Jumaat, Ogos 13, 2010

Haiwan dan Kita

Tak sah kalau dalam sehari kita tak sebut ttg haiwan dalam hidup kita dan paling tak senang duduk kalau takde haiwan dlam hidup kita. Saling kaitan haiwan dalam hidup kita dah pun bermula sejak mula org melayu pandai mencipta perumpamaan dan pelbagai peribahasa menarik. Peribahasa ialah kalimat pendek yang disarikan daripada pengalaman yang panjang. Pernah ke kita terfikir, agak-agaklah kan, berapalah royalti kita kene bayar ke haiwan-haiwan tu kalau haiwan-haiwan ni bawak kes ni ke mahkamah antarabangsa atas dakwaan menggunakan nama haiwan sbg peribahasa atau perumpamaan tanpa kebenaran. Kalau direnung balik, org=org dulu sgtlah kreatif dan kebanyakan dari apa yang dicipta itu hampir 100 peratus terdapat kebenarannya.

Pernah jugak aku terfikir, siapalah gerangan yang memulakan projek kreatif ni. Siapakah manusia yang mula-mula mencipta peribahasa atau perumpamaan yang telah pun berzaman-zaman digunakan. Bila nampak org jalan laju digelar sebagai Lipas Kudung. Tapi kalo sesapa nak minyak lipas kudung sila tanyer Rahimin Idris. Beliau tahu macamana nak dapat. Jika ade yang susah nak bercampur dgn masyarakat digelar Kera Sumbang. Seandainya banyak mulut, mmg sah-sah kene Mulut Murai. Kalau mengikut je kehendak org lain bagai lembu dicucuk hidung. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah bermaksud pengagihan yang sama banyak. Sangat kreatif dan kena pada tempat. Cukuplah dulu 2 3 contoh untuk dikongsi. Hakikatnya mmg semua yang berkaitan dgn haiwan ada dalam kehidupan seharian kita. Persoalannya, adakah kita manusia dalam kehidupan haiwan???

4 Juri Propesional:

Mazru Majid berkata...

perumpamaan tu utk memudakan org faham koi rse..kalo x buat gitu org tak paham..wallahualam..huuhu

selamat berpuase/bersahor!

endiem berkata...

paling teruk mati katak..

akuanakpahang berkata...

Betul tu manusia dan haiwan mmg saling bersama paling jahat manusia sokmo makan haiwan tersebut :)

cemomoi berkata...

berguru dengan alam

kena bayar gaji jugak tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.