Khamis, September 03, 2009

Kenangan: Ramadhan Di ILP

Aku start jadi budak Institut Latihan Perindustrian (ILP) bulan 1 tahun 1998. Masuk-masuk je lebih kurang sebulan terus puasa. merasalah 2 tahun berturut-turut aku puasa kat ILP Pasir Gudang. Bangun sahur seawal kul 4.30 pagi sebab pastu boleh pulun tido balik. Tapi aku jarang bangun sahur masa kat ILP sebab aku spesis tido lambat sebab kusyuk wat amalan sembang dengan budak2 sebilik aku. Yang pastinya setiap hari sebelum tido mesti pekena Maggi Kari barang sebungkus dua. Makan memang pelahap kalo dok asrama. Semua sedap. Kalau goreng selipar jepun pun aku rase aku cakap sedap. Masa kat ILP aku salah seorang tokan jual maggi. Yang kawan aku sorang lagi tu tokan jual rokok. Sapa nak beli maggi kena beli rokok sekali. Package tu. Kalo tak mana sedap pas makan tak pekena Dunhill sebatang. Pendek cerita, dorm aku boleh kata ala-ala mini marketlah. Cuma ikan ngan sayur je takde jual. Lagipun budak2 ILP mana reti makan benda lain selain dari Maggi ngan mentedarah rokok. Bulan pose pun aku tengok diorang selamba je. Sesekali aku rase macam takde bulan Ramadhan kat sana. Pastu sesekali rase macam duduk kat Israel pun ada dengan telatah budak2 ni.

Yang tukang supply maggi akulah orangnyer. Masa tu mana tau rase bersalah jual maggi pada org tak puasa pada bulan pose. Main redah je. Lagipun JAIJ mana ada nak serbu asrama kitorang. JAIJ serbu jalan Segget taulah dia. Time pekena maggi ni waktu tengahari sebab ada sesetengah spesis ni malu kononnyer nak beli tapau nasi kat kedai sebelah Petronas. Budak2 ILP namakan kedai ni Petro. Suka2 mak ngan abah diorang je bagi nama kedai orang. Kalau nak tau kedai ni bukak sepanjang Ramadhan. Kalau tak caye tanyer ngan DIDA. Kan Dida kan.... sebab apa aku letak nama Dida?? sebabnyer sblm ni Dida pernah tanyer aku pasal kedai ni dan sebelum ni jugak Dida mmg menetap kat Pasir Gudang sebelum dia ke Yanbu. Tapi yang aku heran kedai ni takde plak kena serbu ngan JAIJ masa aku dok sana. Skang ni aku tak tahulah camne keadaan kedai ni waktu bulan pose. Jangan dia buat macam kat Israel lagi sudahlah....

Aku ada geng sorang yang tukang tapau nasi kat sini. Aku pernah demam masa kat ILP ni. Dah demam aku mana larat nak pose pastu sijantan nilah yang pergi beli nasi. Hehehhe... Kenyang aku sepanjang aku demam sebab dapat bekalan nasi diwaktu tengahari.

Berpuasa masa kat ILP sama je macam kat tempat lain. Pas kelas kul 5 berselerak budak2 ILP keluar beli juadah kat Pasar Ramadhan Taman Air Biru. Nama taman tak relevan langsung. Aku tengok air longkang diorang hijau jugak. Biase ler kalo beli juadah ni. Masing-masing pakat beli sorang sikit pastu bawak makan kat dewan makan. Penuh meja dengan makanan. Dah macam buat moreh plak. Tapi saat nilah paling best sebenarnyer bila bersama kawan-kawan. Inilah kenikmatan sebenar bila duduk asrama dan dapatlah ubat rindu kat keluarga yang jauh diperbatasan. Apa yang aku merepek ni.

Makanan kat Dewan Makan time bulan pose ni ada sedap sikit dari bulan2 tak pose. Pastu hidangan pun complete. Ada kurma, tembikai dan kuih selain dari menu utama nasi dan ikan paling sedap. IKAN JAKET........ Ikan ni boleh kata hari2 aku makan. Cuma aku tak buat je koleksi jaket ikan tu untuk aku buat sebagai jaket aku plak. Murah agaknyer ikan ni. Sebab tu siang malam diorang bagi kitorang pelahap ikan ni. Kedekut punya tuan kantin. Kerajaan bayar mahal2 itu je yang dia bagi kitorang telan. Tapi camne pun ikan jaket tetap sedap. Sampai skang aku tetap makan ikan jaket walaupun ada geng2 aku yang dah pencenkan diri dari makan ikan jaket. Jemu kata diorang. Chehhhh.. berlagak...... Kalau kat Kelantan dipanggil ikan KRONGE dan dalam bahasa standard ikan cencaru...

Kenangan manis waktu bulan pose ni bagi aku ialah dapat bersama kengkawan. Macam2 perangai diorang ni. Setahun setengah aku kat sana cukup best dan tulah kenangan terbest dalam hidup aku. Skang ni paling best kalo berbuka ngan anak2 lah. Diorang plak yang lebih sebuk dari aku ngan mama diorang. Semua diorang nak rase.

Kenangan yang aku tak boleh lupa sampai kini waktu bulan pose kat ILP ni aku pernah diserang asthma waktu lagi sejam setengah nak bukak pose. Mak oiiiii.. seksa nya aku rase. Nak bukak pose rase sayang sebab tinggal sikit je lagi nak sampai garisan penamat. Nak tak nak aku tahan je sambil kontrol macho. Tapi geng2 aku perasan perubahan aku. Kalao dah kena asthma mana boleh nak bernafas sangat tapi aku cuba gak bernafas guna insang aku.. ehhh.. aku ada insang ke.... kesannyer lama2 pastu sebab dah terlampau kekurangan oksigen dalam badan, kuku aku jadi biru tapi aku masih boleh maintain lagi. Still kontrol macho wat2 macam takde apa2 berlaku. muka relek je tapi mulut dah tak boleh bercakap. Yang boleh pun senyum dengan senyuman yang paling kelat. TAPI tak lama pastu azan pun berkumandang. Orang lain dok sebuk cari air tapi aku dok sebuk cari inhaler aku. Lepas tu.... Fuhhhhhhh LEGAAAAAAAAAAAAA....... muka ngan kuku terus jadi merah baliik sebab oksigen dah penuh balik kat badan aku. Tulah pengalaman aku tahan asthma dengan penuh macho paling lama dalam sejarah. TApi azab giler.......

19 Juri Propesional:

maiyah berkata...

salam.. wah supply maggi.. pssst ada stok tak :D

relevan berkata...

Bila nak berbuke sesama ni?..

~0~ berkata...

wah...keronge ye a.k.a si jaket x macho tue..sama la..kenagan di asrama dan ikan jaket tidak dapat kulupakan..

endiem berkata...

koi dulu bangun sahur pkul 12.00 , tukang masak malas bangun. mata mula mamai dah kena bangun..

zai berkata...

salam echam..

ha..akak nak tanya nie..puasa masa time bujang dulu2 dah berganti ke blom ni ? klu blom berganti..ha siapla ko nnti dik kena rotan ngan malaikat.

Webmaster@Echam berkata...

Kak Maiyah,
Salam... Akak nak bape kotak???

Abg syed,
Dah takde mase doh... Koi pasni terus balik raye kat Kelantan. Raya ke 3 baru balik Gelanggi.

Edi,
Ike keronge.. hehhehe.. maso mulo2 kawe kawen ngan ore kelate kawe jadi blur bilo tok tuo kawe ghoyak pasa ike kronge. Tok tahu gapo mase tu...

Endiem,
Awe wehhh aok bangun sahur..

Kak Zai,
erkkk... soalan cepucemas... Dah bayar habes masa tahun pertama kawen.

g@dis blUr berkata...

uik...dlu bljr kt ilp kew?

izman berkata...

ish.3x... tokan rupanya.

harap2 sekarang dah penuh puasa.

Webmaster@Echam berkata...

Cik Blur,
A'ah... dulu saya belajar kat ILP...

Izman,
Dulu koi jadi tokan je tapi still pose. Skang ni alhamdulillah, malu kalo tak boleh pose. Nak jadi contoh gone ke anok2...

ZOOL@TOD berkata...

Soalan kurang cerdik dari saya. ILP tu apa?

Webmaster@Echam berkata...

Zool,
ILP tu Institut Latihan Perindustrian

Koyuki berkata...

kite ske ikan kronge tuh...

org nk ckp pe pon ckp la...

hihi~

Webmaster@Echam berkata...

Koyuki,
Samalah.. kalo ada yg cakap apa2 kita pukul rusuk ngan tulang selangka diorang nak....

pB berkata...

salam

bakpo makae maggi. makae lar epo kor lima kor , baru ke'yae sikit. Makae maggi banyok banyok , ghambuk luruh ...

hi hihi

kelik rayo mano tahun nie??

Dida... berkata...

Salam...

Ada asthma ke awak ni.. smpai skrg ada lg ke? nape tak boleh pakai inhaler tu masa puasa? batal ke? saya tak pernah tau pun....

Best baca artikel ni.. tgh syok2 baca... ada pulak nama saya kat tgh2... x pasti la kedai tu bkk lg ke tak bln2 puasa.... x penah lak survey kedai makanan time puasa.. kalau bazar ramadhan tu rajin lerrr... Bazar Ramadhan Tmn Air Biru skang jadi Bazar Ramadhan terpanjang di PG... huhu..meriah2.. x larat nak jalan smpai hujung...

a kl citizen berkata...

wah.. dulu2 kiranya 'tauke' la ya..
simpan duit nak kawin ke?

citer lama,
bila dikenang2 memang seronok kan..

Webmaster@Echam berkata...

PB,
Kalu buleh kawe make doh tapi dok buleh time tu. Demo dok klate mano??? kawe kelik rayo klate taun nih. balik umoh tok tuo kawe kat pasir mas....

Dida,
Saya sndiri konpius pasal batal atau tak tu. Saya minta pendapat para ustaz sendiri ada yang kata batal then ada yang kata tidak. Untuk lebih selamat saya elakkan guna masa sedang berpuasa. Sampai skang saya ada asthma tapi terkawal.

Saje selitkan nama awak sebagai reference.. hehehheh... Saya dah lama tak kesana. Yeke yang terpanjang.... huiyoooo.. bestnyer... Rindu nyer dengan PG.... Dida bape lama lagi kat Yanbu tu????

Akak KL,
Mane ader simpan duit nak kawen tapi simpan duit nak belanja. Masa saya masuk tu tahun 1998. Ekonomi tgh gawat then gomen potong elaun poket kitorang. Kenalah pakai duit mak ayah. Tu yang jual maggi sbb nak support duit buat belanja....

pB berkata...

pB kelik ghumoh tok tuo jugok ..
Salor ...

dekat doh tu dengae pasir mah ...

ummu Masyitah berkata...

oh Pasir Gudang..akak sekeluarga dulu duk JB. selalau gak jalan2 kat Pasir Gudang tu.
erk, Echam ada masalah lelah ya?Produk Lega yang Echam jual tu, bagus tu utk orang lelah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.