Jumaat, November 13, 2009

Casablanca

Aku pernah nyanyi lagu ni kat depan mamat ngan minah Korea masa diorang invite aku pergi satu majlis meraikan last trip aku ke Korea Selatan awal tahun aritu. Last majlis tu diorang suruh aku nyanyi satu lagu untuk diorang. Dalam banyak-banyak lagu yang ada, lagu ni ngan lagu Hotel California je yang aku suka dan boleh nyanyi. So aku pilih lagu ni. Lagu ni kebanyakkan kanak-kanak purba je yang tahu. Budak-budak remaja klasik cam aku ni tak banyak yang tahu. Rakaman video masa aku nyanyi smp skang ni aku tak dapat dr mamat korea tu. Aku rase dia dah jual secara pasaran gelap agaknya rakaman nyanyian aku tu.

Aku try jugak cari dalam youtube dengan tajuk hebat terlampau, aksi terlampau, marveles terlampau tapi semua takde. Maknanya dia belum lagi post kat dalam youtube. Kalau dia post mampusss akuuuu... Mesti kena dakwa di mahkamah persatuan isteri-isteri yang Majistret dia Kak Zai, pendakwaraya Kak Cik, para juri Kak Normah, Kak Hai, Finaz, lepihlady, pB, dan Kak Maiyah dan kak pah. Pemerhati dari PBB dalam bahagian Perlindungan Remaja Klasik terdiri dari Koyuki, Ezzati, Edi, zetty, kak saliza, ummu dan Don.

TAPI... aku ada peguam-peguam yang hebat terdiri daripada Abg Syed, Endiem, Mazru dan Cikgu Fadh. Cikgu Jang ngan Al sebagai peguam simpanan kot-kot masa tu Abg Syed kena OT. Bukan boleh harap sangat dia tu. OT je kejenya... hahahhahah..... Hebatkan perbicaraan ni. Ngeri aku nak fikir benda ni. keh.. keh.. keh...

Apa-apa pun jom layan lagu kat bawah ni. Casablanca......


17 Juri Propesional:

~0~ berkata...

Jual kat pasaran gelap yang xleh tahan tue...hahahha..

1st time dgr lagu nie...

kakcikseroja berkata...

Amboi.. amboi..amboiiiiiii.. ni nak kena dakwa dak Echam ni.. sesuka ati je lantik semua orang dalam makhamah dia! :)

(Gaji dah dapat ke blom?)

Finaz berkata...

saya jadi juri? Bagus mmg xde peluanglah kaum lelaki nk menang. Plus, amik Relevan lak jadi peguam! hahaha hari tuh anak dia sendir (Syafrina) pun nak tangkap dia pasal kes sms terlampau hahaha

Sham, you are so funny!hehe

Webmaster@Echam berkata...

Edi,
Tulah... aku mmg agak lah. Memang diorang juallah tu. Lirik best..

Kak Cik,
Erkkk... biaselah.. kalo tak didapati bersalah nnt. Hahhaha

Finaz,
Tergelak saya baca komen awak. Salah ambik peguam nmpaknya saya ni. Nasib baik peguam saya tak kena dakwa ngan anak dia... hahahha

um. masyitah berkata...

Salam,
wah lawak pagi Jumaat ni.:).
para peguam pun hebat-hebat belaka tuh.
p/s:Lagu ni mengimbau memori silam tul. hu hu

relevan berkata...

Weyy..kawan aok nak lantik jadi Lawyer..lawyer buruk boleh lah..wakakaka!..

zetty berkata...

hahaha...
mesti gempak kan..perbicaraan nie...semua hebat2 belaka...mesti awk menang dgn senang...hehehe

ezzati berkata...

jd pemerhati??kuang2...

p/s: lagu karaoke..hehe

ZOOL@TOD berkata...

Tak sedapnya orang ni nyanyi, baik echam nyanyi pas tu masuk youtube nanti saya masuk dalam blog saya.

Fadh berkata...

mengkalar nak upah koi jadi peguam aok...siapkan laa 7-8 juta...

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum,
Hehehehe, tima kasihlah lantik keh jadi juri dalam mahakamah aok, tengoklah apa keputusannya nanti yee, bila kome semua bersidang.

Tapi weh lagu nih keh tak berapa minat, kala lagu Hotel California tuh keh minat bete...

maiyah berkata...

apa yg terlampau tu.. takpe nanti kak kira cincai :D

Cikgu Jang .. berkata...

koi menkala awok, tok kisah lalu. bior hakim kate bersalah pun, kite lawan bior hakim ter jadi ngeri.....hehehe

mazru berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
a kl citizen berkata...

assalammualaikum

bilanya perbicaraan tu? masa cuti sekolah bagus gak...

akak akan bagi verdict yang bagus sekali...

mmm, ...melampau kat korea ya??
paham ke orang korea tu dengar lagu casablanca? kenapa tak nyanyi lagu ....balik kampung?

zai berkata...

Adooiii....echam...awatla nama kak zai kat atas sekali jadi majistret nih !!! Nasib bukan persatuan ibu2 tunggal..

Lagu ni tajuknya casablanca ke asab belaka ?? dok terlekat2 jer..nak layan gak lah...first time dengar lagu ni..dok terbayang echam nyanyi sambil meliuk lentuk manja macam beruang panda...hehehe

Saliza berkata...

My favorite song!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.