Rabu, Ogos 18, 2010

Disakat Makhluk Tua (Akhir)

Suasana sepi kembali. Sepi dari segala-galanya. Baik tarikan ikan, desiran angin malam dan suara 3 sahabat itu juga. Masing-masing sibuk melayan perasaan yang telah bercampur baur itu. Waktu dah melewati pukul 1 pagi. Masing-masing dah mengantuk. Lepas seorang-seorang masuk ke khemah untuk memenuhi permintaan mata yang telah mengganas. Dalam beberapa saat, susana kembali hingar serta penuh dentum dentam. 3 sahabat berlumba-lumba melemparkan bom-bom dengkuran. Sesekali terdengar bunyi ngauman harimau, singa dan paling aneh bunyi unta. Sedang 3 sahabat sibuk dengan bunyi-bunyi aneh, di luar khemah terdapat seekor makhluk tua setinggi 6 kaki 3 inci sedang terhinggut-hinggut mengelilingi khemah. Sekali imbas macam pakcik jaga sekolah pun ada. Ikan-ikan dalam jut terus diselongkar dengan rakus. Seekor demi seekor diratah dgn lahap. Tulang temulang berselerakan ditepi jut. Hanya tinggal seekor lagi didalam jut. Tapi dibiarkan sahaja. Makhluk tua yang hanyir kekenyangan selepas menghabiskan hampir keseluruhan isi jut. Ibarat ular sawa kekenyangan, makhluk itu terbaring merehatkan diri disebelah khemah 3 sahabat itu dengan kaki yang bersilang panggung. Sungguh senang lenang gayanya. Selepas beberapa ketika merehatkan diri, makhluk hanyir kembali bangun dan mula menjenguk kedalam khemah. Mukanya yang berlendir, huduh, taring menyerigai dan mata semerah saga itu dirapatkan ke muka 3 sahabat itu seorang demi seorang. Seorang demi seorang dihidunya. Kelihatan taring yang panjang dan tajam makhluk itu melewati badan setiap dari mereka. Makhluk hanyir itu keluar semula dari khemah dan mula merangkak perlahan-lahan ke arah gigi air. Semakin lama semakin tenggelam dan hilang dari pandangan.

Kicauan burung telah berkumandang seawal jam 7.00 pagi lagi. Suasana pagi itu berkabus. Li Mat Diah telah membuka mata. Alangkah nikmatnya tidur dalam hutan itu. Kelihatan disebelahnya Abu Rumah D'Awan dan Mat Keledek masih enak dibuai mimpi. Li Mat Diah mula bangun dan mengeliat sambil mengeluarkan suara seakan-akan burung unta. Amat puas rasanya bila mengeliat dengan cara tersebut. Pernah jugak dulu kecik-kecik dia buat begitu tapi pagi-pagi itu jugak dia menangis kerana di terlempang oleh En Mat Diah dek kerana terkejut dengan bunyi burung unta yang berada disebelahnya. Li Mat Diah terus keluar dari khemah. Niat dihati nak siapkan sarapan untuk kawan-kawannya. Sebelum itu beliau telah terlebih dahulu memeriksa semua pancing-pancing disitu. Manalah tau kot-kot ada hasil. Semuanya kosong. Hidung Li Mat Diah mula tercium bau-bau yang kurang enak. Hanyir dan bau seakan-akan bangkai. Tapi langsung tak dipedulikannya. Kelihatan pada ketika itu Mat Keledek dan Abu Rumah D'Awan sudah terjongol keluar dari khemah. Li Mat Diah mula menyiapkan sarapan untuk pagi itu. Menu cekodok masin di angin lalu dicicah dengan sambal sardin cap Tesco Rawang. Air pula air Kopi Tongkat Ali 5 dalam 1. 3 sahabat telah mengelilingi menu pagi itu. Berdesup desap cekodok masin itu masuk kedalam rongga perut masing-masing.

Setelah selesai memenuhkan perut, masing-masing mula meneruskan aktiviti masing-masing. Selalunya pagi-pagi ni aktiviti casting menjadi pilihan utama mereka. Hampir 2 jam mencuba tiada seekor pun yang berhasil. Sebelum aktiviti casting tadi mereka sempat memasang umpan anak kap dimata kail masing-masing dan dibiarkan sahaja tanpa diawasi. Selepas letih casting, mereka mula berehat di tepi khemah. Kelihatan pada masa itu batang pancing Li Mat Diah telah melentur. Li mula menyentak dan mula mengarau dgn kemas. Pengalaman malam tadi dijadikan pengajaran untuk tidak mengecewakan keadaan. Ikan yang tersangkut di mata kail bertindak agak agresif. Ke kiri dan kekanan berenang dan meronta untuk melepaskan mata kail yang tersangkut kukuh di mulut. Suasana menjadi agak tegang tapi Li Mat Diah mampu mengawal keadaan. Makin lama bayang ikan makin kelihatan. Seekor toman bersaiz 4 kilo sedang bertarung dengan Li Mat Diah. Mat Keledek telah bersedia dgn penyauk ikan di tangannya. Makin lama ikan makin menghampiri tebing dan berjaya disauk oleh Mat Keledek. Abu D'Awan bersorak kegembiraan. Pada ketika itu tali pancing telah berserabut dengan tali-tali pancing yang lain dek kerana semasa ikan cuba melepaskan diri tadi, ianya telah menarik sekali tali-tali tersebut. Dah macam gumpalan maggi bila tengok tali-tali tu.

Setelah ditanggalkan ikan dari mata kail, Li Mat Diah telah membawa ikan tersebut kearah jut. Pada ketika inilah.....

"Arrghhhhhhhh...... Woiiii, mari cepat" Jerit Li Mat Diah.

Abu Rumah D'Awan dan Mat Keledek meluru datang. Pada ketika itu mereka melihat bangkai-bangkai ikan mereka berselerakan diatas tanah. Yang tinggal didalam jut hanya seekor. Dari cara ikan itu dimakan kelihatan makhluk ini mempunyai gigi yang tajam. Tak mungkin biawak dan tak mungkin juga anaconda. Getus hati Mat Keledek. Perasaan marah, kecewa dan konpius mula bermain dalam benak mereka sekali lagi. Selesai meletakkan ikan didalam jut, mereka bergegas pula untuk menyelesaikan masalah tali pancing yang berserabut tadi. Sesampai je ditempat itu, terdapat lagi kejadian aneh telah berlaku. Tali pancing yang tadi berserabut tadi telah lurus kembali dan berada didalam air seperti mula-mula mereka meletakkan umpan tadi. Bila melihat kejadian pelik ini, bulu roma masing-masing mula meremang. Masing-masing dah mula terfikir yang bukan-bukan. Setelah berbincang sekejap, masing-masing telah sepakat untuk berkemas untuk pulang.

Jauh diseberang tebing kelihatan makhluk tua yang terhinggut-hinggut itu sedang ketawa berdekah-dekah sambil melihat 3 sahabat itu pergi meninggalkan kawasan tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah ini adalah kisah benar yang pernah dialami oleh kawan-kawan sepemancing penulis disuatu kawasan empangan terbesar di Negeri Selangor. Namun watak dan jalan cerita telah diubahsuai bagi menambahkan sedikit keceriaan. Tetapi setiap peristiwa yang berlaku didalam kisah ini adalah benar sebenar-benarnya. Sekian.....

9 Juri Propesional:

sahromnasrudin berkata...

salam ramadhan echam..nie kalau tak empangan hulu selangor ..mesti empangan hulu langat kan???? betul tak...huhuhuh...

Webmaster@Echam berkata...

Hehheheh.. antara 2 empangan tulah wehhhh... keh.. keh.. keh...

Webmaster@Echam berkata...

Sharom,
Salam ramadhan dari koi juge....

akuanakpahang berkata...

Salam ramdahan almubarak.
Jangan main ngat kat empang byk penunggu hehehe......

Fadh berkata...

salam rodong,

sebelum tue koi mintok maaf klau komen koi nie nanti buat aok terase...koi baca cerita nie dr mula...bagi koi yg xpandai nie...cerite nie menarik...gaya bahasa nye pn menarik...cuma ada sedikit kesilapan iaitu susunan turutan jalan cerita yang tergantung dan melompat2 dr satu babak ke babak yang seterus nye...se lagi, dlm siri 1 (Hari telah menginjak ke dinihari. Suasana petang di tebing Empangan itu sunyi sepi tanpa hiruk pikuk manusia)...biase nye dinihari nie merujuk kepada waktu yg dh dekat2 nok ke subuh dh...sekali lagi maaf dr koi...jgn plok marah yak...

Webmaster@Echam berkata...

W'salam,
Terima kasih atas komen membina aok te. I'allah, pasni koi improve lagi.

Nerzhul berkata...

mungkin juge makhluk te tolong meleraikan tali pancing. sebagai tanda terima kasih dapat makan baung free. hehehhee

Don Balon berkata...

empangan somonyih ni..kuikui

Mazru Majid berkata...

echank...

mane se watak aok dlm cerite te?ekekke
mmg la ander mende gitu ats dunia ni..

baru terjumpe weh n3 yg ni..koi ingt aok x siap lg sambungannye...ekekkee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.