Khamis, Disember 31, 2009

Hero-hero aku

Pejam celik pejam celik sekejap je dah besar hero-hero aku ni. Yang Along dah 4 tahun, Angah pulak nak masuk 3 tahun. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu. Along selalu keluar masuk wad. Pernah alami sekali pengalaman pahit masa along kuar dari wad. Along lahir tak cukup bulan. Dalam 8 bulan dah lahir ikut tingkap sebab mama dia ada darah tinggi. Lazimnya budak-budak lahir tak cukup bulan ni selalu kena APNEA iaitu macam terlupa nak bernafas. Bayi camni dia rase dia masih dok dalam perut mak dia dan segala-galanye akan disalur melalui tali pusat. Baik dari segi makan dan bernafas. Yang bayi ni tahu tido dengan nyenyak sampai lupakan makan dan bernafas.

Cara nak sedarkan dia kene jentik tapak kaki. Kalau dia datang lupa nak bernafas, muka sampai jadi biru. Pengalaman paling pahit tu jadi masa umur dia 25 hari. Aritu aku pegi keje macam biase. Dalam kul 10.00 MEM aku msg cakap along jadi biru bila hisap susu. Tapi bila jentik-jentik kaki dia sedar balik. Sampailah waktu petang bila aku balik keje kul 5.30 aku pangku along, aku tengok muka dia dah biru masa tu. Jentik-jentik tapak kaki langsung tak gerak. Aku tampar-tampar pipi pun dah takde respon. Terus aku pangku lari turun tangga apartmen aku. Pak sedara aku follow kat belakang. Masuk kete terus bawak pegi klinik. Masa tu memang dia langsung tak bernafas. Jarak ke klinik tu dalam 1km je tapi punyalah lama aku rase dok dalam kete tu. Sampai je kat klinik tu doktor tengok dia still tak bernafas dan kebetulan klinik tu takde pulak tabung oksigen. Berlari plak aku sambil pangku Along ke Damansara Damai Specialist .

Sampai je kat Damnsara Damai Specialist dapatlah Along oksigen. Legaaaaa.... sekejap..... Lebih kurang 1/2 jam Along dah stabil. Pihak spital tu tak berani ambik kes Along sebab Along baru je kuar dari spital Selayang. Sekadar bagi oksigen ngan bantuan kecemasan je diorang berani buat. Diorang minta aku call ambulan Hospital Sungai Buloh untuk hantar Along ke Hospital Selayang. Pada masa tu jalan jem sangat sebab jalan dari Damansara Damai ke Sungai Buloh - Kepong masih jalan lama. Bukan jalan yang cantik serta lebar macam sekarang. Pihak spital tu memang tak bagi aku hantar dengan kete. Kang kalo apa-apa diorang takut dipersalahkan.

Aku pun dengan penuh takzimnya call ler hospital Sungai Buloh. Kali pertama call dijawab oleh seorang perempuan. Mungkin Nurse kot. Yelah.. Hospitalkan.. mestilah nurse yang angkat. Takkan pak guard pulak. Aku cite masalah aku kat dia. Berbuih jugaklah mulut aku cerita. Last-last dia cakap. Jap-jap... saya tak fahamlah apa yang Encik cerita. Nanti saya bagi kat staff lain. Lepas dia letak 15 minit aku tunggu langsung takde yang sudi bercakap ngan aku. Aku letak dan selang 15 minit aku call semula. Kali ni dijawab oleh seorang perempuan jugak. Macam mula-mula tadi aku ceritakan segala masalah aku dan aku mohon dia hantar ambulan untuk bawak Along ke Selayang. Tau apa jawapan dia untuk aku yang sedang melalui situasi cemas ni. "KAmi takde pemandu wat masa ni". Jawapan macam bagi kat penternak BABI bila dipanggil untuk inject babi dari Virus JE... Korang fikirlah camne orang kat spital tu layan kita kalau kita tengah sesak camtu.

Masa tu aku blurrrr... Pihak Damansara Damai Specialist push aku suh hantar Along cepat-cepat sebab diorang takut apa2 ngan Along. Diorang tawarkan ambulan swasta pada aku. RM300 sampai ke hospital Selayang. Manelah RAKYAT BAWAHAN cam aku ni mampu nak bayar RM300 dalam masa tu. Masa tu kalau toreh muka aku konpom takde darah. Pucat abes aku masa dalam situasi tu. Dalam pada dok termanggu memikirkan apa aku nak buat, aku teringat tuan rumah sewa aku seorang pemandu ambulan. Terus aku call dia. Kebetulan masa tu dia ada kat quaters dia. Terus ambik kunci ambulan, ajak seorang MA follow dia ambik Along. Dalam 10 minit dia sampai dan bawak Along ke Selayang. Segala pengorbanan beliau tu akan aku kenang sampai akhir hayat aku. Aku sentiasa berdoa beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kerahmatan Allah dunia dan akhirat. Kepada kakitangan yang buat onar tu, korang fikirlah elok-elok. Arini korang buat kat orang tak mustahil esok-esok anak-anak atau cucu-cucu korang pulak kena camtu. Ingat seperkara, gaji korang tu adalah hasil bayaran cukai yang datangnyer daripada titik peluh rakyat bawahan yang hina macam aku ni. Ni gambo hero-hero aku yang terbaru.



Along dan angah



Along



Angah



Ada ensem macam papa diorang tak... hehhehehe

12 Juri Propesional:

~0~ berkata...

muka mmg ada iras bapa dia...mmg anak bapak nie...ekekekek

apepun ape yang nusrse tue buat mmg xptut..alasan xde driver mmg cam bangkai...sial je...

yanz berkata...

angah mcm mama dia..
harap bro tabah hadapi segala dugaan yg menimpa..
rezeki..bencana..sumanya dtg dr Allah dtg tujuan nak menguji kita.
bersabar banyak2 k..
mg anak2 bro membesar bagaikan johan mcm papa dia jgkkk:p

Koyuki berkata...

orang hospital memang macam tu
nak2 kalau hospital kerajaan
cam hapa jer service

bila nak tambah lagi?
hehe

ezzati berkata...

waa..geram aku baca part nurse tu...bongek gak kan..

hee..dah besar dah anak2.. :)

YASSIN SULAIMAN berkata...

Makin deras budok besar makin deras kita tua...bila nok menceri dee nya hehehehe

relevan berkata...

Laa Echam..ko dah ada anak rupanye?..sampai hati dulu mengaku bujang masa kita jumpa..ishk2..hensem2 macam ko Echam..

Saliza berkata...

Echam,
Dah ada dua hero,bila lak nak dapat heroin?

kakcikseroja berkata...

Hensem budak dua beradik ni. :)

(malas komen la pasal org sepital gomen nih!)

maiyah berkata...

mmg hensem.. slmt thn bru ye
tu yg maleh nk brurusan ngan spital kerajaan nih.. x tau le agaknya dah biasa dorang tgk org mati hari2 smpai jiwa jd x heran ngan nyawa sbb tulah

Cikgu Jang .. berkata...

yg hero je ke ? heroinnya takde lagi ke.....hehehe...kena usahakan tu kalo takde lagi...

Mazru Majid berkata...

salam 2010 weh..

hai berkata...

memang perit bila kena situasi gitu....hanya Allah je yang tau perasaan kita masa tu,rasa nak nangis x nangis je ...camana along sekarang??dah ok ke atau masih ada lagi masalah kesihatan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.