada jua golongan maknusia bila dengar jer bunyi azan..wat tak tau jer..sibuk dgn urusan duniawi..kejar sana kejar sini..ishkk..

♥S@R@♥ berkata...

salam, bagus artikel ni..tp sellu terleka..hope dapat perbaiki diri ini.. sbnarnya terlalu mudah utk kita laksanakan.. kita perlu menjawb laungan azan tu seperti yg diajar dari sekolah lagi..

sy rasa mcm tu la..bukan hanya diam sahaja.

kakcikseroja berkata...

azan kat astro skrg siap dia bagi jawapan kepada setiap kalimah yang dilaungkan... mudah2an ada manafaatnya..

Webmaster@Echam berkata...

Kak Maiyah,
W'salam... betul tu. Saling ingat mengingati. Kitakan mudah lupa..

Edi,
Yup betul tu... Kita kdag2 dgr tapi wat derk je....

Abg Syed,
Kebanyakan kita kejar duni je kan... Semoga puasa tahun ni akan ubah tabiat kita selama ni....

Sara,
1st time komen kat sini. Terima kasih :D

Betul cakap awak. Kena jawab azan tu bukan senyap jer. Terima kasih sbb ingatkan saya....

Kak Cik,
Emmmm.. semoga apa yg diorang buat tu akan ada manfaat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.