Sabtu, Januari 09, 2010

Apa kita fikirkan.....

Apa kita rase jika:

Anda sedang makan steamboat di tepi Pantai Lido (sekarang Danga Bay). Selesai anda makan, anda telah membuang sisa tersebut kedalam tong sampah. Seketika kemudia datang seorang lelaki tua berbangsa India mengambil sisa-sisa tersebut dan makan dengan penuh berselera. Dalam pada itu lelaki tersebut asyik membebel marahkan anak-anak beliau kerana membiarkan beliau jadi melarat sebegitu rupa.

* Kes ini dialami oleh aku sewaktu berdating ngan wife aku masa dulu-dulu. Gambar tak dapat dirakamkan kerana waktu tersebut aku hanya gunakan henpon Siemen C25.

Semalam balik dari keje aku ke Pasar Malam Damnsara Damai, Pj. Terlalu ramai pengemis yang duduk bersila dan adakalanya melata diatas tanah. Adakah ini salah satu taktik, tabiat atau memang tak boleh berjalan tak dapat aku pastikan dengan bukti yang nyata. Dalam banyak-banyak pengemis tersebut aku tertarik dengan seorang pengemis ni. Membawa seorang baby yang mgkin baru berusia sebulan atau 2 bulan. Ketika gambar ini dirakam hujan sedang turun renyai-renyai dan kandangkala agak lebat. Apa korang fikirkan tentang nasib baby berkenaan. Paling penting sekali, cuba bayangkan seandainya kita ditempat pengemis berkenaan. Fikir-fikirkan......


12 Juri Propesional:

pB berkata...

Salam

Selamat Berhujung Minggu


Nasib manusia tidak sama.
Ada yang berada dan ada yang kurang.

Mana-mana yang mampu itu , tolonglah pada yang kekurangan ini.

Namun , jangan pula yang kurang beradi ini mengambil kesempatan.

YASSIN SULAIMAN berkata...

Sesungguhnya bersyukurlah pada kehidupan kita kerana org lain lebih susah drp kita. Amat simpati dgn mereka.

maiyah berkata...

sian budak kecik tu kene hujan, jd mngsa plak ngan kesusahan

Daun Bidara berkata...

kadang kadang terfikir macam mana pengemis ni boleh datang kalau tak ada orang bawa.

Rodong Blogger berkata...

Bile kite rase diri kite susoh,sebenornye ande yang lebih susoh dari kite.Bersyukurlah dengan ape yang kite ande

Cikgu Jang .. berkata...

tu ada sendiket yg uruskan tu....warga asing kot...

kakpah berkata...

Ada kerja lain yang boleh dibuat selain mengemis. Dari gambar nampaknya ibu masih kuat. Kerja mencuci tandas lebih baik daripada meminta duit. Anak pun tak payah berpanas berhujan.

Kita memang simpati tetapi jangan sampai simpati bertukar menjadi meluat.

Koyuki berkata...

kesian
saya tak bleh nak pandang mereka kalau jumpa yang kat pasar malam tu
rasa nak nanges
T.T

al-lavendari berkata...

saya pernah mengalami situasi yang hampir serupa pd tahun lalu. inilah luahan perasaan saya yg disiarkan dlm blog saya:


Thursday, August 20, 2009

SEMOGA RAMADHAN 1430 INI ...

kelmarin aku melihat di kaca tv
ada famili makan nasi
beras gred bawah sekali
cuma sekali sehari
dengan sayur kangkung yang dipetik di pinggir kali
sekadar mengalas perut yang berbunyi
tidak pula ku lihat ada kerut di dahi.

sedang aku terbiasa makan nasi
beras wangi gred atas sekali
bila-bila mengikut kehendak hati
kekadang berkali-kali dalam sehari
dengan kari ikan tenggiri atau kurma bebiri
atau lain-lain makanan selayak tuan puteri
itu pun kekadang masih tidak puas hati
hanya kerana tiada sayur broccoli.

mengapa aku begitu biadap sekali
seolah-olah merasa semua rezeki
sudah menjadi hak sendiri
terlupa akan segala yang dinikmati
adalah dari Rahmat mu jua wahai Ilahi
makhluk jenis apakah aku ini?

Ya Allah ya Tuhan ku
ampunilah daku
atas segala kelemahan ku
semoga Ramadhan 1430 ini
menginsfkan aku siapa diri.

*selamat berpuasa

al-lavendari

nota: beras wangi, tenggiri dan bebiri hanyalah metafora atau perlambangan semata-mata !

relevan berkata...

Menyokong cikgu hj Jang..mungkin ada sindiket yang menguruskan pengemis demikian..oleh itu kita2 jangan mudah cepat terpengaruh pada situasi..

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum,

Tanpa memikirkan apakah kondisi dan situasi mereka, kalau ada kelebihan keh tetap berkongsi rahmat Allah dengan mereka, kerana tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima..

um. masyitah berkata...

Pantai Lido..rindunya dengan my hometown

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.