Sabtu, Oktober 17, 2009

S.E.R.A.B.U.T

Dalam seminggu ni kalau tengok mood budak-budak opis gua ni mmg dah menjunam tahap layang-layang takde brek. Masuk keje, muka ada kat opis tapi muka monyok je. Kesian kat diorang ngan diri gua sekali. Gaji sampai harini belum dibayar lagi. Cuba lu orang jeling-jeling kat kalendar kat dinding pondok tu dah bape aribulan skang ni. APA???? Haaaa.. dah 17hb kan. Emm pandai pun lu orang. Aku percaya gaji lu orang konpom dah tinggal hujung-hujung sen je kan. Gua kat sini belum ada tanda-tanda nak dapat gaji lagi. Dah macam-macam tabung gua kikis cuma buat masa ni gua belum try tanyer kedai pajak gadai je lagi. Kot-kot bulu hidung gua ni laku.

Gua kalau nak cerita tentang kehidupan budak-budak kat sini, gua risau ada yang menangis teresak-esak nanti. So baik gua tak payah cerita. Pendek kata sapa yang dah kaya, kalau nak jadi papa sila datang sini. Sejak akhir-akhir ni bila datang keje je, gua ada sikit rase jaki ngan sorang mamat kat opis ni. Gua tak tau dia spesis apa. Gua rase gaji dia 8 jutalah sebab tadi dia sound gua taknak support dia buat keje. Keje-keje jugak beb tapi kalau dalam poket ada RM2.60 kejadahnyer gua nak drive pegi supplier kat kelang. Nanti sampai pondok tol takkan hensem macam gua nak hulur bulu hidung sambil sengih kot. Haru betul gua pikir mamat ni. Nama je senior Exekutip. Hari-hari gua pening skang ni. Pagi tadi check ngan doktor dia advice gua pakai teropong dah ni. Mata gua dah rabun plak. Dah ditarik lagi satu nikmat yang ada pada gua. Gua redha....

8 Juri Propesional:

kakcikseroja berkata...

Salam Echam..

Sebenarnya apa masalah problemnya company ni??? Echam tak cuba2 melamar kerja kat tempat lain ke?? Kakcik tahu mcmna payahnya bila takde sen dalam poket/beg duit.. huhuhu...

~0~ berkata...

bang keje kompeni ape bang???
cam sy keje dlu la..suh kita wat claim laju je...bayar gaji lambat...suka ati datuk tiri dia je nak bayar bila...

Koyuki berkata...

sedih ni bang..

jom la nk blanja mkn..

=D

relevan berkata...

Kome dari sehari kesehari nunggu bonus ni..gaji ok je lagi..

moh Echam kita pakat bele ikan keli pulok..

INTAN RH berkata...

Siannya, meh akak carikan keje lain :P

Kamria berkata...

Hanya mereka2 yg pernah bergelar warga kompeni ni saja yang tahu...

Webmaster@Echam berkata...

Kak Cik,
Masalhnyer kompeni ni dah takde duit dan tunggu masa nak kena take over. Tu yang sakit tu.

Koyuki,
Sedih ehhh.. jom pegi ngeteh. Jangan lupa bawak gitar tau...

Abg Syed,
Huhhhh.. nunggu bonus pulok. Kitorang kat sini bonus ngan kenaikan mmg tak payah nak mimpi. Mmg takkan dapat.

Kak Intan,
Keje apa kak???

Pencetus Ilham berkata...

Aku tak tau nak kata pe dah... Ish ish ish...Masalah dalaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.