Jumaat, Julai 16, 2010

Telaga Minyak

Hujung minggu ni dah plan dgn budak-budak kawan untuk korek telaga minyak kat belakang rumah. Kalo keje 6 org kawan rase esok malam dah boleh dah dapat minyak. Lusa kawan dah plan nak hantar minyak tu ke Amerika dgn Israel. Lagi untung kawan rase kalau jual kesana. Duit tu nanti boleh pulangkan balik pada kerajaan untuk tampung subsidi minyak dan gula. Petang ni pulak nak buat sedikit kenduri kecil-kecilan sebagai tanda kesyukuran atas kenaikan harga minyak dan gula. Sangat bersyukur dan seronok sgt dgn alasan-alasan yang diberi atas kenaikan-kenaikan tersebut. Terasa mcm kerajaan sekarang ni betul2 JUARA RAKYAT. Alasan-alasan kenapa perlu naikkan rege minyak dan gula.

  • Semua subsidi ini tidak menepati sasaran ia juga memberi faedah kepada pihak yang tidak layak iaitu warga asing dan rakyat berpendapatan tinggi yang mampu membayar petrol tanpa subsidi.

    Subsidi gula berlebihan pula memberi faedah kepada industri dan bukan keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula digunakan sektor perniagaan berbanding isi rumah.
  • Barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi menjadikan barangan itu paling murah di rantau ini. Tahun lalu saja, ramai penyeludup ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan gula. Diesel pula terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran.

  • Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha melindungi alam sekitar, manakala pengurangan penggunaan gula dilihat sebagai langkah tepat bagi menangani isu kesihatan kerana 40 peratus rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan jumlah penghidap diabetes pula meningkat.
Bernas kan sebab kenapa minyak ngan gula naik rege. 'Bijak' betul kerajaan kita mentadbir dan menguruskan kewangan.

16 Juri Propesional:

kakcikseroja berkata...

jom kayuh beskal.. :(

akuanakpahang berkata...

Tak reti nak cakap juge.
Jika ini gaya binasalah kami.

hai berkata...

wehhhh....tensennnnnya koiiiii!

endiem berkata...

Koi juga tengah survey kat belakang rumah ... manalah tahu ada telaga minyak... bagaimana pun kita kena ingat
gula berlebihan tak elok untuk kesihatan, minyak berlebihan juga tak elok untuk kesihatan. gas pun tak elok untuk kesihatan.

cemomoi berkata...

koi nok survey kat tepi longkang rumoh, orang rumoh bising taik minyok banyok... mana la tau kot bule recycle

pB berkata...

ada member cakap


tak perlah , asalkan negara kita amannnnnnn

Don Balon berkata...

Hidup Barang Naik!
Hidup Rakyat Didahulukan Mati!
Hidup Penyuapan Diutamakan..

(Sa)Wan Malaysia!!!!

Redz da Tsar berkata...

Kalo jumpe telaga minyok habis doh kena rembat dek Petronas... Langsung takdek benda dapat... hehe....

Royalti pun macam tak dapat jugak.. hehe

Dida... berkata...

nak wat camna.. org berpendapatan tinggi mmg x terasa la dgn isu kenaikan harga ni.. kesian dgn org gaji rendah.. kalo barang naik.. gaji pun naik.. takpe jugak..

Cik SHiNJU berkata...

mujur koi x bape minum air bergula...kuih muih manis pun x bape gemor...jgn harga susu naik sudoh...

sahromnasrudin berkata...

sy raser nak pi kjer naik basikal la..leh kuruskan badan huhuhuh

MissXYZ a.k.a Abaikan berkata...

cm ne nk wt kenduri kawen ni ohhhhh

betul2 juara

relevan berkata...

Hidup Kerajaan kita sekarang..hidup2.. tepuk2..

Aok kalu ndak eskebeter bagi tau kawan ye Echam..kawasan belakang rumah aok te berbatu..kalu tak jumpa minyak pasti ada arang batu..

a kl citizen berkata...

apa lagi yang boleh dikata??

terbaru dari saya : lalang

Mazru Majid berkata...

x daye betui weh.....

Tanpa Nama berkata...

Hadiah dari kerajaan sempena bulan ramadhan.... Omen Necrofis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.