Ahad, Ogos 29, 2010

Mengata Dulang Paku Serpih

Kawan buat posting ni sbb skang ni ramai opah-opah ngan makcik-makcik dari Parti Tupperware tgh komen pasal ada sorang Akak Cina dari Parti Plastik Cap Gajah masuk masjid dan tak tutup aurat. Kalau yang komen tu bertudung labuh kawan taklah jelek sangat tapi emmmm... camnilah....





Berpakaian tapi Telanjang. Mungkin inilah yang Nabi maksudkan dalam sebuah hadis.

Teka Teki Imam Ghazali

Dipetik dari sini.




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau memberikan beberapa pertanyaan yang unik.

Imam Ghazali= Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = Negeri Cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang
Iman Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Iman Ghazali = Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang
Imam Ghazali = "tu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

Sabtu, Ogos 28, 2010

Sila Jawab

Sila jawab soalan ni dgn penuh ikhlas serta penuh riak. Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 3 UPSR tahun 2040.


Soalannya:
1) Senaraikan 3 langkah untuk memasukkan seekor Ayam Belanda kedalam peti ais.


Disebabkan soalan ini amat mudah, sila pastikan dada anda penuh dgn sifat riak serta takbur sebelum menjawab.

Rupanya Dia.....

Minggu lepas kawan tengok Discovery History dengan tajuk 'Malayan Emergency'. Kisahnya berkenaan sejarah Darurat di Tanah Melayu. Dalam menangani krisi tersebut kawan dapat tahu ada seorang tokoh yang telah berjuang memerangi pengganas komunis. Beliau ada Yeop Mahidin. Untuk pengetahuan semua, Yeop Mahidinlah ialah orang yang terpilih bagi menghancurkan Regimen 10 pengganas komunis yang mengganas di Negeri Pahang. Regimen 10 terdiri dari pengganas dikalangan orang Melayu dan dipimpin oleh Allahyarham Rashid Maiden yang beroperasi di Bentong. Nak tengok gambar dia sila klik. Setelah mencari info tentang Yeop Mahidin maka kawan terjumpa info dibawah. Dipetik dari sini.

Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff, Pengarah Askar Wataniah yang pertama, telah dilahirkan pada 20 Feb 1918 di Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak. Beliau adalah anak kepada seorang Pegawai Kastam. Mendapat pendidikan awal di Lambor Kiri dan seterusnya di Sekolah Anderson, Ipoh dari tahun 1928 hingga 1937. Semasa bersekolah, beliau amat aktif di dalam sukan. Beliau pernah menjadi johan di dalam acara Tinju Amatur Perak dalam kategori `Bantam Weight'. Beliau juga pernah mewakili Perak dalam sukan bolasepak, hoki dan kriket. Beliau adalah pemukul kriket terbaik dan pernah menerima gelaran `Batsman of the year'.
Beliau mempunyai cita-cita untuk memasuki Rejimen Askar Melayu DiRaja tetapi telah dihalang oleh guru besarnya L.D Whitfield yang menasihati beliau memasuki perkhidmatan pegawai kanan kerajaan. Pada 7 Ogos 1937, beliau telah diterima untuk memasuki `Malay College'. Semasa di Malay College, beliau telah diajar dan dilatih dalam tugas-tugas pegawai kanan kerajaan. Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi majistret di Telok Anson (sekarang Teluk Intan) dan pada tahun 1939, di Kajang. Pada tahun 1940, beliau telah bertukar ke Kuala Lipis sebagai Penolong Pegawai Daerah. Semasa di Kuala Lipis, beliau telah menganggotai Pasukan Sukarela Tempatan dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pemerintah Pasukan Sukarela Tempatan, dengan menyandang pangkat Mejar. Beliau juga telah ditawarkan oleh `Whitehall' untuk mengikuti kursus ketenteraan di London, tetapi menolak tawaran tersebut, sebaliknya menghantar pegawai bawahannya iaitu Kapten Abdul Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak) dan Leftenan Ghazali Shafie (kini Tan Sri).

Apabila Perang Dunia Kedua bermula, beliau telah menubuhkan satu kumpulan anti Jepun yang dikenali sebagai pasukan Gerila Wataniah Pahang. `Force 136' di bawah pimpinan Mejar Richardson telah bersetuju untuk melatih pasukan tersebut. Kekuatan pasukan gerila itu ialah seramai 254 orang dan diketuai oleh Dato' Yoep yang lebih dikenali sebagai `Singa'. Kejayaan utama pasukan itu yang masih dalam kenangan Dato' Yoep ialah kejayaan mereka menyerang hendap Tentera Jepun, dimana sekumpulan 20 orang anak tempatan di bawah pimpinan Lt Yakin telah berjaya membunuh 30 hingga 40 orang tentera Jepun dan memusnahkan 41 buah kenderaan. Kejayaan ini adalah hasil perancangan dan pemilihan tempat serang hendap oleh Dato' Yoep selaku ketua pasukan tersebut.

Pada tahun 1950, pasukan `Home Guard' telah ditubuhkan dan Dato' Yoep telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah. Tujuan utama penubuhan Home Guard adalah untuk membantu pasukan keselamatan dalam menghadapi ancaman komunis. Pada tahun 1958, pasukan tersebut dibubarkan dan Dato' Yoep telah dilantik sebagai `Chief Food Denial Officer' di Perak. Apabila Askar Wataniah ditubuhkan menggantikan Home Guard, Dato' Yoep telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah yang pertama dengan pangkat Kolonel. Disamping itu, beliau juga adalah Pengerusi Tinju dan Bolasepak Angkatan Tentera semasa itu.
Dalam bulan Nov 1963, Dato' Yoep telah meninggalkan bidang ketenteraan dan menjadi Pegawai Daerah Kuala Lipis. Pada tahun 1965, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kanan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan dalam tahun 1967 menyertai Felda sebagai Pengarah Hal Ehwal Peneroka.

Beliau adalah seorang anak watan yang banyak berjasa kepada Bangsa dan Negara. Setiap warga negara harus mengambil contoh pengorbanan dan kerelaan beliau menyerahkan sepenuh tenaga dan jiwa raga kepada bangsa dan negara.

Jumaat, Ogos 27, 2010

Ajaran Sudin

Masa budok-budak dulu masa bulan pose, tobatlah punyer letih. Lepas je sahur aku tido sekejap sampai 6.30 pagi. Pastu mandi dan bersiap-siap pegi sekoloh. Balik je sekolah, sampei rumoh dan kul 1.00 tghari. Waktu tgh panas terik. Masa tu tengok air kolah pun nampak sedap. Tapi demi puasa dan duit RM1 sehari aku tahankan jugaklah kesedapan air kolah tu.

Lepas balik tengahari aku akan bersiap-siap untuk kesekolah agama. Sekolah agama kene pegi sbb dapat mengelakkan diri aku dari asek tengok jam bape jam lagi nak buka pose. Kat sekolah agama ada satu geng aku nama dia Sudin. Kuat gile pose. Dahlah pose boleh plak main polis sentry. Sekuat-kuat Maiden anak arwah Pakngah zali pun tak mampu berperangai macam Sudin.

Satu hari tu aku cuba dekat dan layan Sudin main polis sentry masa rehat sekolah agama. Nak muntah jugak aku rase aritu kerana memandai-mandai cuba follow perangai Sudin. Sebabnya hanya satu aku nak tau apa resepi Sudin sampai boleh berperangai macam orang baru pas makan nasi 3 pinggan sebelum pegi sekolah agama. Satu yang aku tengok bila penat je Sudin akan pegi kat sinki toilet.

Dalam rase nak muntah tu aku ikut Sudin pegi sinki. Sudin cakap kalo rase dahaga kene kumur banyak kali. Nanti secara automatik akan hilang dahaga. Aku follow tapi haram tak hilang dahaga aku. Lepas banyak hari follow Sudin, akhirnya aku tau rahsia Sudin. Sudin dah gagal merahsiakan segala gerak gerinya selama ini dengan aku. Sudin punya skill mmg terer. Patutlah dia boleh main polis sentry walaupun kadang-kadang tu dia main sorang-sorang. Keaktifan dia selama ni dah terbongkar.

Sudin kumur tapi air yang dia buang dari mulut dia ibarat meludah je. Mane air yang lain tu. Hanya Sudin yang mampu menjawab.

Khamis, Ogos 26, 2010

Adesssssss......



Pengajaran: Sila bersedia untuk menjadi seorang Imam pada bila-bila masa.

Dalam Hati Ada Taman

Lokasi: Stesen Bas.

Badan sasa, pakai jean lusuh, kepala tali pinggang besor ekzos moto, baju kemeja tak berbutang, singlet ada lambang Nazi, rambut panjang berikat dan meremang, pakai kasut boot tinggi warna hitam, reben hitam ada atas kepala, misai lebat, pandangan mata liar TAPI nada ringtone lagu Dendang Perantau.....

Rabu, Ogos 25, 2010

Makin Pelik Aku Tengok Indon Ni.

Dah 2 3 hari aku terbaca tentang ketegangan kat Kedutaan Malaysia di Indonesia. Puncanya dikatakan mereka tak berpuas hati dengan penahanan 3 pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia. Masalahnya, perkara ni dah pun selesai. Masing-masing dah dibebaskan. Tapi nape yang diorang nak kecoh pulak ni. Semalam ade pulak yang nak Sweeping Rakyat Malaysia. Ewah.. ewah.. sedap2 je korang ehhh nak sapu rakyat Malaysia. Paling tak bertamadun bila ada yang lontar najis kat dalam kedutaan. Paling terhina bila diorang sapu Jalur Gemilang dengan najis, pijak-pijak dan bakar. Macam batak perangai.

Takdir disembelih bapa sendiri

KOTA BHARU – Luluh hati seorang ibu apabila melihat suaminya yang mengalami masalah mental tergamak menyembelih anak lelaki kesayangan mereka di dalam bilik air walaupun dia merayu berkali-kali supaya si suami tidak meneruskan niatnya dalam satu kejadian menyayat hati di Kampung Sungai Budor di sini semalam.

Mohd. Adam Muszhaffar Muhaimin, 3, meninggal dunia selepas lehernya hampir putus disembelih oleh bapanya, Muhaimin Sautar, 33, dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu.

Selepas menyembelih anaknya yang memakai jersi tertera nama pemain bola sepak Rusia, Andrei Arshavin yang kini mewakili pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Muhaimin yang merupakan bekas pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di sini cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya tetapi tindakan itu gagal apabila dia diselamatkan penduduk.

Difahamkan, Muhaimin bertindak demikian selepas dia gagal mengawal diri apabila dia didakwa telah lama tidak memakan ubat sakit mental.

Jiran-jirannya kemudian bertindak menghubungi polis sebelum dia dibawa oleh pasukan keselamatan itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Mangsa merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga beradik. Dia mempunyai seorang kakak, Shafiqah, 8, dan seorang adik, Siti Aishah, 2.

Isteri Muhaimin, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu panas badan dan dia kemudian duduk di bawah rumah berhampiran dengan bilik air rumah mereka.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia mendengar Mohd. Adam menjerit lalu dia bergegas ke bilik air.

“Apabila saya sampai, luluh hati saya tatkala melihat suami saya bersungguh-sungguh menyembelih Mohd. Adam. Ketika itu suami berada di atas Mohd. Adam tanpa bersuara walaupun saya memintanya supaya berhenti.

“Saya hanya mampu melihat darah membuak-buak mengalir ke lantai sehinggalah Mohd. Adam terkulai kaku dan tidak lagi bernyawa,” ceritanya ketika ditemui semalam.



Nota kaki: Makin menakutkan aku rasa sekarang ni.

Selasa, Ogos 24, 2010

Hasbi Rabbi Jallallah - Ustaz Dzul Karnain Hamzah

Syahdu bila dengar alunan zikir ni. Setiap hari boleh dengar kat Astro Oasis dalam segmen Indahnya Iman pada Jam 7 malam.

Isnin, Ogos 23, 2010

Senyum Petang

Diet

Di sebuah klinik, seorang leleki gemuk datang menemui doktor untuk mendapat khidmat nasihat tentang masalah diet.
Dokter : "Kalau kamu ingin diet dengan betul, kamu harus bersungguh-sungguh dalam menjaga makanan kamu !"
Pasien : "Baik doktor, tapi bagaimana "
Dokter : "kamu hanya boleh makan sepotong roti, daun salad, air putih, air limau dan buah-buahan"
Pasien : "Semua itu harus saya habiskan sebelum atau selepas makan doktor?"
Dokter : ?


Naik Pangkat

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”



Zorro, Robin Hood dan Org Asli

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD... "

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.

Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"

Jumaat, Ogos 20, 2010

Telor Ini Di Basuh

Salah satu sebab aku tak beli dan makan makanan kedai mamak berhampiran opis aku kerana sebab dia tak buat perkara ini.


Kisah Nabi Adam

Sumber: http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/

Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)

Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini.

Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau ditanya: "Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya."

Tabir penciptaan disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT berfirman:

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?'

Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)

Berkenaan dengan ayat tersebut, para mufasir memberikan komentar yang beragam. Dalam tafsir al-Manar disebutkan: "Sesungguhnya ayat- ayat ini termasuk ayat-ayat mutasyabihat yang tidak dapat ditafsirkan zahirnya. Sebab, di lihat dari ketentuan dialog (at-Takhathub) ia mengandung konsultasi dari Allah SWT. Tentu yang demikian itu mustahil bagi-Nya. Di samping itu, ia juga mengandung pemberitahuan dari-Nya kepada para malaikat yang kemudian diikuti dengan penentangan dan perdebatan dari mereka. Hal seperti ini tidak layak bagi Allah SWT dan bagi para malaikat-Nya. Saya lebih setuju untuk mengalihkan makna cerita tersebut pada sesuatu yang lain."

Sedangkan dalam tafsir al-Jami' li Ahkamil Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya Allah telah memberitahukan kepada para malaikat-Nya, bahawa jika Dia menjadikan ciptaan di muka bumi maka mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah." Ketika Allah berfirman:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi, " (QS. al-Baqarah: 30)

Mereka bertanya: "Apakah ini adalah khalifah yang Engkau ceritakan kepada kami bahawa mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah, ataukah khalifah selainnya?" Dalam tafsir Fi Zhilalil Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya para malaikat melalui fitrah mereka yang suci yang tidak membayangkan kecuali kebaikan dan kesucian, mereka mengira bahawa tasbih dan menguruskan Allah adalah puncak dari segala wujud. Puncak ini terwujud dengan adanya mereka, sedangkan pertanyaan mereka hanya menggambarkan kehairanan mereka, bukan berasal dari penentangan atau apa pun juga."

Kita melihat bagaimana para mufasir berijtihad untuk menyingkap hakikat, lalu Allah SWT menyingkapkan kedalaman dari Al-Quran pada masing-masing dari mereka. Kedalaman Al-Quran sangat mengagumkan. Kisah tersebut disampaikan dalam gaya dialog, suatu gaya yang memiliki pengaruh yang kuat. Tidakkah Anda melihat bahawa Allah SWT berfirman:

"Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.' Keduanya menjawab: 'Kami datang dengan suka hati.'" (QS. Fushshilat: 11)

Apakah seseorang membayangkan bahawa Allah SWT berbicara dengan langit dan bumi, dan bumi dan langit pun menjawabnya sehingga terjadi dialog ini di antara mereka? Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan langit dan bumi sehingga keduanya taat. Allah SWT menggambarkan apa yang terjadi dengan gaya dialog hanya untuk meneguhkan dalam fikiran dan menegaskan maknanya serta penjelasannya. Penggunaan gaya dramatis dalam kisah Nabi Adam mengisyaratkan makna yang dalam.

Kita membayangkan bahawa Allah SWT ketika menetapkan penciptaan Nabi Adam, Dia memberitahukan kepada malaikat-Nya dengan tujuan agar mereka bersujud kepadanya, bukan dengan tujuan mengambil pendapat mereka atau bermusyawarah dengan mereka. Maha Suci Allah SWT dari hal yang demikian itu. Allah SWT memberitahukan mereka bahawa Dia akan menjadikan seorang hamba di muka bumi, dan bahawa khalifah ini akan mempunyai keturunan dan cucu-cucu, di mana mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah di dalamnya. Lalu para malaikat yang suci mengalami kebingungan. Bukankah mereka selalu bertasbih kepada Allah dan mensucikan-Nya, namun mengapa khalifah yang terpilih itu bukan termasuk dari mereka? Apa rahsia hal tersebut, dan apa hikmah Allah dalam masalah ini? Kebingungan malaikat dan keinginan mereka untuk mendapatkan kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan kehairanan mereka tentang penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak segudang pertanyaan yang tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera menepis keraguan mereka dan kebingungan mereka, dan membawa mereka menjadi yakin dan berserah diri. Firman-Nya:

"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (QS. al-Baqarah: 30)

Ayat tersebut menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan keterbatasan ilmu para malaikat, yang kerananya mereka dapat berserah diri dan meyakini kebenaran kehendak Allah. Kita tidak membayangkan terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat sebagai bentuk pengutusan terhadap Allah dan penghormatan terhadap para malaikat- Nya. Dan kita meyakini bahawa dialog terjadi dalam diri malaikat sendiri berkenaan dengan keinginan mereka untuk mengembang khilafah di muka bumi, kemudian Allah SWT memberitahu mereka bahawa tabiat mereka bukan disiapkan untuk hal tersebut.

Sesungguhnya tasbih pada Allah SWT dan menyucikan-Nya adalah hal yang sangat mulia di alam wujud, namun khilafah di muka bumi bukan hanya dilakukan dengan hal itu. Ia memerlukan karakter yang lain, suatu karakter yang haus akan pengetahuan dan lumrah baginya kesalahan. Kebingungan atau kehairanan ini, dialog yang terjadi dalam jiwa para malaikat setelah diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam, semua ini layak bagi para malaikat dan tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit pun. Sebab, meskipun kedekatan mereka dengan Allah SWT dan penyembahan mereka terhadap-Nya serta penghormatan-Nya kepada mereka, semua itu tidak menghilangkan kedudukan mereka sebagai hamba Allah SWT di mana mereka tidak mengetahui ilmu Allah SWT dan hikmah-Nya yang tersembunyi, serta alam ghaibnya yang samar. Mereka tidak mengetahui hikmah-Nya yang tinggi dan sebab-sebab perwujudannya pada sesuatu.

Setelah beberapa saat para malaikat akan memahami bahawa Nabi Adam adalah ciptaan baru, di mana dia berbeza dengan mereka yang hanya bertasbih dan menyucikan Allah, dan dia pun berbeza dengan haiwan- haiwan bumi dan makhluk-makhluk yang ada di dalamnya yang hanya menumpahkan darah dan membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam akan menjadi ciptaan baru dan keberadaannya disertai dengan hikmah yang tinggi yang tidak ada seorang pun mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku." (QS. adz-Dzariyat: 56)

Ibnu Abbas membaca ayat tersebut: "Liya'rifuun" (agar mereka mengenal Aku). Pengetahuan merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Dan barangkali pendekatan yang terbaik berkenaan dengan tafsir ayat tersebut adalah apa yang disampaikan oleh Syekh Muhammad Abduh: "Dialog yang terdapat dalam ayat tersebut adalah urusan Allah SWT dengan para malaikat-Nya di mana Dia menggambarkan kepada kita dalam kisah ini dengan ucapan, pertanyaan, dan jawapan. Kita tidak mengetahui hakikat hal tersebut. Tetapi kita mengetahui bahawa dialog tersebut tidak terjadi sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh sesama kita, manusia."

Para malaikat mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan khalifah di muka bumi. Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada mereka secara terperinci. Dia memberitahukan bahawa Dia akan menciptakan manusia dari tanah. Maka ketika Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh di dalamnya, para malaikat harus bersujud kepadanya. Yang harus difahami bahawa sujud tersebut adalah sujud penghormatan, bukan sujud ibadah, kerana sujud ibadah hanya diperuntukkan kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.' Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud semuanya, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir. " (QS. Shad: 71-74)

Allah SWT mengumpulkan segenggam tanah dari bumi; di dalamnya terdapat yang berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh kerana itu, manusia memiliki beragam warna kulit. Allah SWT mencampur tanah dengan air sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah menciptakan Nabi Adam. Allah SWT menyempurnakannya dengan kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di dalamnya, kemudian bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai ada di dalamnya.

Selanjutnya, Nabi Adam membuka kedua matanya dan ia melihat para malaikat semuanya bersujud kepadanya, kecuali satu makhluk yang berdiri di sana. Nabi Adam tidak tahu siapakah makhluk yang tidak mahu bersujud itu. Ia tidak mengenal namanya. Iblis berdiri bersama para malaikat tetapi ia bukan berasal dari golongan mereka. Iblis berasal dari kelompok jin. Allah SWT menceritakan kisah penolakan Iblis untuk sujud kepada Nabi Adam pada beberapa surah. Allah SWT berfirman:

"Allah berfirman: 'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.' Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.' Allah berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.'" (QS. Shad: 75-83)

Nabi Adam mengikuti peristiwa yang terjadi di depannya. Ia merasakan suasana cinta, rasa takut, dan kebingungan. Nabi Adam sangat cinta kepada Allah SWT yang telah menciptakannya dan memuliakannya dengan memerintahkan para malaikat-Nya untuk sujud kepadanya. Adam juga merasa takut saat melihat Allah SWT marah terhadap iblis dan mengusirnya dari pintu rahmat-Nya. Ia merasakan kebingungan ketika melihat makhluk ini yang membencinya, padahal ia belum mengenalnya. Makhluk itu membayangkan bahawa ia lebih baik dari Nabi Adam, padahal tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa salah satu dari mereka lebih baik dibandingkan dengan yang lain.

Kemudian alangkah anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa api lebih baik dari tanah. Dari mana ia mendapatkan ilmu ini? Seharusnya ilmu ini berasal dari Allah SWT kerana Dialah yang menciptakan api dan tanah dan mengetahui mana di antara keduanya yang paling utama.

Dari dialog tersebut, Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah makhluk yang memakai atribut keburukan dan sifat yang tercela. Ia meminta kepada Allah SWT agar mengekalkannya sampai hari kebangkitan. Iblis tidak ingin mati. Namun Allah SWT mengetahui bahawa ia akan tetap hidup sampai hari yang ditentukan. Ia akan hidup sampai menjemput ajalnya dan kemudian mati. Nabi Adam mengetahui bahawa Allah SWT telah melaknat iblis dan telah mengusirnya dari rahmat-Nya. Akhirnya, Nabi Adam mengetahui musuh abadinya. Nabi Adam bingung dengan kenekatan musuhnya dan kasih sayang Allah SWT.

Barangkali ada seseorang yang bertanya kepada saya: "Mengapa Anda tidak meyakini terjadi dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya dan Anda cenderung menakwilkan ayat-ayat tersebut, sedangkan Anda menerima adanya dialog antara Allah dan iblis." Saya jawab: "Sesungguhnya akal menunjukkan kita kepada kesimpulan tersebut. Terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya adalah hal yang mustahil kerana para malaikat suci dari kesalahan dan dosa dan keinginan-keinginan manusiawi yang selalu mencari ilmu. Sesuai dengan karakter penciptaan mereka, mereka adalah pasukan yang setia dan mulia. Adapun iblis ia terikat dan tunduk terhadap ketentuan agama, dan karakternya sebagai jin mendekati karakter jenis ciptaan Nabi Adam. Dengan kata lain, bahawa jin dapat beriman dan dapat juga menjadi kafir. Sesungguhnya kecenderungan agama mereka dapat saja tidak berfungsi ketika mereka tertipu oleh kesombongan yang palsu sehingga mereka mempunyai gambaran yang salah. Maka dari sisi inilah terjadi dialog. Dialog di sini bererti kebebasan. Tabiat manusia dan jin cenderung untuk menggunakan kebebasannya, sedangkan tabiat para malaikat tidak dapat menggunakan kebebasan. Nabi Adam menyaksikan secara langsung - setelah penciptaannya - kadar kebebasan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya yang terkena tanggungjawab. Terjadinya pelajaran ini di depan Nabi Adam mengandung maksud yang dalam.

Allah SWT tidak pernah mencabut kebebasan yang diberikan-Nya kepada iblis. Namun pada akhirnya, iblis tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis benar-benar menolak untuk sujud kepada Nabi Adam. Allah SWT mengetahui bahawa ia akan menolak untuk sujud kepada Nabi Adam dan akan menentang-Nya. Bisa saja Allah SWT menghancurkannya atau mengubahnya menjadi tanah namun Allah memberikan kebebasan kepada makhluk-makhluk-Nya yang dibebani tanggung jawab. Dia memberikan kepada mereka kebebasan mutlak sehingga mereka bisa saja menolak perintah-Nya. Tetapi yang perlu diperhatikan bahawa keingkaran orang-orang kafir dan orang-orang yang bermaksiat kepada- Nya tidak bererti mengurangi kebesaran kerajaan-Nya dan sebaliknya, keimanan orang-orang mukmin dan kepatuhan orang-orang yang taat tidak bererti menambah kebesaran kekuasaan-Nya. Semua itu kembali kepada mereka.

Adam menyedari bahawa kebebasan di alam wujud adalah merupakan kurniaan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya. Allah SWT memberikan balasan yang setimpal atas penggunaan kebebasan itu. Setelah mempelajari pelajaran kebebasan, Nabi Adam mempelajari pelajaran kedua dari Allah SWT, yaitu ilmu. Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah simbol kejahatan di alam wujud. Sebagaimana ia mengetahui bahawa para malaikat adalah simbol kebaikan, sementara ia belum mengenal dirinya saat itu. Kemudian Allah SWT memberitahukan kepadanya tentang hakikatnya, hikmah penciptaannya, dan rahsia penghormatannya. Allah SWT berfirman:

"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. " (QS. al-Baqarah: 31)

Allah SWT memberinya rahsia kemampuan untuk meringkas sesuatu dalam simbol-simbol dan nama-nama. Allah SWT mengajarinya untuk menamakan benda-benda: ini burung, ini bintang, ini pohon, ini awan, dan seterusnya. Nabi Adam mempelajari semua nama-nama tersebut. Yang di maksud dengan nama-nama di sini adalah ilmu dan pengetahuan. Allah SWT menanamkan pengetahuan yang luas dalam jiwa Nabi Adam dan keinginan yang terus mendorongnya untuk mengetahui sesuatu. Hasrat untuk menggali ilmu dan belajar juga diwariskan kepada anak- anaknya Nabi Adam. Inilah tujuan dari penciptaan Nabi Adam dan inilah rahsia di balik penghormatan para malaikat kepadanya. Setelah Nabi Adam mempelajari nama benda-benda; kekhususannya dan kemanfaatannya, Allah SWT menunjukkan benda-benda tersebut atas para malaikat-Nya dan berkata:

"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar. " (QS. al-Baqarah: 31)

Yang dimaksud adalah kebenaran mereka untuk menginginkan khilafah. Para malaikat memperhatikan sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada mereka, namun mereka tidak mengenali nama-namanya. Mereka mengakui di hadapan Allah SWT tentang kelemahan mereka untuk menamai benda-benda tersebut atau memakai simbol-simbol untuk mengungkapkannya. Para malaikat berkata sebagai bentuk pengakuan terhadap ketidakmampuan mereka:

"Maha Suci Engkau." (QS. al-Baqarah: 32)

Yakni, kami menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu.

"Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. al-Baqarah: 32)

Yakni, mereka mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah SWT berkata kepada Adam:

"Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." (QS. al-Baqarah: 33)

Kemudian Nabi Adam memberitahu mereka setiap benda yang Allah SWT tunjukkan kepada mereka dan mereka tidak mengenali nama-namanya:

"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu berfirman: 'Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar.' Mereka menjawab:

'Maha Suci Engkau. Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: 'Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.' Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama benda-benda itu, Allah berfirman: 'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?'"(QS. al-Baqarah: 31-33)

Allah SWT ingin berkata kepada para malaikat, bahawa Dia mengetahui kehairanan yang mereka tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka tentang penciptaan Nabi Adam sebagaimana Dia mengetahui kebingungan yang mereka sembunyikan dan sebagaimana juga Dia mengetahui kemaksiatan dan pengingkaran yang disembunyikan oleh iblis.

Para malaikat menyedari bahawa Nabi Adam adalah makhluk yang mengetahui sesuatu yang tidak mereka ketahui. Ini adalah hal yang sangat mulia. Dan para malaikat mengetahui, mengapa Allah memerintahkan mereka untuk bersujud kepadanya sebagaimana mereka memahami rahsia penciptaannya sebagai khalifah di muka bumi, di mana ia akan menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu dan pengetahuan. Yaitu, pengetahuan terhadap Sang Pencipta yang kemudian dinamakan dengan Islam atau iman. Para malaikat pun mengetahui sebab-sebab kemakmuran bumi dan pengubahannya dan penguasaannya, serta semua hal yang berkenaan dengan ilmu-ilmu mated di muka bumi.

Adalah hal yang maklum bahawa kesempurnaan manusia tidak akan terwujud kecuali dengan pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat mengenal Sang Pencipta, dan ilmu-ilmu yang berkenaan dengan alam. Jika manusia berhasil di satu sisi, namun gagal di sisi yang lain maka ia laksana burung yang terbang dengan sayap satu di mana setiap kali ia terbang sayap yang lain mencegahnya.

Nabi Adam mengetahui semua nama-nama dan terkadang ia berbicara bersama para malaikat, namun para malaikat disibukkan dengan ibadah kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, Adam merasa kesepian. Kemudian Adam tidur dan tatkala ia bangun ia mendapati seorang perempuan yang memiliki mata yang indah, dan tampak penuh dengan kasih sayang. Kemudian terjadilah dialog di antara mereka:

Adam berkata: "Mengapa kamu berada di sini sebelum saya tidur." Perempuan itu menjawab: "Ya." Adam berkata: "Kalau begitu, kamu datang di tengah-tengah tidurku?" Ia menjawab: 'Ya." Adam bertanya: "Dari mana kamu datang?" Ia menjawab: "Aku datang dari dirimu. Allah SWT menciptakan aku darimu saat kamu tidur." Adam bertanya: "Mengapa Allah menciptakan kamu?" Ia menjawab: "Agar engkau merasa tenteram denganku." Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku memang merasakan kesepian."

Para malaikat bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam menjawab: "Namanya Hawa." Mereka bertanya: "Mengapa engkau menamakannya Hawa, wahai Adam?" Adam berkata: "kerana ia diciptakan dariku saat aku dalam keadaan hidup."

Nabi Adam adalah makhluk yang suka kepada pengetahuan. Ia membagi pengetahuannya kepada Hawa, di mana ia menceritakan apa yang diketahuinya kepada pasangannya itu, sehingga Hawa mencintainya. Allah SWT berfirman:

"Dan Kami berfirman: 'Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al- Baqarah: 35)

Kita tidak mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan tempatnya, dan para mufasir berbeza pendapat tentang hal itu. Sebahagian mereka berkata: "Itu adalah syurga yang bakal dihuni oleh manusia (jannah al-Ma'wa) dan tempatnya di langit." Namun sebahagian lagi menolak pendapat tersebut. Sebab jika ia adalah jannah al-Ma'wa maka iblis tidak dapat memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan di dalamnya. Sebahagian lagi mengatakan: "Ia adalah syurga yang lain, yang Allah ciptakan untuk Nabi Adam dan Hawa." Bahkan ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi yang terletak di tempat yang tinggi. Dan sekelompok mufasir yang lain menganjurkan agar kita menerima ayat tersebut apa adanya dan menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kami sendiri sependapat dengan hal ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil berkenaan dengan penentuan tempatnya tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang dapat kita ambil dari apa yang terjadi di dalamnya.

Nabi Adam dam Hawa memasuki syurga dan di sana mereka berdua merasakan kenikmatan manusiawi semuanya. Di sana mereka juga mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga. Kehidupan Nabi Adam dan Hawa di syurga dipenuhi dengan kebebasan yang tak terbatas. Dan Nabi Adam mengetahui makna kebahagiaan yang ia rasakan pada saat ia berada di syurga bersama Hawa. Ia tidak lagi mengalami kesepian. Ia banyak menjalin komunikasi dengan Hawa. Mereka menikmati nyanyian makhluk, tasbih sungai-sungai, dan muzik alam sebelum ia mengenal bahawa alam akan disertai dengan penderitaan dan kesedihan. Allah SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk mendekati segala sesuatu dan menikmati segala sesuatu selain satu pohon, yang barangkali ia adalah pohon penderitaan atau pohon pengetahuan. Allah SWT berkata kepada mereka sebelum memasuki syurga:

"Dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al-Baqarah: 35)

Nabi Adam dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan sesuatu dari pohon ini, namun Nabi Adam adalah manusia biasa, dan sebagai manusia ia lupa dan hatinya berbolak-balik serta tekadnya melemah. Maka iblis memanfaatkan kemanusiaan Nabi Adam dan mengumpulkan segala kedengkiannya yang disembunyikan dalam dadanya. Iblis terus berusaha membangkitkan waswas dalam diri Nabi Adam.

Apakah aku akan menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan kekuasaan yang tidak akan sirna? Nabi Adam bertanya-tanya dalam dirinya. Apa yang akan terjadi seandainya ia memakan buah tersebut, barangkali itu benar-benar pohon keabadian. Nabi Adam memang memimpikan untuk kekal dalam kenikmatan dan kebebasan yang dirasakannya dalam syurga.

Berlalulah waktu di mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan pohon itu. Kemudian pada suatu hari mereka menetapkan untuk memakan pohon itu. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah mengingatkan mereka agar tidak mendekatinya. Mereka lupa bahawa iblis adalah musuh mereka sejak dahulu. Nabi Adam menghulurkan tangannya ke pohon itu dan memetik salah satu buahnya dan kemudian memberikannya kepada Hawa. Akhirnya mereka berdua memakan buah terlarang itu.

Allah SWT berfirman:

"Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (QS. Thaha: 121)

Tidak benar apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa Hawa menggoda Nabi Adam yang kerananya ia bertanggungjawab terhadap pemakanan buah itu. Nas Al-Quran tidak menyebut Hawa, namun ia menyebut Nabi Adam sebagai orang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Demikianlah setan disalahkan dan Nabi Adam juga disalahkan kerana kesombongan. Salah seorang dari mereka menghina manusia, dan yang lain ingin menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam hal kekekalan.

Belum selesai Nabi Adam memakan buah tersebut sehingga ia merasakan penderitaan, kesedihan, dan rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarya dan berhentilah muzik indah yang memancar dari dalam dirinya. Ia mengetahui bahawa ia tak berpakaian, demikian juga isterinya. Akhirnya, ia mengetahui bahawa ia seorang lelaki dan bahawa isterinya seorang wanita. Ia dan isterinya mulai memetik daun-daun pohon untuk menutup tubuh mereka yang terbuka. Kemudian Allah SWT mengeluarkan perintah agar mereka turun dari syurga.

Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi Adam dalam keadaan sedih sementara Hawa tidak henti-hentinya menangis. kerana ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT menerima taubat mereka dan Allah SWT memberitahukan kepada mereka bahawa bumi adalah tempat mereka yang asli, di mana mereka akan hidup di dalamnya, mati di atasnya, dan akan dibangkitkan darinya pada hari kebangkitan. Allah SWT berfirman:

"Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. " (QS. al-A'raf: 25)

Kemudian Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang diperoleh Nabi Adam selama keberadaannya di syurga dan setelah keluarnya ia darinya dan turunnya ia ke bumi.

Allah SWT berfirman:

"Dan Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka mereka sujud kecuali Iblis. la membangkang. Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak pula akan di timpa panas matahari di dalamnya.' Kemudian setan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa ?' Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan derhakalah Adam dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah berfirman: 'Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.'" (QS. Thaha: 115-123)

Sebahagian orang menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga kerana kesalahannya dan kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang tidak benar kerana Allah SWT berkehendak menciptakan Nabi Adam di mana Dia berkata kepada malaikat: "Sesungguhnya aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Dan Dia tidak mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya aku akan menjadikan khalifah di syurga."

Tidaklah turunnya Nabi Adam ke bumi sebagai penurunan penghinaan tetapi ia merupakan penurunan kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi. Allah SWT mengetahui bahawa Nabi Adam dan Hawa akan memakan buah itu, dan selanjutnya mereka akan turun ke bumi. Allah SWT juga mengetahui bahawa setan akan merampas kebebasan mereka. Pengalaman merupakan dasar penting dari proses menjadi khalifah di muka bumi agar Nabi Adam dan Hawa mengetahui - begitu juga keturunan mereka - bahawa setan telah mengusir kedua orang tua mereka dari syurga, dan bahawa jalan menuju syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT dan permusuhan pada setan.

Apakah dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang terpaksa, dan bahawa Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat kesalahan sehingga ia keluar dari syurga dan kemudian turun ke bumi? Sebenarnya anggapan ini tidak kalah bodohnya dari anggapan pertama. Sebab, Nabi Adam merasakan kebebasan sepenuhnya, yang kerananya ia mengembang tanggung jawab dari perbuatannya. Ia derhaka dan memakan buah tersebut sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari syurga. Maksiat yang dilakukannya tidak berlawanan dengan kebebasannya, bahkan keberadaannya yang asli bersandar kepada kebebasannya. Alhasil, Allah SWT mengetahui apa yang bakal terjadi. Dia mengetahui sesuatu sebelum terjadinya sesuatu itu. Pengetahuan-Nya itu bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan yang memaksa. Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi, tetapi Dia tidak mencegahnya atau mendorongnya agar terjadi. Allah SWT memberikan kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang demikian itu berkenaan dengan hikmah-Nya yang tinggi dalam memakmurkan bumi dan mengangkat khalifah di dalamnya.

Nabi Adam memahami pelajaran ketiga. Ia memahami bahawa iblis adalah musuhnya. Secara pasti ia mengerti bahawa iblis adalah penyebab ia kehilangan nikmat dan penyebab kehancurannya. Ia mengerti bahawa Allah SWT akan menyeksa seseorang jika ia berbuat maksiat, dan bahawa jalan menuju ke syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT. Ia memahami bahawa Allah SWT menerima taubat, memaafkan, menyayangi, dan memilih. Allah SWT mengajari mereka agar beristighfar dan mengucapkan:

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescayalah pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al- A'raf: 23)

Allah SWT menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke bumi. Nabi Adam adalah Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan Nabi Adam di bumi. Ia keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan kemudian ia menganjurkan hal tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya dari kalangan nabi. Sehingga setiap nabi memulai dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar dari negerinya atau berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar (hijrah) setelah pengangkatan kenabian mereka.

Nabi Adam mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika keluar dari syurga. Di bumi ia harus menghadapi penderitaan dan pergelutan, di mana ia harus menanggung kesulitan agar dapat makan, dan ia harus melindungi dirinya dengan pakaian dan senjata, serta melindungi isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang buas yang hidup di bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus meneruskan pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar dari syurga, yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya dan kepada anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim. Pertempuran antara pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi tidak akan pernah berhenti. Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk Allah SWT, ia tidak akan merasakan ketakutan dan kesedihan, dan barang siapa yang bermaksiat kepada Allah SWT dan mengikuti makhluk api, iblis, maka ia akan bersamanya di neraka.

Nabi Adam mengerti semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan akan menyertai kehidupannya di atas bumi. Satu-satunya yang dapat meringankan kesedihannya adalah, bahawa ia menjadi penguasa di bumi, yang kerananya ia harus menundukkannya, memakmurkannya, dan membangunnya serta melahirkan keturunan yang baik di dalamnya, sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih baik. Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan seorang perempuan, dan pada perut berikutnya seorang lelaki dan seorang perempuan, maka dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki dari perut pertama dengan anak perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak Nabi Adam menjadi besar dan menikah serta memenuhi bumi dengan keturunannya.

Nabi Adam mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam menyaksikan kecenderungan pertama dari anaknya terhadap pangkal kejahatan, yaitu iblis sehingga terjadilah kejahatan pembunuhan yang pertama kali di muka bumi. Salah seorang anak Nabi Adam membunuh saudara kandungnya sendiri. Anak yang jahat itu membunuh saudaranya yang baik. Allah berfirman:

"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka di terimalah dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). (QS. al-Maidah: 27)

Dikatakan bahawa pembunuh ingin merebut isteri saudara kandungannya untuk dirinya sendiri. Nabi Adam memerintahkan mereka berdua untuk menghadirkan korban lalu setiap dari mereka menghadirkan korban yang dimaksud. Allah SWT menerima korban dari salah satu dari mereka dan menolak korban yang lain:

"Ia (Qabil) berkata: 'Aku pasti membunuhmu.' Berkata Habil: 'Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam. (QS. al-Maidah: 27-28)

Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menyampaikan kepada kita kalimat- kalimat yang diucapkan oleh anak Nabi Adam yang terbunuh sebagai syahid, dan ia menyembunyikan kalimat-kalimat yang diucapkan oleh si pembunuh. Si pembunuh mengangkat tangannya sambil mengancam, namun calon korban pembunuhan itu berkata dengan tenang:

Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa membunuhku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang- orang yang lalim. " (QS. al-Maidah: 29)

Selesailah percakapan antara mereka berdua dan anak yang jahat itu membiarkan anak yang baik beberapa saat. Setelah beberapa hari, saudara yang baik itu tidur di tengah-tengah hutan yang penuh dengan pohon. Di hutan itu, keledai tua mati dan dagingnya dimakan oleh burung Nasar dan darahnya ditelan oleh bumi. Yang tersisa hanya tulang belulang berserakan di tanah. Kemudian saudaranya yang jahat membawanya menuju saudara kandungnya yang sedang tidur, lalu ia mengangkat tangannya dan menjatuhkan dengan keras dan cepat. Anak laki-laki baik itu tampak pucat wajahnya ketika melihat darah mengucur darinya, lalu ia bangun. Ia bermimpi saat tidur. Lalu si pembunuh menghantam saudaranya sehingga tidak tampak lagi gerakan dari tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa saudara kandungnya benar-benar mati. Pembunuh itu berdiri di depan korban dengan tenang dan tampak pucat wajahnya.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap orang yang membunuh jiwa yang tak berdosa maka anak Adam yang pertama akan juga menanggung dosanya kerana ia yang pertama kali mengajarkan pembunuhan." Si pembunuh terduduk di depan saudaranya dalam keadaan berlumuran darah. Apa yang akan dikatakannya terhadap Nabi Adam, ayahnya, jika ia bertanya kepadanya tentang hal itu. Nabi Adam mengetahui bahawa mereka berdua keluar bersama-sama lalu mengapa ia kembali sendinan. Seandainya ia mengingkari pembunuhan terhadap saudaranya itu di depan ayahnya, maka di manakah ia dapat menyembunyikan jasadnya, dan di mana ia dapat membuangnya? Saudaranya yang terbunuh itu merupakan manusia yang pertama kali mad di muka bumi sehingga tidak diketahui bagaimana cara menguburkan orang yang mati. Pembunuh itu membawa jasad saudara kandungnya dan memikulnya. Tiba-tiba keheningan itu dipecah dengan suara burung yang berteriak sehingga ia merasa ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan seekor burung gagak yang berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati. Burung gagak yang hidup meletakkan bangkai burung gagak yang mad di atas tanah lalu ia mulai menggali tanah dengan paruhnya dan kedua kakinya. Kemudian ia mengangkatnya dengan paruhnya dan meletakkannya dengan lembut dalam kuburan. Lalu ia menimbunkannya di atas tanah. Setelah itu, ia terbang di udara dan kembali berteriak. Si pembunuh berdiri dan ia mundur untuk meraih jasad saudara kandungnya dan kemudian berteriak:

"Berkata Qabil: 'Aduhai, celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan saudaraku ini?" (QS. al-Maidah: 31)

Ia mulai merasakan kesedihan yang sangat dalam atas apa yang telah dilakukannya terhadap saudaranya. Ia segera menyadari bahawa ia adalah orang yang paling buruk dan paling lemah. Ia telah membunuh orang yang paling utama dan paling kuat. Anak Nabi Adam berkurang satu dan iblis berhasil "mencuri" seorang anak Nabi Adam. Bergetarlah tubuh si pembunuh dan ia mulai menangis dengan keras, lalu ia menggali kuburan saudara kandungnya. Ketika mendengar kisah tersebut Nabi Adam berkata:

"Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata." (QS. al-Qashash: 15)

Nabi Adam merasakan kesedihan mendalam atas hilangnya salah satu anaknya. Salah seorang dari mereka mad dan yang lain dikuasai oleh syaitan. Nabi Adam salat untuk anaknya yang mati, dan kemudian ia kembali menjalani kehidupannya di muka bumi. Beliau adalah manusia yang bekerja dan mengalami penderitaan. Seorang Nabi yang menasihati anak-anaknya dan cucu-cucunya, serta mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Beliau menceritakan kejahatan iblis kepada mereka, dan meminta kepada mereka agar berhati-hati darinya. Beliau menceritakan pengalaman pribadinya bersama iblis kepada mereka, dan menceritakan kehidupannya bersama anaknya yang tega membunuh saudara kandungnya sendiri.

Nabi Adam telah menjadi dewasa, lalu tahun demi tahun datang silih berganti sehingga anak-anaknya tersebar di bumi, lalu datanglah waktu malam di atas bumi. Angin bertiup sangat kencang. Dan bergoncanglah daun-daun pohon tua yang ditanam oleh Nabi Adam, di mana dahan- dahannya mendekati danau sehingga buahnya menyentuh air danau. Dan ketika pohon itu menjadi tegak setelah berlalunya angin, air mulai berjatuhan di antara cabang-cabangnya dan tampak dari jauh bahawa pohon itu sedang menarik dirinya (memisahkan diri) dari air dan menangis. Pohon itu sedih dan dahan-dahannya bergoncang. Sementara itu, di langit tampak bahawa bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya bulan menerobos kamar Nabi Adam sehingga cahaya itu menerpa wajah Nabi Adam. Wajah Nabi Adam tampak lebih pucat dan lebih muram dari wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa Nabi Adam akan mati.

Kamar yang sederhana, kamarnya Nabi Adam. Nabi Adam tertidur dengan janggutnya yang putih dan wajahnya yang bersinar di atas tempat tidur dari dahan-dahan pohon dan bunga-bunga. Anak-anaknya semua berdiri di sekelilingnya dan menunggu wasiatnya. Nabi Adam berbicara dan memahamkan anak-anaknya bahawa hanya ada satu perahu keselamatan bagi manusia, dan hanya ada satu senjata baginya yang dapat menenangkannya. Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan senjata itu adalah kalimat-kalimat Allah SWT.

Nabi Adam menenangkan anak-anaknya, bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia sendirian di muka bumi. Sesungguhnya Dia akan mengutus para nabi untuk membimbing mereka dan menyelamatkan mereka. Para nabi itu memiliki nama-nama, sifat-sifat, dan mukjizat- mukjizat yang berbeza-beza. Tetapi mereka dipertemukan dengan satu hal, yaitu mengajak untuk menyembah Allah SWT semata.

Demikianlah wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya. Akhirnya, Nabi Adam menutup kedua matanya, dan para malaikat memasuki kamarnya dan mengelilinginya. Had Nabi Adam tersenyum ketika mendapatkan kata salam yang dalam, dan rohnya mencium bau bunga syurga.

Khamis, Ogos 19, 2010

Bila Babi Berbulu Biri-Biri

Babi ada bulu mcm biri-biri??? Sebelum ni tak tahu pulak babi ada yang berbulu macam biri-biri. Persoalan. Macamana kita nak bezakan bulu babi ni dengan bulu kambing biri-biri selepas diproses dan dijadikan sejadah, kopiah atau baju sejuk.













Nota kaki: Terpaksalah koi ambik bulu ayam kampung pasni buat baju sejuk time hujan-hujan ni.

Predator Motobike

Sesekali tengok geli gelemanlah pulok. Bior betoi moto ni.






















Rabu, Ogos 18, 2010

9 Tanda Anda Kedekut

9 tanda anda kedekut mengikut Afdlin Shauki.
  1. Membaca surat khabar dirumah jiran sebelah
  2. Menggunakan tayar spare melebihi 3 bulan
  3. Suka menonton TV dirumah jiran.
  4. Menadah air hujan untuk dijadikan air mandian.
  5. Menggunakan perabut-perabut second hand.
  6. Anda senyum bila orang buta minta sedekah sbb anda boleh gunakan alasan yang anda juga buta.
  7. Datang ke rumah jiran bila jiran tengah makan malam.
  8. Sembunyi dalam bilik bila budak-budak datang minta duit raya
  9. Guna langsir raya tahun lepas untuk buat baju raya anak anda untuk tahun depan.

Disakat Makhluk Tua (Akhir)

Suasana sepi kembali. Sepi dari segala-galanya. Baik tarikan ikan, desiran angin malam dan suara 3 sahabat itu juga. Masing-masing sibuk melayan perasaan yang telah bercampur baur itu. Waktu dah melewati pukul 1 pagi. Masing-masing dah mengantuk. Lepas seorang-seorang masuk ke khemah untuk memenuhi permintaan mata yang telah mengganas. Dalam beberapa saat, susana kembali hingar serta penuh dentum dentam. 3 sahabat berlumba-lumba melemparkan bom-bom dengkuran. Sesekali terdengar bunyi ngauman harimau, singa dan paling aneh bunyi unta. Sedang 3 sahabat sibuk dengan bunyi-bunyi aneh, di luar khemah terdapat seekor makhluk tua setinggi 6 kaki 3 inci sedang terhinggut-hinggut mengelilingi khemah. Sekali imbas macam pakcik jaga sekolah pun ada. Ikan-ikan dalam jut terus diselongkar dengan rakus. Seekor demi seekor diratah dgn lahap. Tulang temulang berselerakan ditepi jut. Hanya tinggal seekor lagi didalam jut. Tapi dibiarkan sahaja. Makhluk tua yang hanyir kekenyangan selepas menghabiskan hampir keseluruhan isi jut. Ibarat ular sawa kekenyangan, makhluk itu terbaring merehatkan diri disebelah khemah 3 sahabat itu dengan kaki yang bersilang panggung. Sungguh senang lenang gayanya. Selepas beberapa ketika merehatkan diri, makhluk hanyir kembali bangun dan mula menjenguk kedalam khemah. Mukanya yang berlendir, huduh, taring menyerigai dan mata semerah saga itu dirapatkan ke muka 3 sahabat itu seorang demi seorang. Seorang demi seorang dihidunya. Kelihatan taring yang panjang dan tajam makhluk itu melewati badan setiap dari mereka. Makhluk hanyir itu keluar semula dari khemah dan mula merangkak perlahan-lahan ke arah gigi air. Semakin lama semakin tenggelam dan hilang dari pandangan.

Kicauan burung telah berkumandang seawal jam 7.00 pagi lagi. Suasana pagi itu berkabus. Li Mat Diah telah membuka mata. Alangkah nikmatnya tidur dalam hutan itu. Kelihatan disebelahnya Abu Rumah D'Awan dan Mat Keledek masih enak dibuai mimpi. Li Mat Diah mula bangun dan mengeliat sambil mengeluarkan suara seakan-akan burung unta. Amat puas rasanya bila mengeliat dengan cara tersebut. Pernah jugak dulu kecik-kecik dia buat begitu tapi pagi-pagi itu jugak dia menangis kerana di terlempang oleh En Mat Diah dek kerana terkejut dengan bunyi burung unta yang berada disebelahnya. Li Mat Diah terus keluar dari khemah. Niat dihati nak siapkan sarapan untuk kawan-kawannya. Sebelum itu beliau telah terlebih dahulu memeriksa semua pancing-pancing disitu. Manalah tau kot-kot ada hasil. Semuanya kosong. Hidung Li Mat Diah mula tercium bau-bau yang kurang enak. Hanyir dan bau seakan-akan bangkai. Tapi langsung tak dipedulikannya. Kelihatan pada ketika itu Mat Keledek dan Abu Rumah D'Awan sudah terjongol keluar dari khemah. Li Mat Diah mula menyiapkan sarapan untuk pagi itu. Menu cekodok masin di angin lalu dicicah dengan sambal sardin cap Tesco Rawang. Air pula air Kopi Tongkat Ali 5 dalam 1. 3 sahabat telah mengelilingi menu pagi itu. Berdesup desap cekodok masin itu masuk kedalam rongga perut masing-masing.

Setelah selesai memenuhkan perut, masing-masing mula meneruskan aktiviti masing-masing. Selalunya pagi-pagi ni aktiviti casting menjadi pilihan utama mereka. Hampir 2 jam mencuba tiada seekor pun yang berhasil. Sebelum aktiviti casting tadi mereka sempat memasang umpan anak kap dimata kail masing-masing dan dibiarkan sahaja tanpa diawasi. Selepas letih casting, mereka mula berehat di tepi khemah. Kelihatan pada masa itu batang pancing Li Mat Diah telah melentur. Li mula menyentak dan mula mengarau dgn kemas. Pengalaman malam tadi dijadikan pengajaran untuk tidak mengecewakan keadaan. Ikan yang tersangkut di mata kail bertindak agak agresif. Ke kiri dan kekanan berenang dan meronta untuk melepaskan mata kail yang tersangkut kukuh di mulut. Suasana menjadi agak tegang tapi Li Mat Diah mampu mengawal keadaan. Makin lama bayang ikan makin kelihatan. Seekor toman bersaiz 4 kilo sedang bertarung dengan Li Mat Diah. Mat Keledek telah bersedia dgn penyauk ikan di tangannya. Makin lama ikan makin menghampiri tebing dan berjaya disauk oleh Mat Keledek. Abu D'Awan bersorak kegembiraan. Pada ketika itu tali pancing telah berserabut dengan tali-tali pancing yang lain dek kerana semasa ikan cuba melepaskan diri tadi, ianya telah menarik sekali tali-tali tersebut. Dah macam gumpalan maggi bila tengok tali-tali tu.

Setelah ditanggalkan ikan dari mata kail, Li Mat Diah telah membawa ikan tersebut kearah jut. Pada ketika inilah.....

"Arrghhhhhhhh...... Woiiii, mari cepat" Jerit Li Mat Diah.

Abu Rumah D'Awan dan Mat Keledek meluru datang. Pada ketika itu mereka melihat bangkai-bangkai ikan mereka berselerakan diatas tanah. Yang tinggal didalam jut hanya seekor. Dari cara ikan itu dimakan kelihatan makhluk ini mempunyai gigi yang tajam. Tak mungkin biawak dan tak mungkin juga anaconda. Getus hati Mat Keledek. Perasaan marah, kecewa dan konpius mula bermain dalam benak mereka sekali lagi. Selesai meletakkan ikan didalam jut, mereka bergegas pula untuk menyelesaikan masalah tali pancing yang berserabut tadi. Sesampai je ditempat itu, terdapat lagi kejadian aneh telah berlaku. Tali pancing yang tadi berserabut tadi telah lurus kembali dan berada didalam air seperti mula-mula mereka meletakkan umpan tadi. Bila melihat kejadian pelik ini, bulu roma masing-masing mula meremang. Masing-masing dah mula terfikir yang bukan-bukan. Setelah berbincang sekejap, masing-masing telah sepakat untuk berkemas untuk pulang.

Jauh diseberang tebing kelihatan makhluk tua yang terhinggut-hinggut itu sedang ketawa berdekah-dekah sambil melihat 3 sahabat itu pergi meninggalkan kawasan tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah ini adalah kisah benar yang pernah dialami oleh kawan-kawan sepemancing penulis disuatu kawasan empangan terbesar di Negeri Selangor. Namun watak dan jalan cerita telah diubahsuai bagi menambahkan sedikit keceriaan. Tetapi setiap peristiwa yang berlaku didalam kisah ini adalah benar sebenar-benarnya. Sekian.....

Selasa, Ogos 17, 2010

Disakat Makhluk Tua (Siri 2)

Muka Mat Keledek dah seakan-akan ayam berak kapur. Penuh kegelisahan. Serba serbi tak kena. Kejap duduk, kejap berdiri dan ade masa-masa tertentu hisap rokok pun asap keluar ikut telinga. Dah macam watak beruk termakan cili padi dalam cerita yang dibuat oleh Filem Negara Malaysia gayanya. Abu Rumah D'Awan pula dari tadi asek menghisap rokok dan satu perangai pelik beliau sejak dari akil baligh ialah suka menggigit siku sambil menggaru lutut ketika menghisap rokok. Pernah juga masa mula-mula terkena kenan tersebut dibawa berubat hingga ke Gua Tempurung tapi selepas di sahkan mengidap sindrom terputus urat kentut maka mak ngan ayahnya terus menghentikan perbuatan yang sia-sia itu iaitu mengubat Abu Rumah D'Awan. Penuh kecewa juga Abu Rumah D'Awan bila mak dengan ayahnya menghentikan usaha pengubatan tapi kerana takut mak dan ayahnya lari mencari batu belah batu bertangkup terpaksalah Abu Rumah D'Awan merelakan segala apa yang ditanggungnya. Kalau disaat kawan-kawannya kentut dengan penuh nikmat tapi Abu Rumah D'Awan hanya mampu melihat dan mencium sahaja. Sungguh malang nasib yang terpaksa dihadapinya. Tak jauh dari tempat 2 sahabat itu membuat aksi-aksi pelik, kelihatan Li Mat Diah sedang bercakap sendirian. Mulutnya mengomel tak henti-henti dari tadi. Kadang-kadang ada jugak terdengar bahasa siam, sesekali terdengar bahasa Jerman dan kadang-kadang beliau juga boleh bertutur bahasa Belanda. Ini berikutan kerana beliau amat meminati pasukan Belanda dalam World Cup yang lepas.

Di atas pohon ketapang, makhluk hanyir, pekat dan melekat sedang lahap meratah ikan baung seekor demi seekor. Amat lapar lagaknya. Matanya memuntahkan cahaya merah biji saga, taring menyerigai. Bunyi kelahapan meratah baung telah memecahkan kesunyian malam. Tulang temulang berselerakan dibawah pokok ketapang. Hasil tangkapan pada malam itu kembali menyengat. Tak menang tangan menarik ikan dan memasang umpan. Malam tu aktiviti memancing betul-betul berjalan dengan lancar. Dalam masa 2 jam jut telah penuh semula. Ketika ini masing-masing telah lupakan peristiwa kehilangan ikan pada petang tadi. Sedang mereka begitu sibuk menarik ikan dan memasang umpan, tiba-tiba..... gedeburrrrrrrrrrr.... sesuatu seperti terjun ke dalam air. Air empangan berkocak hebat. 3 sahabat terperanjat sambil berpandangan antara satu sama lain. Suasana sepi seketika. Suara Li Mat Diah yang tadinya asek membebel dan membuat lawak bukan-bukan telah senyap dan kelu. Abu Rumah D'Awan dan Mat Keledek yang dari tadi asek gelak kini sudah macam budak lelaki sedang duduk atas batang pisang menghadap tok mudim. Muka pucat dan senyum pun dah kelat.

Air berombak agak perlahan. Sesuatu yang jatuh ke air tadi mula timbul ke permukaan dalam kegelapan malam. Permainan akan bermula sebentar lagi. Selang beberapa ketika, darah mula mengalir secara normal kembali dalam batang tubuh 3 sahabat itu. Masing-masing telah berani bersuara walaupun ade sedikit sumbang. Sumbang kerana ada elemen ketar-ketar dalam suara itu. Terutama Li Mat Diah lidah seakan-akan direndam air batu bila bercakap. Seandainya masa itu di minta telinga yang bercakap pun mereka rela asal mulut diam terkunci. Hampir setengah jam suasana sunyi sepi tanpa apa-apa bunyi. 3 sahabat itu pun turut diam jugak. Tanpa disangka-sangka dalam kesunyian itu, loceng yang tergantung di pancing Li Mat Diah bergetar hebat. Batang pancing melentur seakan ikan besar sedang melahap umpan. Li Mat Diah meloncat membuka kekuda seakan pendekar silam siap siaga ingin bertempur dimedan. Dengan pantas batang pancing disentap dan dikarau dgn pantas. Sesampai sahaja ditebing, umpan kap masih segar bugar hidup. Masih cergas mengelitik kelemasan diatas darat. Li Mat Diah pelik kehairanan. "Mungkin terlepas ikan tu agaknya" getus hati kecilnya. Umpan kembali dilabuhkan ke air.

Selang beberapa minit, batang pancing Mat Keledek pula menjadi sasaran ikan. Melentur bagai sedang ditarik oleh seekor anak dolphin gayanya. Kali ini Mat Keledek agak tenang. Tak seperti Li Mat Diah yang agak gelojoh tadi. Pancing disentap dan dikarau dengan pantas tapi kemas. Nampak beretika cara Mat Keledek mengawal keadaan. Pengalaman memancing sepat ronggeng di paya ladang ayah beliau banyak membantu dalam mengawal ketegangan ketika berhadapan dengan tarikan ganas ikan. Pernah sekali dulu beliau telah di tendang tulang rusuknya oleh ayah beliau iaitu En Mat Hussein Telinga Sumbing disebabkan Mat Keledek dengan secara gopoh gapah merentap pancing dan bahana paling kritikal ketika itu ialah hampir suku telinga kiri En Mat Hussien hilang didalam paya kerana tersangkut dgn mata pancing Mat Keledek. Selepas peristiwa itu dengar khabarnya hampir 7 kali musim menuai Mat Keledek tak turun memancing dek kerana larangan keras ayahnya. Karauan Mat Keledek sudah menghampiri tebing. Pancing masih terasa berat dan melentur. Mat Keledek makin yakin yang kali ini paling kurang pun Baung 5 kilo dah terjerat dihujung kailnya. Dalam fikirannya ketika itu telah terbayang keangkuhan. Keangkuhan untuk membuktikan dirinya masih relevan di arena pancing walaupun ayahnya En Mat Hussien dah tergolong dalam golongan mengalami kecacatan kekal akibat dari perbuatannya.

Tiba sahaja di gigi air, nasib yang sama menimpa Mat Keledek. Umpan ikan Kap masih aktif mengelitik kelemasan bila dikeluarkan dari air. Perasaan bercampur baur mula menguasai diri. Kecewa, marah, dan gagap mula menjelma walaupun beliau mula bercakap semasa berusia 2 tahun. Tapi kalau dah umur 30 tahun tapi gagap apa ke halnya. Suasana kembali sepi. Mat Keledek melabuhkan kembali umpannya ke air dan kembali duduk diatas tikar mengkuang. Li Mat Diah dah terguling gelakkan Mat Keledek kerana mendapat nasib yang sama seperti beliau. Mat Keledek mendengus sambil tangan ligat mencari rokok seludup yang dibeli di kedai mamak pagi tadi. Asap berkepul-kepul keluar dari serombong ekzos Mat Keledek. Rasa nikmat bila nakotin mula memenuhi ruang-ruang paru-paru dan otak.

Dari tadi Abu D'Awan hanya mendiamkan diri. Dalam benaknya sejak tadi belum berhenti memikir tentang beberapa perkara yang terjadi sejak petang tadi. Bau busuk dan hanyir yang datang secara tiba-tiba, ikan hilang walaupun jut tiada kebocoran yang melampau dan peristiwa tarikan ganas pancing tetapi umpan kap masih aktif. Kalau ikut kata hati lelakinya, mau je dia balik malam itu juga. Tapi kerana dek menjaga nama baik dan tokoh pancing paling hensem serta smart maka Abu pendamkan sahaja niat hatinya itu. Manalah tak dikatakan smart, pernah sekali dulu dia pergi memancing memakai seluar slack kain lembut dan kemeja lengan panjang siap gosok. Sekali tengok dah persis Pegawai Perikanan melawat kolam pancing. Menangis di pintu tangga maknya bila tengok anak kesayangannya berpakaian begitu bila pergi memancing. Bimbang dikatakan buang tebiat dan paling haru bila dikata kurang siuman nanti. Ibu manalah yang sanggup berhadapan dengan realiti-realiti macam tu.

Bersambung......

Isnin, Ogos 16, 2010

Disakat Makhluk Tua (Siri 1)

Setelah 2 minggu merancang akhirnya pada hari yang dijanjikan 3 sahabat Li Mat Diah, Mat Keledek dan Abu Rumah D'Awan pagi-pagi lagi dah bersiap. Perancangan mereka ialah untuk ke Empangan bagi tujuan memancing. Seawal mata belalang kunyit belum dibuka lagi, mereka dah sampai ke tepi tebing empangan. Benda pertama yang mereka lakukan ialah dirikan khemah sbg tempat menyimpan segala peralatan dari basah seandainya ditimpa hujan. Sedang masing-masing kusyuk mendirikan khemah tanpa meraka sedari dari kejauhan ade yang memerhatikan mereka bertiga. Makhluk tua, hitam, legam, hanyir, pekat dan melekat.

Bedeburrrrrrrr.... Dari kejauhan ditengah Empangan, Belida dan Toman sedang sibuk menghambur nafas ke udara. Berlumba-lumba mengejar anak ikan kesana sini. Berkeliaran membawa anak-anak sebesar betis budak 3 tahun. Amat riang sekali nampaknya. Selesai mendirikan khemah, 3 sahabat tersebut terus pula menyiapkan peralatan memancing mereka. Masing-masing ada yang membawa 5 batang seorang joran. Seoalah-olah ingin dipancing keseluruhan ikan di dalam empangan itu lagaknya. Yang memerhati mereka tadi makin lama semakin hampir ke tempat mereka. Mata merah menyala, taring menyerigai sampai ke pusat dan bulu-bulu hanyir serta muka yang berlendir. 3 Sahabat masih belum dapat menyedari yang mereka sedang diperhatikan.

Hari telah menginjak ke dinihari. Suasana petang di tebing Empangan itu sunyi sepi tanpa hiruk pikuk manusia. Pelik, selalu petang-petang camni boleh tengok kelibat para nelayan empangan meronda tengok jaring. Petang ni jangan kata nelayan, ikan pun dah tak menghambur nafas ke atas air. Getus hati Li Mat Diah. Dan yang amat menghairankan mereka walaupun tiada ikan yang menghambur nafas ke udara tapi pancing meraka boleh kata kerap kali mendapat ikan. Sunyi tapi meriah dgn tangkapan. Dari atas pohon ketapang, yang memerhati terus memerhati. Sesekali yang memerhati ini turun menghampiri mereka bertiga. Pada ketika inilah petua orang-orang tua menjadi pegangan meraka. 3 sahabat akan mencium bau yang amat hanyir dan busuk. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Bimbang tak dapat mengawal lidah pasti akan tertegur.

Dalam pada penuh tanda tanya, Abu Rumah D'Awan pegi juga menyiasat dari mana datangnya bau tersebut. Masing-masing hanya berani bertanya dalam hati tentang perkara tersebut. Tangkapan pada petang itu agak memuaskan. Kali terakhir melihatkan jut tangkapan mereka, semua tersenyum puas. Ikan Baung dah mula memenuhi jut. Umpan ikan kap betul-betul menjadi pada petang tersebut. Tak menang tangan mereka bila baung mula menghentam umpan.

Dari petang hari mula menginjak ke senja. Matahari dah mula terbenam diufuk timur. Senja makin merangkak ke malam. Siang yang tadi tersenyum riang mula melabuhkan tirai malam. Mat Keledek baru selesai menyediakan makan malam. Menu maggi kari sup bertatah pucuk ubi berlaukkan ikan baung salai purnama merindu. Masing-masing makan dgn lahap. Maklumlah lapar sakan. Selesai memenuhkan tembolok, masing-masing terus memenuhkan paru-paru masing-masing dgn nakotin pula. Berkepul-kepul asap naik ke udara. Sang memerhati tersenyum sambil menyerigai taring panjang hingga ke pusat melihat gelagat 3 sahabat itu. Mana tak nya. Jin kan makan asap....

Selesai memenuhkan nakotin di paru-paru, Mat Keledek teringin untuk melihat hasil tangkapan mereka. Tiba-tiba....

"Abu!!! Li!!! Mari jap" Jerit Mat Keledek.

"Ngapenyer? Ikan Baung dah jadi ikan duyung Maya Karin ke?" Jawab Abu Rumah D'Awan. Sempat lagi buat lawak.

"Marilah sekejap. Ade benda nak tunjuk ni". Kabo Mat Keledek.

Li Mat Diah dgn Abu Rumah D'Awan meluru datang.

"Hah, ngapenyer?" Tanyer Li Mat Diah.

Ni hah.. Cuba aok tengok. Bukan ke tadi ikan baung ni banyak? Dah tinggal sekor je ni. Kata Mat Keledek.

"A'ah lah... Jut kita bocor agaknyer??" Abu Rumah D'Awan cuba memberi pendapat.

"Bocor mendenyer. Takkan lubang besor kepala mancis ni ikan boleh keluar. Aok bior benor." Maroh Mat Keledek

"Ginilah, kita lepak dulu. Sambil tu kita pikir ngape boleh jadi gini" Kata Li Mat Diah seakan-akan gaya YB yang tak dicalonkan dalam pilihanraya yang lepas.

Bersambung.....

Jumaat, Ogos 13, 2010

Haiwan dan Kita

Tak sah kalau dalam sehari kita tak sebut ttg haiwan dalam hidup kita dan paling tak senang duduk kalau takde haiwan dlam hidup kita. Saling kaitan haiwan dalam hidup kita dah pun bermula sejak mula org melayu pandai mencipta perumpamaan dan pelbagai peribahasa menarik. Peribahasa ialah kalimat pendek yang disarikan daripada pengalaman yang panjang. Pernah ke kita terfikir, agak-agaklah kan, berapalah royalti kita kene bayar ke haiwan-haiwan tu kalau haiwan-haiwan ni bawak kes ni ke mahkamah antarabangsa atas dakwaan menggunakan nama haiwan sbg peribahasa atau perumpamaan tanpa kebenaran. Kalau direnung balik, org=org dulu sgtlah kreatif dan kebanyakan dari apa yang dicipta itu hampir 100 peratus terdapat kebenarannya.

Pernah jugak aku terfikir, siapalah gerangan yang memulakan projek kreatif ni. Siapakah manusia yang mula-mula mencipta peribahasa atau perumpamaan yang telah pun berzaman-zaman digunakan. Bila nampak org jalan laju digelar sebagai Lipas Kudung. Tapi kalo sesapa nak minyak lipas kudung sila tanyer Rahimin Idris. Beliau tahu macamana nak dapat. Jika ade yang susah nak bercampur dgn masyarakat digelar Kera Sumbang. Seandainya banyak mulut, mmg sah-sah kene Mulut Murai. Kalau mengikut je kehendak org lain bagai lembu dicucuk hidung. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah bermaksud pengagihan yang sama banyak. Sangat kreatif dan kena pada tempat. Cukuplah dulu 2 3 contoh untuk dikongsi. Hakikatnya mmg semua yang berkaitan dgn haiwan ada dalam kehidupan seharian kita. Persoalannya, adakah kita manusia dalam kehidupan haiwan???

Rabu, Ogos 11, 2010

AWAS!!!! SESAT!!!!

Aku pun dah pelik dgn umat harini. Benda2 camni pun nak percaya. Heran-heran. Itukan cahaya dari kamera cap ayam. Yang buat aku lagi sedih ialah video ni siap tunjukkan bayangan tu ada sayap. Kita manusia ni tau ke sayap Malaikat tu camne rupenyer. Allahu Akbar. Kepada semua yang pernah melihat atau akan melihat video ni berhati-hatilah dgn permainan Yahudi dan Kristian pada hari ni. Setakat nak edit video tu apalah sangat bagi diorang. TAPI kesannya jika kita percaya ialah boleh terpesong weehhhh akidah kita. Nauzubbillah.......... Saksikan jelah video yang diambil oleh org yang tak berapa cerdik kat bawah ni.... Harap2 org yang ambik video ni ada baca blog aku.....




Selasa, Ogos 10, 2010

Masihkah Kau Ingat

Masih ingat ke kita dengan benda-benda ni. Zaman budok-budok dulu...



kasut yg menjadi pujaan hati setiap budak sekolah



Mangkuk Tingkat



Petang-petang main ni. Kalo dah boring main tuju selipar pulak.



Yang ni time raye. Bergegor Kota Gelanggi.



Ini pulak pandangan meriam tu dari belakang.



Bedak ni ngan bedak cuticura.... Selopong muka petang2...



Komik Wak Dojer




Koi tak pernah minum sbb koi minum Dumex.



Siri bercakap dgn Jin



Komik Bujal... Kalo org Pahang gelor Bujei....



Ovaltine keluaran dulu-dulu



Air botol.... Sekarang ni pun masih ade kalo nak.

Rabu, Ogos 04, 2010

Muahh


Award dari AAP



Jutaan terima kasih kepada rodong kawan yang sedaeroh dgn kawan ni kerana dia tak lupa untuk bagi kawan award. Terima kasih daun keladi. Pasni jangan lupe ke kawan lagi.... hehhehe

Ahad, Ogos 01, 2010

Award dari Endiem



Bangun-bangun pagi ahad tengok2 ada award dari rodong. Rodong yang dimaksudkan ialah Endiem. Terima kasih wehhh sbb ingat ke koi. Amat koi hargai award ni. Tapi sblm koi pass kan pada org lain koi kene jawab dulu 7 perkara ttg diri koi.

  1. Asal Felda Kota Gelanggi 2, Bandaraye Jerantet. Sekarang keje di Negeri Merah Kuning Darul PKR.
  2. Adik beradik 2 org. Anak pun 2 org.
  3. Sudah berkeluarga tapi masih bujang 3... hahhahah
  4. Suka memancing dan segala aktiviti-aktiviti lasak termasuk menunggang Che Balar Al-Mankaraqi... hehhe
  5. Suke lepak kedei mamak. Termasuk mamak maiden.
  6. Suka blogwalking. Layan Youtube pun suka gak. Nak2 kalo time keje...
  7. Suka tidoooooooooooooooooooo..........
Koi tak tahu nak pass pada sapa award ni. Kepada sesiapa yang sudi bolehlah ambik sbb semua rodong2 dah dapat award ni koi rase. Tak agak-agak deme ni. Suruh tag ke 15 org. Sampei gliran koi habih semua doh dapat award ni.....

Senyum Pagi Ahad

Dengan tergopoh-gopah Alip yang masih kecil itu masuk ke rumah. “Aboh!!!! Aboh!!!!” teriaknya.

“Jiran kita itu Alip rase mesti orang miskin …..”

Si Aboh yang dari tadi asek melayan facebook sambil berlengging kepanasan sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.

“Mengapa aok kata gitu?

“Sebab, deme sekeluarga kecoh ngat sekarang ni hanya kerana anaknya tertelan duit syiling lima puluh sen.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.