Ahad, September 06, 2009

Sekadar Berkongsi (2)

Bersambung kembali. Buat 2 episod sbb start mengarang lepas terawih tapi sekerat jalan je dah mengantuk then sambung balik lepas makan sahur. Tak lama lepas tu azan Subuh pun berkumandang. Terpaksalah buat episod kedua sebab dah sampai masa nak berjemaah kat bawah ni. Mohon maaf kerana terpaksa potong stim masa tengah syok membaca. Ikuti kisah selanjutnya.....

Sebenarnyer apa yang Uwais buat tu sebagai persediaan dari segi mental dan fizikal. Pendek kata apa yang dia buat tu sebagai satu latihan untuk diri beliau. Latihan apa ni??? Perlakuan tu berlarutan selama 8 bulan. Selama 8 bulan tersebut anak lembu itu dijaga dan diberi makan dengan penuh cukup oleh Uwais. Kalau dah makan cukup mau tak gemuk anak lembu tu. Orang pun boleh jadi gemuk kalau jaga macam tu. Maka tibalah musim haji. Badan dah fit, muscle dah naik maka Uwais telah membawa ibunya ke Mekah dengan cara mendukung ibunya dari Yaman ke Mekah. Mengikut ustaz yang bercerita tadi jauhnya Yaman ke Mekah lebih kurang 20 jam perjalanan bas ekspres. Masyaallah.... hebatnya bakti Uwais pada ibu beliau. Semasa di Mekah semua urusan haji ibunya telah dijaga oleh Uwais. Uwais telah menggendong ibunya dalam semua aktiviti haji di Mekah. Baik tawaf, bersa'ie, melontar jamrah sehinggalah pulang semula ke Yaman.

Sampai di Yaman, ibunya telah bertanya kepada Uwais apakah yang beliau doakan semasa berada di Mekah. Jawab Uwais, saya doakan Allah ampunkan semua dosa ibu. Si ibu menjawab, itu sahaja? Apa yang kamu doakan untuk diri kamu? Uwais menjawab, saya tidak doakan apa-apa untuk diri saya kerana saya tahu bila Allah ampunkan segala dosa ibu, ibu akan masuk Syurga dan dengan keredhaan ibu itu akan ampunkan segala dosa saya dan I'allah saya juga akan masuk syurga. Ibu berkata, baiklah kalau macam tu. Sekarang ibu mahu kamu berdoa dengan Allah supaya hilangkan sakit sopak kamu ini. Pada mulanya Uwais agak keberatan kerana sebagai seorang yang bersyukur dengan kejadian Allah, beliau redha dengan apa yang Allah jadikan untuk dia. Berkata ibunya, kamu kena berdoa kerana permintaan seorang ibu lebih penting dari segala-galanya.... Maka Uwais telah berdoa kepada Allah supaya dihilangkan sakit sopaknya dan minta ditinggalkan sedikit sebagai tanda untuk beliau lebih bersyukur. Doa Uwais dimakbulkan oleh Allah. Dengan serta merta penyakit sopak beliau telah hilang kecuali tertinggal lebih kurang sebesar duit syiling dibelakang tengkuk beliau. Ada sejarah mengatakan tanda tersebut terdapat ditapak tangan. Tak lama selepas peristiwa tersebut ibunya telah kembali ke Rahmatullah.

Selepas ketiadaan ibunya, Uwais telah berhijrah ke Mekah. Sampai disana beliau telah dicari oleh Saidina Umar dan Saidina Ali. Kedua-duanya hairan melihat uwais kerana Uwais ni pada pandangan mereka tidak seperti yang digambarkan oleh mereka sendiri. Uwais ni sekali imbas boleh kata macam ada something yang kurang dari segi akal. Tapi setelah diselidiki maka betullah itu Uwais seperti pesanan Rasullulah s.a.w kepada mereka berdua. Setelah berjumpa ni Saidina Umar dan Saidina Ali telah meminta Uwais mendoakan keampunan Allah kepada mereka berdua. Berdoalah Uwais kepada Allah seperti apa yang dipesan oleh Rasullulah pada sebelumnya. Kenapa doa Uwais makbul???? Kerana Uwais seorang anak yang terlalu taat kepada ibunya walau dalam apa cara sekalipun. Sehinggakan beliau sanggup menggendong ibunya ketika menunaikan haji dan hakikatnya mungkin takkan ada lagi Uwais pada zaman kita. Sekian.......

5 Juri Propesional:

maiyah berkata...

salam.. Ya Allah.. beruntunglah siibu yg punyai anak begitu

Dida... berkata...

Salam...

Cerita yg menarik... saya ada kenalan bernama Uwais.. tp perangai langsung x serupa.. jauh panggang dari api... tp dia kecik lagi la... budak lagi... mgkin bila dia dewasa dia boleh berubah....

Terima kasih berkongsi cerita yg best ni... rajin awak ye... surau dekat senang la kan.. bawah rumah je.. surau dkt rumah saya pun dekat juga.. lbih kurang 20 tapak sampai la.... :)

kakcikseroja berkata...

Terimakasih Echam atas perkongsian kisah ini. Sekarang, lebih ramai ibu yang 'menggendong' anak w/pun anak itu telah dewasa daripada anak yang sanggup menggendong ibunya....

relevan berkata...

Salam Sahur Echam..

Sukar nak mencari org berjiwa Uwais di alaf ini..org yang suka menGUIS ibu dan bapa banyak..

( MunGUIS = kuis = tolak ketepi.. )

ZOOL@TOD berkata...

Terima kasih kerana menghabiskan cerita ini. Entri yang menginsafkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.