Sabtu, September 05, 2009

Sekadar Berkongsi (1)

Sekadar nak berkongsi. Selang 1 hari tazkirah sebelum terawih kat surau bawah umah aku ni cerita sejarah yang sama. Pertama tentang Malam Lailatul Qadar dan kedua tentang seseorang yang bernama Uwais Al-Qarni.

Berkata Rasulullah s.a.w kepada Fatimah bahawasanya Baginda begitu hairan dan pelik bilamana habis Ramadhan dosa anak Adam khususnya umat baginda tetap banyak lagi yang tidak terampun. Ini disebabkan oleh Bulan Ramadhan satu bulan yang mana terlalu mudah untuk diampunkan dosa. Bertanya Nabi kepada Aisyah r.a, apakah yang akan dilakukannya pada malam Lailatul Qadar?? Jawab Aisyah r.a tak tahu. Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa dibawah:



Mari kita amalkan doa ni sepanjang Ramadhan kerana seandainya ditakdirkan kita berjumpa Malam LailatulQadar apakah yang akan kita akan doa kepada Allah. Ingat... Akhirat itu lebih utama dari segala-galanya. Semoga segala dosa kita yang banyak ni akan mudah diampunkan oleh Allah. Insyaallah...

Kisah kedua berkenaan seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Rasullullah s.aw telah berpesan kepada Saidina Umar r.a dan Saidina Ali r.a bahawasanya akan datang pada zaman tabiin nanti seorang pemuda dari Yaman yang amat makbul doanya. Pergilah kamu berjumpa dengannya dan minta dia doakan untuk kamu. Dialah Uwais Al-Qarni. Berkata Saidina Umar r.a dan Ali r.a apakah doa yang patut dia doakan untuk kami? Jawab Rasullullah s.a.w, minta dia doa Allah ampunkan dosa kamu berdua. Masyaallah tuan-tuan puan-puan, para sahabat yang telah dijanjikan Syurga tanpa hisab pun Rasullullah berpesan suruh minta ampunkan dosa dengan Allah. Apatah lagi kita yang hidup dikelilingi maksiat ni. Siapa kita untuk merasa betapa baik dan berpahalanya kita????

Berbalik kepada kisah Uwais tadi, Uwais ni seorang anak yatim yang miskin yang mana ayah beliau telah meninggal sewaktu Uwais masih kecil. Berpenyakit sopak dan bekerja sebagai pengembala kambing. Selain dari itu Uwais ni menjaga ibunya yang sudah tua, uzur dan berpenyakit lumpuh. Satu hari mak Uwais telah berkata kepada Uwais yang beliau teringin untuk menunaikan haji ke Mekah. Uwais jadi serba salah kerana mereka ni hidup susah. Jangankan nak beli unta, nak beli tempat tinggal untuk diletak diatas unta pun dia tak mampu. Setiap hari mak beliau terus mendesak untuk beliau mengusakan menghantar beliau ke Mekah. Allah Maha Pengasih. suatu hari Uwais mendapat satu ilham. Beliau telah membeli seekor anak lembu yang baru habis menyusu. Lebih kurang berusia 2 bulan. Pada mula dibeli mengikut sejarah berat anak lembu ni sekitar 20kg.

Apa yang beliau buat selepas itu ialah telah membina kandang dan meletakkan anak lembu tersebut diatas sebuah bukit. Pada waktu pagi dia akan memikul anak lembu tersebut turun kebawah untuk memberi makan dan akan memikul kembali keatas bukit tersebut pada waktu petang. Apa yang Uwais buat ni mengundang seribu pertanyaan dari orang2 sekeliling sehinggakan ada yang bercakap Uwais ni gila. Makin lama badan anak lembu makin besar sehinggalah berlarutan sehingga beberapa bulan dan berat anak lembu tersebut telah mencecah 80kg - 100kg. Bayangkan kalau kita memikul berat yang bermula dari 20kg yang lama-lama makin berat. Adakah badan kita akan fit??? Malah badan akan lebih hebat dari Malek Noor kan. Tapi kenapa Uwais asyik pikul lembu je ni???? Bersambung........

6 Juri Propesional:

zetty berkata...

mcm mne bert bdn anak lmbu tue leh naek mcm tue???...ape smbungan yerrr...x saba nk tau nie...

maiyah berkata...

salam.. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, sempena bulan ramadhan ini aku buat yg termampu bagi menghadapMu

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

la...ada sambungan lah pulak
tengah best baca ni...
macam tengok drama tv je...

ZOOL@TOD berkata...

Alahai Echam ni, potong stim betul. Cerita kasi habis lah.... (Jangan sambung minggu depan pulak...)

relevan berkata...

Weeh..cepat sambung jgn tak sambung..

Webmaster@Echam berkata...

Zetty,
Nnt baca siri ke 2 yer...

Kak Maiyah,
Saya pun camtu. Buat yang terbaik sblm kita mengadap dia nnt.

Akak KL,
malam ni ada sambungan ke 2.

Zool,
Sabar zool. Teman tak sempat taip habes pagi tadi. malam ni ada kesudahannya.. terima kasih sbb baca.

Abg Syed,
Sabor2... malam ni ada kesudahan ceritanya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.