Rabu, Mac 31, 2010

Man vs Chimpanzee

video

Selasa, Mac 30, 2010

Cara-cara Memberi CPR kepada CICAK


Ada ke yang jenis camni??? Kalo ade memang kawan tabik springlah....

Khamis, Mac 25, 2010

Sibuk ngat....

Ramai rodong-rodong bertanyer kena kawan diam je skang ni. Sebenornyer kawan agak sibuk dengan kerja sejak join kompeni baru ni. Lagi satu masalah, kawan hanya boleh access internet masa dekat opis je. Kat umah belum ada line internet. Sbb tu sekarang ni kawan senyap sekejap dengan dunia blog ni. Kawan selalu menjenguk rumah wokme tapi tak komen apa-apa. Minta maaf banyak2 ler.

Ahad, Mac 21, 2010

Strategi Syaitan Profesional

SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan. Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.

Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.

Antara strategi syaitan ialah:

1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan. Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang menyakinkan."

Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia. Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan.

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi SAW dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca, "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."

Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran. Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.

3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas. Sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan berasa bersama dengan Allah.

4. Syaitan sangat suka orang sombong diri. Sebaliknya syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri.

Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh' (Tuhan).

5. Syaitan ‘auta’nya sangat hebat. Bagi yang solat jemaah di masjid, syaitan tidak berkata, “tak payah solat.” Dia bisik, “masbukpun tak apa, dapat juga jemaah.” Kalau dah masbuk nanti, “boleh tepuk bahu orang lain, dapat juga jemaah.” Nanti dah tak dapat tepuk bahu orang, “dapat juga solat di masjid, lagi baik dari rumah. Orang lain solat di rumah.” Nanti “kalau solat seorang di masjid baik buat di rumah saja, maghrib dan isyak barulah masjid.” atau “waktu kerja ni, maghrib dan isyak di rumah pun boleh, nanti dah pencen barulah full di masjid” …. dan seumpamanya. Kalau kita solat di masjid jemaah (lelaki) dengan solat nafilahnya banyaklah buffer dan benteng pertahanan. Tembus satu benteng ada benteng lain, cepat sedar dan perbaiki diri. Syaitan tembak dari jauh!

6. Lihat sejarah silam permulaan manusia, pada asalnya menyembah patung. Anak Nabi Adam, pada zaman mereka, masih belum sembah patung. Mereka percaya sangat Allah beri rezeki. Iblis tak hasut anak Nabi Adam sembah patung. Malangnya, generasi selepas mereka, syaitan mula menghasut dengan usul membuat patung, untuk memperingati nenek moyang yang soleh atau dijadikan sebagai teladan. Di zaman Nabi Nuh a.s., patung telah disembah sebagai Tuhan. Lihatlah bagaimana iblis/syaitan memainkan fikirkan manusia. Iblis dan tenteranya sabar, berstrategi demi sumpah mereka, iaitu menyesatkan manusia. Iblis sanggup merayu, "Ya Tuhanku" agar diberi umur panjang demi melihat anak-anak Adam tersungkur.

Dalam surah Yaasiiiin ayat 60, yang bermaksud, “…Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu……” Dalam ayat ini, memang jelas Allah memperingatkan kita, jangan tunduk kepada syaitan kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata. Kita berhadapan dengan syaitan yang ghaib (tak nampak) dan syaitan yang nyata (nampak). Justeru itu hanya ilmu, iman dan taqwa dapat menghindarkan kita dari pujukan / tarikan syaitan.

Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu 'BEST'.

B merujuk kepada 'believe in Allah' (beriman kepada Allah),
E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati),
S ialah 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas) dan
T ialah 'towards excellence' (menggapai keunggulan).

Cuma satu hal, apabila sudah berjaya jangan sombong diri, nanti makan diri!

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Sabtu, Mac 20, 2010

Jawapan Untuk Masalah Aku

Nilah masalah aku tu.......


Jumaat, Mac 19, 2010

Sedang Bermasalah....

Sejak 2 3 menjak ni aku bz sangat. Keje berlambak-lambak nak buat. Sampaikan tenaga yang ada ni pun kadang-kadang tak cukup nak buat keje yang banyak ni. Itulah dia kehidupan, semakin banyak duit kita cari kita rase makin tak puas. Padahal aku ni bukanlah miskin sgt pun. Dengan duit 1.7 juta yang ada dalam bank nipun aku rase masih belum mampu nak siapkan semua keje yang diberi pada aku. Lagi satu masih belum mampu untuk puaskan nafsu buas aku membeli barang-barang yang agak mahal. Pada aku sekarang ni aku kena makin mengumpul kekayaan demi kekayaan. Sampai bila??? mungkin sampai aku lupa daratan ataupun mungkin aku lupa untuk berpijak dibumi yang nyata.

Setiap hari aku datang opis asek bergaduh je. Kadang-kadang tu terpikir gak, duit dh banyak, ada kedudukan, kerjaya yang bagus tapi kenapa asek nak gaduh je ngan orang. Makin aku pikir makin otak aku lembab. Mata aku skang ni asek nampak duit je. Heran gak aku dgn diri aku ni. Sejak akhir-akhir ni jugak perbelanjaan harian aku agak melampau sikit. Pantang tengok orang lebih dari aku. Mulalah aku jadi panas baran. Untuk hilangkan panas baran ni ada 2 cara je. Pertama pergi beli apa yang aku nak. Kedua bergaduh. Ada sesapa boleh tolong tak setlekan masalah aku ni.

Khamis, Mac 11, 2010

Customer Responsible.. keh.. keh.. keh...

Rabu, Mac 10, 2010

Earth Hour Campaign (Sticky Post)




Kempen padamkan lampu pada 27 March 2010 bermula 8.30 malam (waktu tempatan) selama satu jam. Moh daftar kat sini sebagai tanda sokongan anda kepada bumi kita yang satu ni...

Isnin, Mac 08, 2010

Setia Sang Ayah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.