Isnin, Januari 18, 2010

Pesanan untuk isteri / awek / kekasih tersayang...

Untuk isteri / awek/ kekasih tersayang*,

Di mana saja berada

Ayang /Anja / Honey /Darling / Dinda / Intan payung / gunung berapi etc *

1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 11hb Jun 2010 hingga 11 Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di South Africa. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali menjerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?

11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut : siib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka?.

13. Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.

Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.

Suami / bf / kekasih yang tersayang *
* potong mana yang tidak berkenaan...

17 Juri Propesional:

endiem berkata...

agak agak sapa juara kali ini?

cemomoi berkata...

buat persatuan bini-bini suami kaki bola... sila buat bantahan besar-besar di mahkamah syariah bermula esok.... sebarkan

ezzati berkata...

hahah..adei...abang2..

~0~ berkata...

hahaha...
cantik surat rasmi tue...

da kasi mam besar x bang???

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum, Nih kaki bole kee atau kaki tengok bola aja...

INTAN RH berkata...

Bertenggut la org lelaki wat qiamullai tahun ni... :D

9W2OCC SHAM berkata...

teman pun rasa2nya cuti berkayuh gak echam,,, demam 4 thn SEKali,,,
he,,,he,,,he,,,

maiyah berkata...

hehe.. alahai abang

Rodong Blogger berkata...

Bola punye hal la ni...Hahaha

a kl citizen berkata...

assalammualaikum echam

wah, period 4 tahun sekali ni, memang parah

Hashim Zabidi berkata...

Dimalam perlawanan yang terpenting itu berlakulah 'blackout'

disyorkan satu memorandum dengan sejuta tandatangan wajib di hantar ke TNB, esok.

Mazru Majid berkata...

hahahha..x lama dah nak start tu..

best

Webmaster@Echam berkata...

Endiem,
Koi tak tau lagi sape juara kali ni. Semua hebat2...

Cemomoi,
Elok sgt tu. Kalo boleh suruh kedai mamak tutup sekali...

Ezzati,
Huhuhu.... 4 Tahun sekali je..

Edi,
Blom lagi. Nanti malam jumaat baru kasi... Hhahahah

Lipislady,
Errrr.. kaki tengok bola kat kedai mamak je... hehehhe

Kak Intan,
Qiamullail depan TV.. hahhahah

Abg Sham,
Haiiii.. mike pun coti jugek ke berkayuh... Isshhhh... hebat penangan bola ni yer...

Kak Maiyah,
Keh3...

Rdong,
Hahhahaha.. 4 tahun sekali wehhhh...

Kak Normah,
W'salam.... Parah ni kak. Tak boleh nak tido malam kalo dia datang penyakit ni...

Pakcik Zabidi,
Saya sokong tu. Malam tu semua kakitangan TNB seluruh dunia dibekukan cuti.

Mazru,
Bulan 6 wehhhh.. mmg tak lama pun..

um. masyitah berkata...

hu hu sib baik myhubby tak kakibola tapi FIL kaki bola.so layan jelah TV tu.tak leh dah nak tengok lain

Noor Hayati berkata...

pandailah bagi peluang kat bini tengok tv sampai kul 9 malam...padahal darama best start kul 10 mlm tau...siang2 tu budak2 nengok kartun jer...

日月神教-任我行 berkata...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

肉圓不加大蒜Jason berkata...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.