Isnin, Ogos 16, 2010

Disakat Makhluk Tua (Siri 1)

Setelah 2 minggu merancang akhirnya pada hari yang dijanjikan 3 sahabat Li Mat Diah, Mat Keledek dan Abu Rumah D'Awan pagi-pagi lagi dah bersiap. Perancangan mereka ialah untuk ke Empangan bagi tujuan memancing. Seawal mata belalang kunyit belum dibuka lagi, mereka dah sampai ke tepi tebing empangan. Benda pertama yang mereka lakukan ialah dirikan khemah sbg tempat menyimpan segala peralatan dari basah seandainya ditimpa hujan. Sedang masing-masing kusyuk mendirikan khemah tanpa meraka sedari dari kejauhan ade yang memerhatikan mereka bertiga. Makhluk tua, hitam, legam, hanyir, pekat dan melekat.

Bedeburrrrrrrr.... Dari kejauhan ditengah Empangan, Belida dan Toman sedang sibuk menghambur nafas ke udara. Berlumba-lumba mengejar anak ikan kesana sini. Berkeliaran membawa anak-anak sebesar betis budak 3 tahun. Amat riang sekali nampaknya. Selesai mendirikan khemah, 3 sahabat tersebut terus pula menyiapkan peralatan memancing mereka. Masing-masing ada yang membawa 5 batang seorang joran. Seoalah-olah ingin dipancing keseluruhan ikan di dalam empangan itu lagaknya. Yang memerhati mereka tadi makin lama semakin hampir ke tempat mereka. Mata merah menyala, taring menyerigai sampai ke pusat dan bulu-bulu hanyir serta muka yang berlendir. 3 Sahabat masih belum dapat menyedari yang mereka sedang diperhatikan.

Hari telah menginjak ke dinihari. Suasana petang di tebing Empangan itu sunyi sepi tanpa hiruk pikuk manusia. Pelik, selalu petang-petang camni boleh tengok kelibat para nelayan empangan meronda tengok jaring. Petang ni jangan kata nelayan, ikan pun dah tak menghambur nafas ke atas air. Getus hati Li Mat Diah. Dan yang amat menghairankan mereka walaupun tiada ikan yang menghambur nafas ke udara tapi pancing meraka boleh kata kerap kali mendapat ikan. Sunyi tapi meriah dgn tangkapan. Dari atas pohon ketapang, yang memerhati terus memerhati. Sesekali yang memerhati ini turun menghampiri mereka bertiga. Pada ketika inilah petua orang-orang tua menjadi pegangan meraka. 3 sahabat akan mencium bau yang amat hanyir dan busuk. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Bimbang tak dapat mengawal lidah pasti akan tertegur.

Dalam pada penuh tanda tanya, Abu Rumah D'Awan pegi juga menyiasat dari mana datangnya bau tersebut. Masing-masing hanya berani bertanya dalam hati tentang perkara tersebut. Tangkapan pada petang itu agak memuaskan. Kali terakhir melihatkan jut tangkapan mereka, semua tersenyum puas. Ikan Baung dah mula memenuhi jut. Umpan ikan kap betul-betul menjadi pada petang tersebut. Tak menang tangan mereka bila baung mula menghentam umpan.

Dari petang hari mula menginjak ke senja. Matahari dah mula terbenam diufuk timur. Senja makin merangkak ke malam. Siang yang tadi tersenyum riang mula melabuhkan tirai malam. Mat Keledek baru selesai menyediakan makan malam. Menu maggi kari sup bertatah pucuk ubi berlaukkan ikan baung salai purnama merindu. Masing-masing makan dgn lahap. Maklumlah lapar sakan. Selesai memenuhkan tembolok, masing-masing terus memenuhkan paru-paru masing-masing dgn nakotin pula. Berkepul-kepul asap naik ke udara. Sang memerhati tersenyum sambil menyerigai taring panjang hingga ke pusat melihat gelagat 3 sahabat itu. Mana tak nya. Jin kan makan asap....

Selesai memenuhkan nakotin di paru-paru, Mat Keledek teringin untuk melihat hasil tangkapan mereka. Tiba-tiba....

"Abu!!! Li!!! Mari jap" Jerit Mat Keledek.

"Ngapenyer? Ikan Baung dah jadi ikan duyung Maya Karin ke?" Jawab Abu Rumah D'Awan. Sempat lagi buat lawak.

"Marilah sekejap. Ade benda nak tunjuk ni". Kabo Mat Keledek.

Li Mat Diah dgn Abu Rumah D'Awan meluru datang.

"Hah, ngapenyer?" Tanyer Li Mat Diah.

Ni hah.. Cuba aok tengok. Bukan ke tadi ikan baung ni banyak? Dah tinggal sekor je ni. Kata Mat Keledek.

"A'ah lah... Jut kita bocor agaknyer??" Abu Rumah D'Awan cuba memberi pendapat.

"Bocor mendenyer. Takkan lubang besor kepala mancis ni ikan boleh keluar. Aok bior benor." Maroh Mat Keledek

"Ginilah, kita lepak dulu. Sambil tu kita pikir ngape boleh jadi gini" Kata Li Mat Diah seakan-akan gaya YB yang tak dicalonkan dalam pilihanraya yang lepas.

Bersambung.....

7 Juri Propesional:

sahromnasrudin berkata...

salam ramadhan..huhhh..terkezut sy...msti ada yg tak kena kan..kne tungguuuu... nie...

akuanakpahang berkata...

Bila masa makhluk halus tu membahan ikan deme?? seram gayanya citer aok nei... teruskan kawan nunggu kesudahhanya hehehe :)

Don Balon berkata...

Angkerr kembali... :)

cemomoi berkata...

hoh bulan posa deme ni terlepas kena rantei gamoknya

Mazru Majid berkata...

meratah ikan segar gayenye hantu te..sambung weh..

pakcik kordi berkata...

ah sudohh!!

deras sambung!gone gaya blh hilang gitu yak!

Webmaster@Echam berkata...

Koi doh sambung episod 2 arini wehhhhh..... Moh follow....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.