Isnin, Disember 14, 2009

ARRRGGHHHHH... KENA TIPUUUUUU!!!!!!!!!!

Semalam aku isi minyak kat Esso Sri Damansara kat area umah aku. Dalam dok mengepam minyak tu datanglah sorang lelaki tanyer aku. Dia nak minta duit ngan aku sebab dh takde duit nak makan. Aku cakap ngan dia aku mane ade duit. Dalam dok sembang-sembang tu dia kuarkan henpon dia. Dia cakap dia nak jual henpon dia kat aku. Yang penting dia nak aku bagi dia duit sbb nak buat belanja. Lelaki ni cakap melayu agak kurang fasih. Aku ajak dia cakap bahasa inggeris pun lagi dia tak paham. So aku layanlah dia dalam bahasa melayu. Aku tanyer dia asal mane? Dia cakap Taiwan. Masa ni aku dah tau dia tipu aku. Tatu penuh kat tangan lagi nak cakap orang Taiwan. Aku syak mamat ni orang Sabah atau Sarawak. Dia tunjukkan henpon dia kat aku. NOKIA EXPRESS MUSIC. Dia nak tolak kat aku RM500. Aku cakap aku takde cash banyak tu. Pastu dia minta aku bayar je RM300 sbb dia mmg perlukan duit sgt2. Lepas selesai isi minyak aku park kete aku kat tepi then aku ambik tepon kat tangan dia. Aku masukkan sim card aku then try buat call. Henpon ni ternyata ok dn berfungsi dengan sebaiknya.

Dalam dok fikir tu timbul rase 'kesian' kat dalam hati aku. Niat hati aku nak tolong mamat ni. Sblum aku bagi duit kat dia, aku terperasan yang dia ambik tepon tu kat tangan aku dan pulangkan semula kad SIM aku. Lepas pada tu dia campakkan henpon tersebut ke tempat duduk pemandu kete aku. Lepas aku bagi dia duit, mamat ni terus blah tapi yang jadi kemuskilan pada aku dia nampak tergesa-gesa dan satu kemusykilan paling besar dalam benak aku lepas je dapat duit dia pegi ke tepi dinding esso tu dan mengintai aku pergi dari situ. Aku nampak dia buat camtu bila aku pandang dr cermin pandang belakang kete aku. Hati aku jadi tak best sekejap. Terus aku berhenti kat tepi jalan dan test henpon tersebut.

Bila aku pegang je henpon tu aku dah tau, AKU KENA TIPU.... Henpon ni digunakan hanya untuk DISPLAY sahaja kat dalam cermin dan tak boleh berfungsi pun. Aku patah balik cari mamat tu tapi dia dah takde. So semalam aku memang aku kena tipu bulat-bulat ngan mamat tu. Mungkin semalam lepas aku blah dari Esso tu, dia bersorak keriangan kerana berjaya mendapatkan RM300 atas sebab KEBAIKAN aku yang mudah kesian kat orang. Peristiwa semalam tu bagi aku pengajaran. Lepas ni aku janji, kalaulah datang pada aku orang merangkak sekalipun yang cakap dia takde duit jangan harap aku bagi seposen pun kat dia. Dunia harini dah tak boleh nak percaya itu semua. Penuh tipu daya.

Pada semua yang membaca tulisan aku ni harap korang lebih berhati-hati bila berada di hentian rehat dan stesen minyak yang mempunyai kemudahan ATM. Setan-setan camni sentiasa berkeliaran untuk kenakan kita. Aku percaya satu hari nanti mamat ni akan kantoi gak. Cuma masanya belum tentu bila.

Malam tadi aku ada sembang-sembang ngan Pegawai penyiasat Jenayah Perdagangan IPD PJ. Dia tanyer aku nape boleh jadi camni. Aku pun tak mampu nak jawab apa-apa. Niat aku nak tolong orang tapi aku lupa yang dengan kebaikan tersebut aku akan rugi. Dia gelak je. Emmm.. sbnarnyer kejadian ni dah banyak berlaku dan sebelum-sebelum ni orang Sabah yang banyak wat keje ni. Semalam pegi jugak cari mamat ni tapi tak jumpa plak. Dah lari lah tu. Memang takde rezeki akulah RM300 tu. Redha jelah dgn semua tu. Kat bawah ni aku tunjukkan gambar henpon tersebut.



Memang real (Pandangan hadapan)



Pandangan Belakang



Bila aku baraikan



Kat mane aku nak letak SIM KAD????

Kepada sesiapa yang ada terjumpa dan berhadapan kes macam di area KL dan Selangor sila kol aku secepat mungkin. No tepon cari kat post2 sblm ni. Cuba lengah-legahkan penjenayah ni sehingga aku sampai. Taulah nasib dia bila aku sampai nnt. Memang aku humban dia dalam bilik takde dapur.

28 Juri Propesional:

Fadh berkata...

koi pernoh di offer kat hentian highway plus handset...tapi koi xlayan sbb koi tau itu tentu handset yg dia curik dari sape2 ntah...skrg nie kena hati2 weh...

yanz berkata...

moral of the story....buat baik berpada2.. bykkan sabar k...
errkk..klu yan nak pinjam singgit buat beli gula2 pun xleh ker??..haduss

pB berkata...

member pB pernah kena macam nie.

sebijik macam nilah..

hangus gak 300

Finaz berkata...

Laa.. takpe lah Sham, aok sabar ok. Owang tuh takkan slamat nyer. Anyway next time kita suma kena lebih berhati2 kan..

kakcikseroja berkata...

Salam Echam..

dalam kesian kat Echam ni, kakcik nak tanya.. dapat bonus ke?? Banyak bawak cash tu..

Tapi, iyalah.. kalau dah nak kena kan?? :(

YASSIN SULAIMAN berkata...

Zaman sesari nei mmg jgn mudah percaya kat sesape...tentu ada muslihat semuanya...akan kawan jadikan pedoman cerita aok nei...
kawan simpati dgn aok terima ajelah duit tu bukan rezeki kita.

ezzati berkata...

lor..siannye..xleh pecaya ngan org ni..

p/s: ku x penah n x ske bwk cash byk2 ni..plg byk pon rm100 je dlm purse

~0~ berkata...

sial...memacam..

btol bang xyah kesian lagi pasni...

Koyuki berkata...

hmm..sian
saya bawak cash skit jer kalau kuar
sbb takut
n kalau ada orang datang dekat memang saya syak gile2 n terus larikan diri..penakut sangat.
tapi kite tatau kan apa nak jadi

maiyah berkata...

mangkuk kemek tul le mamat tu.. skrg mmg org nk dpt duit snggup wat apa saja

Omen Necrofis berkata...

ECHAM... ksian kat ko.. RM300 plak tu bukan RM30.... Buat baik berpada2... buat jahat jangan sekali.. dua tiga kali x perk hehe.. anyway.. anggap je RM300 tu sebagai cukai pendapatan...

Mr PenyuBiru berkata...

kes cenggini dah banyak berlaku. surat kabar selalu laporkan kes ni. bila kita baca kes sebegini, kita akan cakap "la..naper bleh la bleh percaya kat mamat tu". tapi hakikatnya, bila kita berhadapan dgn situasi tersebut, kita tak sedar sebenarnya kita sdgn ditipu.seba taktik diorang begitu licik tuk memeperdayaka kita sampai kita kompius betul ke tak ni.

btw, thanks sharing this. semoga dgn cerita ini,ramai lagi diluar sana termasuk aku akan lebih berhati².

relevan berkata...

RM300 ye..cukup untuk 2 hari badget ke dangdut..takpe Echam nanti kita guna Santau angin kat orang yang tipu aok tu..

Webmaster@Echam berkata...

Fadh,
Dalam kawan hati2 kawan kena jugek...

Yan,
Tak boleh....

pB,
Samalah ngan kes saya ni...

Finaz,
Tgh sabarlah ni. Kalo tak nak hntar je santau cap kapak kat dia.. hahahah

KakCik,
Saya kuarkan kat ATM lah... saya kalo kuar paling banyak rm50 je dlm dompet
kadang2 rm5.. heheheh

Abg Yassin,
Jadikanlah pedoman apa yg koi kena tu...

Ezzati,
saya pun tak suka bawak cash banyak2.. takutlah...

Edi,
Kalo ade jumpa geng2 ni kat mane2 bgtau yer...

Koyuki,
Cara awak tu sgt selamat... Bagus2...

Kak Maiyah,
Mmg jahanam tau org skng cari duit...

Omen,
Mmg koi anggap gitulah.. Bukan rezeki koi duit tu..

Mr Penyu biru,
Sapa belum kena akan cakap camtu tapi bila dh terkena br tau camne situasi tu...

Abg Syed,
Kawan pun ade santau dah expired kat umah tu. Adalah dlm 2 peket. Malam kang kawan try hanto.. hahhaha

endiem berkata...

hand phone cap ayam kot he he. Ramai mamat mamat yang macam tu mana mana R&R utara selatan.

Rodong Blogger berkata...

Zaman skarang ni kene jage2.Macam2 care orang nok mengene.

hai berkata...

nasib,nasib...nak wat camna cobaan!!harp lebih berhati2 lagi pasni..

Cikgu Jang .. berkata...

Setelah membacanya...baru ku tahu ...oh dunia2..

pakcik kordi berkata...

cilaka tul.nt koi santet beliau.ok?huhu..

sian aok!

Mybabah berkata...

Assalamualaikum. Dengan segala hormatnya anda dijemput berkunjung ke blog saya http://www.mybabah.blogspot.com dan isteri saya http://www.teacherrahila.blospot.com. Di sana anda terdapat mutiara yang selama ini anda cari.

gayapeneroka berkata...

kelakar pun ada...
maaf lah...belum habis baca aku dah tergelak.....
Aku dapat bayangkan keadaan masa itu........
sebenarnya perkara ini biasa di Kuantan ...tapi cara yang berbeza...terutama kawasan MYDIN.

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum, dah nok rugi, gone ke gayanye weh...esok2 dia pulok rugi...sabo ajalah...

a kl citizen berkata...

assalammualaikum echam

niat nak tolong ya?
moga Allah gantikan yang lebih baik buat Echam ...
benda dah lepas, moga Allah yang membalasnya...
terima kasih atas citer echam ni

dzul berkata...

perghh..terkena aok..xyoh la sesekali pecayakan orang dah lepas ni..bior melutut sekali pun... koi pn mcm fadh, was2 x mau terbeli yg curi tambah kalau modus operandi mcm ni

sonata anak kancil berkata...

kalau aku kena - memang aku sumpah seranah dia sampai mati tak ade maaf...( aku ade kena tipu - & aku tak halalkan - Allah maha mengetahui - mereka yang menipu - semua muflis!!!) - semoga ini jadi iktibar...

Mazru Majid berkata...

kesian kat aok weh..reti pulok dia buat magic tu yek..gampang betui la org yg nipu aok te,,

shuk~ dan eton berkata...

koi penah kena gak...
kat basten pekeliling..masa tu koi nok balik gelanggi..baru balik dari asrama..nok balik raya..

ada member dtg bagitau kat koi dia kene rompak.. dia kabo kat koi di budok jengke 19.....die mintak kat koi 10 inggit.. dah name pun orang kampung..koi bagi le 20 inggit buat tambang balik...koi kabo...10 inggit mane sampe weh.. balik temeloh aje dah 15 inggit.. dia bagi le no tepon..suh koi tepon..raya datang le rumoh...

koi citer kat bebudok gelanggi.. dia kabo..awok dah kene tipu tuh... koi terai telepon...harammm..takde pung nombor tu... 2 hari lepas kejadian baru koi sedar..yang koi dah kene tipu..20 inggit utk bebudok tingkatan 5 tu banyokk wehh.. sanggup diaorg ni tipu bebudok..isk3..

onniey84 berkata...

kat kedah pun dh da org kena..member hb yg kena...mana nak cari org tu, sure dh lari sejauh jauhnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.