Jumaat, Januari 22, 2010

FAREWELL......

Arini ari terakhir aku bekerja kat kompeni ni. Minggu depan aku akan jadi penganggur terhormat untuk 1 minggu dan bermula 1 February 2010 aku akan mula bekerja dengan kompeni lain pulak. Sehingga saat aku menulis ni aku dah bekerja kat Ace Polymers (M) Sdn Bhd ni selama 6 tahun 6 bulan 2 hari. Bagi aku masa tu sangat lama. Lepas satu generasi ke satu generasi berganti tapi aku masih setia kat sini. TAPI kali ini aku pulak yang pergi. Masa aku keluar ni pun waktu yang terbaik untuk aku buat begitu kerana kompeni ni dah takde masa depan lagi. Sekarang ni memang kat sini langsung takde keje. Datang kat opis hanya sekadar penuhkan kedatangan je. Aku tak tau apa nasib kawan-kawan aku yang lain ni. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Aku doakan korang akan dapat keje lain secepat mungkin. Jangan tunggu kapal terbang dah terhempas baru nak keluar. Masa tu korang dah nazak.

Kepada GENG-GENG PUAKA, insaflah woi.. Cukup-cukuplah korang asek bawak mulut dan umpat keji semua yang kerja kat sini. Allah maha adil, arini korang mengata dan mengumpat rumah tangga, peribadi dan perlakuan orang lain, aku yakin esok-esok korang pulak bakal kena. Aku pun heran ngan korang ni. Masing-masing ada laki dan anak-anak. Korang tak takut dan terfikir ke yang suatu hari nanti suami dan anak2 korang kena cam apa korang buat kat sini. Aku sedih sebenarnya sebab suami korang berat nak pikul beban dosa yang korang buat. Harapan aku kepada GENG-GENG PUAKA yang membaca blog aku ni, insaflah dgn segala perbuatan korang.

Kepada para followe-follower aku, buat semntara waktu ni aku tak boleh melawat dan mengomen kat semua teratak comel dan hensem korang. Ahad ni aku dah pindah ke Kuala Kubu Bharu. Kat rumah baru takde sambungan Internet lagi. I'allah, ada sambungan internet nanti aku akan mula bersiaran semula. Salam ceria dan salam sayang untuk korang semua.

11 Juri Propesional:

~0~ berkata...

ok bang...

selamat berhijrah...

semoga hari mendatang lebih cria dan berjaya...

relevan berkata...

Echam..sabor yak!..kiranye kompeni baru yang kau nak mula kerja ni harap kukuh sekukuhnye..

cemomoi berkata...

hijarh tu banyak kelebihannya... sejuk tu kola kubu tu bley mancing kat empangan

ZOOL@TOD berkata...

Saya doakan Echam sejatera dan semoga penghijrahan ini membawa seribu rahmat buat Echam sekeluarga.

Apa bidang pengkhususan Echam, mana le tahu kot ada kengkawan yang memerlukan kepakaran yang Echam miliki boleh jugak saya tolong jolokkan.

endiem berkata...

selamat berhijrah... semoga dengan penghirahan itu akan lebih mendewasakan en. echam lagi.

Webmaster@Echam berkata...

Edi,
Time kasih. Kawen nanti jangan lupa jemput. No tepon still no sama.

Abg Syed,
I'allah... kawan pun harap camtu jugak.

Cemomoi,
Huhhh.. yang tak best kat sana sbb tenang sangt. Kul 9 je dah macam kul 12...

Zool,
Terima kasih banyak-banyak. Saya masuk Scomi Rail Berhad sebagai Technical Executive. Saya ada Diploma in Manufacturing Management.

Endiem,
Time kasih rodong...

maiyah berkata...

sy doakan segala dipermudahkan

YASSIN SULAIMAN berkata...

Semuanya ada hikmah tersendiri hanya allah sajer yang maha mengetahui.

Rodong Blogger berkata...

Moge dapat yang lebih baik lagi rodong...

hai berkata...

jgn bimbang rezeki allah ada dimana2...yang penting usaha kita biarla ikhlas dan jujur,insyallah!!

qaseh um masyitah berkata...

salam Echam
6 tahun sebenarnya tempoh yang lama.Pasti banyak kenangan, dan pahit manis yang telah Echam lalui selama ini.semoga penghijrahan echam membawa kabaikan utk Echam sekeluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.