Rabu, Januari 06, 2010

Aku Seorang Pemain Bola

Nama aku Subadson Bin Suboh. Aku sbnarnyer masa lahir dulu mane minat main bola ni tapi bapak aku yang gilap. Bapak aku pun setahu aku tak minat. Silap-silap Maradona pun dia ingat pekerja DBKL kalo jumpa face to face. Tapi ntah macamana ntah masa tu time raye. Ada ke patut dia belikan aku kasut bola sebagai kasut raye aku tahun tu. Ko tau tak... Dekat seminggu aku kena gelak ngan budak-budak kampung sebab aku melaram pakai baju melayu ngan kasut bola masa pegi beraya. Mula tu pikir nak salahkan bapak aku tapi bila dengar alasan dia bagi terus tak jadi nak marah. Dia cakap kasut tu tahan lama pastu plak kalo pakai jalan-jalan kat kampung aku susah nak tergelincir sebab kasut tu ada paku. Siap ada 3 line warna kuning lagi kat kiri kanan kasut tu. Tapi aku cuba jadi positif dgn kutukan budak-budak kampung aku. Sejak aritu aku tekad untuk jadi lebih berjaya dalam sukan bola sepak.

Masuk je skolah tadika aku dijemput untuk bermain dalam liga tadika kampung aku. Rezeki aku agak baiklah tahun tu. Pasukan tadika aku berjaya menjadi johan setelah kempunan 20 tahun. Senyum tok penghulu aku sebab semua gol pihak lawan tu hasil dari aku jaringkan gol sendiri.

Habis je skolah aku telah dilamar oleh pihak pengurusan Parit De United. Mungkin rezeki aku agak murah tahun tu. Masuk-masuk je team tu terus aku dilantik jadi budak milo. Keje aku kutip bola je kat tepi padang. Kadang-kadang rase macam nak main besbol pun ade bila keje kutip bola ni. Lari kesana kesini. Keje jadi ikan mas dalam aquarium pun tak penat camtu. Kalo time ada liga ke aku punya penat dah tahap labi-labi kena chiken pox.

Sejak akhir-akhir ni aku rase dah penat sangatlah. Rase macam dah nak tukar kelab pulak. Semakin lama aku kat Kelab Parit De United ni makin semak aku fikir. Aku ada kebolehan tapi langsung tak dipandang. Aku pernah suarakan isi hati aku pada pengurusan tapi diorang asek bagi alasan sama je. Aku dah muak dengar alasan tu. Aku taulah aku pernah wat kesilapan. Tapi bukan banyak pun. Seingat aku adalah 8 kali je aku wat masalah. 2 kali sumbat gol sendiri dengan sengaja, 4 kali pegang bola kat tengah padang dan 2 kali aku tiup wisel yang buatkan permainan terhenti sekejap. Poblem camtu pun diorang nak simpan dalam hati. Lagi satu sebab pihak stadium tak suka dengan kegemaran aku. Diorang cakap padang kotor kalo aku main. Kunyah sirih kan baik untuk kesihatan gigi dan muka. Kepada peminat-peminat aku, kat bawah ni aku sertakan biodata aku untuk tatapan para awek sahaja.


Nama penuh; Subadson Bin Suboh.
Gelaran di padang; The Legend of Sinbad
Posisi ; Main ikut sedap. Kalo aritu rase nak jadi referee aku jadi je referee.
Kelebihan : Handal dalam menjaringkan gol sendiri.
Kelemahan: Bila nampak awek cun tepi padang.
Pengalaman: Jadi budak Milo dan pemain simpanan selama 6 tahun berturut-turut.
Pemain pujaan : Maradona ngan Ruut Gullit dan Awie Zombie Kg Pisang
Pemain yang digeruni di padang: Anna Sharapova dan Muhammad Arizz Haikal (aku pun tak tau sapa dia ni)
Makanan kegemaran : Sirih, karipap sardin dan chikenchop.
Minuman kegemaran: Air Halia Kg Sireh, Kopi Janda.
Hobi : Main dam ular, baca novel cinta dan menternak ikan puyu dalam canvas.
Impian : Nak main dengan Liga Inggeris
Status : Bujang trang tang tang
Wanita pilihan : Rambut panjang, mata biru, tinggi dalam 160cm, berat 60kg, kulit putih, penyabar dan pandai masak chiken chop ngan karipap sardin.
Falsafah hidup : Biar takde duit janji hensem.

15 Juri Propesional:

~0~ berkata...

adoi...pecah perutku...ahahhahah+

Webmaster@Echam berkata...

Edi,
Keh..keh..keh...

Cikgu Jang .. berkata...

hehehehe......senyum koi membacanya...

author faethal berkata...

Camano kau kojap jadi player kojap jadi reff ni echam..
Adeh...poming arr main futsal dengan ekau ni..
Wargh..kah..kah..!!

ezzati berkata...

aduhai..parit de united..

Redz da Tsar berkata...

Haha... Gone asukan tadka tu buleh menang kalau dia buat gol senrdiri?

a kl citizen berkata...

anak saya pun suka makan chicken chop...

Mazru Majid berkata...

hahhaha

Rodong Blogger berkata...

Bab makan tu yang koi suke.chicken chop ngan karipap sardin.Wanita pilihan kene tau buat tu.

cemomoi berkata...

bule aku ulang cakap ahmad nisfu "apa yang ko merepek ni s...." he he tapi memang lawak la, mula tu aku hingat nak ketawa kuat-kuat tapi nabi kata nanti jadi s.... la pulak

Webmaster@Echam berkata...

Rodong-rodong semua,
Mula2 koi nok gelak dulu... Hhahahha.. Memang koi merepek pun sbb kepala tengah tension, hati tak tenang sekarang ni. Cara nak lupakan semua tu koi jadikan blog ni medan untuk mengarut. keh3...

yanz berkata...

karipap...chiken chop..waaa..sedap
sy xpndai msk suma2 tu..tp sy pndai mkn suma2 tu..leh apply ka utk jadi bini ka idak?? hahaha

hermm..dok main futsal mlm2 tu sbnrnya mmg sepak bola ka kutip bola..huhuhu

al-lavendari berkata...

harap2 subadson itu bukan awak. sebab bunyinya lebih kurang "so bad son". minta maaf pakcik tumpang lalu ye!

abu muaz berkata...

falsafah hidupnya hebat

Webmaster@Echam berkata...

Yanz,
Oit2.. nak kena sekeh ni...

Laverder,
Pandai tuan meneka apa dalam kepala otak saya. Bagus2.

Abg Muaz,
Sagt hebat... Impian bior tinggi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.