Isnin, Julai 12, 2010

Kunjungan Rodong

Semalam kawan menerima kunjungan rodong dari Jerantut. Abg Relevansokmo. Jauh wehhh dia datang. Dari Rawang terus ke rumoh kawan nun jauh di Pekan Hulu Selangor. Lama kawan tak jumpe dia. Last jumpa dia kat Bandar Inderapura, Bandaraya Jerantet. Lepak dihadapan kedei RM2 bersebelahan Kopitiam. Jumpe dia dulu masa bulan pose. Nasib baik kopitiam tu tutup kala dok, haahhhh... mmg berpasey aritu....

Semalam dok bersembang bermacam2 topik. Kalah En Topik dalam blog dia... hhahahha

Paling tertarik bab borang meroh... popalih, letih bila disoal siasat oleh awek kawan ttg penggunaan borang merah te.... hehehhe

Sedor tak sedor dah 5.30 petang. Kala dok kerana Akak ngajok dia balik, mau kul 9 malam kawan dok bersembang dgn dia lagi. Nanti-nantilah kawan turun Jerantet yer. Bolehlah kita bersembang sampei pagi. Ajok En Yassin dan semua rodong-rodong Blogger yang berada disekitar kawasan Jerantet, Maran, Jengka, Bera dan Temerloh sekali.... hehehhehe

Terima kasih kepada Abg Relevansokmo sbb sudi menjenguk rumoh kawan nun jauh di Pekan ala-ala Pekan Tongkiat....

12 Juri Propesional:

akuanakpahang berkata...

Insyaallah ada masa boleh berjumpe.
Kawan dengan En syed pon dah lama x berjumpa walaupun duk di satu bandor huhuhuhu........

kakcikseroja berkata...

Kakcik boleh join tak? :)

Webmaster@Echam berkata...

Kak Cik,
Boleh ajer. Nanti kitorang nak ngetea nnt kak cik dtglah.. hehehhe

Webmaster@Echam berkata...

Abg Yassin,
Takpe rodong, itu tanda sama2 bz...

Cik SHiNJU berkata...

Webmaster...
erm..anu..err..
koi nak join bleh?
hakhak ;p

zulkbo berkata...

salam..
sesama la kita ukhwah
antara Pahang Bloggers
koi baru dapat jumpa pacifist
blog Kabilah merdeka

endiem berkata...

molek benarlah..carilah durian dua tiga bakul..

a kl citizen berkata...

ooo... nak buat gathering lah kiranya ni ya...

cemomoi berkata...

koi tukang baca n3 je...

Mazru Majid berkata...

salam..

Borang meroh mende te weh?

echam,
ambik award aok di blog koi te yak

hai berkata...

borang merah??koi meshkil gak weh..kongsi la....seronok bila rhodong dtg rumah kan...hehehe..jom ngeteh ...hehehe...

relevan berkata...

Wakaka! Borang merah..? Standby saja dengan antan lesung batu..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.