Isnin, Disember 20, 2010

CELCOM makin PALAT

Posting terakhir diblog ini ialah 10 Disember 2010. Selepas dari tu jgn kata nak wat posting, nak bukak internet pun tak boleh. CELCOM makin PALAT. Kat rumah yang ade hanyer pilihan untuk GPRS. Line 3G dah terjun ke laut. Kalo nak guna line GPRS untuk melayari internet baik tak payah sebab bukan kesabaran aku untuk tunggu sejam semata-mata nak bukak page email. Adoilaahhhhhh... Rase sia-sia plak keluarkan duit bayar BIL BERUKBAN CELCOM ni. CELCOM makin PALAT....

Sedang curi time keje untuk taip entry ni. Cilakak punya CELCOM.

Jumaat, Disember 10, 2010

Pilih Mak Cantik

KUALA LUMPUR: “Jika rupa paras si ibu cantik, pasti ramai datang ke rumah ini untuk mengambil bayinya sebagai anak angkat,” kata isteri pengasas Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Ruzitah Baharum, 42.

Beliau berkata, melalui pengalamannya, kebanyakan pasangan suami isteri yang datang ke rumah itu untuk mengambil anak angkat akan memilih dan menempah terlebih dulu anak dalam kandungan selepas melihat rupa paras si ibu.

“Bagaimanapun, kami tidak membenarkan cara itu (tempahan) kerana sini bukan tempat untuk membeli bayi, sebaliknya rumah amal untuk menjaga kebajikan ibu serta bayi yang baru dilahirkan,” katanya ketika ditemui di pusat itu, semalam.

Kewaja memberi perlindungan kepada gadis dan wanita bermasalah, terutama mereka yang menghadapi masalah serius akibat pergaulan terlampau atau terjebak dalam aktiviti tidak bermoral sehingga hamil di luar nikah. Penghuninya akan dilindungi, dibimbing dan dipulih sebelum kembali ke pangkuan keluarga.

Mengenai kes Suzie yang dilaporkan Harian Metro semalam, Ruzitah berkata, setakat ini dia menerima lima khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanyakan bayi dikandung gadis berkenaan.


Katanya, Suzie sudah mula menyesuaikan diri dengan pusat itu dan menjalani proses mendalami Islam dan sudah mahu bersolat.

Dua wartawan Harian Metro berjaya memujuk Suzie, 22, supaya tidak menjual bayi dikandungnya kepada satu pasangan bukan Islam, sebaliknya dihantar ke Kewaja.

Pelayan pelanggan (GRO) itu nekad mahu menjual bayinya kerana mendakwa tidak mampu menjaganya sebaik lahir kelak.

Dalam pada itu, Ruzitah berkata, hampir 500 pasangan dalam senarai menunggu untuk mengambil anak angkat dari rumah berkenaan dan jumlah itu meningkat dari semasa ke semasa.

“Kami memberi keutamaan kepada pasangan yang berkahwin lima hingga enam tahun tapi masih tidak mempunyai zuriat,” katanya yang dipanggil mama di kalangan penghuni.

Pihaknya juga, katanya, tidak menggalakkan individu yang belum berkahwin untuk memohon kerana memikirkan nasib kebanyakan bayi terbabit dilahirkan tanpa bapa, jadi biarlah mereka dijaga keluarga yang dapat memberi didikan agama yang sempurna.

Menurutnya, kini terdapat 50 wanita berusia lingkungan 20-an menunggu masa di rumah itu untuk melahirkan anak masing-masing.

“Sebaik bayi dilahirkan di klinik panel terpilih, anak itu bersama ibunya akan dijaga sehingga habis tempoh berpantang. Jika si ibu mahu menjaga sendiri bayinya, kami akan meminta pihak keluarga mengambil mereka.

“Bagi yang tidak mahu menjaga bayinya pula, kami akan mengurus urusan berkaitan pengambilan anak angkat mengikut prosedur yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Ruzitah berkata, pihaknya juga akan menyaring setiap pasangan yang mahu mengambil anak angkat dari rumah itu bagi mengelak kejadian yang tidak diingini pada masa depan.

“Sejak Kewaja ditubuhkan 20 tahun lalu, sudah lebih 3,000 bayi dilahirkan di sini diserahkan kepada keluarga angkat,” katanya.

Jawab Tag Lagi

Menjawab tag dari AzMask



Banner ini untuk sesiapa yang nak join contest GA. Sila klik pada gambo yer.

Award Pulok

3

Tadi dapat tag. Baru jap dapat award plak dari Cik Gebu. Mmg murah rezeki kawan. Dia dah menang contest malam ni. Apa-apa pun jom kita ucapkan tahniah sambil tenyeh pipi gebu dia.. hahahhahaha

Khamis, Disember 09, 2010

Santau Jerman

Kalau perasan skang ni kat TV semakin banyak cerita-cerita mistik. Dah macam cite Indon zaman Suzana plak. Kat Astro ada Mistik Alam Hitam dan kat TV3 plak ade Saka Jentayu. Pada kawan banyak sangat cite mistik ni akan buat anak-anak kawan jadi penakut. Ini yang bengang ni. Nak ke dapur bila time padam lampu pun ada yang takut sbb teringat kat cite-cite mistik tu. Pulak tu hantu-hantu Malaysia semua masih jenis pesen lama. Muka hodoh, rambut panjang dan suka ketawa. Pakaian pun pesen lama. Cubalah wat kelainan sikit. Pakaian tu biarlah educated sikit. Baju masuk dalam ke, pakai skirt ke. Kan gempak nnt.. hehehhehe...

p/wTerase cam nak belajar Santau Jerman lah...

Jawab Tag Ozzy

Menjawab tag dari ozzy. Terima kasih kerana tag kawan yek. Jasamu tetap ku kenang.. hehhehehe. Kat bawah tu jawapan jujur untuk setiap apa yang perlu kawan kene lakukan bila di tag.



1) Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/
- Macam kat atas tu.


2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
-> Serius gua cakap, gua suka bw sbb nak tolong up trafik kengkawan dan dalam masa yang sama akan up gua punya terapik.


3) Follow Bloglarian
- Gua dah FOLLOW.... yeeiihaaaaaaaa....

Tag 3 orang atau lebih rakan.
  1. Cikgu Isza
  2. AzMask
  3. YastroOnline
  4. Insan Marhaen
  5. Hysman
  6. Syahbandar87

Jual Bayi Dalam Perut

KUALA LUMPUR: “Bayi ini sudah ditempah pada harga RM22,000,” kata seorang wanita yang kini menunggu masa untuk melahirkan kandungannya itu kepada dua wartawan Harian Metro yang bertemu dengannya di sebuah restoran di Bukit Bintang, di sini, baru-baru ini.

Dia yang memperkenalkan diri sebagai Suzie, 22, berkata satu pasangan suami isteri bukan Islam menyatakan hasrat membeli bayi berkenaan ketika kandungannya masih berusia lima bulan.
Pertemuan tanpa dirancang itu berlaku ketika penulis menikmati makan malam apabila ternampak Suzie bersama seorang rakan sekerjanya mencari meja untuk menjamu selera di restoran sama.

Melihat keadaan Suzie yang sarat mengandung sembilan bulan itu, penulis menawarkan tempat untuk dia duduk semeja.

Dalam perkenalan singkat itu, wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) terbabit mula menyatakan hasrat untuk menjual bayinya sejurus dilahirkan kelak kepada pasangan suami isteri berkenaan.

“Saya sayangkan bayi ini, tetapi kerana kos sara hidup tinggi di ibu kota, saya terpaksa menjualnya,” katanya ketika pertemuan itu.

Menurutnya, dia nekad mahu menjual bayi dikandungnya itu kerana berasakan tidak mampu menjaganya apabila dilahirkan kelak.

Selain itu, katanya pasangan terbabit mendakwa akan menanggung segala kos bersalin termasuk pembedahan dan perubatan serta mendapatkan sijil beranak sah buat bayi yang bakal dilahirkannya itu.

Mendengar cerita itu, penulis menasihatinya tidak berbuat demikian dan memujuknya ke Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja) di Gombak, untuk bersalin dan dijaga sepanjang berpantang.

Tiga minggu selepas pertemuan pada awal November lalu itu, Suzie dibawa ke rumah berkenaan selepas dia bersetuju cadangan penulis.

Sebaik tiba di Rumah Kewaja, Suzie kelihatan keberatan untuk tinggal di pusat itu, tetapi selepas dipujuk pemilik rumah perlindungan berkenaan, dia bersetuju menginap di situ dan menjalani kehidupan baru.

Wanita terbabit mengakui terdetik rancangan untuk menjual bayi dalam kandungannya itu selepas teruja dengan jumlah wang ditawarkan pasangan berkenaan.

Menceritakan lebih lanjut, menurut Suzie, dia didatangi pasangan suami isteri itu ketika melepak di Bukit Bintang dan mereka mendakwa sudah berkahwin, tetapi tidak dikurniakan anak.

“Pasangan itu menghampiri saya kerana perasan perut saya besar. Ketika itu, usia kandungan baru lima bulan.

“Saya bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam terkemuka, namun takdir mengubah hidup saya apabila berjumpa teman lelaki yang mendakwa mahu mengahwini dan mengubah diri saya kepada kehidupan lebih baik,” katanya ketika ditemui semula di rumah perlindungan itu.

Difahamkan, dia memilih jalan hitam dengan bekerja sebagai GRO selepas terpengaruh kehidupan mewah seorang rakan.

Tambahan pula, Suzie mendakwa dia dilahirkan dalam keluarga pincang dan tidak pernah menerima perhatian serta kasih sayang ibu dan bapa menyebabkannya keluar rumah dan memulakan hidup sendirian.

Menceritakan bagaimana dia boleh mengandung anak luar nikah, Suzie berkata semuanya bermula apabila mengenali seorang lelaki berusia 30-an di kelab malam tempatnya bekerja.

Selama dua tahun hubungan Suzie dan lelaki itu tidak ubah seperti pasangan suami isteri sehingga satu hari dia mengetahui lelaki terbabit sudah berkahwin.

“Saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa isteri teman lelaki saya dan sebaik ditanyakan perkara itu, teman lelaki saya mengaku sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

“Hancur luluh hati ini apabila mengetahui perkara itu, namun kerana sayang kepadanya, saya bersabar sehingga satu hari saya disahkan hamil,” katanya.

Namun, apabila mengetahui perkara ‘gembira’ berkenaan, dia ditinggalkan lelaki terbabit kerana tidak percaya anak yang dikandungnya itu hasil hubungan cinta mereka.

Suzie yang pada mulanya mahu menggugurkan kandungannya ‘menyimpan’ janin terbabit kerana kononnya mahu teman lelaki bertanggungjawab, tetapi lain jadinya, sehinggalah didatangi pasangan berkenaan yang ingin membeli bayi itu.

Dia yang kini tinggal beberapa hari saja untuk bersalin, mengakui insaf dan tekad untuk membela bayinya itu sendiri selepas diberi suntikan semangat dan bimbingan agama sepanjang tempoh ditempatkan di rumah perlindungan berkenaan.

Rabu, Disember 08, 2010

Yang ke 200 Orang

Alhamdulillah. Harini ECHAM.COM dah mencatat jumlah pengikut yang ke 200 org. Lama gak wehhh nak dapat 200 orang ni. Kepada matika_love13 @ Mamat, terima kasih kerana sudi follow ECHAM.COM. Buat masa ni kawan belum follow Mamat lagi sbb nak try jadi yang ke 300 plak. Nampaknya kene wat pengawasan betul-betul dengan blog Mamat ni. Kalo tak kang terlepas plak nak jadi pengikut yang ke 300.. hehehhehe. Ehhh, arini bukan kawan sorang je yang ade pengikut ke 200 orang tapi Azzeyatin ade jugaklah. Rodong kawan AzMask ni pulok dapat follower yang ke 100. Tahniah... tahniah...


Bertemu Rodong Blogger

Baru balik dari Proton Shah Alam. Lepas siap meeting tadi kawan berjumpa dengan seorang lagi Rodong Blogger kita. Berasal dari Sg Koyan. Doh dekat wehh nak ke Cameron Highlands. Keknya bertambahlah sorang lagi rodong blogger yang kawan kenal. Nak tengok blog dia sila klik sini. Gambo tak dapat dipostkan sebab bukan majlis lepak-lepak sambil merase duit nufnang.. hahahhaha

18sx... Jgn Tiru Aksi Ini

Siapalah mak bapak budak ni yer... kahkahkah

Tok Kadi Haprak

Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :
Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2x ya Hassan... ."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : errrrr... .lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa yg awak cakap... . pitching berterabur ke laut... keluar acuan terus,jiwa awak kosong... takde feel... . low note tak sampai, high note awak pulak... takde kawalan..sepatutnyaa ditahan... kasi sustain... falseto lemah... improvisation R&B awak tak menjadi... bughok bebenorr bunyinyee... .teknik ramify pun tak mantap... bunyi macam orang nak berak jerr... . satu jer yg saya suka... awak ade ciri2x seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yg lebih terbaik!!!

Keh keh keh..... Nasib baik masa aku nikah tak kene camni. Kalo tak masuklah Metro keesokan harinya. TOK KADI meroyan sbb kene kerengga. kahkahkah....

Waktu Berniaga

Camni punya waktu berniaga pun ade. mmg 'cool' lah orang kabo.


Selasa, Disember 07, 2010

Tempatkan Dia di Syurga

Telemovie sempena 1 Muharam. Amat menyentuh hati bilamana seorang ibu yang telah tua sanggup membanting tulang dalam menyara keluarga walaupun mempunyai anak-anak lelaki yang telah dewasa. Si ibu mempunyai seorang anak yang cacat mental dan sawan. Tapi anak itulah yang terbaik berbanding anak-anak yang lain. Hargailah mak dan ayah kita selagi diorang ada. Al Fatihah untuk arwah mak. Semoga berada bersama para solehah.

Ahad, Disember 05, 2010

Email untuk Celcom

Talian Broadband kawan masih gila lagi. Jap2 ade line, jap-jap line terjun ke laut. Gampang betul CELCOM ni. Petang tadi hampir 15 minit bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Sesekali dengar pegawai khidmat pelanggan tu mcm tgh ngantuk sgt sbb apa yg dia cakap pun kawan tak paham. Bila kawan tinggikan sikit suara ok balik suara dia. Macam biase, bila kol talian khidmat pelanggan anda akan disuruh restart pc, tanggalkan modem, tanggalkan simcard, pasang balik dan kalo ade connection dah dikira ok. Kalo camtu, kawan yang takde sijil dalam perkhidmatan komunikasi ni pun reti. Akibat masih tak ok, maka malam ni kawan telah menghantar satu email ke Celcom careline. Esok kita tengok apa plak dia balas.

Kepada: Celcom Careline

Saya adalah salah seorang pengguna Celcom Broadband pakej RM68 yang bernombor pendaftaran talian 019-2156394. Untuk pengetahuan pihak Celcom saya sekarang berada di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Saya mula menggunakan perkhidmatan Celcom Broadband ini pada bulan Sept 2010 yang mana pada ketika itu saya beranggapan Celcom adalah yang terbaik diantara semua pembekal perkhidmatan jalur lebar di Malaysia. Malangnya selepas 3 bulan anggapan saya kepada perkhidmatan Celcom mula merosot. Perkhidmatan terbaik Celcom bagi saya kini tak lebih hanya khabar angin semata-mata.

Setiap hari saya melayari internet menggunakan Celcom Broadband sepenuhnya. Baik dirumah atau diluar dari rumah. Masalah sehingga hari ini ialah Broadband yang saya gunakan ini amatlah perlahan sehingga pada tahap kritikal yang mana saya langsung tidak boleh melayari Internet walaupun pada ketika itu saya berada dalam Wilayah Celcom. Setelah saya amati saya dapati ini disebabkan oleh ketiadaan dan ketidaktetapan signal semasa saya melayari internet. Sila rujuk kepada gambar yang dilampirkan.

Bagi pengetahuan pihak Celcom, saya beberapa kali pernah menelefon Talian Khidmat Pelanggan tapi malangnya masalah saya tetap berlanjutan. Setiap kali saya menelefon ke talian khidmat pelanggan tiada lain yang diminta oleh pegawai tersebut. 'Restart' komputer, tanggalkan modem dari komputer, tanggalkan simcard dan pasangkan balik. Apakah ini cara Celcom membantu dalam menyelesaikan masalah saya. Setiap bulan saya tak pernah terlupa atau terlepas pandang untuk membayar bil Celcom kerana saya tahu jika sehari saya lewat maka setiap harilah juga pihak Celcom memburu saya dengan menghantar pesanan melalui 'inbox' broadband dengan peringatan supaya membuat pembayaran dan jikalau tidak talian saya akan disekat. Harapan saya semoga pihak Celcom juga tidak terlepas pandang atau terlupa pandang dengan masalah saya ini.

Jangan sampai satu ketika nanti setiap pelanggan akan beranggapan Celcom hanya mengejar keuntungan semata-mata tapi jika dibandingkan dengan perkhidmatan ianya ibarat sampah.

Sekian

Hanisham Ab Halim
Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Tel: 013-3563047
Email: hanisham79@gmail.com

Penipuan ala-ala CIPAN

Msg ni dari no ni +6285345359774

INFO!! Phone anda tlah Berjaya Menang RM17,000 dr Contest B'tuah "POWER ROOT" pin:ML15199LIVE di TV3 s'mlm pkl.23.30Sila Hub: 012-863-9928


Ayat tu kawan 'copy' bulat-bulat dari kotak peti surat henpon kawan. Mesej ni kawan terima pagi tadi. Nak tergelak pun ada dgn cara penipuan sekarang ni. Bukan apa, jangan kata nak masuk peraduan POWER ROOT, minum produk POWER ROOT pun kawan tak amalkan. Itu yang muskil tu. Baik betul kompeni ni sbb 'bermurah hati' bagi kawan RM17,000. Untuk pengetahuan semua, ini kali kedua kawan terima mesej yang serupa macam ni. Dia kabo pukul 11.30 malam semalam. Malam tadi kul 11.30 malam kawan ade depan TV tengah layan cerita Khilaf Jiwa. Kesian-kesian bila penipuan bangang camni tak menjadi. Esok nak try kol no kat atas tu lah. Nak tanyer ye ke kawan 'menang'... keh keh keh

Sabtu, Disember 04, 2010

CELCOM makin BAHALOL

Sejak 3 4 hari ini line CELCOM kawan makin jadi BAHALOL. Tak tau nak ngadu camne dah dengan Syarikat yang bernama CELCOM ni. Makin menjadi-jadi pulak kebodohan Syarikat CELCOM ni. Kepada staf-staf CELCOM yang ade baca tentang posting ni mintalah tolong buat sesuatu untuk bagi membolehkan kawan menggunakan internet dengan penuh hensem serta bergaya. Ini tidak jangankan nak bukak blog, nak bukak muka depan google pun kantoi. Semalam nak bukaklah blog, dr pagi sampai ke malam hancussss... Malam tadi ade jugak try upload gambo utk posting sbb dah lama sgt tak blh2 nak posting. Nak upload 5 keping gambo sempat kawan tido dulu. Boleh hancus semangat aku nak ber blog camni sbbkan Berukban Celcom ni. Baru sedap hati skang ni sbb boleh nampak ada peningkatan kat Lebai Nuffnang, sekali CELCOM plak buat hal. Hancussssssssss gua....


Khamis, Disember 02, 2010

Welcome

Harini dah hari ke 2 ditempat kerja baru. Semalam datang naik kereta. Arini datang dengan merempit. Perghhhh... baru kawan terase 80km tu jauh. Dekat-dekat 2 jam baru sampai. Turun dari rumoh 6.30 pagi sampai pulok dekat-dekat pukul 8.00 pagi. Mmg best... Kebas bontot bila turun dari motor.

Jumaat, November 26, 2010

Sumpahan atau Kebetulan

PERCAYA atau tidak, beberapa filem Hollywood yang dihasilkan turut membawa cerita yang tidak enak didengar di belakang tabir pembikinannya. Ia bukan kisah skandal atau kontroversi, sebaliknya sesuatu yang tidak ingin dialami sesiapa saja.

Mungkin satu kebetulan, namun cerita menyeramkan yang menimpa krew dan pelakon beberapa filem Hollywood yang dikatakan terkena sumpahan agak menarik untuk diikuti. Lebih menarik daripada filem itu sendiri ialah apabila sebahagian krew dan pelakon filem terbabit dilaporkan meninggal dunia selepas dikatakan terkena sumpahan.

Trilogi The Poltergeist antara filem yang dikatakan disumpah kerana empat pelakon filem itu meninggal dunia dalam tempoh enam tahun selepas filem pertama diterbitkan. Kematian turut menimpa pelakon kanak-kanak, Heather O'Rourke yang muncul dalam kesemua tiga filem. Dia meninggal dunia sebelum filem ketiga ditayangkan.

O’Rourke dikatakan menghidap selesema dan dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia di atas meja bedah akibat beberapa komplikasi. Tidak lama kemudian, Julian Beck, yang memegang watak lelaki tua menakutkan dalam siri kedua filem berkenaan mati akibat barah.

Begitu juga dengan pelakon Orang Asli, Will Simpson, yang meninggal dunia ketika menjalani pembedahan. Terakhir ialah Dominique Dunne yang dicekik sehingga mati oleh teman lelakinya pada tahun sama filem pertama ditayangkan.

Ketika itulah khabar angin mengenai sumpahan Poltergeist makin rancak. Pengarah filem berkenaan dikatakan menaikkan kemarahan roh kerana menggunakan mayat manusia sebenar dalam filem Poltergeist pertama yang dianggap sebagai satu penghinaan.
Salah seorang pelakon, JoBeth Williams, yang memegang watak Diane Freeling, mendakwa dia kembali ke rumah dari set penggambaran setiap hari dan mendapati gambar di dinding senget. Dia membetulkan keadaan tetapi gambar itu kembali senget keesokan harinya.

Filem Superman juga dikatakan membawa nasib malang kepada mereka yang terbabit dalam francais filem itu selama beberapa dekad - daripada sekadar kerjaya menjunam kepada kematian.

George Reeves yang melakonkan watak Superman dalam siri televisyen Adventures of Superman pada tahun 1950-an ditemui mati dengan kesan peluru di kepala pada tahun 1959.

Pelakon Christopher Reeves bukan sekadar berkongsi nama keluarga yang sama tetapi turut mewarisi nasib malang George. Selepas kejayaan empat filem Superman, dia terjatuh daripada kuda pada 1995 yang menyebabkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah. Sementara pelakon Margot Kidder yang memegang watak Lois Lane pula mengalami masalah mental.

Filem bertajuk Atuk yang berkisar mengenai seorang lelaki Eskimo melawat New York dan ia turut dikatakan ‘membunuh’ pelakon John Belushi. Filem berkenaan tidak pernah ditayangkan.

Belushi membaca skripnya dan berminat dengan watak yang ditawarkan ketika mati akibat pengambilan dadah berlebihan pada 1982.

Selepas kematian Belushi, watak utama diberi kepada Sam Kinison. Beberapa masalah melewatkan penggambaran, Kinison meminta beberapa babak dalam filem itu ditulis semula. Beberapa tahun selepas itu, skrip masih terus terkena sumpahan dan Kinison meninggal dunia dalam kemalangan kereta.

Ia kemudian diberikan kepada John Candy pada 1994. Candy menerima tanpa menyedari skrip itu terkena sumpahan dan meninggal dunia akibat serangan jantung. Skrip itu dikatakan ditanam di Hollywood dan semua pelawak tidak berani lagi menerima tawaran membintangi filem itu.

Khamis, November 25, 2010

Kubur Di Kubah Masjid

Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com/

Kubur di Kubah Masjid Nabawi yang mana mempunyai cerita yang patut di ketahui dan diambil iktibar. Semoga ceria Kubur di Kubah Masjid Nabawi ini dapat kita hayati bersama.
Ketahui lebih details:

SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu di Masjid Nabawi.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW– kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW–. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menyambarnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di situ. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!
Lihat juga..

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.






“Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan…kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya”

Hotgal!!!

Bila tengok kata kekunci kat Lebai Nuffnang tadi, ramai yang mencari pasal hotgal yang kawan postkan semalam. Ramai jugek yang dapat msg dari mentadak tu rupanya. Aje nak kene santau Jerman agoknyer si penghantar mesej tu. Paling tak boleh bla bila tengok ade yang cari soalan SPM bocor. Kah kah kah kang kalo suh jadi Atan kang maroh plak...

Dialog Dengan Atan

Seawal jam 8 pagi Atan D'Caprio dah ade atas basikal. Dengo kabo pagi ni dia ada projek besar kene setlekan dengan Demit. Demit pulak sebelum subuh dah mandi air telaga. Nak buang lemak katenyer walaupun pada hakikatnyer badan dah gaye idolanya Giant ahli gusti tahun 90 an. Makan pun pesen mujur lalu melintang pukang, lagi nak buang lemak.

Perjalanan pagi tu agak jauh. Bukan sepelaung dan juga bukan seribu tahun cahaya tapi dalam 2 batu dari rumah Demit. Atan D'Caprio stedy je kat belakang basikal. Muka pun ala-ala Leonardo D'Caprio masa kat atas Titanic tapi taklah sehensem dan segagah Leonardo. Badan Atan ni agak berotot dan jalan pun lain sikit dari Demit punya stail jalan. Pendek kata, mmg macholah bila tgk Atan berjalan. Takdelah macam Demit, jalan pun dah berterabur ke laut dia punya langkah. Takde tomakninah langsung bila berjalan.

Sampai di hujung kampung, ramai yang dah menunggu kehadiran Demit dan Atan D'Caprio. Sesampai je Demit ke tapak majlis tu dia disambut oleh para-para wakil rakyat kawasan yang tiba-tiba je muncul ntah dari mane. Jangankan Atan, Demit yang sejak lahir dok kat situ pun tak pernah kenal siapa wakil rakyat. Yang dia kenal pun tok imam, tok mudim, penggali kubur dan Dressa je. Lain-lain dari tu tak pernah nak ambik port.

Pagi tu ramai orang-orang penting yang datang. Tok imam ade, Tok Bilal ade pakmat keria ade, Dolah Labuci ade, Tok Man Cemen ade, Pak Lah Jambu Air ade, Osman Rumah Tinggi ade,Tok Mudim Bini Dua pun ade. Pagi tu ada sesi dialog antara pihak wartawan dgn Atan D'Caprio. Muka Atan dah merah-merah pink menahan malu. Senyum pun dah tersipu-sipu. Puas pulak Demit memujuk suruh Atan bertenang. Tak jauh dari tempat parking basikal VIP terdapat sebuah pentas yang disediakan khas oleh pihak penganjur. Pagi tu jangankan Kopi O Demit malah selipar jepun yang dipakainya pun ditaja oleh Nike. Pendek kata pagi tu Demit dah setaraf dengan Harimau Kayu lah org kabo.

Demit dan Atan D'Caprio dijemput ke pentas. Hanya mereka berdua di atas pentas. Wartawan dah mula membanjiri dihadapan pentas. Ade yang bawak tape recorder, kemera besor-besor dan ade jugak yang datang bawak tanpa bawak apa-apa. Suasana dah makin meriah. Tiupan Vuvuzela dah mula kedengaran disana-sini. Hingar bingar bunyinya.

Tiba-tiba.....

bersambung....

Rabu, November 24, 2010

Top 10 Countries Without Military Forces

As said by famous French statesman George Clemenceau, “War is much too serious a matter to be entrusted to the military,” and even today, his statement still stands true. While most countries have large military forces that are able to deploy and protect at any given time (the largest and most notable being China, at about 1,600,000 army personnel), some countries have no military at all.

Below is a list of ten countries that have no set military forces, each of them with varying reasons why; some because of the country’s history other because of its location. While many people believe that a military force is a necessity, there are countries that see or have no need for them; however, in many cases, there is a back-up plan in the case that the country is attacked or war is declared upon that country.

10. Solomon Islands

The Solomon Islands, surprisingly, is not made up of just a few islands, but totals ranging in the thousands. Ever since the U.K. became the country’s protectorate in 1893, the country hasn’t had much of a military defense. During WWII the country did have the British Solomon Islands Protectorate Defense Force. Then, in 1976 the Solomon Islands were able to establish a government that was stable up until about 1998. During 1998-2006, the country was plagued with misconduct within the government, crime, and ethnic conflict. To properly resolve these issues, New Zealand and Australia both stepped in to restore peace and eventually disarm. Today the country internally has the Solomon Islands Police Force.

So who’s the protector?

There is no set protector of the Solomon Islands; however, the country had paid Australia for certain defense items. If a war were to ever be declared upon the islands, Australia would probably be one of the first countries to provide a defense. (Image: “Captain Warren Frederick Martin Clemens, British Solomon Islands Protectorate Defense Force (BSIPDF), with six members of the BSIPDF Scouts,” www.leatherneck.com.)

9. Costa Rica

Though the country did once have an army, today, Costa Rica stands as one of many countries without a formal standing army. On December 1, 1948, José Figueres Ferrer, president at the time, signed legislation that would abolish the military after the fatal Costa Rican civil war that killed almost 2,000 people. To properly represent this abolishment, the president himself was able to break a wall of the Cuartel Bellavista, which was once an army headquarters location. Today the country has the Fuerza Pública which provides law enforcement, ground security, border patrol, and many other common duties held by a police force.

So who’s the protector?

Thanks to the Inter-American Treaty of Reciprocal Assistance of 1947, if any country were to ever attack or declare war upon Costa Rica, the country can depend on 21 other countries, including the U.S., Chile, and Cuba to provide some sort of military force to provide defense. The treaty stands that if any of the signed countries were attacked, those other countries would be looked upon to help provide some sort of military defense.

8. Samoa

Today, Samoa has no set military force that could be used if ever necessary. Instead, the country would have to rely on outside friendships with other countries to find protection and defense in wartime. The country does have a Samoa Police Force, but of course, this is definitely not considered to be a military force for the entire country.

So who’s the protector?

Samoa has a friendship treaty with New Zealand, made in 1962. In the event of a war or other foreign invasion, Samoa can call upon New Zealand for any sort of necessary military aid. However the agreement does state that either country can pull out of the treaty at any time if wanted.

7. Palau

Despite the lack of a national military force, Palau does have a Palau National Police section that was created to provide the necessary protection for civilians. Like most police forces, the Palau National Police force is needed to keep the peace and attend to any internal unrest that may occur. If war were to ever arise, Palau would have to reach out for help from other countries to provide some sort of defense system.

So who’s the protector?

Standing as an associated state, Palau will be protected by the U.S. in the event that the country is attacked or if another country decides that war with Palau is a must. This is because of the Compact of Free Association of 1983 that basically made the U.S. the protectorate of Palau.

6. Andorra

Despite not ever having a true organized military, the tiny country of Andorra was bold enough to declare war on Germany in 1914 and join the so called Great War. With a 10-man strong army, the country did not do much and was not taken seriously. Even though the country did officially pick sides, Andorra was not invited to the Versailles Peace Treaty negotiations. In 1931 the group of men roughly called an army was replaced by the Andorran National Police. This group, made up of about 240 men, was created to help keep the peace and is even trained to provide hostage rescue. Joining the police force is a must if you’re a man who owns a firearm.

So who’s the protector?

Andorra has not one, not two, but three protectors. France and Spain have both pledged to be the militaristic protectors of the 181 sq mi. country because of its location (landlocked). In fact in 1933, France militaristic force was needed to help settle civil unrest in the country. Besides these two countries, NATO forces would also take part in protecting the country if ever necessary.

5. Grenada

Ever since the American-led invasion of Grenada, the country has not been able to establish a standing army. The invasion was mostly started because of a military coup and a power struggle within the government that led to the execution of the Grenadian Prime Minister, Maurice Bishop. Because of this invasion which successfully turned a communist state back into a democratic nation, the country does not have a standing army, but relies on the Royal Grenada Police Force as well as the Regional Security System.

So who’s the protector?

There is no set country that is set out to protect Grenada with a military force. Because of the Regional Security System, the country can look to Antigua and Barbuda, Barbados, Dominica, Saint Kitts and Nevis, Saint Lucia, and Saint Vincent and the Grenadines for some sort of military support; however, most of these countries do not have a big enough defense system to be of great assistance. It seems that inevitably the U.S. would run to the rescue.

4. Marshall Islands

Under the Compact of Free Association of 1983, the Marshall Islands was granted the status of a sovereign nation. Also involved in the pact is the Federated States of Micronesia and Palau. Under this agreement, the three countries would be free, but would stand as associated states to the U.S. This means that the U.S. will serve as the protectorate and that the Marshall Islands would have no regular military force, or any sort of responsibility for the country’s defense during wartime. The country created the Marshall Islands Police to carry out common police duties within the country.

So who’s the protector?

Since the Marshall Islands are considered to be an associated state to the U.S., the U.S. is fully responsible for the country’s defense and security. If the islands were ever attacked, the U.S. would have to provide the necessary military support to assist in the war.

3. Liechtenstein

Like a few others on the list, Liechtenstein is another country that decided to completely abolish its standing army. Liechtenstein got rid of its army in 1868 after the Austro-Prussian War because it was said to be too expensive for the country to afford. After the country was freed from the German Confederation, it was obligated to maintain its own army, but the funding just wasn’t available. However, to keep peace within the country, there is a police force known as the Principality of Liechtenstein National Police.

So who’s the protector?

There is no set country that would have to defend Liechtenstein in the event of a war or some other sort of attack. It is said that the country is allowed to rally up an army in the case of a war, but this army would probably be futile and help from Switzerland just might come. There have been talks of Switzerland being responsible for Liechtenstein’s defense, but neither country have proven or denied this claim. (Image: www.landespolizei.li.)

2. Nauru

Nauru, known as the smallest island country in the world at just 8.1 sq miles is definitely unique in many ways, though like plenty others on the list, has no set standing army or any other type of military force. The country, possibly due to its size, doesn’t even have a capital. Though extremely small, the country does have a Nauru Police Force that is utilized to ensure that the country is able to maintain stability. Located in a group of thousands of small islands called Micronesia, the country is heavily relied upon for its readily accessible phosphate. Today the country keeps close contact with nearby Australia and other Micronesia islands.

So who’s the protector?

It is said that through an informal agreement made between Nauru and Australia that Australia would supply militaristic needs or basic country defense. In fact, in December 1940 when Germany attacked Nauru, the Australian Navy was called upon to defend the country as necessary.

1. Vatican City

Named the smallest country in the world, Vatican City, unsurprisingly, is a country that does not have a de jure military; however, this hasn’t always been the case. In the past, there were numerous militaristic groups that were created to protect the country and most importantly the Pope. Notably the Noble Guard and the Palatine Guard did exist, but Pope Paul VI abolished both groups in 1970. Today, Vatican City’s best example of a militaristic force would be the Pontifical Swiss Guard. This group is meant to protect the Pope as well as the Palace of the Vatican. There is also the Gendarmerie Corps, but this group is considered to be a civilian force rather than military. They are responsible for keeping public order, traffic control, border control, and investigating criminal activity.

So who’s the protector?

Well, since Vatican City is located in Rome, Italy is fully responsible for protecting the tiny country within its own country’s capital. Italy has an organized armed force of about 186,798 men and women with 109,703 personnel in the Army and 43,882 in the Navy. The country also has an Air Force that can provide protection as needed.

Heran

Dapat sms dari no ni 0172254151.

Dapatkan video lucu, ada awek cun & dengar lagu terlaris di mobil. Get funny video, see HOT babes on ur mobile. Open this link http://www.vhotgal.com/hotgal

Persoalan: Mane si mentadak ni dapat no tepon kawan yer? Heran.....

Selasa, November 23, 2010

Soalan Bocor SPM (Sejarah)

Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan digagalkan dr Ujian SPM.


1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides , siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak ?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?

a. Tuk Janggut

b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak

e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya ?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

MAAF... ANDA GAGAL DISEBABKAN SENYUM SEMASA JAWAB...


p/s: kalau nak harapkan soalan bocor baru nak lulus baik jangan jadi Pelajar. Lebih elok jadi Atan (pemanjat pokok kelapa kat kampung kawan)

Isnin, November 22, 2010

Ikhlas atau Takut Polis

Seringkali kita tengok hal camni kat atas jalanraya. Bila ada kereta peronda polis atau JPJ yang sedang bergerak kat depan mesti ramai yang 'segan-segan' nak potong walaupun jalan tu lengang kat depan. Kalo jalan tu ada garisan berkembar ok lah, mmg logiklah tak boleh potong. Yang tragisnya jalan tu jalan lurus dan dibolehkan memotong tapi ramai yang sanggup mengikut belakang kereta peronda tu. Sampaikan anggota polis tu dah ketepi tapi ade jugak yang segan nak potong kereta dia. Padahal sebelum dari tu, garisan berkembar pun dia balun cukup-cukup. Persoalan kat sini, adakah orang kita ni mengikut undang-undang kerana takutkan Polis atau dengan ikhlas hati mematuhi peraturan. Kawan rakamkan gambar ini di Jalan Kuala Krai - Tanah Merah pada pagi Sabtu yang lalu.




Biarkan Pisang Berbuah Sekali Je.

Harini hari pertama sebagai seorang penganggur terhormat. Kawan dah resign dari kompeni yang kawan keje sekarang. Seminggu lebih ni dok je kat umah jadi Mr Mama... hehhehehe. 1/12 dah mulakan tugas ditempat baru. Sementara jadi penganggur ni bolehlah lapang-lapangkan sikit fikiran. Dah masuk keje baru nanti otak dah fresh balik. Dalam kerja swasta inilah rutin. Cukup masa dan tempoh terpaksa kene bergerak ke kompeni lain demi untuk mengembangkan kerjaya dan pendapatan. Tapi kali ni kawan berpindah kerja kerana berasa tak berapa selamat dengan situasi semasa. Sementara ada dapat keje ni baik pergi dulu sebelum apa-apa jadi.


p/s: Pernah rase kene buang keje sbb kompeni bankrap. Taknak pisang berbuah dua kali.

Jumaat, November 19, 2010

Mayat amah Indonesia ditemui dalam tong sampah di Arab Saudi

JAKARTA: Indonesia menuntut siasatan terhadap laporan bahawa seorang pembantu rumah dari negara itu dikatakan dibunuh oleh majikannya di Arab Saudi dan mayatnya dibuang ke dalam tong sampah - kes penderaan kedua yang dilaporkan minggu ini.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memberitahu pemberita demikian selepas mesyuarat Kabinet bagi membincangkan keperluan melindungi ratusan ribu rakyatnya yang pergi ke negara Asia Barat untuk bekerja.
Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Muhaimin Iskandar, berkata pasukan kedutaan dihantar ke bandar Abha bagi menyiasat dakwaan bahawa pembantu rumah berusia 36 tahun itu, Kikim Komalasari, sudah dibunuh oleh majikannya.
Leher wanita itu dilaporkan dikelar manakala di seluruh badannya terdapat luka besar.

“Sungguh mengejutkan untuk didengar...ia di luar batasan kemanusiaan," kata Susilo.

Bagaimanapun, Presiden Indonesia itu berpuas hati dengan tindakan segera kerajaan Arab Saudi.

“Saya harap pelakunya akan dihukum mengikut undang-undang," katanya.
Laporan itu muncul ketika sepasukan pegawai Indonesian menuju Arab Saudi untuk mendapatkan pembelaan dan rawatan kepada seorang lagi pembantu rumah, Sumiati Salan Mustapa, yang dimasukkan ke hospital di Madinah sejak 8 November lalu.

Majikan wanita berusia 23 tahun itu didakwa membakar, mematah jari dan menggunting bibir mangsa. - AP

p/s: Hahh.. takde pulok Kumpulan BENDERA buat demo ngan baling taik kat depan Kedutaan Arab yak.

Kereta dalam gaung

KUALA LUMPUR: Polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan sebuah kereta jenis Kia Spectra dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, berkata ini kerana polis tidak menemui sebarang bukti untuk dikaitkan unsur jenayah dengan penemuan kereta itu.
"Kalau ada berlaku kemalangan mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar atau jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata polis masih cuba mengenal pasti pemilik kenderaan itu dan masih meneruskan usaha mencari bukti di kawasan berkenaan.

"Kereta tersebut tiada nombor pendaftaran menyebabkan pemiliknya sukar untuk dicari dan kita sendiri tidak ada menerima sebarang laporan tentang kehilangan ahli keluarga," katanya.

Kereta itu ditemui pada 3 petang semalam oleh seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di kawasan itu. -

Bagai Pahat Dengan Penukul

Setelah membuat panggilan 'hangat' ke CELCOM petang ni maka dalam setengah jam je line BERUKBAN dah ok. Agaknyer kalo nak tegur diorang ni dengan kekerasan agaknya baru boleh jalan. Kalau setakat berlembut gigi dari lidah mmg takde. Bukan jenis nak puji-puji. Takpe, kawan dah ambik pengajaran dah. Lepas ni ada problem lagi mmg terus bantai je dalam telepon tu. Sori yer CELCOM sbb mmg gua kasar dgn lu...

p/s: Dah kene tarbiyah yang Celcom ni kompeni botol kicap baru ok line... kah kah kah

CELCOM yang BERUK

Dah 2 hari tak boleh nak online guna BERUKBAN CELCOM. Ni pun online guna streamyx kat opis. Bukan sekali dua macamni tapi dah berpuluh kali sejak menggunakan perkhidmatan BERUK CELCOM dalam masa 3 bulan. Bukan taknak komplen tapi dah banyak kali asek bagi jawapan yang sama je. Last tepon ke CARELINE malam tadi. Bercakap dengan seorang Apek yang tak berapa fasih berbahasa Melayu. Ape ke gila letak orang tak fasih bahasa melayu kat Line yang pengguna pilih bahasa melayu. Masalah kawan ialah tak boleh nak masuk bila buat connection. Bila kawan 'search network' jawapannya ada kat bawah. Kawan pun teponlah ke CARELINE BERUK ni. Bercakaplah dgn Apek yang 'fasih' bahasa melayu tu. Ada dua benda yang mengecewakan. Apek tu mulalah suruh kawan restart laptop pastu masukkan balik MODEM BERUK tu. Hasilnya sama. Pastu dia suh bukak 'setting' dan tukar setting tu kepada 'GPRS & EDGE only'. Apa punya bahalol tak taulah CELCOM BERUK ada staff camni. Kalau setakat aku bayar CELCOM BERUK ni RM68 sebulan semata-mata aku nak guna GPRS & EDGE ONLY yang lembab macam kura-kura yang dah masuk usia senja tu apa kejadahnyer. Lepastu bila aku tanyer kenapa line 3G tak boleh pakai dia cakap 'MUNGKIN' line 3G tengah problem. WTF Man, lu duduk kat 'front line' lu boleh cerita 'mungkin' dgn gua. Pastu yang paling mengecewakan ialah bila kawan tanyer bila nak ok? Tau apa dia jawab. "Incik guna dhullu, nati selepas 24jam kalo tidak OK Incik kasi telepon sini dan kami akan buat aduan yang line problem... Tiba-tiba telinga kawan panas. Tadi cakap mungkin line 3G problem. Skang ni cakap lepas 24 jam baru nak buat report line problem. Apa kes ni CELCOM oiiiiii. Lu nak mainkan gua ke??? Cadangan dia suruh kawan guna je GPRS & EDGE tu.

Kesimpulan:

1) Hanya muka depan GOOGLE je boleh bukak selepas tunggu 5 minit bila guna pilihan GPRS & EDGE. Yang lain-lain hancusssssssss....
2) CELCOM mmg BERUK.

Khamis, November 18, 2010

Andai Sudah Tidak Sewangi Mawar

"Ada sesetengah lelaki yang bergelar suami sanggup melepaskan isteri masing-masing selepas mendakwa wanita dinikahi tidak lagi kelihatan menarik dan cantik seperti ketika mereka berkenalan dan melangsungkan perkahwinan dulu. Mereka menganggap perubahan wajah dan penampilan wanita terbabit memaksa mereka mencari pengganti sehingga menyebabkan rumah tangga dibina mulai goyah, malah ada yang membawa kepada perceraian"

Petikan dari Harian Metro Online hari ini.

Betul-betul malang kalau dalam satu perkahwinan berlandaskan kepada rupa semata-mata. Masa tengah muda, cantik dan bergetah semua jadi wangi. Kentut pun wangi tapi bila dah lama sikit, dah hancing orang kabo mula lah berperangai pelik. Semoga apa yang pernah kita bina akan kekal sehingga akhir hayat. Don't cerai2 ok. Kalo tambah cawangan takpe.... hahhahahahahahahahha

p/s: Ingatan untuk diri kawan sendiri.

Rimas warga asing ramai

KUALA LUMPUR: Seperti biasa, setiap kali cuti umum, tempat tumpuan di ibu kota antaranya Taman KLCC dipenuhi ratusan warga asing yang berkumpul beramai-ramai dan melepak di kawasan berkenaan hingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada pelancong asing dan warga tempatan.

Ada antara mereka yang bukan saja berehat, malah melanggar peraturan dengan menceroboh masuk ke dalam kolam air pancut di hadapan Suria KLCC hingga mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.


Malah, tidak kurang juga yang bersikap keterlaluan apabila tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai.

Suri rumah, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 34, berkata dia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing di taman berkenaan.


“Ini kali pertama saya dan suami datang ke sini kerana tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidiladha, tetapi saya terkejut dengan kehadiran warga asing yang terlalu ramai sehingga saya rasa seolah-olah tidak berada di Malaysia,” katanya.


Emelan Nordin, 25, dari Sabah berkata, walaupun dia sudah biasa dengan keadaan berkenaan, namun berharap pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.

KUALA LUMPUR: Seperti biasa, setiap kali cuti umum, tempat tumpuan di ibu kota antaranya Taman KLCC dipenuhi ratusan warga asing yang berkumpul beramai-ramai dan melepak di kawasan berkenaan hingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada pelancong asing dan warga tempatan.

Ada antara mereka yang bukan saja berehat, malah melanggar peraturan dengan menceroboh masuk ke dalam kolam air pancut di hadapan Suria KLCC hingga mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.


Malah, tidak kurang juga yang bersikap keterlaluan apabila tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai.

Suri rumah, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 34, berkata dia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing di taman berkenaan.


“Ini kali pertama saya dan suami datang ke sini kerana tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidiladha, tetapi saya terkejut dengan kehadiran warga asing yang terlalu ramai sehingga saya rasa seolah-olah tidak berada di Malaysia,” katanya.


Emelan Nordin, 25, dari Sabah berkata, walaupun dia sudah biasa dengan keadaan berkenaan, namun berharap pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.

“Walaupun mereka tidak mengganggu atau membuat kacau, namun pemantauan rapi perlu dilakukan kerana bukan hanya kami warga tempatan, malah saya yakin pelancong juga tidak selesa dengan sikap mereka.


“Tidak hanya melanggar peraturan yang ditetapkan di taman ini, ada juga antaranya tidak langsung menjaga kebersihan dengan membuang sampah dan meludah di merata tempat,” katanya.

Bagi warga Indonesia, Hilhamjayadi, 36, cuti umum yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk bertemu rakan dan saudara-mara yang tidak dapat pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman dan berkongsi pengalaman bekerja di Malaysia.


“Inilah masanya untuk kami bertemu, berkumpul sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerinduan terhadap keluarga di kampung. “Mungkin sikap tindakan kami berkumpul dipandang serong sesetengah pihak, namun sebenarnya tiada apa yang kami lakukan, hanya berkongsi cerita,” katanya.


Tinjauan mendapati kebanyakan warga tempatan mengunjungi kolam kanak-kanak dengan membawa anak-anak mereka di bawah 12 tahun untuk bermain di sana lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah sekarang.

Komen kawan: Kenalah tanyer dengan Jabatan Imegresen camne boleh ramai sangat ni.

Rabu, November 17, 2010

Antara Yang Kita Suka dan Benci

Sekadar renungan....

"Diwajibkan atas kamu berperang, sedang berperang itu suatu yang kamu benci; dan mungkin kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia mudarat kepadamu dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak tahu" Surah Al-Baqarah: Ayat 216

Turut Teruja (Tiru ayat MLD)

Baru je balik dari sini. MLD teruja dgn pelawat yang datang. Tanpa berlengah kawan pun terus bukak statistik kawan. Nilah keputusannya. Takdelah ramai sangat tapi macam MLD cakap walaupun tak banyak yang views tetap happy. Tengok dari data kawan tu semua negara tu kawan tau. Jangan satu hari nanti ade makhluk asing yang riki dari atas UFO sudah... hehhehehe. Dahlah baru ni kene riki dengan Lebai Google. Terus kene blok 3 hari. Kepale lutut dah ketor mase tu sbb takut akaun kene delete... keh keh keh


Empat beranak, termasuk kembar maut nahas di Slim River

IPOH: Empat orang daripada satu keluarga terbunuh manakala dua lagiparah apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan dua lori dan sebuah teksi di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Slim River, awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan, Anuar Osman, berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pada jam 2 pagi ialah pemandu kereta Shaiful Fadzilah Shahar, 36, isterinya Siti Suzana Mohd Nor, 33, dan dua anak kembar lelaki mereka, Fitri dan Fikri berusia enam tahun.

Shaiful Fadzilah, Siti Suzana dan Fitri yang cedera di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Fikri yang juga cedera di kepala, meninggal dunia di Hospital Slim River, katanya ketika dihubungi hari ini.
Anuar berkata dua lagi anak pasangan itu, Fatihah, 4, yang cedera parah, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala seorang lagi anak lelaki, Firdaus, 8, cedera ringan dan dirawat di Hospital Slim River.

Keluarga berasal dari Labu, Seremban dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang untuk berhari raya di Lenggong, katanya. - BERNAMA

Tercicir tetapi berjaya

Sumber: Utusan Malaysia Online

RAMAI yang beranggapan ilmu adalah kunci kejayaan dalam hidup. Telah terbentuk dalam pemikiran hampir semua kita untuk berjaya mesti belajar sampai ke universiti. Setelah menamatkan pengajian maka hidup mereka akan lebih terjamin dan masa depan yang lebih gemilang menanti untuk diterokai.

Oleh sebab itu kita tidak boleh salahkan sesiapa waima ibu bapa jika mereka menuntut anak-anak mereka supaya menamatkan pengajian.

Namun sehingga sekarang ramai yang masih keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan ilmu. Apakah sekadar menamatkan pengajian sudah cukup untuk mendabik dada bahawa diri mereka sudah terlalu bijak dan berjaya.

Ramai juga yang masih terumbang ambing setelah menamatkan pengajian sama ada dalam mencari pekerjaan, membina kerjaya mahupun mencari matlamat hidup.

Sesungguhnya ilmu yang diperoleh ketika di universiti adalah sekadar landasan kukuh untuk menempa hidup yang lebih baik namun tidak semestinya ia mampu melakar yang terbaik.

Sementelah pengalaman hidup yang diperoleh sama ada melalui kejayaan mahupun kegagalan adalah ilmu paling baik pernah diterima manusia dalam membentuk diri menjadi lebih sempurna.

Jika tidak kenapa begitu ramai manusia yang berjaya malah ada yang sehingga menjadi antara manusia terkaya dunia sebenarnya tidak menamatkan pengajian di peringkat universiti mahupun sekolah menengah.

Lihat saja barisan manusia terkaya dunia ramai di antara mereka sebenarnya tidak menamatkan pengajian atau persekolahan seperti mana yang dilalui oleh Bill Gates, Steve Jobs, Richard Branson. Keadaan ini juga berlaku kepada mereka yang lebih senior seperti Walt Disney, Henry Ford, Ingvar Kamprad atau generasi muda sekarang seperti Mark Zuckerberg, dan beberapa nama lagi.

Melihat kepada barisan generasi yang menempa nama dalam dunia perniagaan sehingga ada yang bergelar bilionair, pastinya kisah bagaimana mereka bermula adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan.

Apatah lagi mereka ini bermula tanpa sebarang sijil ditangan malah "hanyut" ketika disekolah lagi.

Generasi terawal ini seperti Walt Disney, Henry Ford mahupun taikun perjudian Malaysia, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong semuanya memiliki satu persamaan tidak menamatkan persekolahan atas faktor kemiskinan.

Melihat kepada apa yang berlaku kepada Henry Ford yang menawan dunia dengan penciptaan kereta murah Model T, beliau sememangnya mencipta kejayaan dari bawah.

Tidak menamatkan persekolahan apabila mencecah usia 16 tahun, lelaki yang dilahirkan pada 30 Julai 1863, kemudian bekerja sebagai jurumesin dan sebelum berhijrah menjadi mekanik yang pakar dalam enjin stim.

Beliau membuktikan tanpa pelajaran yang tinggi namun berjaya menjadi jurutera di Edison Illuminating Company yang dimiliki oleh pencipta terkenal, Thomas Edison.

Dengan sokongan kewangan dari beberapa jutawan seperti Alexander Y. Malcomson, John dan Horace E. Dodge Ford mula membina model kereta Ford 999. Namun impak besar mula dirasai setelah Model T dikeluarkan pada 1908.

Kejayaan yang dicipta oleh beliau ini juga mencatat sejarah bermulanya pengeluaran kereta secara besar-besaran. Ini kemudian membolehkan beliau menjadi antara bilionair terawal dunia sebelum kematiannya pada 1947 dengan aset dan wang tunai mencecah AS$188.1 bilion (RM601 bilion), jumlah berdasarkan tahun 2008.

Begitu juga kisah yang berlaku pada pengarah, penerbit dan pengasas taman tema Disneyland, Walter Elias "Walt" Disney yang tidak menamatkan sekolah apabila mencecah usia 16 tahun.

Bagi lelaki yang mempunyai susur galur dari Ireland ini, kejayaan yang diraih tidak mengubah imej dan karakter beliau yang senantiasa merendah diri.

Sebaik berhenti sekolah beliau mendaftarkan diri untuk menjadi tentera namun ditolak kerana bawah umur dan kemudian bekerja sebagai pemandu ambulans di Palang Merah.

Bankrap

Disney memulakan karier dalam bidang perfileman terutama dalam industri kartun dan animasi dari bawah. Bermula sebagai pelukis kartun untuk majalah dan suratkhabar, syarikat pengiklanan, malah pernah jatuh bankrap kerana gagal mengurus kewangan syarikat animasi miliknya Laugh-O-Gram Studio dengan baik.

Namun pengalaman yang dilalui ketika susah menjadi ilmu paling berharga sehingga membolehkan empayar perniagaannya berkembang seperti mana yang kita lihat sekarang.

Disney kemudiannya mencipta nama di Hoolywood melalui pelbagai animasi yang mencuit selera penonton antaranya Mickey Mouse, Snow White, Donald Duck dan pelbagai lagi.

Meneruskan legasi jutawan yang tidak menamatkan pendidikan, antara yang paling paling menonjol dalam generasi seterusnya adalah pengasas syarikat IKEA, Ingvar Kamprad.

Beliau yang kini berusia 84 tahun memulakan perniagaan pada usia muda dengan menjual pelbagai barangan yang dibeli pada harga yang murah kepada kenalan dan ahli keluarga.

Selepas berhenti sekolah pada usia 17 tahun, beliau telah membuka IKEA dengan pemberian wang oleh bapanya berikutan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Pada awalnya perniagaan tersebut telah menjual pelbagai barangan namun kemudian bertumpu kepada perabot sejak 1947.

Nama IKEA yang diambil dari cantuman namanya IK- Ingvar Kampard dan E-Elmtaryd nama ladang ketika kecil dan A-Agunnaryd, nama perkampungan asalnya, telah memberi tuah kepadanya sehingga membolehkan beliau menduduki tempat ke 11 orang terkaya dunia dengan aset sebanyak AS$23 bilion (RM73.6 bilion).

Begitu juga beberapa nama dari Asia seperti Li Ka-shing yang kini menduduki tempat ke 14 terkaya dunia.

Merantau pada usia yang muda ke Hong Kong walaupun dilahirkan di Guangdong, China, kemudian kematian bapa ketika berusia 15 tahun telah memaksa beliau berhenti sekolah dan bekerja di sebuah kilang plastik.

Hasil dari kepayahan hidup telah memberi beliau pengalaman luas dan kemudian memulakan perniagaan pertama, Cheung Kong Industri pada 1950 dalam bidang barangan plastik sebelum berkembang dalam pelbagai industri lain seperti hartanah, tenaga, telekomunikasi dan pelbagai lagi.

Bagi generasi seterusnya nama-nama mereka yang tercicir ketika pengajian tidak lagi perlu diperkenalkan. Antaranya Bill Gates dan rakannya Paul Allen yang berhenti belajar di Harvard untuk menumpukan perhatian dalam pembangunan perisian komputer pada 1975.

Pada tahun yang sama beliau menubuhkan Micro-soft dan kini syarikat tersebut telah membantu beliau menjadi antara orang paling kaya di dunia.

Membina

Begitu juga yang berlaku kepada seorang lagi tokoh industri teknologi maklumat Steve Jobs. Pada penghujung 1970-an, Jobs, dengan pengasas bersama Apple Steve Wozniak dan Mike Markkula telah mereka bentuk, membina dan memasarkan komputer peribadi pertama di dunia.

Setelah keluar dari Apple pada 1985 akibat perebutan kuasa dan masuk kembali pada 1996, beliau kini membuktikan tindakan meninggalkan pengajiannya satu ketika dahulu telah berjaya membuahkan hasil yang sangat lumayan.

Begitu juga yang berlaku kepada pengasas Virgin Records, Richard Branson. Walaupun bapa dan datuknya merupakan hakim-hakim terkenal dan berpengaruh di England namun jejak itu tidak terdapat pada Branson.

Beliau menamatkan persekolahan pada usia 16 tahun dan kemudian menerbitkan majalah Student sebelum membuka syarikat rakaman Virgin Records pada 1982.

Jenama Virgin semakin mengembang pada 1980-an dengan tertubuhnya Virgin Atlantic Air dan kini sudah mula terlibat dalam pelancongan ke angkasa lepas untuk masa depan.

Bagi generasi yang lebih muda mungkin mereka mengagumi pemuda seperti Mark Zuckerberg yang kini menakluk dunia melalui facebook.

Beliau yang hanya berusia 26 tahun juga tidak menamatkan pengajian di Harvard kerana mahu mengembangkan potensi facebook.

Facebook mula diperkenalkan dari bilik asrama Zuckerberg ketika menuntut di Universiti Harvard pada Februari 2004 sebelum ia tersebar ke universiti dan kolej-kolej lain seperti Stanford, Dartmouth, Columbia, New York University, Cornell, Brown dan Yale.

Melihat kepada kejayaan yang diperoleh kesemua tokoh yang dinyatakan, pastinya kejayaan mereka berlandaskan kepada kesungguhan usaha, kreativiti, sifat percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri.

Mungkin ada yang berpandangan selepas ini tidak perlu lagi untuk belajar tinggi kerana semua orang boleh berjaya. Namun kita perlu bertanya balik dari berbilion penduduk dunia hanya beberapa kerat sahaja yang terpilih untuk berjaya tanpa pelajaran tinggi.

Mungkin satu ketika dulu akibat kemiskinan telah memaksa mereka ini berhenti belajar dan kemudian bekerja untuk menyara hidup.

Langsung tidak terlintas dalam fikiran Henry Ford dan Walt Disney bahawa mereka akan menjadi begitu berjaya.

Apa yang berlaku kepada mereka ini akibat minat yang begitu mendalam dalam bidang yang mereka minati, membuka ruang untuk ia dieksploitasi hingga ke tahap maksimum dan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan.

Mungkin jika kita sudah mengenalpasti minat dan kecenderungan yang boleh membuahkan hasil agak logik juga untuk berhenti belajar.

Tapi jika hanya sekadar mahu berhenti sebab malas dan kemudian berangan-angan untuk menjadi kaya pasti itu satu tindakan paling bodoh yang seseorang lakukan dalam hidupnya.

Selesai Sudah

Hari ini kat taman perumahan kawan ada buat majlis gotong royong korbankan lembu. Lima ekor dikorbankan. Agak meriah sebab dah nama pun majlis gotong royong, mestilah ramai yang datang tolong. Arini mmg kawan rase pancit sesangat. Inilah akibat kalau kurang sangat bersenam. Baru tumbangkan 5 ekor lembu, kawan dah rase nak pitam.Tapi mmg letih pun nak tumbangkan lembu 5 ekor ni. Nasib baiklah ramai para-para otai yang ajar 'skill' camne nak buat keje tu. Apa-apa pun kawan ucapkan Selamat Menyambut Raya Qurban kepada semua pengikut blog ECHAM.COM khasnya dan semua para-para pembaca amnya. Semoga sejarah Ibadah Qurban ini akan mampu mendidik kita supaya lebih dekat denganNya.









Selasa, November 16, 2010

Iklan Pulok..

Dalam 2 hari ni dah 3 iklan kawan postkan. Harini ade satu lagi iklan Jawatan Kosong. Dipelawa kepada semua Umat Islam yang telah bekerja, belum bekerja dan yang sedang bekerja. Ingat!!!! Wajib hadir temuduga ni...


Isnin, November 15, 2010

Alhamdulillah... Selamat

Kawan sampai rumoh dari keje tadi kul 7.30 petang. Sampai dumoh masuk je bilik tercium bau hangit terbakor. Dalam hati kawan, enjin moto yang hangit ni. Lepas mandi lepak-lepak tengok TV sambil pekene Pizza masih lagi tercium bau hangit. Bercerita juge dgn Cikgu Aini apa yang hangit ni. Hati kawan makin tak sedap. Lantas kawan bukak pintu dan menuju ke moto sbb kawan rase moto kawan yang hangit tu. Tapi moto takde mende pulok. Elok je baunya. Sekali kawan nengok ke atas, Masya Allah, api dah mula makan siling umoh kawan. Berlari kawan suruh Cikgu Aini keluor dari rumoh. Jiran sebeloh pun meluru keluor bila kawan jerit suruh telepon BOMBA. Masing-masing dah panik. Dari hasil pemerhatian kawan api tu berpunca dari litar pintas. Tanpa berlengah kawan ambik batang penyapu cuba ketuk wayar yang berlaga sama sendiri tu. Langsung tak mau api tu padam. Datang sorang anak jiran dgn sekali libas je tertanggal wayar yang bersentuh tu.

Tak lama lepas tu sampailah anggota polis, bomba dan TNB dan mula memeriksa. Mmg betul berlaku litar pintas dengan pendawaian elektrik umah kawan. Syukur Alhamdulillah sebab hanya siling yang terbakar. Seandainyalah terbakar tadi, mau satu deret umah teres kat sini rentung sbb pendawaian elektrik kat sini bersambung antara rumah-rumah yang lain. Kepada jiran-jiran yang terlibat malam ni kawan ucapkan terima kasih kerana prihatin dan saling bekerjasam dalam membantu kawan tadi. Tanpa anda mau rentung umah kawan. Kepada anggota-anggota Bomba, Polis dan Kakitangan TNB, kawan ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana wokme tetap datang walaupun keadaan hujan lebat tadi. Terima kasih atas semuanya.






Banner Lagi

Adesssss... Ini macam banner pun ade ke wehhh. Ahhh, asek kawan kuarkan banner je arini dalam posting blog. Ari banner sedunia agoknyer arini.


Teka Teki jugak ni

Sila jawab soalan ini. Apakah perkara yang paling tak kene dengan gambar dibawah. Sila jawab dengan penuh rase bijak. Tapi jangan smp bijak sangat plak macam yang buat banner ni.


1818

Dari kejauhan kelihatan disebuah pondok usang seorang Panglima sedang terbaring dilantai pondok beratapkan rumbia. Penat sgt gayanyer. Badan pula penuh parut kesan tembakan peluru kecaman. Panglima Echam seorang Panglima yang baru sahaja pulang dari berjuang menentang Inggeris di Pulau Tawar. Dalam keletihan itu terkenang beliau dengan beberapa panglima lain yang menguasai daerah masing-masing.

Daerah Jerantut adanya Panglima Yassin. Seorang yang gagah dalam memperjuangkan kebebasan daerahnya. Jangan ada yang berani menentang. Dari surat panas sampailah ke buku muka dia menentang. Hah, ade ke wokme yang berani, antara ayat-ayat cabaran yang selalu beliau gunakan. Pada ketika keluar ayat-ayat itu ramai budak-budak yang belum akil baligh akan terkencing mendengarnya.

Di sebelah sempadan Jerantut berdiri gagah Panglima Relevan memimpin anak-anak buahnya dalam menjaga keseluruhan Alam. Dari pagi sehingga ke malam, kome menjaga keseluruhan alam, jika wokme tak boleh nak paham, itu tanda wokme belum khatam. Ah, sempat lagi berpantun Panglima Relevan sebelum masing-masing mengundur diri malam semalam.

Di Temerloh ketika itu Panglima Kordi Ahlaken sedang berehat di atas tangga sambil tangannya ligat menabur gandum. Panglima Kordi mula bergelar Panglima ketika berumur belasan tahun lagi. Kewibawaan beliau dalam menentang penjajah tak boleh dipertikaikan lagi sekalipun orang itu pernah berguru dengan Sir David Coperfield, Sir Alex Furguson mahupun Sir Siba.

Di sebelah Bera terdiri dari beberapa Panglima hebat. Panglima Fadh, Panglima Jang, Panglima Usop dan Panglima Mazru. Masing-masing berdiri gagah dalam menjaga daerah masing-masing. Panglima Fadh pernah digantung kaki keatas oleh Inggeris gara-gara beliau memasang pelita minyak tanah disiang hari. Apa ke gila pasang pelita siang-siang ye dak. Panglima Jang pernah ditembak dipeha kanan gara-gara gemor menangkap ikan. Semua jenis ikan merupakan spesis lindungan. Panglima Usop pernah dihalau dari rumahnya sendiri gara-gara memelihara kambing yang merupakan haiwan Import dan Panglima Mazru pernah dipenjara gara-gara enggan menjelaskan cukai minuman kopi kegemarannya.

Panglima Echam menghela nafas panjang bila teringat pengorbanan nyawa dan keringat yang telah mereka curahkan. Jauh disudut hatinya terlalu susah untuk mendapatkan kebebasan tapi sesenang apakah untuk memusnahkan satu kebebasan. Lamunan beliau terhenti bila terdengar suara isterinya memanggil mengajak makan nasi. Patutlah lapar. Tak makan lagi rupanya.....

Ahad, November 14, 2010

Berwajah Baru

Setelah 2 hari berhempas pulas membuat pengubahsuaian besar-besaran terhadap blog kawan, maka hari selesailah sudah kerja-kerja tersebut. Popalih, habis tunggang langgang skrip kawan 2 hari ini.






Rodong kawan bertanyer di FB kenape kawan blok blog kawan. Mmg kawan blok blog kawan 2 hari ni bermula semalam kerana sedang meng'edit' keseluruhan skrip. Puncanya hari Jumaat aritu kawan cuba bermesra dgn skrip kat blog kawan. Tapi sayang, kawan gelojoh sangat. Last-last skrip tu merajuk pulak. Habihhhhhhh... Langsung tak buleh bukak blog. Itu sebab kalo tengok sekarang ni ECHAM.COM dah berwajah baru... Yahhhoooooooo....




Jumaat, November 12, 2010

Kenangan - Alahai Peniaga Melayu

Seumur hidup ni 2 kali pernah dimalukan oleh peniaga. Sekali kat JB. Sekali lagi kat Restoran Jejantas Sb Buloh. Masa kat JB tu kejadian berlaku di Stesen Bas Larkin. Dalam poket ade sikit duit kertas. Masa tu tengah tunggu bas Pahang South Union dari JB ke Temerloh. Masa tu nak tepon mak sbb nak bagitau dah nak balik ke Kota Gelanggi. Duit syiling kebetulan habis masa tu. Niat hati nak pegilah pecah duit utk dapatkan duit syiling. Sampai kat satu kedai tu kawan kuarkanlah duit kertas RM2 untuk ditukarkan dgn duit syiling.

Echam: Pakcik, saya nak tukar duit syiling boleh? (sambil mata melirik tengok duit syiling penuh sebalang kat tepi meja dia).

Peniaga: Tak boleh (smbil sibuk melayan 2 3 orang Warga Singapura)

Echam: Takpelah.

Lepas tu kawan ambiklah sebungkus gula-gula dan menghulurkan duit kertas RM2.

Peniaga: Duit syiling takde ke?

Echam: Takdelah pakcik. Ni je yang saya ada.

Peniaga: Oooo.. takde takpelah. (Sambil tangan mengambil balik sebungkus gula-gula dari tangan kawan dan diletakkan kembali dalam bekas gula-gula dikedai beliau).

Lepas tu kawan terus keluar sambil dalam hati sedih sbb baru je lepas kene malu dengan peniaga Melayu dihadapan Warga Singapura yang Berbangsa Cina.

Dalam kes ke 2 berlaku di Kedai Sukan Al Ikhsan, Restoran Jejantas Sg Buloh. Hajat kawan haritu nak beli kasut Futsal. Masa mula2 masuk ke kedai tu, nampak seorang pelayan sedang kusyuk mengadap komputer. Bila masuk je kawan terus mencari kasut Futsal. Ada sepasang kasut cantik tapi saiz tak ok dengan kawan.

Echam: Dik, boleh tak carikan saiz 7.

Budak Melayu: Abg tengok kat hujung sana.

Echam: Ok

Lepas mencari kira-kira 5 minit kawan tak jumpa saiz tu. Pergi lagi sekali berjumpa budak Melayu tu.

Echam: Dik, takdelah saiz ni. Blh tlg carikan tak. Saya nak beli kasut ni.

Budak Melayu: Abg tengok dekat HUJUNG SANA... HUJUNG SANA.... (suara dah makin tinggi)

Kawan terus lagi pergi mencari kat HUJUNG SANA. Lepas 10 minit, kawan datang dengan penuh soapan bertanya.

Echam: Dik, minta maaf yer, mmg takdelah dik saiz 7 ni.

Budak Melayu: Huuuuuuhhhhhh.... (melepaskan nafas sambil terus mengadap komputer).

Echam: Ade ke tak yer kasut ni.

Budak Melayu: Kalau dah cari tu takde, maknanya takdelah. (suara cukup tinggi)

Echam: Takpelah kalau dah takde. (Cakap sambil rendahkan suara)

Disebelah mem dah mula cuit ajak keluar je dari kedai tu. Akhirnya kawan terus keluar dari kedai dgn muka yang mmg malu gila. Sampai sekarang ni nama je Kedai alatan sukan AL-IKHSAN mmg kawan tak masuk dah. Lantaklah diorang nak offer sampai 100% pun. Mmg kawan boikot terus.

Khamis, November 11, 2010

Kenangan - Henpon

Kawan mula menggunakan telefon tangan ketika berumur 21 tahun. Model pertama yang digunakan ialah Siemen C25. Popalih, rase dunia kawan yang punya bila mampu menggunakan henpon mase tahun 2000 tu. Henpon ni kesudahannya hilang masa kawan otw dari rumoh Kota Gelanggi ke Bandar Jengka. Masa tu kat Bdr Jengka je yang ade line henpon.


Lepas C25 hilang, kawan ganti dengan model Philips Genie. Henpon ni mmg lasak. Sekali tu, kawan balik kampung dari JB. Smp je kat umah kawan tanggalkan jaket dan letak kat atas kusyen. Lepas mandi, makan terus kawan tido tanpa membicarakan ttg henpon. Bangun je dari tido baru teringat henpon kat dalam jaket. Cari-cari jaket dah takde. Rupanya mak kawan dah letak dalam mesin basuh. Terbuntang biji mata bila tgk henpon tu terendam dlm mesin basuh. Masa ni henpon ni mmg tak boleh hidup dah. Selang 3 hari, sekali kawan on je henpon ni dah boleh berfungsi semula. Henpon ni ok sehingga sebulan lebih juge. Tibalah suatu hari kawan balik keje dalam hujan lebat. Terlupa henpon ade dalam poket seluar. Balik je rumah, cuba on dah tak boleh lagi. Penamat kehidupan Philips Genie.




Pengganti Philip genie ialah Nokia 3210 yang dibeli dgn harga RM1100. Permulaan model tanpa antena dipasaran ketika itu. Henpon ni mmg kawan guna agak lama. Selama 6 tahun. Dikenali dengan nama Model Batu Bata. Agak selamat untuk dibawa kemana-mana kerana bila baling anjing, anjing pun boleh lupa mak bapak. Kerosakan terakhir ialah takde power. Skang ni kene hempas je ngan hero 2 org tu kalo bagi diorang main.



Menggantikan Nokia 32 sekupang ialah 2310. Dibeli pada tahun 2007 di Kota Bharu dengan harga RM120. Henpon yang paling tip top sejak kawan mula menggunakan henpon kerana walaupun henpon cokia tapi bateri boleh lawan henpon canggih. 5 hari bateri tahan tanpa charge. Tak percaya kan. Percayalahhhhh... Henpon ini kekal sehingga kini dgn menggunakan no 013.



Tahun 2008 kawan menambah satu lagi henpon yang mana henpon ni ade fungsi 3g. Pada masa ini kawan selalu berulang alik ke Korea Selatan. Untuk pengetahuan line telefon kat Korea hanya boleh digunakan jika anda guna henpon 3G. Selain dari tu tak boleh. Henpon ini juge masih kekal hingga kini. Belum ada hasrat nak tukar telefon lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.