Sabtu, Januari 23, 2010

Manusia, Malaikat dan Syaitan...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... ...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Jumaat, Januari 22, 2010

FAREWELL......

Arini ari terakhir aku bekerja kat kompeni ni. Minggu depan aku akan jadi penganggur terhormat untuk 1 minggu dan bermula 1 February 2010 aku akan mula bekerja dengan kompeni lain pulak. Sehingga saat aku menulis ni aku dah bekerja kat Ace Polymers (M) Sdn Bhd ni selama 6 tahun 6 bulan 2 hari. Bagi aku masa tu sangat lama. Lepas satu generasi ke satu generasi berganti tapi aku masih setia kat sini. TAPI kali ini aku pulak yang pergi. Masa aku keluar ni pun waktu yang terbaik untuk aku buat begitu kerana kompeni ni dah takde masa depan lagi. Sekarang ni memang kat sini langsung takde keje. Datang kat opis hanya sekadar penuhkan kedatangan je. Aku tak tau apa nasib kawan-kawan aku yang lain ni. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Aku doakan korang akan dapat keje lain secepat mungkin. Jangan tunggu kapal terbang dah terhempas baru nak keluar. Masa tu korang dah nazak.

Kepada GENG-GENG PUAKA, insaflah woi.. Cukup-cukuplah korang asek bawak mulut dan umpat keji semua yang kerja kat sini. Allah maha adil, arini korang mengata dan mengumpat rumah tangga, peribadi dan perlakuan orang lain, aku yakin esok-esok korang pulak bakal kena. Aku pun heran ngan korang ni. Masing-masing ada laki dan anak-anak. Korang tak takut dan terfikir ke yang suatu hari nanti suami dan anak2 korang kena cam apa korang buat kat sini. Aku sedih sebenarnya sebab suami korang berat nak pikul beban dosa yang korang buat. Harapan aku kepada GENG-GENG PUAKA yang membaca blog aku ni, insaflah dgn segala perbuatan korang.

Kepada para followe-follower aku, buat semntara waktu ni aku tak boleh melawat dan mengomen kat semua teratak comel dan hensem korang. Ahad ni aku dah pindah ke Kuala Kubu Bharu. Kat rumah baru takde sambungan Internet lagi. I'allah, ada sambungan internet nanti aku akan mula bersiaran semula. Salam ceria dan salam sayang untuk korang semua.

Rabu, Januari 20, 2010

Komen Mereka.....

Acapkali kita sebut nama haiwan dalam perumpamaan dan kiasan-kiasan seharian. Tapi terfikirkan kita apakah komen haiwan-haiwan tersebut bila dikaitkan dengan semua perumpamaan itu. Kita ikuti luahan rase haiwan-haiwan tersebut.

LEMBU
Sedap-sedap jer korang kata bodoh cm lembu ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodohtak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apasal tak kata bodoh cm kambing tau ayam

KERA

Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELANCAN ? Aku bukan makan sambal belancan pun tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!

IKAN HARUAN

Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang derang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan..kan... kan..

KAMBING

Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh... kata aku tak mandi... tu ayam, arnab, lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku jer yang jadi pertandingan, Ini tak ADIL

BURUNG MURAI

Elehhhh... ... ... ... apa jadikan aku perbandingkan lak nie... MACAM MURAI TERCABUT EKOR... .Tu pompuan-pompuan tu lagi.. lagi.. mulut bising kalau membebel.

Selasa, Januari 19, 2010

Alahai Monyet... Monyet...

Ada seorang lelaki membela seekor monyet... satu hari die membawa monyet peliharaan nya pergi ke sebuah Bar... Semase lelaki tersebut menikmati minuman di bar tersebut... monyet peliharaan nya itu mula membuat kacau... dia melompat ke sana sini... Bila nampak sepiring kacang monyet itu terus memakannya..nampak semangkuk kentang goreng terus mengambil nya lalu di makan nya... dan tiba2 melompat pula ke atas meja pool dan mengambil bola pool tersbut dan menelannya sehingga abis...

Pemilik bar tersebut melihat keadaan itu dan berkata kepada lelaki tersebt "Encik... encik nampk tak ape yang monyet encik lalukan?... ".." Ape?.."... "die menelan bola pool di meja pool saya sehingga abis... "..

Dengan selamba lelaki itu menjawab "..Saya tak pelik pun... dia memang akan makan apa sahaja... saya akan byr semua yang dia makan tadi... ok.."..Lelaki tersebut menghabiskan minumannya dan membayar bill lalu beredar...

Dua minggu selepas itu..lelaki itu bersama monyet nya datang lagi sekali ke bar tersebut... Seperti biasa lelaki itu memesan minuman dan sekali lagi monyet nya itu melompat kesana sini... dan tiba2 monyet tersebut ternampak sebiji epal..die mengambil epal tersebut dan menyumbat ke punggungnya..dan mengeluarkan semula lalu memakan nya ... .

Pemilik bar semakin hairan dan terkejut..lalu berkata kepada pemilik monyet tersebut.."Encik..adakah encik nampk apa yang monyet encik lalukan tadi?"... "Ape lagi??... "... "Die menyumbat sebiji epal kedalm punggungnya dan mengeluarkan nya lalu di makan."..

"Saya tk pelik pun... dia masih akan makan apa sahaja..cume sejak dia menelan bola pool hari tu... sekarang dia akan mengukur dulu sebelum memakannya... "

Isnin, Januari 18, 2010

Pesanan untuk isteri / awek / kekasih tersayang...

Untuk isteri / awek/ kekasih tersayang*,

Di mana saja berada

Ayang /Anja / Honey /Darling / Dinda / Intan payung / gunung berapi etc *

1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 11hb Jun 2010 hingga 11 Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di South Africa. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali menjerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?

11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut : siib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka?.

13. Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.

Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.

Suami / bf / kekasih yang tersayang *
* potong mana yang tidak berkenaan...

Ahad, Januari 17, 2010

Tengoklah.. Pastu komen...

Dapat email ni dari sorang kawan. Aku pun macam blur-blur dok fikir benda ni... Korang tengok jelah.



This is a picture taken directly above these camels in the desert at sunset. It is considered one of the best pictures of the year. Look closely, the camels are the little white lines in the picture. The black you see are just the shadows!!
SEE ONCE MORE, U CANNOT BELIEVE IT ....RIGHT..???.

Sabtu, Januari 16, 2010

Halal????

Tengok macam kat negara seberang. HALAL??? Ada maksud lain ke perkataan halal tu??? Halal tapi kepala hidung toyok tu bagus je dok posing. Apa komen korang???


Jumaat, Januari 15, 2010

Baik-baik sayang

Untuk semua orang yang aku sayang termasuk para follower-follower aku. Layannnn....



Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Back to Reff:

Selasa, Januari 12, 2010

STRESSSSSSS........

Kepada semua follower Echam.com, aku mohon jutaan ampun dan maaf kerana buat sementara ini aku akan tinggalkan sementara dunia blogging sbb sekarang ni aku tengah serabut, runsing, pening, gundah gulana, risau, benci, marah, sakit hati, geram dan STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dalam waktu percutian ni aku mungkin takkan jengah semua blog-blog yang selalu aku jengah. Aku nak pegi satu tempat yang jauh sgt n nak tenangkan otak, jiwa dan perasaan aku yang tengah kritikal ni. Jiwa ngan perasaan aku tengah luka parah skang ni. Gile ahhhhhh.. rase cam nak lari n duduk jauh2 dalam hutan je. Serabut gilerrrrrrr. Rase cam BANGANG je apa aku buat selama ni. Sia-sia. Langsung takde faedah. Aku dah letih. dah letih, dah letih, dah letih sgt2 dgn semua yang terjadi. Aku dah makin tertekan......... Aku nak rehat...................................................................

Sabtu, Januari 09, 2010

Apa kita fikirkan.....

Apa kita rase jika:

Anda sedang makan steamboat di tepi Pantai Lido (sekarang Danga Bay). Selesai anda makan, anda telah membuang sisa tersebut kedalam tong sampah. Seketika kemudia datang seorang lelaki tua berbangsa India mengambil sisa-sisa tersebut dan makan dengan penuh berselera. Dalam pada itu lelaki tersebut asyik membebel marahkan anak-anak beliau kerana membiarkan beliau jadi melarat sebegitu rupa.

* Kes ini dialami oleh aku sewaktu berdating ngan wife aku masa dulu-dulu. Gambar tak dapat dirakamkan kerana waktu tersebut aku hanya gunakan henpon Siemen C25.

Semalam balik dari keje aku ke Pasar Malam Damnsara Damai, Pj. Terlalu ramai pengemis yang duduk bersila dan adakalanya melata diatas tanah. Adakah ini salah satu taktik, tabiat atau memang tak boleh berjalan tak dapat aku pastikan dengan bukti yang nyata. Dalam banyak-banyak pengemis tersebut aku tertarik dengan seorang pengemis ni. Membawa seorang baby yang mgkin baru berusia sebulan atau 2 bulan. Ketika gambar ini dirakam hujan sedang turun renyai-renyai dan kandangkala agak lebat. Apa korang fikirkan tentang nasib baby berkenaan. Paling penting sekali, cuba bayangkan seandainya kita ditempat pengemis berkenaan. Fikir-fikirkan......


Jumaat, Januari 08, 2010

LUPA

Di petik dari sini dan sini...


Akal adalah ciptaan Allah yang sangat hebat. Dengan adanya akal juga kita dibezakan dengan makhluk haiwan.. Dan dengan akal juga kita dapat mengingati sesuatu.. Namun akal akan menjadi lemah sekiranya korang melakukan beberapa perkara seperti..


  • Sering melihat perkara2 yang haram seperti menonton cerita lucah@porno
  • Sering bermain mata dengan lawan jantina (lelaki atau perempuan lain)
  • Membuang air kecil ketika sedang memberus gigi
  • Tidak membaca al-Quran dalam seharian walaupun sebaris ayat
  • Meminum atau memakan sesuatu yang haram atau diperoleh dari sumber yang haram
  • Meminum minuman atau makanan yang bercampur semut
  • Sering memikirkan tentang wanita atau sebaliknya
  • Memikir perkara yang bukan2 dan keluh kesah
  • Sering mengumpat, mengadu domba dan melancap

Rabu, Januari 06, 2010

Aku Seorang Pemain Bola

Nama aku Subadson Bin Suboh. Aku sbnarnyer masa lahir dulu mane minat main bola ni tapi bapak aku yang gilap. Bapak aku pun setahu aku tak minat. Silap-silap Maradona pun dia ingat pekerja DBKL kalo jumpa face to face. Tapi ntah macamana ntah masa tu time raye. Ada ke patut dia belikan aku kasut bola sebagai kasut raye aku tahun tu. Ko tau tak... Dekat seminggu aku kena gelak ngan budak-budak kampung sebab aku melaram pakai baju melayu ngan kasut bola masa pegi beraya. Mula tu pikir nak salahkan bapak aku tapi bila dengar alasan dia bagi terus tak jadi nak marah. Dia cakap kasut tu tahan lama pastu plak kalo pakai jalan-jalan kat kampung aku susah nak tergelincir sebab kasut tu ada paku. Siap ada 3 line warna kuning lagi kat kiri kanan kasut tu. Tapi aku cuba jadi positif dgn kutukan budak-budak kampung aku. Sejak aritu aku tekad untuk jadi lebih berjaya dalam sukan bola sepak.

Masuk je skolah tadika aku dijemput untuk bermain dalam liga tadika kampung aku. Rezeki aku agak baiklah tahun tu. Pasukan tadika aku berjaya menjadi johan setelah kempunan 20 tahun. Senyum tok penghulu aku sebab semua gol pihak lawan tu hasil dari aku jaringkan gol sendiri.

Habis je skolah aku telah dilamar oleh pihak pengurusan Parit De United. Mungkin rezeki aku agak murah tahun tu. Masuk-masuk je team tu terus aku dilantik jadi budak milo. Keje aku kutip bola je kat tepi padang. Kadang-kadang rase macam nak main besbol pun ade bila keje kutip bola ni. Lari kesana kesini. Keje jadi ikan mas dalam aquarium pun tak penat camtu. Kalo time ada liga ke aku punya penat dah tahap labi-labi kena chiken pox.

Sejak akhir-akhir ni aku rase dah penat sangatlah. Rase macam dah nak tukar kelab pulak. Semakin lama aku kat Kelab Parit De United ni makin semak aku fikir. Aku ada kebolehan tapi langsung tak dipandang. Aku pernah suarakan isi hati aku pada pengurusan tapi diorang asek bagi alasan sama je. Aku dah muak dengar alasan tu. Aku taulah aku pernah wat kesilapan. Tapi bukan banyak pun. Seingat aku adalah 8 kali je aku wat masalah. 2 kali sumbat gol sendiri dengan sengaja, 4 kali pegang bola kat tengah padang dan 2 kali aku tiup wisel yang buatkan permainan terhenti sekejap. Poblem camtu pun diorang nak simpan dalam hati. Lagi satu sebab pihak stadium tak suka dengan kegemaran aku. Diorang cakap padang kotor kalo aku main. Kunyah sirih kan baik untuk kesihatan gigi dan muka. Kepada peminat-peminat aku, kat bawah ni aku sertakan biodata aku untuk tatapan para awek sahaja.


Nama penuh; Subadson Bin Suboh.
Gelaran di padang; The Legend of Sinbad
Posisi ; Main ikut sedap. Kalo aritu rase nak jadi referee aku jadi je referee.
Kelebihan : Handal dalam menjaringkan gol sendiri.
Kelemahan: Bila nampak awek cun tepi padang.
Pengalaman: Jadi budak Milo dan pemain simpanan selama 6 tahun berturut-turut.
Pemain pujaan : Maradona ngan Ruut Gullit dan Awie Zombie Kg Pisang
Pemain yang digeruni di padang: Anna Sharapova dan Muhammad Arizz Haikal (aku pun tak tau sapa dia ni)
Makanan kegemaran : Sirih, karipap sardin dan chikenchop.
Minuman kegemaran: Air Halia Kg Sireh, Kopi Janda.
Hobi : Main dam ular, baca novel cinta dan menternak ikan puyu dalam canvas.
Impian : Nak main dengan Liga Inggeris
Status : Bujang trang tang tang
Wanita pilihan : Rambut panjang, mata biru, tinggi dalam 160cm, berat 60kg, kulit putih, penyabar dan pandai masak chiken chop ngan karipap sardin.
Falsafah hidup : Biar takde duit janji hensem.

Selasa, Januari 05, 2010

Temubual Eksklusif Dengan Kutubear

Berikut ialah temubual eksklusif bersama seekor kutu. Aku panggil kutu ni kutubear.

Aku: Assalammualaikum Kutu.

Kutubear: W'salam.

Aku: Apa kabar???

Kutubear: Ko rase khabar aku camne???

Aku: ehhh.. sapa tanyer sapa ni.. baik kot...

Kutubear: Haaa.. dah tau nape tanyer lagi.. Soalan tak mencabar langsung...

Aku: Macamana boleh dapat nama kutubear ni??

Kutubear: Aku tak taulah. Mungkin ko patut tanyer kutu-kutu CSI kot untuk siasat. Tapi ko jangan tanyer SPRM plak...

Aku: errr... Oklah En kutu, sejak bila En Kutu mula menceburi bidang hisap darah ni.

Kutubear: Sejak lahir.

Aku: Adakah En kutu kesal kerana dilahirkan sbg kutu.

Kutubear: Emm... setakat hari dan saat ini masih belum ada lagi perasaan kesal tu. Cuma aku rase ko yang patut kesal jadi manusia.

Aku: Aku??? Kenapa plak???

Kutubear: Sbb walaupun aku kutu, aku tak pernah susahkan sesapa. Paling-paling pun beruang je yang susah. Itupun beruang ni tak pernah merungut. Ade ko pernah dgr beruang ni merungut. Takde kan. Lainlah spesis ko. Buat keje sikit merungut macam tahap buruh buat landasan keretapi maut kat Burma...

Aku: Adesssss.... kena lagi. Asek kena je aku ni.

Kutubear: Seperkara lagi, walaupun aku penghisap darah aku tak pernah cekik darah En Beruang ni tau tak. Cuba ko bandingkan spesis ko ngan spesis aku. Spesis ko tu bukan sekadar hisap darah malah kuat cekik darah. Dari hasil pemerhatian dan ujikaji yang aku buat, spesis korang ni susah sbnarnyer. Nak hidup pun makin tersepit sbb ramai tukang cekik darah. Ni aku dengar gula dah naik lagi 20 sen. Tak lama lagi aku dengar petrol korang pun ade nak wat plan harga baru. Yang paling syok sekali aku dengar korang hilang enjin jet ehhhh... Teruk betullah spesis korang kan. Enjin jet yang mahal dan besar camtu pun boleh hilang. Kalo besar paku 2 inci logiklah jugakkan. Aku raselah kan, kalaulah ehem-ehem korang tu boleh ditanggalkan, mesti korang hilangkan jugakkan. Betul tak???

Aku: Errrrr.. ehem-ehem???... Mungkinlah kot (muka aku dah merah sbb bengang)

Kutubear: Macam marah kat aku je???

Aku: Ehhhh.. taklah... aku ok je. Mane En. Kutu tau semua isu2 ni.

Kutubear: Laaa.. ko ni. Akukan kutu yang berteknologi. Nak cite apa je semua aku tau.

Aku: Ehhh.. tadi En Kutu ade cakap jangan tanyer SPRM pasal En Kutu. Kenapa???

Kutubear: Owhhh.. itu sebab aku takut ngan SPRM. Cuba ko tanyer ngan makhluk yang kecik-kecik tahap serangga. Semua takut ngan SPRM sbbnya SPRM ni selalu tangkap makhluk-makhluk kecik cam kitorang ni je. Yang besar2 diorang mane berani. Harap telur je besor SPRM tu. Kawan aku nama BILIS kat laut tu selalu jadi mangsa. Kesian aku tengok. Ko bayangkan diorang guna pancing mata udang tau. Padahal yang berkeliaran kat kawasan tu jerung-jerung.

Aku: Adessss.... En kutu ni. Asek tembak aku je. Ni yang aku hangin ni.

Kutubear: Releklah bro. Bukan selalu pun.

Aku: Aku ade hadiah untuk En kutu lah.

Kutubear: Apadia???

Aku: Nah.. BAYGON... zasssssss.... ambik ko. Kutuk aku lagi...

Kutubear: Errrkkkk.. arrrggghhhhhh.... abes aku...

Aku: Padan muka ko...

Moral of the story: Manusia mmg tak boleh kena tegur. Kalo kena batang hidung sendiri mulalah nak berbunuhan sama sendiri.. Lu pikirlah sendiri..... hahhahahahha

Isnin, Januari 04, 2010

SAMPAH

  • Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mengesahkan hanya kakitangan peringkat bawahan terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kenyataan macam sampah.... Bab pertahanan negara pun boleh keluarkan kenyataan SAMPAH.... Sangatlah takde otak...

Jumaat, Januari 01, 2010

Posting pertama 2010: Jom Layan....

Dah-dah jangan pikir lagi masalah kompeni aku tu. Kalo pikir-pikir pun aku jadi makin sakit hati ngan top-top management aku. Tengah senak camni diorang boleh pegi melancong ke Europe. Sangat BANGSAT!!!!!! Apa-apa pun aku sajikan lagu ni. Jom kita joget sama-sama. Layannnzzzz..... Yeaaahhhhhhaaaaaaaa....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.