Khamis, Oktober 08, 2009

Jom Ngeteh....

Lepas gua paparkan no tepon gua selang tak lama lepas tu macam2 no masuk kat henpon gua. Ada yang tanyer gua sapalah, ikut parti tupperware manalah, keje kat manalah, nak tambah bini ke tak lah cuma org courts mammoth je belom kol gua tanyer nak tambah hutang ke tak. Tapi gua tertarik dengan satu msg ni.

"Askm. echam ke ni, jom ngeteh".

Gua panik dan baca msg ni dekat 300 kali sambil pale otak gua ligat pikir sapa yang berani-berani sempoi ajak gua ngeteh ni. Gua cuba check2 no tepon yang ada tu kat google komputer opis gua tapi google boleh sound gua plak. Cakap gua salah channel nak check no phone. Suhu badan gua pun dah naik masa tu. Bengang punya pasal. Apa hak google nak sound gua. Tiba-tiba gua ada keje yang lebih penting setelah dapat panggilan dari akak kantin. Dia kabo skang ni waktu rehat. Bila makan tu gua lupa semua benda.

Bila tiba hari petang, gua lepak lagi kat kantin sambil pekena air kosong dgn maggi goreng. Dalam dok layan aroma cili giling gua check semua msg kat HP 3g yang tak berapa nak G gua. Gua terbaca lagi msg tadi. Lepas makan maggi gua pecut ke opis capai tepon atas meja bos gua. Gua sengih sorang-sorang sambil pale gua dah fikir malam ni gua akan mengeteh sambil hilangkan boring dok sorang2 kat rumah.

Panggilan gua dijawab, gua sayu kerana rodong koi ni ada di Kuantan. Hati gua kecewa, jiwa bagai dikerat2 kerana malam tu gua terpaksa layan TV kat rumah sorang-sorang. Hilang segala impian untuk mengeteh malam tadi. Pagi ni tekak gua tiba-tiba nak rase teh tarik. Gua pegi ngeteh dulu..... Sudilah baca pantun 2 kerat gua yang gua migrain nak cipta pantun ni.

Air sirap air cincau
Gua chowwww.....

12 Juri Propesional:

hai berkata...

hua hua hua.....

~0~ berkata...

bila?mana? jom kita minum...

Koyuki berkata...

ngeteh tu ape??

minum teh ke??

hehe

relevan berkata...

Jom wehh..Echam..ngeteh dgn kawan jer..

zai berkata...

Salam Echam..

Hehehe..terima kasih kerana ajar kak zai satu bahasa baru...kak zai pun nak ajak echam g ngeteh gak ler...makan angin kuar asap jer..

zetty berkata...

jom ngombe...
tau x maksud yerr???
hahahaha...

sonata anak kancil berkata...

tak faham bahasa macam2 ni...bahasa belah2 pantai timur ke? minum teh ke?

maiyah berkata...

ngeteh jgn tak ngeteh, gi ngan kekawan bru sronok gi lak kekedai mamak hehe :D

Cikgu Jang .. berkata...

koi numpang sekaki ye...

Webmaster@Echam berkata...

Kak Hai,
Huhhh.. gelok aok yer...

Edi,
Wehhh.. jomlah ngeteh. Aku on je.

Koyuki,
Yup.. minum teh. Kalau minum arak nama dia MENGARAK.... hahhahah

Abg Syed,
Aok dok Jerantut wehhh.. Kalau dok sg buloh ni tiap2 malam kawan ajok aok ngeteh. Ngeteh sampai kena kencing manis... hehhehe

Kak Zai,
W'salam. Jom-jom. Jap lagi saya turun BM ngeteh kat umah kak zai... hehhehe

Zetty,
Hehheheh.. itu bahasa Jawa.

Kak Sonata,
Ngeteh tu satu perbuatan iaitu minum teh. Bahasa ni bukan sahaja di pantai timur malah digunakan secara meluas di bahagian utara Sg Amazon. Asal perkataan ni dicipta oleh Alexander Gavan El Poyo pada tahun 1908 di ladang Teh Boh di Cameron Highland. Kenapa di beri nama mengeteh ialah kerana masa perkataan ni dicipta air yang diminum ialah air teh.... chehhhh apa aku mengarut ni....

Kak Maiyah,
Yesss... lepak kat kedai mamak yang best tu...

Cikgu Jang,
Jom wehhh..

MuMMy 2 Haqq berkata...

weh..ko jgn main2. laki ku wong jowo. opo kue ngobrolkan nyong reti tau. hahahah..

kakpah berkata...

echam, kitorang plak selalu kata ngeter bukan ngeteh hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.