Selasa, Jun 29, 2010

Jumpa Belanda pulokkkk...

Rodong-rodong kawan dari Brazil menang lagi malam tadi tapi kawan tak tengok sbb TV yang tengok kawan. Rodong kawan Don Balon je yang mengupdate ke kawan pagi-pagi ni. Dia mengikuti perlawanan Brazil secara pejammmmm pastu celik. Kira-kiranyer dalam keadaan separa sedor. Brazil akan jumpa Belanda tapi kawan rase mengikut corak Belanda main malam tadi memang mudahlah sikit kerja rodong-rodong kawan dari Brazil tu. Tapi kenalah tgk 2/7 nanti. Perlawanan Belanda Slovakia malam tadi amatlah membosankan kawan. Slow amat. Separuh masa pertama je kawan doh lentuk depan TV. Ingatkan nak bangun tengok Brazil dengan Chile tapi sedor-sedor dah pukul 6 pagi. Pemain Brazil pun dah mula nak balik tido.....

Isnin, Jun 28, 2010

Germany 4 - England 1

Kawan menjerit kegirangan bila England ditunjuk jalan keluor dengan cara paling selekeh. Malam tadi melepak dgn sorang rodong sekerja kat kedai mamak. Rodong kawan tu pakai pulok baju England. Punyerlah excited nyokong England. Kesudohnyer German juge yang menang. 4 - 1 pulok tu. Bak kata Don Balun dlm sms kepada kawan malam tadi, England jadi bubur sure.... hahhahahaha... Tapi malam tadi kawan takdelah betting dgn rodong sekerja tu sbb sekarang ni judi bolo jadi haram pulok. Buleh gitu gayenyer yerrr, kejap haram kejap halal....... Pada pusingan suku akhir nanti Germany akan jumpa dengan Argentina. Dua-dua team pilihan koi selain Brazil yang terus bersemayam di hati... hehehhehe

Suka kawan qoutekan sms Don Balun ni kat blog koi ni....

I believe England is not an under achiever. To under achieve you need to have at least the capacity to achieve something, which England clearly do not...... Donlaurel de la macha 2010.

Sabtu, Jun 26, 2010

Dilema

Seri pulok 0-0 dengan Portugal. Yang penting Brazil tak jumpe Sepanyol. Skang ni tgh dalam dilema. WC2014 nnt nak latih Brazil ke Portugal........

Jumaat, Jun 25, 2010

Brazil VS Portugal

Malam ni Brazil akan bertemu Portugal. Sejak melatih skuad Brazil 2 3 hari ni aku agak penat sikit. Skang ni tgh dok lepak-lepak dengan Luiz Felipe Scolari jurulatih lama Brazil. Malam ni penentuan kepada kerjaya aku. Kalau Brazil menang, esok pagi-pagi kena sign contract utk latih skuad Brazil untuk musim WC2014. Kalau kalah, minggu depan aku akan kembali melatih budak-budak Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi 2 (SKKG2). Go go Brazillllllll!!!!!!




VS

Selasa, Jun 22, 2010

Lauk Portugal

Lambat sikit buat ulasan Portugal malam tadi. Kereklah plak muka mamat ni malam tadi. Korang main dgn pasukan yang setaraf Pasukan Pra Sekolah SKKG2 bolehlah. Tunggulah 25hb ni bila jumpa Brazil. Nak taknak kenalah terima hakikat yang Korea Utara malam tadi mmg lauk. TAPI kalo team Malaysia yang main camne lah yer. Kalau Korea Utara LAUK... Team Malaysia plak mungkin jadi pekasam kena bantai ngan Portugal....


Isnin, Jun 21, 2010

Menang lagi

GO Brazil GO.... Yehaaaaaaa..... Menang pulok dengan Ivory Coast 3-1. TAPI yang tak bestnyer KAKA kene buang padang pada minit-minit akhir.


Rabu, Jun 16, 2010

Negara Kita Mudah Menganugerah Dan Juga Menyerah.

Dipetik kat sini.

SESIAPA yang gilakan kepada anugerah, pangkat dan penghormatan datanglah ke negara ini. Begitu juga sesiapa yang mahukan sesuatu yang tidak mungkin diperolehi di negara lain datanglah ke negara ini.

Masyarakat negara ini sangat baik hati dan mudah menerima budi dan juga memberi budi kepada sesiapa saja. Kerajaan juga begitu. Apakah sikap ini berlaku kerana demikian pembawaan sikap dan fiil orang Melayu? Mudah memberi dan mudah berterima kasih walaupun atas sesuatu perkara yang remeh saja.

Ia juga mungkin ada kaitan dengan nilai-nilai ketimuran yang menjadi amalan masyarakat (khasnya Melayu) negara ini.

Tengok saja apa yang berlaku di sekeliling kita. Boleh dikatakan setiap hari ada-ada saja pihak menganugerahkan pingat, gelaran dan sebagainya kepada seseorang sebagai menandakan ketinggian budi penghormatan kepada sesiapa saja.

Kadang kala kerana terlalu murah itu menjadikan anugerah itu tidak ada nilai atau pun nilainya tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan seseorang.

Perhatikan sahaja, bagaimana menjelang hari lahir raja atau sultan, berpuluh orang dinobatkan sebagai penerima anugerah membawa gelaran datuk. Mereka yang dianugerhakan gelaran itu kadang-kadang tidak tahu apakah jasa dan pengorbanannya. Apakah pengorbanan kepada raja atau sultan bukannya kepada negara dan orang ramai? Ada juga yang diberi anugerah semasa dalam perut lagi!

Keadaan ini sehingga menjadikan lambakan datuk. Kalau kita masuk ke pasar dan kebetulan berjumpa dengan seorang bergelar datuk yang menemani isteri mudanya membeli asam, masa menyapanya, "Datuk..." akan berpuluh muka akan berpaling ke arah kita. Semua yang berpaling itu adalah datuk. Ini menunjukkan si datuk ini ada di mana-mana saja.

Anugerah datuk itu adalah anugerah terbesar dan hebat dan menjadikan seseorang berpresij. Anugerah dan gelaran-gelaran lain usahlah peduli lagi. Penganugerahan dan penobatannya berlaku setiap lima minit sekali. Semalam bekas PM, Abdullah Badawi telah mengalungkan selimpang 1 Malaysia kepada tiga orang tokoh di Kepala Batas. Saya lihat betapa hapraknya Abdullah dalam hal ini kerana beliau mengalungkan selimpang 1 Malaysia bukannya selendang Islam Hadhari. Patutlah baru orang gertak dia sudah berundur jadi PM.

Itu 12 orang sukarelawan yang menyertai flotilla kemanusiaan ke Gaza, telah dianugerahkan sebagai Wira Gaza oleh pihak tertentu. Tiap mereka dinobatkan sebagai Wira Gaza di atas pemergian mereka yang tidak kesampaian itu.

Semalam di Perak, kawan saya, Shamsul Akmal Musa Kamal yang ikut sama dalam misi itu dan berada di atas kapal Rachel Corrie disambut sebagai wira Gaza. Satu majlis menyambut kepulangan beliau ke kampug asalnya diadakan. Beliau dipakaikan tengkolok sebagai simbol kewiraannya. Bagi orang Melayu kalau pakai tengkolok itu kira beranilah. (Walhal si kitol, Patih Karmawijaya dan si antogonis lain juga pakai tengkolok). Sebab itu dalam majlis-majlis berunsur Melayu hostnya dikenakan tengkolol walaupun setengahnya perangai lebih teruk dari Yahudi.

Saya bukan dengki dalam hal ini. Anugerahlah dan berilah sejuta gelaran kepada mereka tidak mengapa. Jangan bagi duit sudahlah. Nik Abdul Aziz Nik Mat pun semalam semasa menggulung perbahasan di Muktamar Pas menyarankan supaya kita memanggil orang dengan panggil yang lunak dan baik. Itu Islam suruh.

Tetapi dalam bak memberi anugerah dan menyanjung tinggi kepada sukarelawan itu dikira kurang wajar. Apalah sangat perjuangan 12 orang yang membawa bantuan misi kemanusiaan ke Gaza itu. Apakah ciri-ciri kewiraan mereka yang boleh kita kagum dan bangga-banggakan. Apakah mereka pergi untuk berperang dengan Israel? Pemergian mereka itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pejuang hak asasi dan NGO kemanusiaan di mana-mana saja.

Kejadian penawanan kapal Mirmara dan Rachel Corrie yang mereka naiki itu kebetulan saja. Mereka tidak pun fikir yang mereka akan dikepong dan ditawan oleh komando Isreal laknatullah itu. Mereka ditahan kerana dianggap mencerohi perairan Israel. Itu saja. Mereka pergi sebagai sukarelawan yang tidak sesiapa menyuruhnya. Saya yakin kalau mereka tahu yang mereka akan dikepong dan nyawa terancam mereka tidak akan pergi! Semasa pemergian mereka dulu tidak dihantar sebagai wira perang oleh rakyat negara ini pun.

Sudahlah begitu, flotilla kemanusiaan yang mereka hendak sampaikan tidak kesampaian pun. Rakyat Gaza tidak pun menerima sebutir beras dan sebiji penadol yang mereka layarkan. Entah ke mana peralatan, makanan, perubatan dan sebagai yang mereka bawa itu. Jadi adalah anih kalau mereka dinobat dan diarak, diusung bagaikan si bocah nak disunatkan sebagai wira Gaza hanya kerana mereka disekat oleh Israel.

Kerana itu penobatan mereka sebagai wira Gaza, memakai tengkolok dan entah apa-apa itu sudah berlebih-lebihan dan tidak sepatutnya. Kita merainkan sesuatu yang tidak menepati keadaanya. Justeru ia lebih kepada gimik saja. Televisyen pula sama siap buat telecast dan kepulangan mereka disambut bekas Perdan Menteri (yang suka mencari publisiti) dan juga Timbalan Perdana Menteri. Tidak cukup itu mereka dipanggil menjadi panel di tv dan radio.

Jika dibandingkan dengan kepulangan para pendaki gunung Everest dulu, jauh para pendaki itu lebih tepat untuk digelarkan sebagai wira. Mereka berjaya mendaki gunung sambil mencatat sejarah buat negara ini. Tetapi kepulangan mereka tidaklah disambut demikian rupa dan mereka tidak pun digelar sebagai raja gunung dan sebagainya. Walhal usaha mereka meletakkan negara di peta dunia itu juga satu usaha mencabar maut. Sayangnya rakyat dan kerajaan tidak begitu nampak akan kelebihan dilakukan pendaki ini berbanding misi kemanusiaan itu.

Makanya saya melihat ada muslihat politik disebalik raian berlebihan kepulangan sukarelwan yang tewas itu. Ada semacam usaha Umno hendak menunjukkan yang mereka bersimpati dengan Palestin. Benarkah begitu? Ia boleh dipersoalkan. Kalau benar Umno bersimpati dengan nasib Palestin mereka harus melakukan tindakan ke atas Israel termasuk menggunakan kuasa menerusi kerajaan bagi menindasnya bukan sekadar turut merayakan sukarelwan yang gagal menyampai misi bantuan itu. Tindakan utama dan pertama sekali ialah membatal kontrak bernilai RM77 juta dengan Apco syarikat yang ada kepentingan Zionis itu dan membekukan segala misi dagangan dengan Israel.

Iya saya benar confius apa yang dilakukan itu sama ada menepati keadaan atau pun sebaliknya. Betapa tidak sukarelwan itu pergi bersendirian, gagal menyampaikan bantuan tetapi kita menerimanya sebagai wira pula. Kalaulah begitu setiap apa saja misi yang gagal dilakukan rakyat negara ini boleh dianggap wira.

Membandingkan tugas sukarelwan itu dengan beberapa orang rakyat Malaysia yang ikut berperang melawan Amerika sebagai Mujhidin di Afghanistan satu masa lalu rasanya mereka lebih wajar dianggap sebagai wira bangsa kerana setengah mereka ada yang terbunuh kerana mempertahankan Islam di Afghanistan dari ganyangan Amerika dan Zionis. Malang sebaliknya mereka yang ke Afghan itu bila balik dikurung di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Makanya duhai rakyat Malaysia nilailah sesuatu apa yang hendak kamu lakukan jangan meletakkan raja plastik atas singgahsana dan berbuat sesuatu yang hakiki dan bukannya yang munafik! - detikdaily

Selasa, Jun 15, 2010

Kenapa 45 Minit?

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam
(utk separuh masa)? Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

Setelah dibuat kajian dgn lebih mendalam sedalam Lautan Pasifik maka inilah jawapannya.

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain di! dalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan.

Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah........

-

-

"BOLA REFEREE"

Isnin, Jun 14, 2010

GOLLLLLL!!!!!!!!!

Disebabkan oleh sekarang ni musim bola, kawan pun nak post lagi tentang bola. Bukan apa saje nak hangatkan keadaan orang kabo. Masa kawan kecik-kecik dulu selalu jugak main bola. Masuk ke ILP pun main jugak bola. Tapi sokmo kalah. Bukan sebab kawan tak reti tapi lawan tu yang kuat sangat. Best dok alasan kawan tu.. hehehhehe....

video

Jumaat, Jun 11, 2010

WC 2010

Posting ke 2 untuk hari ini. Rekod tu. Malam ni dah start Piala Dunia 2010. Masing-masing mesti dok sokong pasukan masing-masing. Aku???? Emmm.. mestilah pasukan yang punyer awek seksi... Cuba teka pasukan mane???? Alaaaaaa.. yang nari samba tu.. huhu.. Company aku dah terlepas Projek Monorail kat sana. Kalo tak mau aku minta pindah sana. Jauh pun jauhlah janji boleh meronggeng samba.... Saksikan video kat bawah tu. Tapi yang ni team lama Brazil.



video

Kapal Israel berdagang di Malaysia????

KUALA LUMPUR 9 Jun – Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa kapal-kapal kargo Israel dibenarkan memasuki pelabuhan negara ini untuk tujuan perdagangan.
Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, mereka perlu membuat permohonan untuk kemasukan kali pertama dan diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pelabuhan.
Jelasnya, perkara tersebut turut dinyatakan dalam laporan awal yang diterima oleh kementerian daripada Westports Berhad yang turut menetapkan peraturan untuk dipatuhi oleh kapal-kapal Israel apabila memasuki pelabuhan itu.
Bagaimanapun, menurutnya, beliau sudah mengarahkan supaya Westports Berhad menyediakan laporan lengkap mengenai kemasukan kapal-kapal Israel di pelabuhan itu kepada kementerian untuk diteliti.
“Contohnya, menurut peraturan yang ditetapkan, kapal-kapal Israel tidak boleh menaikkan bendera negara berkenaan apabila memasuki atau berada di sempadan Malaysia.
“Di samping itu, anak-anak kapal tidak dibenarkan meninggalkan kapal apabila berada di dalam perairan Malaysia kecuali jika berlaku kecemasan. Tambahan pula, barang-barang keluaran Israel tidak boleh dibawa masuk ke negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Biro Teknologi Baru dan Inovasi MCA di ibu pejabat parti itu di Jalan Ampang hari ini.
Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuit hari ini mempersoalkan kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sedangkan Malaysia dan Israel tidak menjalinkan hubungan diplomatik.
Justeru, secara automatik hubungan dagang dengan Israel tidak patut berlaku.
Menurut laporan, Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines) telah menyenaraikan beberapa pelabuhan termasuk Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia bagi tujuan berdagang.
Gold Star Line Ltd. ditubuhkan di Hong Kong pada 1958 untuk mengelakkan larangan yang ditetapkan oleh beberapa negara Islam termasuk Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik atau tidak mengakui Israel.
Mengulas mengenai laporan bahawa pelabuhan Malaysia telah menerima kapal kargo Israel sejak 1998, Cho Ha menjelaskan, kemasukan kapal Israel adalah dibenarkan bagi tujuan perdagangan antarabangsa.
Sementara itu, Unit Komunikasi Westports Berhad ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Komen aku:
Dalam parlimen bergegar suara PM mengutuk kekejaman Israel tapi belakang punya cakap lu bikin bisnes dgn Israel. Entah apa-apa diorang ni. Cakap tak serupa bikin. Bangang tak sudah-sudah.

Khamis, Jun 10, 2010

ZIONIS dimana-mana

Aku ambik ayat ni kat sini. Deme mmg bestlah Yeop...

Lawan zionis depan mata dulu dan menangislah dengan kekejaman zionis di Putrajaya sebelum kamu berfikir untuk syahid di Gaza.

Rabu, Jun 09, 2010

Spesis apakah ini

Salam semua. 1st time aku jumpa spesis camni. Spesis ni ada kat dalam aquarium kawan aku dan dia pun tak tau apakah nama spesis ni. Kepada semua kawan-kawan, seandainya tahu sila bagitau yer.....




Jumaat, Jun 04, 2010

Millat FaceBook

Yeahhhh... Kepada rodong-rodong semua, kawan dengan rasminya dah register. Mane-mane wokme yang belum join lagi tu moh ler kita ber MillatFacebook pulok. Time kasih pada Kak Normah sbb postkan pasal ni kat blog dia.


Logo Yahudi

Sumber dari Perisik Rakyat

Ramai pengguna-pengguna Desktop dan Laptop yang menggunakan perisian Microsoft Windows tak sedar bahawa sekian lama logo Israel ada dalam Desktop dan juga Laptop korang...

Sekarang korang ada pilihan samada nak simpan atau nak buang logo tersebut dari Desktop dan juga Laptop korang...

Kalau nak tengok boleh ikut langkah-langkah dibawah ni.

Cari dekat drive C: > ProgramFiles > Microsoft Office > MEDIA > CAGCAT10 > J0285926.WMF.

Terpulang pada korang nak buat apa sekarang... aku dah delete dah... buat semak je...

Khamis, Jun 03, 2010

418,200 kakitangan awam rasuah

TEMERLOH - Daripada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara, seramai 418,200 orang atau 41 peratus dikesan terbabit menerima rasuah sepanjang tahun lalu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata, jumlah itu dilihat semakin membimbangkan dan perlu ditangani segera supaya imej kakitangan awam tidak tercemar.

Menurutnya, bagi membendung gejala negatif itu tidak menular pihaknya akan bekerja sama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengekang perbuatan tidak bermoral itu dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

“Kita tidak boleh duduk diam dalam perkara itu, sebaliknya amalan rasuah perlu ditangani segera kerana ia membabitkan produktiviti dan mutu kerja yang dilakukan kurang memberangsangkan.

“Kita juga bukan saja mahu mengheret kakitangan yang menerima rasuah malah membawa sekali pihak yang cuba menyogok kakitangan awam,

“Cuepacs tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana penjawat awam yang terbabit dengan rasuah kerana ia mencemarkan imej dan menjejaskan pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kali ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh di Bangunan Persekutuan di sini, semalam.

Omar berkata, selain rasuah, Cuepacs juga tidak akan melindungi mana-mana kakitangan awam yang berhadapan masalah disiplin termasuk memalsukan cuti sakit dan ponteng kerja.

“Selepas disiasat ada antara mereka berani mendapatkan sijil cuti sakit palsu daripada klinik yang bukan panel dan ada sesetengah klinik berkenaan tidak wujud. Ada sesetengahnya pula menambah jumlah cuti sehari yang diberikan doktor dengan mengubahsuainya menjadi empat atau lebih mengikut keinginan mereka.

“Namun begitu Cuepacs akan cuba merayu agar majikan atau ketua jabatan tidak menamatkan perkhidmatan penjawat awam yang didapati bersalah sebaliknya memberikan peluang menerusi peringatan terakhir, dipindahkan tempat kerja, turun pangkat dan tahan kenaikan gaji,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Komen aku:

Segelintir yang buat palat semua kene tempias....

Rabu, Jun 02, 2010

Lagi Jahat Dari Jahilliyah dan Firaun

Seandainya Allah hidupkan kembali kaum Jahilliyah dan Firaun, agaknya apa komen diorang bila tengok ni. Zaman Jahilliyah hanya membunuh anak perempuan dan zaman Firaun membunuh anak-anak lelaki. Gambar di petik dari KOSMO!. Kejadian ni berlaku petang semalam di Damansara Jaya. Komen aku, mak ngan ayah budak ni tak boleh dibiarkan hidup. Perangai kalahkan binatang!!!!!


Selasa, Jun 01, 2010

YAHUDI Laknat!!!!!

Salam... Sejak semalam 1 dunia dikejutkan dengan serangan Tentera Laut Israel ke atas kapal-kapal kargo bantuan kemanusiaan ke atas Gaza. Dalam serangan tu 20 orang telah terbunuh. Nasib para sukarelawan Malaysia pun belum diketahui. Sebenarnya dari awal lagi aku dah jangka benda camni akan berlaku sbb Bangsa Yahudi ni adalah satu bangsa yang takde istilah berunding dalam kamus kaum diorang dan diorang sanggup buat apa saja demi untuk tunjukkan kesombongan bangsa diorang. Dahlah main ceroboh je kapal yang takde senjata tu. Celaka kan.

Bercerita bab Yahudi ni teringat aku kata-kata seorang Penguasa Yahudi. Dia cakap Yahudi tak takut pun dgn orang Islam ni kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat. Aku pernah postkan cerita ni suatu ketika dulu. Kalo nak baca sila klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.