Jumaat, Julai 30, 2010

Sila baca

Pendek je nak update....

“Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya ‘Ruwaibidhah’. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab Baginda S.A.W.: Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum.”

Riwayat Ibn Majah

Khamis, Julai 29, 2010

Aduan Rakyat

Malam tadi terpacok depan TV3 tengok Aduan Rakyat. Popalihh.... Kesian rodong-rodong kawan kat Purun dgn Mayam. Air sokmo takde sejok 34 tahun deme masuk Felda situ. Gone weh dgn JBA kawasan tu. Makan gaji bute ke??? Semua masaloh kene masuk Aduan Rakyat baru nak selesai. Publisiti murahan dan dalam mase yang sama kawan kabo deme ni mmg pemalas. Nak kene ketuk kepale baru nak bergerok. Paling kawan best tengok bila Timbalan Pengaroh JBA Pahang kene sekoloh di org-org Felda Purun. Ambik aok. Len kali jgn percaye sgt dengan laporan org2 aok tu. Rajin-rajin ler wehhh turun tgk org bawoh buat keje. Sekarang ni sape yang malu, JBA juge. Kepade rodong-rodong kawan yang ade masaloh air tu bawak bersabor dalam sikit mase lagi. Kawan yakin masalah ini akan selesei dlm waktu terdekat. Kawan nunggu ape komen Al Mankaraqi, Cikgu Jang, Mazru dan Cikgu Fadh.... heheheheh

Isnin, Julai 26, 2010

Kah.. Kah.. Kah.. Cerdiknyer dieeeee.....

Felda bayar cukai RM1.3 juta bukti tidak bankrap: Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membayar cukai berjumlah RM1,303.18 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh empat tahun bermula 2004.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pengumuman data yang pertama kali dibuat itu bertujuan menepis isu Felda bankrap yang masih dimainkan pembangkang.

"Data ini adalah kali pertama diumumkan. Tujuan diumumkan adalah untuk membuktikan dakwaan bahawa Felda bankrap adalah tidak benar.

"Ini (cukai) adalah usaha Felda untuk membantu kerajaan dan rakyat. Cukai ini boleh digunakan kerajaan untuk membantu rakyat secara keseluruhan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurus Felda dan Pelancaran Manual Pengurusan Rancangan (MPR) Felda di Dewan Perdana Felda, di sini, hari ini.

-------------------------------------------------------------------------------------

Muahahahahhahaha...... ape punyer cerdiklah pakcik ni. Setakat nak bayor RM1.3 juta tu wat pinjaman bank rakyat pun lepas buat bayar cukai. Cuba kalo bayor RM1.3 Billion, barulah aku cakap Felda tak bangkrap. Haissshhhhh, camnelah org cerdik camni boleh jadi menteri ni. Malu aku sebagai Anak Felda ada menteri yang mempunyai tahap kebijaksanaan melampau camni....

Sabtu, Julai 17, 2010

Barang Naik (BN)

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan ‘barang naik’ dalam laporan mereka.

Apa-apa pun nak gelak dulu kat Si Cerdik ni...... muahahahhahahahahahhahahahahahha...... Sbb Barang Naik = BN.... sbb tu dia tak bagi guna BARANG NAIK......

Pasni jangan guna dah ehhhh.... Kalo umah kecik, jgn cakap umah kecik tapi ruangan tak besar, kalo takde duit jgn kabo takde duit kene kabo duit tak cukup.... alahaiiiiiii, pemimpin2 harini dah buat rakyat Malaysia ni mcm budak2 tadika ngan pra sekolah pulak aku rase. Cubalah buat benda yang lebih matang sikit. Tak habis-habis nak bodohkan rakyat....

Jumaat, Julai 16, 2010

Telaga Minyak

Hujung minggu ni dah plan dgn budak-budak kawan untuk korek telaga minyak kat belakang rumah. Kalo keje 6 org kawan rase esok malam dah boleh dah dapat minyak. Lusa kawan dah plan nak hantar minyak tu ke Amerika dgn Israel. Lagi untung kawan rase kalau jual kesana. Duit tu nanti boleh pulangkan balik pada kerajaan untuk tampung subsidi minyak dan gula. Petang ni pulak nak buat sedikit kenduri kecil-kecilan sebagai tanda kesyukuran atas kenaikan harga minyak dan gula. Sangat bersyukur dan seronok sgt dgn alasan-alasan yang diberi atas kenaikan-kenaikan tersebut. Terasa mcm kerajaan sekarang ni betul2 JUARA RAKYAT. Alasan-alasan kenapa perlu naikkan rege minyak dan gula.

  • Semua subsidi ini tidak menepati sasaran ia juga memberi faedah kepada pihak yang tidak layak iaitu warga asing dan rakyat berpendapatan tinggi yang mampu membayar petrol tanpa subsidi.

    Subsidi gula berlebihan pula memberi faedah kepada industri dan bukan keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula digunakan sektor perniagaan berbanding isi rumah.
  • Barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi menjadikan barangan itu paling murah di rantau ini. Tahun lalu saja, ramai penyeludup ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan gula. Diesel pula terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran.

  • Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha melindungi alam sekitar, manakala pengurangan penggunaan gula dilihat sebagai langkah tepat bagi menangani isu kesihatan kerana 40 peratus rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan jumlah penghidap diabetes pula meningkat.
Bernas kan sebab kenapa minyak ngan gula naik rege. 'Bijak' betul kerajaan kita mentadbir dan menguruskan kewangan.

Khamis, Julai 15, 2010

Palat lah aok BN....

Bila kul 8 malam je tangan kawan automatik tukar ke Animal Planet. Tengok binatang lagi elok dr layan benda yang lagi kurang cerdik dr binatang. Dah malas nak layan TV kerajaan. Banyak sgt isu2 basi. Sekarang ni kecoh isu Pasir kat Selangor pulok. Pastu Menteri Pelajaran tu pulok kecoh isu air kat Selangor. Takut Selangor takde air 2014. 2 hari lepas adalah sorang tu naik Helikopter pegi tinjau kawasan2 yang korek pasir. Setahu kawanlah yang dah 8 tahun dok kat Selangor ni, lombong pasir kat Selangor ni doh lame doh ade. Takde pulok kecoh sblm ni. Yang kawan heran Cameron Highland dah gondol tu ape cerita?? Takde pulok mulut tu jadi bontot ayam. Isu hutan Balak Pahang gondol, takde pulok deme kecoh mcm nak pegi perang dgn Israel. Paling2 pun kecoh 2 hari je kat Buletin Utama. Pastu senyak. Makin hari kawan doh makin meluat dgn pentadbiran yang ade. Makin menampakkn kebodohan diri masing-masing. Harap je jadi ahli parlimen, menteri, menteri pelajaran tapi TAHAP PALAT tu lebih tinggi dari umur masing-masing. PALATLAH AOK BN......

Selasa, Julai 13, 2010

Award Dari Rodong

Bukak buka blog pagi ni tengok2 ade pesanan suruh ambik award. Terima kasih pada rodong kawan Mazru. Kawan tepek doh ni. Pesanan dia suruh kawan tag lagi kepada 3 rodong. Kala ngikut abg relevan dia kabo pemenang setakat 3 je tapi sekoloh tadika kawan dulu sampai no 40 pun kire menang juge. Kala tok dikire menang ade pulok budok menangis berguling atas padang tu sbb kaloh. Dulu-dulu mase tadiko kala kaloh ni sampai hujung tahun kene ejek dgn budok2. Silap gaye naik darjah 2 pun diorang ejek lagi. Nilah award rodong kawan tu. Terima kasih banyok2 wehhhh....



Kawan nak tag award ni pada 3 org yang telah memenangi pertandingan dam haji peringkat dunia di Paris bulan lepas. Kepada Kak Normah, Cikgu Saliza dan Dida sudi-sudilah ambik award ni. hehehhehe....

Isnin, Julai 12, 2010

Kunjungan Rodong

Semalam kawan menerima kunjungan rodong dari Jerantut. Abg Relevansokmo. Jauh wehhh dia datang. Dari Rawang terus ke rumoh kawan nun jauh di Pekan Hulu Selangor. Lama kawan tak jumpe dia. Last jumpa dia kat Bandar Inderapura, Bandaraya Jerantet. Lepak dihadapan kedei RM2 bersebelahan Kopitiam. Jumpe dia dulu masa bulan pose. Nasib baik kopitiam tu tutup kala dok, haahhhh... mmg berpasey aritu....

Semalam dok bersembang bermacam2 topik. Kalah En Topik dalam blog dia... hhahahha

Paling tertarik bab borang meroh... popalih, letih bila disoal siasat oleh awek kawan ttg penggunaan borang merah te.... hehehhe

Sedor tak sedor dah 5.30 petang. Kala dok kerana Akak ngajok dia balik, mau kul 9 malam kawan dok bersembang dgn dia lagi. Nanti-nantilah kawan turun Jerantet yer. Bolehlah kita bersembang sampei pagi. Ajok En Yassin dan semua rodong-rodong Blogger yang berada disekitar kawasan Jerantet, Maran, Jengka, Bera dan Temerloh sekali.... hehehhehe

Terima kasih kepada Abg Relevansokmo sbb sudi menjenguk rumoh kawan nun jauh di Pekan ala-ala Pekan Tongkiat....

Tengoh Mikir....

Musim bola dah abes. Pagi tadi tengok jugak Sepanyol dan Belanda tapi takde perasaan apa-apa sbb pasukan Brazil dah keluar awal lagi. Cuma sekarang ni kawan tengah mikir bagus tak kala dapat buat Chalet kat Lubuk Yu.....

Isnin, Julai 05, 2010

Brazil Lingkup, Ghana Terlungkup, Argentina Melukut....

Adesssss... lambat nak update sbb pasukan-pasukan pilihan semua kecundang. Bajet-bajet bolehlah wat pertaruhan sebiji lori Alam Flora tapi sayang Ghana pun terlungkup. Takde mendelah wehhhh... Sekarang ni kawan cadang nak nyokong Jerman pulok. Tapi setakat semalam takde lagi Bendera Jerman berkibor kat Bandar Bentong. Kat Bandor Jerantut, Lepih, Maran dan Raub gone pulok. Tapi yang pasti kawan dengor Bendera Ghana turun separuh tiang kat depan opis Alam Flora cawangan Jerantet... hahahahah.....

Sabtu, Julai 03, 2010

Terima Kasih




Jarang menjawab tag ni. Arini nak menjawab tag dari Cik Syinju. Dia bagi award kat atas tu. Cantik-cantik dan terima kasih banyak-banya

1. anda mesti memuji si pemberi award.

Ayat bodek paling kemas dalam dunia. Saya pun suka gak cesc Fabrigas.... hehhehe...


2.sila beri award ini kepada 10 bloggers yang lain.
  1. Kak Normah
  2. Abg Yassin
  3. Abg Syed
  4. pB
  5. Kak Lipislady
  6. Kak Hai
  7. Zulkbo
  8. MissXYZ
  9. Pacifist
  10. Dida

Jumaat, Julai 02, 2010

Malam ni wehhhhhh.... Jangan lupeeee...

Saje bagi rodong-rodong terbeliak biji mata tgk Shakira. Malam ni Brazil bertemu Belanda. Aktiviti kawan malam ni ialah menonton bersama anak-anak buah kawan kat Serendah. Habis je kerja nnt lepak, mandi dan solat dulu kat opis. Pukul 10 malam baru gerak pegi kedeiiiii. Moh rodong2 semua malam ni kita nengok Brazil lawan wehhhhhh...



Kawan harap Brazil menang. Moga2 bolehlah jumpa Ghana di separuh akhir nnt. Bolehlah kawan bertaruh sebiji lori Alam Flora dgn abg relevan.... hahahhahah. Ke guane????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.