Rabu, Februari 03, 2010

Kembali Bersiaran

Salam pada semua rodong-rodong, kawan-kawan serta follower-follower yang diingati selalu. Harapnyer anda semua sehat. Kalo sakit pegilah klinik atau zoo-zoo yang berdekatan. Hehheheh..

Haaa.. nak cite sket, aku akan mula bersiaran kembali. Kali ni dari meja opis baru aku. Opis baru aku ni kat Rawang. Nama company mungkin dah ade yang tau dan mungkin belum ade yang tau. Sejak 1 Feb 2010 aritu aku dah join Scomi Rail Berhad pulak sebagai kuli-kuli. Kalau dulu aku merangkak bawah kereta-kereta Proton tapi kali ni aku merangkak bawah keretapi plak. Nasib aku baik sebab tak kena pam tayar keretapi. Kalau tak memang takde cutilah jawabnyer. Ngam-ngam dan nasib yang baik atas pertolongan Allah, Jumaat yang lepas adalah hari terakhir kompeni lama aku wujud. Dah tutup pun kompeni tu. Ramai dari kawan-kawan aku yang jadi Mr Mama dan surirumah sepenuh masa sekarang ni. Kesian kat diorang.

Sejak seminggu yang lepas aku dah tukar kerakyatan aku dengan menjadi rakyat Negara Kuala Kubu Bharu pulak. Fuhhhhh... aman hidup kat sana. Sangat aman sebab bandar koboi. Macam dok kat Pekan Tongkiat je aku rase.

16 Juri Propesional:

endiem berkata...

selamat kembali ke alam maya karin. semoga aok sihat di kubu baru.

hai berkata...

ok la tu..aok patut bersyukur kerana tak jadik mr.mama gak...nak balik ke jrtut pun senang..leh selalu lalu kut fraser...silap2 tido semalm pulok kat situ...hihihi....

Webmaster@Echam berkata...

Endiem,
Koi sehat je skang ni. Tempat tu sejuk.. huhuh

Kak Hai,
Tulah.. nasib baik koi tak jadi Mr Mama. Kalo tak ntahlah... hehhehe

relevan berkata...

Lor..Tongkiat tempat kita lepak2 dulu ke?..Rawang yek?..hehe nanti kita jumpa kat KFC yang depan TESCO baru tu..awek baru kawan kerja situ..Syyy!

zetty berkata...

tahniah...selamat memulakan kerja baru ditempat yang baru...moga happy2 kat sane..dah kat rawang..leh belanje minum nie...hihihi

Akuanakpahang berkata...

Salam rodong...
Alhamdulillah juga boleh lagi kita bersiaran bersama...aok suka kawan riang hehehehe...bagus laa tu.

Cikgu Jang .. berkata...

koi tumpang gembira kalo waok bahagia...

maiyah berkata...

alhamdulillah.. moga yg ini adalah lebih baik ye ;)

Mazru Majid berkata...

selamat kembali rodong

~0~ berkata...

syukur alhamdullillah...

selamat kembali...

Saliza berkata...

Kak tumpang gembira la Cham..

Ingat gak lg kat Tongkiat ye..

abu muaz berkata...

tahniah dan kerja betul-betul. kerja payah sekarang ni.

Noor Hayati berkata...

huhu...xda dah la computer technician aku lagi...apa la nasib kengkawan lama ku lepas jadi suri dan sura rumah ye...nasib ko x jadi cenggitu

shuk~ dan eton berkata...

baguih laa..
lepaih ni boleh la kita pi berkayuh naik frazer hill..

al-mankaraqi berkata...

salam perkembalian.......

qaseh um masyitah berkata...

salam wah alhamdulillah tahniah dapat kerja baru.sekarang ni memang susah nak cari kerja.Kuala kubu Bharu? lama dah tak ke sana...
p/s;saya dah pindah 'rumah'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.