Khamis, Jun 03, 2010

418,200 kakitangan awam rasuah

TEMERLOH - Daripada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara, seramai 418,200 orang atau 41 peratus dikesan terbabit menerima rasuah sepanjang tahun lalu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata, jumlah itu dilihat semakin membimbangkan dan perlu ditangani segera supaya imej kakitangan awam tidak tercemar.

Menurutnya, bagi membendung gejala negatif itu tidak menular pihaknya akan bekerja sama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengekang perbuatan tidak bermoral itu dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

“Kita tidak boleh duduk diam dalam perkara itu, sebaliknya amalan rasuah perlu ditangani segera kerana ia membabitkan produktiviti dan mutu kerja yang dilakukan kurang memberangsangkan.

“Kita juga bukan saja mahu mengheret kakitangan yang menerima rasuah malah membawa sekali pihak yang cuba menyogok kakitangan awam,

“Cuepacs tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana penjawat awam yang terbabit dengan rasuah kerana ia mencemarkan imej dan menjejaskan pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kali ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh di Bangunan Persekutuan di sini, semalam.

Omar berkata, selain rasuah, Cuepacs juga tidak akan melindungi mana-mana kakitangan awam yang berhadapan masalah disiplin termasuk memalsukan cuti sakit dan ponteng kerja.

“Selepas disiasat ada antara mereka berani mendapatkan sijil cuti sakit palsu daripada klinik yang bukan panel dan ada sesetengah klinik berkenaan tidak wujud. Ada sesetengahnya pula menambah jumlah cuti sehari yang diberikan doktor dengan mengubahsuainya menjadi empat atau lebih mengikut keinginan mereka.

“Namun begitu Cuepacs akan cuba merayu agar majikan atau ketua jabatan tidak menamatkan perkhidmatan penjawat awam yang didapati bersalah sebaliknya memberikan peluang menerusi peringatan terakhir, dipindahkan tempat kerja, turun pangkat dan tahan kenaikan gaji,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Komen aku:

Segelintir yang buat palat semua kene tempias....

13 Juri Propesional:

relevan berkata...

Weh..Echam kita kakitangan Swasta..rasuah rasuah tak main..

Webmaster@Echam berkata...

Abg Syed,
Kawan setuju. Baik kita ngetea yak dr dok rasuah2...

cemomoi berkata...

iskh karut la.. bukan le kerana aku gomen tapi kalu separuh yang korup sapa pulak yang tinggal? sekarang ni dari pak guard sampai la setinggi-tinggi jawatan semua terdedah pada rasuah. jangan cakap la pegawai yang beruniform, budak yang cari fail pon bule cari makan gak.. yang mungkin kurang sikit cekgu dengan nurse kot. persen yang diberi tu dah merujuk orang yang didapati bersalah tu bukan disyaki atau jauh sekali daripada terdedah, tak termasuk mengemukakan mc palsu sebab mc palsu dikategorikan rasuah... lagi pelik

redNing berkata...

macam2 skrng nih...sijil cuti sakit palsu..resit tol palsu pon ada apa nk jdi x tau la

Webmaster@Echam berkata...

Cemomoi,
Sbb tu kawan komen gitu. Sbb sikit yang wat taik semua kene tempias... Hampehhh...

redNing,
Memang pun. Pening wehhh mikir...

fikaryna berkata...

rasuah mmg merosakkan..

korang kalau ada maklumat rasuah, kasitau aku..biar aku siasat..huhu..

Webmaster@Echam berkata...

Fika,
Ko keje SPRM ke beb???

9W2OCC SHAM berkata...

buat laaa,,,

senang didunia,,,

setelah tiada nafas lg,,,

LU PIKIR LA SENDIRI,,,

endiem berkata...

betul ke data tersebut?

al-mankaraqi berkata...

Blah lar Ceupacs.......

stetmen macam orang bodoh.....dakwalah kalau betul......buat fitnah ke apa?

Webmaster@Echam berkata...

Abg Sham,
Senang sekejap je kalau rasuah ni...

Endiem,
Data tu??? Emmm.. biaselah kalo dah nama data gempak.... Lagipun kerajaan arini mane ade yg betul data diorang.

Al,
Data tu mane kajian diorang buat ntahlah....

pakcik kordi berkata...

mmg palat la..kakah!!!

Webmaster@Echam berkata...

Mmg palat.. cheh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.