Sabtu, Oktober 24, 2009

Subhanallah........


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

11 Juri Propesional:

Fadh berkata...

subhanalla...maha suci Allah yang menjadikan sekelian alam...sesungguhnya Dia berkuasa untuk menjadikan apa sahaja. satu peringatan kepada kita semua supaya tidak lalai dan alpa dalam mentaatiNya.

kakpah berkata...

Dia menjadikan apa yang dikehendakiNya. Anak itu insan yang terpilih.

Koyuki berkata...

keajaiban mcm ni da banyak berlaku sekarang..

peringatan daripada tuhan

manusia yg lalai tak jugak sedar2..

n@m@n berkata...

Allah Maha Besar

zetty berkata...

Ya Allah...
begitu byk cara y Allah SWT cuba sampaikan kpd kita...knp kite tidak sedar...

Cikgu Jang .. berkata...

Jangan besok, ade pulak puak2 yang pegi sembah pulak budak tu.. kononnya bawa tuah le, boleh ubat org le.....dan toh le....

relevan berkata...

Semakin banyak pertanda yang menandakan semakin hampir kita semua..

Tapi semakin tidak sedar..

Don Balon berkata...

Subhanallah..
Harap cerita ni benar..
koi semenjak cerita sejadah berdiri macam sejadah hantaran kahwin koi lebih berhati-hati tapis cerita..

Namun Allah Al-Qadeer..
Tiada ada sesuatu pun yang lepas dari penetapannya..

~0~ berkata...

peringatan buat kita yang sering terlupa dan terlalai dari mengingati-NYA

Webmaster@Echam berkata...

Fadh,
Bagus pesanan aok tu.

Kak Pah,
Betul tu. Dia insan yang terpilih.

Koyuki,
Dah banyak sgt tapi kita yang wat2 tak tahu.

Naman,
Allahu Akbar....

Zetty,
Sbb kita ni manusia. Mudah lupa.

Nasib baik budak tu bukan kat Malaysia dgn Indon. Kalau tak mmg sah kena suh jampi air.

Abg Syed,
Koi sokong. Semakin jauh dan semakin hanyut.

Don,
Koi pun sama. Kalau bab cerita sejadah tu koi langsung tak percaya.

Edi,
Betul tu. Kita selalu terlupa. Kalau dh ingat pun kita lupa jgk.. hehehhe....

Pencetus Ilham berkata...

aku nak gi semayang jap. tetiba teringat x semayang laie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.