Rabu, Januari 20, 2010

Komen Mereka.....

Acapkali kita sebut nama haiwan dalam perumpamaan dan kiasan-kiasan seharian. Tapi terfikirkan kita apakah komen haiwan-haiwan tersebut bila dikaitkan dengan semua perumpamaan itu. Kita ikuti luahan rase haiwan-haiwan tersebut.

LEMBU
Sedap-sedap jer korang kata bodoh cm lembu ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodohtak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apasal tak kata bodoh cm kambing tau ayam

KERA

Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELANCAN ? Aku bukan makan sambal belancan pun tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!

IKAN HARUAN

Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang derang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan..kan... kan..

KAMBING

Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh... kata aku tak mandi... tu ayam, arnab, lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku jer yang jadi pertandingan, Ini tak ADIL

BURUNG MURAI

Elehhhh... ... ... ... apa jadikan aku perbandingkan lak nie... MACAM MURAI TERCABUT EKOR... .Tu pompuan-pompuan tu lagi.. lagi.. mulut bising kalau membebel.

7 Juri Propesional:

~0~ berkata...

hehehehhe...

ZOOL@TOD berkata...

Paling simpati dengan babi. Sering disalahkan oleh banyak manusia walaupun kesalahan tersebut bukan salah si babi tadi.

um. masyitah berkata...

orang tua-tua kita dahulu kaya dengan kiasan dan pengamatan dan ini melambangkan kecerdikan mereka dalam menilai dan memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah.

p/s paling tak suka "haruan makan anak' bila terpaksa hadapi kes seperti itu.tapi uniknya kejadian Allah,makhlukNya bernama haruan berkhasiat tinggi untuk kesihatan manusia.

maiyah berkata...

huahh huahh.. bik ko sebijik hehe

a kl citizen berkata...

assalammualaikum echam

ada masa pulak awak gi interview diorang ni..

Rodong Blogger berkata...

Dalam makne tu...

Noor Hayati berkata...

apa2 pun kambing tetap sedap wat gulai ngan batang pisang...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.