Rabu, Disember 16, 2009

Saidina Umar Jadi Papa Lepas Jadi Khalifah Islam

Aku copy kat Perisik Rakyat. Baca sebagai tauladan untuk diri kita.

Mengikut semua riwayat yang kita terima, Saidina Umar bukanlah seorang yang misikn atau papa sebelum beliau menjadi Khalifah Islam. Malahan ada riwayat yang sahih yang mana Saidina Umar telah sanggup meng”infaq” kan setengah dari harta beliau untuk Allah dan Rasul SAW.

Dengan kata lain, kedudukan ekonomi Saidina Umar sebelum menjadi Khalifah adalah sangat stabil. Beliau dikenali menjalankan profesi sebagai pedagang. Walaupun karier beliau sebagai pedagang tidaklah sehebat Abdul Rahman bin Auf, namun tidaklah Saidina Umar itu hidup melarat dan papa.

Namun, kesemua kesah-kesah kesempitan hidup yang kita dengar berkaitan dengan Saidina Umar kita hanya dengar selepas beliau menjadi Khalifah Islam. Ini kerana setelah menjadi Khalifah, beliau terpaksa berhenti profesi beliau yang asal sebagai pedagang (trader) dan menumpukan waktu dan tenaga beliau untuk menjaga “Darul Islam”.

Tapi sebelum kita mulakan kesah2 kesempitan hidup Saidina Umar, haruslah kita ingat bahawa di bawah pimpinan Khalifah yang papa ini, Islam telah berjaya mengalahkan 4/5 dari Empayar Rom Timur dan keseluruhan dari Empayar Parsi.

Dan yang menghairankan sekali, sewaktu berita kemenangan Islam ini sampai ke Kota Madinah, Saidina Umar tidak mengarahkan apa-apa sambutan ataupun keramaian bagi meraikan kemenangan Islam ini. Tidak seperti adat empayar2 Rom dan Parsi di mana kemenangan yang gemilang seperti ini akan diadakan sambutan dan keramaian yang berlangsung selama seminggu lebih. Tentera-tentera yang terlibat dalam perang akan berkawad di tengah-tengah kota dipimpin oleh jeneral yang bertanggungjawab ke atas kemenangan tersebut.

Hamba dan tawanan perang akan dipamirkan kepada khalayak ramai, dan pemimpin bala tentera musuh akan dibunuh di hadapan khalayak ramai bagi menandakan kesahan kemenangan.

Saidina Umar tidak MENGARAHKAN apa-apa sambutan. Mengapa? Kerana dalam hanya beberapa tahun pemerintahan Saidina Umar, Empayar Islam telah bertukar dari sebuah empayar yang paling papa kepada empayar yang terkuat dan terkaya di dunia. Dalam masa beberapa tahun, Empayar Islam telah menjadi KUASA BESAR DUNIA.

Saidina Umar merintih dan mengadu kepada Allah kerana beliau dalam keadaan bimbang dan gundah gulana. Bagi Saidina Umar, ujian kemiskinan itu lebih mudah dihadapi berbanding dengan ujian kekayaan dan kesenangan. Jumlah harta rampasan perang yang di dapati oleh tentera Islam mencukupi untuk mengkayakan setiap orang di Mekah dan Madinah bagi 7 keturunan. Itu hanya harta dari PArsi, belum Rom.

Hasil dari kebimbangan Saidina Umar itu, kita lihat Saidina Uthman menghargainya, dan dalam pemerintahan 10 tahun Saidina Uthman Islam telah berjaya sampai ke sempadan Libya/Maghribi (seterusnya nanti Islam akan sampai ke Sepanyol).

Dibawah pimpinan Saidina Uthman dan Saidina Muawiyyah ibnu Suffian, Arab2 yang hidup naik unta di Padang Pasir telah berjaya dilatih menjadi lasykar-lasykar di laut. Saidina Muawaiyyah berjaya menubuhkan Armada Laut Islam yang pertama dan berjaya mengalahkan Armada Rom Timur yang datang dari Konstantinople. Kemenangan itu amat penting bagi menjaga kota Iskandariah dari ditawan semula oleh Rom Timur sepanjang pemerintahan Saidina Uthman.

Ertinya, kekayaan yang didapati dari kemenangan itu berjaya digunakan bagi mengembangkan lagi Islam dan menguatkan lagi dakwah Islamiyyah. Sepanjang pemerintahan Saidina Uthman, Islam berkembang dengan megah. JUTAAAN MANUSIA masuk Islam.

Semua hasil dari polisi dan contoh pemerintahan yang papa bernama Saidina Umar Ibnul Khattab.

(Saidina Uthman juga meneruskan gaya hidup Saidina Umar dan beliau syahid di dalam rumah beliau yang kecil sewaktu sedang membaca Al Quran. Beliau dibunuh pun kerana beliau tidak mahu membazir wang rakyat untuk membayar gaji2 pengawal beliau dari gerombolan rakyat Madinah yang menentang usaha beliau dalam mengeluarkan Mushaf Uthmani).

Kesah Kepapaan Saidina Umar Selepas Menjadi Khalifah

Kisah2 ni semua telah maklum. Saya cuma beri sebagai point form sahaja untuk kita “refresh” ingatan kita :
  1. Anak Saidina Umar pernah mengadu bajunya koyak di 13 tempat dan ada tampalan bajunya menggunakan kulit kayu kerana Saidina Umar.
  2. Saidina Umar mahu meminjam 4 Dinar dari Baitulmal, tapi bila diberi borang untuk diisi, beliau tak dapat menulis nama beliau kerana takut kalau tak dapat bayar, beliau terpaksa mintak halal dari KESELURUHAN UMAT MUSLIMIN. Banyak sangat tu nak mintak halal.
  3. Saidina Umar pernah pergi pinjam wang dari Abdurahman bin Auf. Abdurrahman terkejut dan bertanya kenapa pinjam dari dia, sedangkan Baitulmal boleh meminjamkan kepada Saidina Umar ribuan dinar. Saidina Umar menjawab, kalau dgn Abdurahman, kalau dia mati, beliau hanya bertanggungjawab dgn Abddurahman. Nanti waris2 saidina Umar boleh selesaikan. Tapi, kalau dengan Baitulmal, Saidina Umar terpaksa mintak halal kepada seluruh kaum Muslimin.
  4. Gaji Saidina Umar ni sama dengan gaji Saidina Abu Bakar. Gaji tersebut cukup untuk keperluan hidup Saidina Abu Bakar. Tapi, di zaman Saidina Umar berlaku kemarau panjang yang amat dahsyat. Sehingga ada riwayat Muttawatir, Saidina Umar meminta Saidina Abas berdoa dalam satu majlis Solat Minta Hujan.
  5. Kemarau panjang ini menyebabkan harga barang semua naik dan secara otomatik menjadikan gaji Saidina Umar tidak mencukupi.
  6. Namun, apabila ada usaha beberapa Sahabat yang menyampaikan hasrat mereka melalui anak Saidina Umar, Hafsah, untuk menaikkan gaji Khalifah, Saidina Umar RA menjadi marah dan menolak cadangan tersebut.
  7. Isteri Saidina Umar pernah mengirim bau-bauan kepada permaisuri2 kerajaan lain pada waktu itu. Dan, biasanya balasan yang diberikan adalah bekas minyak wangi tersebut akan diisi dengan emas dan permata. Saidina Umar memerintahkan supaya emas dan permata tersebut diserahkan kepada Baitulmal kerana minyak wangi yang digunakan sebagai hadiah itu pun dibeli dengan wang Baaitulmal.
  8. Saidina Umar pernah mengarahkan penjual susu di Madinah supaya jangan mencampur susu mereka dengan air. Pada suatu malam, sewaktu Saidina Umar menyamar dan meronda di kota Madinah, beliau terdengar seorang ibu berkata kepada anak gadisnya untuk mencampur air ke dalam jualan susu mereka. Anak gadis itu tidak mau kerana ditegah Saidina Umar. Ibu itu berkata kenapa nak takut sebab Saidina Umar tidak tahu. Anak gadis itu berkata walaupun Saidina Umar tidak tahu tapi Allah tahu.
  9. Saidina Umar besoknya mengarahkan orang mencari anak gadis itu, seterusnya mengarahkan anak beliau menikahi anak gadis itu. Keturunan dari anak gadis yang jujur itu kemudiannya melahirkan Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam yang kelima.
PENGAJARAN

Kehidupan sederhana bagi kepimpinan mengandungi KEKUATAN YANG AMAT BESAR. Kita lihat sendiri Tok Guru Nik Aziz kekal memerintah Kelantan selama 20 tahun. Tindakan lebih kuat pengaruhnya berbanding perkataan. Semua orang boleh berkata tapi tidak semua orang boleh melakukannya.

Dari kenyataan beberapa anak kepada Allahyarham Ustaz Fadzil Nor, mereka kata arwah ayah mereka tidak meninggalkan kepada mereka apa-apa harta kekayaan. Namun kita lihat sendiri kesemua anak2 Ustaz Fadzil masuk dan lulus universiti. Dan bukan setakat lulus, tapi lulus cemerlang. Berapa ramai anak-anak orang kaya yang kita lihat tidak menjadi manusia. Namun, Ustaz Fadzil menjadi contoh terbaik dalam hal ini.

Benarlah kerisauan Saidina Umar. Kemenangan itu lebih banyak fitnah dari kekalahan.

Soalnya sekarang mampukah PAS mengekalkan contoh tauladan kepimpinan Islam seperti SAidina Umar sendiri demi mencapai kegemilangan Islam yang pernah dicapai oleh para sahabat2 RA.

10 Juri Propesional:

pakcik kordi berkata...

beliau memilh akhirat daripada dunia yg fana ni......=)

(koi org kuat pas)


=)

geng kite beb!

Cikgu Jang .. berkata...

alangkah indahnya kalau dpt menjadi spt Beliau..

maiyah berkata...

tiada bndingannya iman sahabat2 Nabi :)

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

tak perlu tengok orang lain,
kita sendiri pun camana ya?
teringat kat ofis, guna letrik ofis utk caj h/p sendiri, guna fotostat untuk fotostat kegunaan sendiri, bazir air dan elektrik di ofis,tu hak kerajaan memang, tapi halalkah saya guna utk peribadi sendiri?

kena banyak muhasabah diri sebelum bertanya hal orang lain, kan, echam...

Redz da Tsar berkata...

Untuk menjadi Umar, memang sangat payah, tetapi untuk menjadi ke arah Umar, itu yang terbaik kita boleh lakukan...

Nak jadi pemimpin bukan senang... Hehe... nak-nak pulak dalam dunia yang penuh dengan fulus nie... Rasuah sana sini, komisyen sana sini...

"Selamat Petrol tak bubuh air, kalu tak mesti ada arahan dari Pm kata jangan bubuh air dalam petrol untuk jualan~"

YASSIN SULAIMAN berkata...

Yang tentu ramai org nama UMAR... tapi sayang tak seperti Umar...

endiem berkata...

takbir..

Webmaster@Echam berkata...

Pakcik Kordi,
Dunia hanya sementara. Akhirat tu yang kekal selama-lamanya....

Cikgu Jang,
Dalam kehidupan masa kini kita boleh cuba hidup ke arah cara hidup dia je. Nak jadi macam dia mgkin tak...

Kak Maiyah,
Itulah dia para sahabat...

Kak Normah,
Betul tu.. Kita kena judge diri kita dulu sblm judge org lain...

Duan,
Dalam bab duit, memang kita akan kantoi. Zaman fulus sana sini...

Rodong Yassin,
Betul tu. Takde dh yang berjiwa camtu...

Webmaster@Echam berkata...

Endiem,
Allahu Akbar!!!!!

Hashim Zabidi berkata...

Umar Alaihisalam...Umar sentiasa bersama kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.