Isnin, Oktober 05, 2009

Masa Gua Kecik

Kasi rehat sikit emosi dari pikir Indon.

- Aku membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse , Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

- Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah.

- Program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak2 time tuh minum susu. Sekotak 30 sen jek time tu. Tiap-tiap bulan aku beli 2 3 kotak.

- Cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu pukul tapak tangan kan? Kini, kalau bini aku beli pembaris tu tahan 2 3 hari je. Pastu mesti kena patah ngan budak2 Pra. Agaknya mak bapak diorang phobia kot dgn pembaris kuning ni.

- Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke 30 sen jek kat kantin.

- Time sekolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

- Pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum dan main TIKAM....

- Kalau kat sekolah agama waktu petang main polis sentry, kejar-kejar duduk dan galah panjang.

- Rancangan TV paling aku suka cerita BJ and the Bear, Airwolf dan Knight Rider. Kadang-kadang layan The 6 milion dollar man dan the bionic woman.

11 Juri Propesional:

aineeA.S berkata...

ahhaha! agknye life bdk2 ni lbey kurg sama je kot (: erm..ooh, tp citer katun lain --> bugs bunny n donald duck, pink panther, chipmunks. heh :D

n@m@n berkata...

teringat zaman sekolah rendah dulu bwk 20 sen je

maiyah berkata...

salam.. same ler ngan akak minat cite airwolf n knight rider:D

Cikgu Jang .. berkata...

koi pulok....teringat masa sekolah agama rakyat dulu sekitar awal tahun 80 an...asal hari khamis je mesti lari balik sebab nok tengok cerite ultramen...bukan koi sorang, separuh kelas lari balik....sampai pening le ustaz hari tu...

kakcikseroja berkata...

zaman kanak-kanak yang selalu indah.. tak perlu nak fikir pasal 'sweeping' atau apa-apa masalah negara.....

Tanpa Nama berkata...

ECHAM.. koi raser awok tertinggal duer citer beh maser zaman kecik2 dulu... citer Polis Angkasa GABAN dengan citer Ninja....Omen Necrofis

~0~ berkata...

suke tgk Gavan dan Satria Baja Hitam. Bercita2 nak jadi Satria jugak.Tp apakan daya...hhahahaah

Koyuki berkata...

bestnye dulu2..

kite membesar dgn looney tunes..sampai skrg pon still nk tgk lg..

kat skolah minum air sirap..pastu kopok 20 sen..duit lebih simpan nak beli cikedis on the way balik skolah..

Kamria berkata...

X dapat lagi nak cari bihun sup 30 sen.... susu kotak 30 sen.. nasik lemak ayam 50 sen... x dapat dah...

wifenavy berkata...

Mmm.. mungkin kita sezaman dengan echam.com ni.. belanja sekolah 50 sen je, kat sek ugama.. kuih sebijik 15 sen.. kat sek keb.. kuih dah 20 sen...

Webmaster@Echam berkata...

Ainee,
Life sama je. Cuma sekarang ni banyak sgt cite kartun.

Naman,
Tulah bezanya zaman dulu ngan sekarang. Dulu 20 sen dah boleh beli kuih seketul. Skang ni jgn harap.

Kak Maiyah,
Samalah kita kak. Ingat lagi bunyi music airwolf ni... hehhehe

Cikgu Jang,
Hohoho... jahat aok wehhh.. nasib baik jadi cikgu le ni.... hahhahah

Kak Cik,
Yesssss.. masa kecik2 paling best..

Omen,
Koi lupalah wehhh.. tulah cite kegemaran koi dulu.

Edi,
Hahahaha.. syok tu jadi satria. Boleh naik scrambler...

Koyuki,
Ehhh.. samalah awak punya jalan cite. Balik sekolah mesti singgah kedai dulu. Shopping sblm balik umah.

Kem,
Mane dapat dh. Kuih paling2 koman pun 30 sen skang ni.

Wifenavy,
Terima kasih sbb komen kat sini. Saya rase pun mgkin kita sezaman kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.