Rabu, November 25, 2009

Puisi Untuk Sang Puteri

Ditujukan kepada sesiapa yang berkenaan.



Menjunjung Kasih Cinta Setia
Biar Luka Jemala Hamba
Membuai Rindu Santapan Kalbu
Asal Dapat Sentuh Bayangmu

Sulaman Emas Kebaya Labuh
Untuk Puteri Berpadan Sungguh
Mabuk Kepayang Sekelip Mata
Jangan Hamba Dituduh Gila

Ingin Membina Istana Dari Permata
Malang Sekali Hamba Tak Punya Apa
Ingin Mencoret Warkah Bertinta Emas
Tapi Sayang Tiada Indah Bahasa Hamba

Hanya Mencoret Warkah Usang
Untuk Melepas Kasih dan Sayang
Jangan Hamba Dianggap Gila
Niat Suci Di Hati Hamba

Selasa, November 24, 2009

Mimpi Indah

Posisi tidur paling enak didunia... hahahhaha


Isnin, November 23, 2009

Jom Retro....

Jumaat, November 20, 2009

RibaiBaru (Revival)

Minggu lepas aku ada dengar lagu ni kat Sinar.FM. Tajuk jepunnya RibaiBaru. Kalau dalam bahasa Inggeris Revival iaitu dibangkitkan semula.


Khamis, November 19, 2009

Aku tak minta jadi POPULAR.

Ramai yang tak puas hati bila aku camni. Aku heranlah ngan diorang ni. Bukan nak bagi semangat pada aku malah ada yang kutuk cakap aku tak layak berkeadaan macam ni. Salah ke kalau aku ditakdirkan jadi macam ni. Hari-hari aku serabut dok fikir problem ni. Tambah-tambah aku heran bila org cakap aku cuba menipu pandangan diorang. Tapi demi kerana kerjaya dan masa depan aku, aku postkan jugak gambar terbaru aku. Biarlah aku dicerca dengan pelbagai umpat nista tapi yang pasti aku bolehhhhh... Cuma kepada kawan-kawan yang pernah kutuk dan hilang kepercayaan kepada aku, satu je pesanan aku. Usaha tangga kejayaan walaupun dengan cara kelentong sekalipun. Jangan rase rendah diri dengan pencapaian aku ni. Sebenarnye inilah berkat usaha aku selama ni. keh..keh...keh...



Percaya tak ni gambar aku......

Rabu, November 18, 2009

Makeup yang berkualiti

video

Selasa, November 17, 2009

Kasih Ayah

Copy dari blog Abu Muaz

Isnin, November 16, 2009

Fenomena Laut Terbelah Dua

Ini adalah fenomena alam yang paling mengagumkan di Korea Selatan yang
Dinamai "Moses Miracle", dua kali setahun terjadi air surut, terbuka
Suatu alur daratan sepanjang 2.8 kilometer Dan lebar 40 meter yang
Menghubungkan pulau Jindo Dan Modo selama beberapa jam.

Suatu festival diadakan untuk mengingatkan kejadian alam Dan dihadiri
Orang-orang dari segala penjuru dunia ini. Bagaimanapun kejadian alam
Ini belum begitu diketahui sampai tahun 1975, ketika Mr. Pierre Randi
Duta besar Perancis untuk negara Korea berkunjung kemari dan mempublikasikannya di surat kabar Perancis.








Jumaat, November 13, 2009

Casablanca

Aku pernah nyanyi lagu ni kat depan mamat ngan minah Korea masa diorang invite aku pergi satu majlis meraikan last trip aku ke Korea Selatan awal tahun aritu. Last majlis tu diorang suruh aku nyanyi satu lagu untuk diorang. Dalam banyak-banyak lagu yang ada, lagu ni ngan lagu Hotel California je yang aku suka dan boleh nyanyi. So aku pilih lagu ni. Lagu ni kebanyakkan kanak-kanak purba je yang tahu. Budak-budak remaja klasik cam aku ni tak banyak yang tahu. Rakaman video masa aku nyanyi smp skang ni aku tak dapat dr mamat korea tu. Aku rase dia dah jual secara pasaran gelap agaknya rakaman nyanyian aku tu.

Aku try jugak cari dalam youtube dengan tajuk hebat terlampau, aksi terlampau, marveles terlampau tapi semua takde. Maknanya dia belum lagi post kat dalam youtube. Kalau dia post mampusss akuuuu... Mesti kena dakwa di mahkamah persatuan isteri-isteri yang Majistret dia Kak Zai, pendakwaraya Kak Cik, para juri Kak Normah, Kak Hai, Finaz, lepihlady, pB, dan Kak Maiyah dan kak pah. Pemerhati dari PBB dalam bahagian Perlindungan Remaja Klasik terdiri dari Koyuki, Ezzati, Edi, zetty, kak saliza, ummu dan Don.

TAPI... aku ada peguam-peguam yang hebat terdiri daripada Abg Syed, Endiem, Mazru dan Cikgu Fadh. Cikgu Jang ngan Al sebagai peguam simpanan kot-kot masa tu Abg Syed kena OT. Bukan boleh harap sangat dia tu. OT je kejenya... hahahhahah..... Hebatkan perbicaraan ni. Ngeri aku nak fikir benda ni. keh.. keh.. keh...

Apa-apa pun jom layan lagu kat bawah ni. Casablanca......


Khamis, November 12, 2009

Insuran Paling Baikkkkkkkkk

Sesapa yang belum ada insuran boleh ambik cepat. Aku dah sign up semalam.... muahahahhah. Entah hape-hape iklan camni.




Rabu, November 11, 2009

Believe it or not

Can you imagine walking on Niagara falls ???








Selasa, November 10, 2009

Surat Dari Setan

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan'Bismillah' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ke tempat tidurmu.
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu. Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH. Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, mempersenda dan mempermain kan perasaan orang, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak.Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggodamu lagi.Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Jumaat, November 06, 2009

Patutlah sedap

Aritu ari Rabu. Habis je kelas kul 1.00 masing-masing lari macam ribut ke dewan makan. Lambat je sikit memang beratur panjanglah jawabnya. Pengajar aku plak jenis bagi kuar kelas ngam-ngan pukul 1. Dahlah bengkel aku jauh dari dewan makan. Masa lari-lari pecut ni masing-masing dalam pala ingat nasi je. Mihun pagi tadi dah habis di proses agaknya dalam perut budak-budak ni. Sampai dewan makan barisan dah pendek sebab geng-geng yang dekat ngan dewan makan banyak yang dah serupa pacat. Bila dah kenyang kena blah. Jangan tunggu.

Menu hari tu ikan jaket masak sambal, sayur sawi tumis air, tembikai susu dan air sirap. Sampai je meja makan nasi aku dh macam gunung Tahan. Selera masa tu tahap org sesat 7 hari dalam hutan. Sambil makan sambil pung pang pung pang ngan geng-geng aku. Ntah apa diorang cite aku pun tak tahu. Sejak dari suapan pertama lagi aku rase masakan arini ada sikit sedap serta menyelerakan aku. Nak kata tadi aku keje kuat tak jugak sebab tadi dari start kelas smp rehat aku dok ngadap game je kat pc tu. Heran jugak benak aku masa tu. Makin aku suap makin sedap. Penangan sapa plak yang masak sedap camni. Nak kata Ema juling tak jugak. Ema tu ngorat retilah. Pastu bila org ngorat dia, dia punya jual mahal smp toke sawit Kulai pun tak mampu beli.

Dalam dok bersembang tu aku perasan nasi aku dh nak habis. Perut dah mula rase padat tapi dah tinggal sesuap ni elok aku habiskan. Sayur sawi tumis air tinggal 2 3 puntung je lagi. Elok aku nak ambik sawi yang terakhir. Aku kaget... Tekak dan perut rase satu macam. Terasa seperti berada di antara realiti dan fantasi masa tu. Aku mula membayangkan bagaimana Ema bersorak gelakkan aku kerana dia dah buat yang tersedap dalam makanan tu. Akhirnya selera aku tiba-tiba mati. Suapan terakhir aku bertukar menjadi sebuah keluhan kosong. Aku tak tahu dah berapa suapan aku yang paling sedap tu. Patutlah gelodak hati aku mengatakan makanan hari ini paling sedap dalam sejarah. Patutlah suapan aku makin menjadi-jadi tadi. Akhirnya aku bangun sambil melangkah longlai ke singki membasuh tangan. Aku pasrah, aku redha.......


Psssttt:- Korang pernah makan ulat yang makan dan bersarang dalam daun sawi tak????

Selasa, November 03, 2009

Masihkah Kau Ingat

Lama dah takde kat TV cite ni. Dengar lagu je terus aku jadi semangat. hikhikhik... Kredit untuk semua anggota tentera.

J.a.w.a.p.a.n

Ok akak-akak dan abg-abg semua. Tutup mata yer. Skang ni nak umumkan jawapan untuk soalan semalam. Ishhh.. berdebarnyer... hahahhahah.

Nah... ini jawapan kepada soalan:

Kampung apakah yang paling jauh sekali di muka bumi????

-

-

-

-

Kg Bintang, Temerloh, Pahang.

Hehehehhehehe.....

Cikgu Jang dapat jawab soalan tu. Nanti jumpa koi belanja aok yer rodong.


Isnin, November 02, 2009

COBA TEKA.

Kampung apakah yang paling jauh sekali di muka bumi????

Cuba teka???

Ahad, November 01, 2009

Tolong Carikan Jodoh

Wah... segar nampak mata yang abg-abg ni. Mentang-mentang tajuk tolong carikan jodoh bukan main lagi korang yer. Aku dapat benda ni dari email yang kawan aku hantar. Sian ika.......

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hi,
Ika seganla. Dah la kita tak lawa. Biodata ika ada kat bawah. Kalau betul ada kawan-kawan you ikhlas nak berkenalan dengan ika, diorang kena terima ika seadanya tau. Maklumlah, ika ni orang kampong. Diorang pun kena faham dengan kerja ika. Ika ni peramugari, so selalu outstation. Ika tak kisah paras rupa, yang penting ikhlas dan SETIA. Ika tak suka womanizer dan lelaki hidung belang. Sapa2 yang minat ikhlas nak kawan ngan ika abg suruhla diorg add YM ika yea….
Ika bukan aper, dah tak tahan sebab mak dan ayah asyik tanya jer..... Ika plak sibuk, takde masa nak berkenalan. Tahulah lah keja Ika macam manan kan. ada tue adalah, tapi semua yang nak ambil kesempatan.Ingat Ika ni perempuan murah ker. Tolong lah you yer. Ika sunyi lah...

Nama: Nurul Intan Bt Md Aris

Nama Panggilan: Ika

Umur: 28tahun

Skin: Sowo Matang

Kening: Lentik Sedikit

Rambut: Hitam (xsuke kaler2 rambut)

Alamat: Seksyen 17 Shah Alam, Selangor

Pekerjaan: Peramugari

Hobi: Shopping, Tengok Wayang, Clubbing

Favorite Drink: Soya Campur Cincau, Cappucino

Favorite Food: Seafood, Spaghetti, Pizza Hut, Budu

Email: ika_cute@yahoo. com.my

p/s: sebarang pertanyaan sila email saya. Gmbr saya sertakan dibawah..

-
-
-
-
-
-
-
-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.