Khamis, September 30, 2010

Kalau Berpacaran



Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus


Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Sabtu, September 25, 2010

Uisshhhh.. mahalnyer wehhhh....

Adoiii lahhhhhh.. Mahal gilerrrr.... Apelah yang ade dalam tasik ni. Ikan Arapaima sisik berlian agaknyer.....


Jumaat, September 24, 2010

Pahang Blogger Gathering (Cadangan)

Baru sempat menjenguk blog. Dah lame betoi kawan cuti. Cuti berblog dan cuti keje. Minggu ni pun cuti lagi. Doh kalo owner kilang pulok. Semenjak 2 menjak ni kawan selalu tengok geng2 blogger wat gathering. Apa kata kalo geng-geng blogger Pahang wat gathering pulok. Nama je Pahang Blogger Gathering tapi pada umumnya terbuka pada semua blogger. Ada apa-apa komen???

Khamis, September 16, 2010

Kad Raye (Entry Terbaru kat Bawah)

Entry ini dah paku kat dinding sampai seminggu raye. Entry-entry terbaru ada dibahagian bawah. Raye dah nak menjelma. Kad raye pun dah mula kawan terima.



Kad Raya dari Kak Maiyah.

Rabu, September 08, 2010

RM3

Lauk-lauk dijual starting dari RM3. Inilah banyaknyer RM3. Kalo tak reti jugak nak keluarkan zakat pendapatan dari hasil jualan menguntungkan ni aku tak taulah.... Hampehhhhhhhh....


Silalah Jawab

Sila jawab soalan ini....

Senaraikan 4 langkah cara untuk masukkan seekor Zirafah ke dalam peti ais.

Silalah jawab. Senang je ni.

Khamis, September 02, 2010

Malayan Emergency (Pahang)

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 53 ni ramai dari kita yang tengok siaran Astro yang bertajuk 'The Malayan Emergency'. Aku suka tengok berulang kali kerana aku akan lebih memahami kalau tak keseluruhan tapi mungkin suku penat jerih para pejuang terdahulu memerangi ancaman serta ideologi pengganas komunis. Keganasan ini telah dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diketahui ramai dipimpin oleh seorang berbangsa Cina yang bernama Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa.



Iklan 'wanted'



Kat sini aku nak cerita serba sedikit tentang keganasan dan pengaruh komunis di negeri kelahiran aku. Negeri Pahang. Pemberontakan di Pahang telah berlaku pada permulaan Darurat lagi yang mana pada waktu itu Chin Peng telah menggerakkan keseluruhan anggotanya yang berdisiplin tinggi berjuang untuk mewujudkan pemerintahan dibawah pentadbiran Parti Komunis Malaya. Pentadbiran PKM di Negeri Pahang diserahkan kepada Regimen ke 10 PKM yang diketuai oleh Arwah Rashid Maiden. Sesuatu yang unik dalam Regimen ke 10 ialah jika di negeri lain boleh dikatakan 100% anggotanya terdiri dari Bangsa Cina tetapi di Negeri Pahang hampir keseluruhan anggotanya terdiri dari Orang Melayu. Hebat wehhhh... Pada ketika itu, British paling takut jika Orang Melayu termakan segala hasutan dan ideologi PKM. Ini kerana beberapa faktor. Antaranya ialah, Orang Melayu merupakan pecahan kaum terbesar di Tanah Melayu. Apa akan jadi kalau semua orang Melayu ikut fahaman dan terpengaruh dengan PKM. Memang senang-senang je British kena hambat balik.

Semasa pemberontakan PKM di Pahang ini, terjadi satu peristiwa yang telah mengegarkan negara pada ketika itu. Pembunuh Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney. Beliau merupakan seorang pegawai merangkap Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frazer dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat di sana. Dia ditembak mati oleh sekumpulan gerila pengganas komunis yang diketuai oleh Siu Mah. Kereta Rolls Royce telah diserang hendap di satu selekoh S kira-kira 13km dari Bukit Fraser. Siu Mah akhirnya telah dibunuh oleh orang beliau sendiri pada tahun 1959 di Ipoh, Perak Sekarang ni kawasan tersebut telah diletakkan satu papan tanda sebagai memperingati kejadian berdarah tersebut.



Sir Henry Gurney



Papan tanda

Dalam mematahkan pemberontakan PKM yang terdiri dari orang Melayu di Pahang, Britis telah menghantar seorang Melayu yang amat mahir dalam ilmu hutan. Beliau adalah Yeop Mahidin. Untuk mengetahui tentang diri beliau sila klik sini. Pemberontakan berjaya dipatahkan dan mengikut sumber Rashid Maiden telah melarikan diri ke Thailand.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.