Selasa, April 27, 2010

Kau tetap dalam ingatan ku.......

Semalam lebih kurang pukul 8 malam aku dapat call dari Rashid. Dia bagitau Izad dah takde. Masa tu aku tak boleh nak cakap apa sbb terkedu dan aku tak sedar masa bila aku menangis. Izad, satu nama yang cukup akrab dalam kehidupan aku. Seorang yang kelakar dan aku akan merapu sepanjang masa bila bersama dengan dia. Pemergia beliau akibat kanser tulang amat tinggalkan kesan yang mendalam kat aku. Sepanjang malam tadi fikiran aku ligat berputar ingat segala memori-memori indah bersama dia. Segala gelak tawa masih tergiang-giang kat telinga aku. Dalam penuh keakraban aku tak pernah tahu yang dia ada kanser tulang. Allahyarham seorang yang sgt berahsia dengan kawan-kawan. Sampaikan aku tak tahu banyak benda tentang kehidupan peribadi dia. Kat bawah ni aku tunjukkan gambar yang aku tak boleh lupakan dia sampai bila-bila. Dengan bermodalkan gambar inilah aku selalu mengusik dia yang aku tak caya gambar ikan yang dia pancing tu. Aku selalu cakap gambar tu gambar superimpose walaupun pada hakikatnya memang Allahyarham yang pancing ikan ni. Izad, segala kenangan kita bersama akan aku ingat dan abadikan sampai bila2. Aku redha dengan pemergian mu. Selamat bersemadi dengan tenang wahai sahabat kerana itu telah dijanjikan untuk kita semua oleh Allah s.w.t. Aku iringi pemergian mu ini dengan iringan doa semoga roh mu dicucuri rahmat dan berada bersama para solihin dan anbiyak. Al-Fatihah.........



Nor'izad Hassali .... 1967~2010

12 Juri Propesional:

cemomoi berkata...

innalillahi semoga rohnya ditempatkan di sisi orang yang beriman dan bertakwa

9W2OCC SHAM berkata...

takziah utk keluarga aruah,,,
kuatkan semangat dengan dugaan ini,,,
yang hidup pasti mati,,,
hanya masa yang menentukan,,,

AL-FATIHAH,,,

Jejaka Desa berkata...

AlFatihah..

a kl citizen berkata...

tanggungjawab kita memohon keampunan bagi dirinya

semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh
ameen

Mohd Fakhrurazi Jamaludin berkata...

takziah.

INTAN RH berkata...

takziah pada kuaga Izad.

relevan berkata...

Alfatihah..

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum, alFatihah buat Izat..semuga rohnya dicucuri rahmat dan berada bersama para solihin..amin.

Don Balon berkata...

Al-fatihah..
Koi raser machance keney..
budok gelangi ke weh?

Don Balon berkata...

20 haribulan baru ni drummer koi zaman metal dulu meninggal, salur darah tersumbat.. tiba-tiba je meninggal
Patutlah kita mengambil iktibar..
Risa koi mmikir dosa-dosa koi yang kerdil ni..

zetty berkata...

takziah....
semoga beliau ditempatkan disisi orang-orang yang beriman..amin...
al-fatihah...

Ilham Fannur-S.B Print berkata...

betul ker...Innalillah...aku pon baru teringat kat dier, penah gaduh ngan dier

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.