Jumaat, Jun 11, 2010

Kapal Israel berdagang di Malaysia????

KUALA LUMPUR 9 Jun – Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa kapal-kapal kargo Israel dibenarkan memasuki pelabuhan negara ini untuk tujuan perdagangan.
Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, mereka perlu membuat permohonan untuk kemasukan kali pertama dan diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pelabuhan.
Jelasnya, perkara tersebut turut dinyatakan dalam laporan awal yang diterima oleh kementerian daripada Westports Berhad yang turut menetapkan peraturan untuk dipatuhi oleh kapal-kapal Israel apabila memasuki pelabuhan itu.
Bagaimanapun, menurutnya, beliau sudah mengarahkan supaya Westports Berhad menyediakan laporan lengkap mengenai kemasukan kapal-kapal Israel di pelabuhan itu kepada kementerian untuk diteliti.
“Contohnya, menurut peraturan yang ditetapkan, kapal-kapal Israel tidak boleh menaikkan bendera negara berkenaan apabila memasuki atau berada di sempadan Malaysia.
“Di samping itu, anak-anak kapal tidak dibenarkan meninggalkan kapal apabila berada di dalam perairan Malaysia kecuali jika berlaku kecemasan. Tambahan pula, barang-barang keluaran Israel tidak boleh dibawa masuk ke negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Biro Teknologi Baru dan Inovasi MCA di ibu pejabat parti itu di Jalan Ampang hari ini.
Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuit hari ini mempersoalkan kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sedangkan Malaysia dan Israel tidak menjalinkan hubungan diplomatik.
Justeru, secara automatik hubungan dagang dengan Israel tidak patut berlaku.
Menurut laporan, Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines) telah menyenaraikan beberapa pelabuhan termasuk Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia bagi tujuan berdagang.
Gold Star Line Ltd. ditubuhkan di Hong Kong pada 1958 untuk mengelakkan larangan yang ditetapkan oleh beberapa negara Islam termasuk Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik atau tidak mengakui Israel.
Mengulas mengenai laporan bahawa pelabuhan Malaysia telah menerima kapal kargo Israel sejak 1998, Cho Ha menjelaskan, kemasukan kapal Israel adalah dibenarkan bagi tujuan perdagangan antarabangsa.
Sementara itu, Unit Komunikasi Westports Berhad ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Komen aku:
Dalam parlimen bergegar suara PM mengutuk kekejaman Israel tapi belakang punya cakap lu bikin bisnes dgn Israel. Entah apa-apa diorang ni. Cakap tak serupa bikin. Bangang tak sudah-sudah.

4 Juri Propesional:

makcik.shima berkata...

what the h*** is going on???

endiem berkata...

yang jelas dah banyak dimerata rata..

cemomoi berkata...

rakyat je le yang berdego-dengo, deme ni nipu aje.. kunun nyambut wira negara piiira

penat berkata...

tambah maju negeri ini..
http://penatklik.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.