Selasa, April 27, 2010

Kau tetap dalam ingatan ku.......

Semalam lebih kurang pukul 8 malam aku dapat call dari Rashid. Dia bagitau Izad dah takde. Masa tu aku tak boleh nak cakap apa sbb terkedu dan aku tak sedar masa bila aku menangis. Izad, satu nama yang cukup akrab dalam kehidupan aku. Seorang yang kelakar dan aku akan merapu sepanjang masa bila bersama dengan dia. Pemergia beliau akibat kanser tulang amat tinggalkan kesan yang mendalam kat aku. Sepanjang malam tadi fikiran aku ligat berputar ingat segala memori-memori indah bersama dia. Segala gelak tawa masih tergiang-giang kat telinga aku. Dalam penuh keakraban aku tak pernah tahu yang dia ada kanser tulang. Allahyarham seorang yang sgt berahsia dengan kawan-kawan. Sampaikan aku tak tahu banyak benda tentang kehidupan peribadi dia. Kat bawah ni aku tunjukkan gambar yang aku tak boleh lupakan dia sampai bila-bila. Dengan bermodalkan gambar inilah aku selalu mengusik dia yang aku tak caya gambar ikan yang dia pancing tu. Aku selalu cakap gambar tu gambar superimpose walaupun pada hakikatnya memang Allahyarham yang pancing ikan ni. Izad, segala kenangan kita bersama akan aku ingat dan abadikan sampai bila2. Aku redha dengan pemergian mu. Selamat bersemadi dengan tenang wahai sahabat kerana itu telah dijanjikan untuk kita semua oleh Allah s.w.t. Aku iringi pemergian mu ini dengan iringan doa semoga roh mu dicucuri rahmat dan berada bersama para solihin dan anbiyak. Al-Fatihah.........



Nor'izad Hassali .... 1967~2010

Jumaat, April 23, 2010

Pelik!!!!!!

Persoalan.... Nape 5 atau 6 bulan sebelum ni takde orang buat jalan kat kawasan ni ehhhhh..... Heran gak aku. Pastu bila dok sembang2 dengan kawan-kawan dapatlah satu jawapan. Rupanya kereta-kereta mewah pemimpin Negara tak boleh langgar jalan yang berlubang. Nanti tayar PICAHHHHHHHHH!!!!!!!





Khamis, April 22, 2010

Pendek je.....

Ringkas je nak update arini. Pekan Kuala Kubu dah macam City of RMP. RMP tu Royal Malaysia Police..... keh.. keh.. keh...

Rabu, April 21, 2010

Akal taraakkkkkk.....

Ni spesis mane lah yang gantung poster-poster ni aku pun tak tau. Camnelah orang nak tunggu dan nampak bas datang kalo poster dah macam kelambu kat situ. Sebagai contoh tengok jelah brader tu. Terpaksa mencangkung sbb kan poster-poster ngan kain buruk tu. Kang kalo aku cakap NGOK kang ade plak yang marah kat aku tapi apa-apa pun mmg NGOK pun.....


Selasa, April 20, 2010

Fikir-fikirkanlah yer....

video

Sabtu, April 17, 2010

Hari Yang Sengal

Arini Hari Penamaan calon untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. Aku tak pegi sebab memang dh crowded gile. Kete parking sampai kat taman aku. Cuma yang buat aku marah sesangat ialah sikap segelintir anggota Polis yang pada aku Double Standard dalam menjalan tugas. Aku tujukan pada anggota trafik. Aku dari Batang Kali membeli barang dapur yang basah. Balik je dari Batang Kali aku dah tak boleh masuk ke Kuala Kubu Bharu. 3 kali aku berpusing2 untuk cari jalan masuk. Bila sampai je kat simpang masuk Polis Traffik suruh U Turn. Bila dh banyak kali aku hilang sabar. Terus aku tanyer pada anggota yang bertugas. Dia cakap aku tak boleh masuk nanti akan ganggu lalulintas. Padahal jarak dari tempat aku tanya tu dengan umah aku tak sampai 1km. Bodoh!!!!!

Yang buat aku cakap double standard kenapa tau. Kalau orang BN nak masuk dia bagi. Adussss... Rase nak mengamuk je aku rase. Last2 aku parking kete kat luar then aku berjalanlah kaki sampai umah. Kesimpulan dia.... POLIS TRAFIK tu BANGANG!!!!!!!

Jumaat, April 09, 2010

Gurisan Terakhir

Selasa, April 06, 2010

Very Bored

Askar Amerika pun jadi bosan. Pastu buat benda yang bukan-bukan...










Isnin, April 05, 2010

Mayat Berjalan Pulang

Sumber: Gmail aku... Betul ke tidak, Wallahualam....

Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana
mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.
kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit
bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan
diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki
dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya
tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.