Isnin, September 14, 2009

Spesis 'Mengancam dan Terancam'

Mungkin setiap hari kita banyak jumpa spesis ni. Pergi makan sama-sama tapi bayar sorang-sorang. Selama aku keje kat sini, generasi-generasi yang lepas banyak perangai camni. Tapi generasi skang dah ok. Time order makan, order macam nak rak tapi bile time bayar buat bodoh. Aku gelarkan spesis ni MENGANCAM sebab bakal mengancam keselamatan poket aku kalau tak dicantas dengan segera. Kalau sekali dua bolehlah tahan tapi kalau setiap kali aku je yang support ko apahalllll. Ko ada kena pertalian darah ke dengan aku. Kadang-kadang aku cuba elakkan diri dari keluar dengan spesis camni. Terutama sekali keluar pergi makan. Kalau dah terpaksa sangat masa nak kira tu aku cepat-cepat cakap kira asing2. Kalau spesis ni yang cakap dulu sah2 dia cakap kira 'sekali'. Aku pun pelik bila spesis camni takde reti malu suh org belanja dia. Kalau akulah, aku cukup malu bila org belanja aku. Terutama sekali kalau anak buah aku yang bayar. Pergghhh.. rase cam nak tutup muka je time kuar dari kedai tu.

Dulu kat JB aku ada sorang member. Semua orang susah nak keluar makan dengan dia. Sebab bila makan je semua dia nak bayar. Ni spesis yang 'TERANCAM'. Sampai skang ni pun kalau aku jumpa dia dia still nak bayar. Sampai kadang2 kalau dia nak jumpa aku malam-malam aku siap2 makan kenyang kat umah. Then sampai je kat kedai aku minum air je. Kalau minum air tu takdelah rase sangat org belanja. Kalaulah spesis MENGANCAM yang kata atas tu jumpa spesis yang TERANCAM ni, aku confirm spesis MENGANCAM tu akan melancong ke Eropah tahun depan dan balik hari menggunakan Kelas Pertama Penerbangan EMIRATES.........

9 Juri Propesional:

zai berkata...

Salam Echam...

Apakata Echam lak jadi spesis yang mengancam dan beri ancaman kat dia plak..hehehe..alhamdulillah akak tak pernah kena macam tu..selalunya lelakilah yg selalu buat keje camni kan..husband kak zai pun selalu kena kat tempat keje mcm tu..time dia kuar beli makanan kemain ramai yang order...bila barang dah sampai..diaorang amik buat bodo jer tak bayar2 sampai ke sudah..

tak perla halalkan jer..orang camni mmg takkan kaya pun seumo hidup dia..

ummu Masyitah berkata...

Salam,
Syukurlah saya selalu temui spesis 'terancam' tapi kadang2 naik segan sebab saya pun bukan spesis "Mengancam". Jalan selamat saya cepat2 bayar bila dia nak bayar..

Dzulkarnain Mohamad berkata...

teringat lawak 'alamak' kat astro br2 ni..berebut nak bayar last2 dua2 cabut lari x bebayar..haha

Webmaster@Echam berkata...

Kak Zai,
Betul cakap akak. Selalunya memang lelaki je spesis camni. Tau nak jimat dia sorang je. Orang lain diorang tak ambik port. Kadang2 sakit hati gile. Keje sama2 dan kadang2 gaji dia lagi besor tapi bila bab nak keluar duit takut macam nak kena potong tangan...

Ummu,
Samalah kita. Segan dan malu bila org belanja....

Zul,
Bila balik Gelanggi wehhh???

endiem berkata...

Bukan tak mahu bayar ..tapi wallet selalu tertinggal..

Webmaster@Echam berkata...

Endiem,
Alasan basi yang selalu spesis MENGANCAM bagitau koi.. hahhaha

Koyuki berkata...

Spesis mengancam ni satu tak bleh blah...

Da la orang tolong bayarkan...buat muka kucing tanak bayar balik..kalau die yang kena bayar, macam ceti pungut duit..

Halalkan jer..tak rugi sangat pon. Die yang akan penat cari kite di akhirat nanti...

=D

ZOOL@TOD berkata...

Saya pernah menjadi spesis mengancam secara tak sengaja beberapa kali. Setelah berkahwin, saya jarang bawa duit ke tempat kerja (Nak makan balik rumah, boleh makan dengan Wardah).

Sekali-sekala member ajak makan kat luar, terus-terang saya kata saya tak bawa duit maka jadilah saya spesis mengancam.

(Biasanya lepas tu "cover" balik dengan belanja balik member2 tadi)

Kalau jumpa saya berhati-hatilah. he.. he.. he..

relevan berkata...

Wehh..Echam nanti kita jumpa belakang Kopitiam lagi''..kita tau mana2 spesis terancam dan mengancam nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.