Jumaat, Ogos 27, 2010

Ajaran Sudin

Masa budok-budak dulu masa bulan pose, tobatlah punyer letih. Lepas je sahur aku tido sekejap sampai 6.30 pagi. Pastu mandi dan bersiap-siap pegi sekoloh. Balik je sekolah, sampei rumoh dan kul 1.00 tghari. Waktu tgh panas terik. Masa tu tengok air kolah pun nampak sedap. Tapi demi puasa dan duit RM1 sehari aku tahankan jugaklah kesedapan air kolah tu.

Lepas balik tengahari aku akan bersiap-siap untuk kesekolah agama. Sekolah agama kene pegi sbb dapat mengelakkan diri aku dari asek tengok jam bape jam lagi nak buka pose. Kat sekolah agama ada satu geng aku nama dia Sudin. Kuat gile pose. Dahlah pose boleh plak main polis sentry. Sekuat-kuat Maiden anak arwah Pakngah zali pun tak mampu berperangai macam Sudin.

Satu hari tu aku cuba dekat dan layan Sudin main polis sentry masa rehat sekolah agama. Nak muntah jugak aku rase aritu kerana memandai-mandai cuba follow perangai Sudin. Sebabnya hanya satu aku nak tau apa resepi Sudin sampai boleh berperangai macam orang baru pas makan nasi 3 pinggan sebelum pegi sekolah agama. Satu yang aku tengok bila penat je Sudin akan pegi kat sinki toilet.

Dalam rase nak muntah tu aku ikut Sudin pegi sinki. Sudin cakap kalo rase dahaga kene kumur banyak kali. Nanti secara automatik akan hilang dahaga. Aku follow tapi haram tak hilang dahaga aku. Lepas banyak hari follow Sudin, akhirnya aku tau rahsia Sudin. Sudin dah gagal merahsiakan segala gerak gerinya selama ini dengan aku. Sudin punya skill mmg terer. Patutlah dia boleh main polis sentry walaupun kadang-kadang tu dia main sorang-sorang. Keaktifan dia selama ni dah terbongkar.

Sudin kumur tapi air yang dia buang dari mulut dia ibarat meludah je. Mane air yang lain tu. Hanya Sudin yang mampu menjawab.

4 Juri Propesional:

hans berkata...

hahahahahahaha
ajaran sudin Pin lah nih
ekekekkeeke

HonEyBuNNy berkata...

hehehhehe...bijak sungguh sudin neh...hehehh

zulkbo berkata...

Salam bertandang lagi
Al-Quran,mukjizat Nabi Mohammad SAW
sepanjang zaman..bersamalah kita
mengamalkannya dan mendapat
menafaat hingga akhirat..wallahualam
apa la kabo gamoknya si Sudin ter?
he he..moga sihat...

Jejaka Desa berkata...

Tektik lame tu ande budok2 sekarang cube buat.Kene sound sekali toye je muke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.