Khamis, September 02, 2010

Malayan Emergency (Pahang)

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 53 ni ramai dari kita yang tengok siaran Astro yang bertajuk 'The Malayan Emergency'. Aku suka tengok berulang kali kerana aku akan lebih memahami kalau tak keseluruhan tapi mungkin suku penat jerih para pejuang terdahulu memerangi ancaman serta ideologi pengganas komunis. Keganasan ini telah dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diketahui ramai dipimpin oleh seorang berbangsa Cina yang bernama Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa.



Iklan 'wanted'



Kat sini aku nak cerita serba sedikit tentang keganasan dan pengaruh komunis di negeri kelahiran aku. Negeri Pahang. Pemberontakan di Pahang telah berlaku pada permulaan Darurat lagi yang mana pada waktu itu Chin Peng telah menggerakkan keseluruhan anggotanya yang berdisiplin tinggi berjuang untuk mewujudkan pemerintahan dibawah pentadbiran Parti Komunis Malaya. Pentadbiran PKM di Negeri Pahang diserahkan kepada Regimen ke 10 PKM yang diketuai oleh Arwah Rashid Maiden. Sesuatu yang unik dalam Regimen ke 10 ialah jika di negeri lain boleh dikatakan 100% anggotanya terdiri dari Bangsa Cina tetapi di Negeri Pahang hampir keseluruhan anggotanya terdiri dari Orang Melayu. Hebat wehhhh... Pada ketika itu, British paling takut jika Orang Melayu termakan segala hasutan dan ideologi PKM. Ini kerana beberapa faktor. Antaranya ialah, Orang Melayu merupakan pecahan kaum terbesar di Tanah Melayu. Apa akan jadi kalau semua orang Melayu ikut fahaman dan terpengaruh dengan PKM. Memang senang-senang je British kena hambat balik.

Semasa pemberontakan PKM di Pahang ini, terjadi satu peristiwa yang telah mengegarkan negara pada ketika itu. Pembunuh Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney. Beliau merupakan seorang pegawai merangkap Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frazer dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat di sana. Dia ditembak mati oleh sekumpulan gerila pengganas komunis yang diketuai oleh Siu Mah. Kereta Rolls Royce telah diserang hendap di satu selekoh S kira-kira 13km dari Bukit Fraser. Siu Mah akhirnya telah dibunuh oleh orang beliau sendiri pada tahun 1959 di Ipoh, Perak Sekarang ni kawasan tersebut telah diletakkan satu papan tanda sebagai memperingati kejadian berdarah tersebut.



Sir Henry Gurney



Papan tanda

Dalam mematahkan pemberontakan PKM yang terdiri dari orang Melayu di Pahang, Britis telah menghantar seorang Melayu yang amat mahir dalam ilmu hutan. Beliau adalah Yeop Mahidin. Untuk mengetahui tentang diri beliau sila klik sini. Pemberontakan berjaya dipatahkan dan mengikut sumber Rashid Maiden telah melarikan diri ke Thailand.

10 Juri Propesional:

Dyna Yvonne berkata...

blaja sejarah ari ni~
>_<

cemomoi berkata...

koi pnoh sembang dengan sorang makcik yang diajok join kominis kat temerloh... sian kat tangan dia masih ander lagi sebutir pluru hak tak dikluokan lagi

maiyah berkata...

best gak baca cite lama nih..

Don Balon berkata...

Echanc..
sementara orang2 lama yang merasai sendiri zaman komeneh di pahanc ni, aper kater kita buat satu projek temubual dan mengumpul bukti bertulis, audio dan video untuk tatapan anak bangsa.

Takde la puok2 yang komen video namewee tu kata semua Melayu datanc dari Indonesia..
Koi keturunan Patani/Kelantan/Kedah, anak negara Langkasuka yang dari zaman purba lagi duduk atas semenanjung tanah melayu ini. Orang pahang lain pun ramey gitu, cuma di Raub ada suku Rawa, di Kuantan-Pekan Kampar, di jengka Jawa dan banjar (baru-mulai 70-an) dan beberapa suku lain yang kecil.

Lagipun, ini dulu namanya Kepulauan Melayu, ikut suka kami la bergerak dalam kepulauan kami!!! Indonesia Malaya Filipina Brunei Patani semua itu sempadan lukisan penjajah sahaja!!!!

yastro berkata...

Sumer kome tgk, VAT69,Al Maunah dgn yg nih..cuma rasenye banyak yg x bape cukup arrr....kalau nk baca kisah2 yg lain masuk jotting exnuri pilot tu...kisah bekas army..

Sharinginfoz berkata...

selamat menyambut merdeka dengan erti kata sebenar

zetty berkata...

sejarah..jgn dilupakan...terima kasih sebab mengingatkan sejarah kita....

hans berkata...

sejarah ada banyak versi
ku pun xtahu nak ikut yg mana2
apa2pun ku terima yang baik jer lah

P/S : Alhamdulillah! Thanks DIGI! Thanks Nuffnang! Terima Kasih Semua!

pakcik kordi berkata...

tq weh!lama koi study sejarah...lupa dh mde2 gni..hwhehehee...

piewahid berkata...

salam,
ande yg kabo kebanyakan komunis melayu terlibat bukan kerana ideologi komunis tu keknyer atas prinsip nok memerdekakan tanahair. sayangnya deme dimanipulasi oleh puak2 tu...

p/s- tertanya2 kenapa peranan golongan ulama', skolah pondok sgt kurang dihighlightkan jasa mereka mmperjuangkan kemerdekaan negara.

****************************************

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan.

5. Berhati-hati di jalanraya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.