Sabtu, Oktober 30, 2010

Kelate Juara

Akhirnya penat lelah selama semusim membuahkan hasil. Kelantan Juara Piala Malaysia mengalahkan Negeri Sembilan dengan 2 gol berbalas 1. Tahniah untuk pasukan Kelantan. Kepada yang dah menang beating RM5 tu semoga dapat gunakan duit tu untuk bayar hutang kedai mamak.. kah kah kah.....


Selasa, Oktober 26, 2010

Nyanyian Serambi

Baru ni pegi minum dengan sorang rodong. Dia kabo ke kawan ttg lagu ni. Penuh dengan maksud tersurat dan tersirat. Cubalah wokme renung-renungkan.....



Keluar pagi balik petang
Adakala sampai malam
Cari rezeki bawa pulang
Buat orang yang tersayang
ooo bersabarlah

Wajahmu dimana mana
Senyum kasih mesra kasih
Cinta murni kan bersemi
Bersama ketulusan budi
ooo bersemilah

[Bridge]
Lama kucarik rahsia kaseh
Rindu kaseh untuk berkaseh
Senang senang duduk di serambi
Senandung lagu puisi
Zikir zaman nyanyian zaman

[Chorus]
Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung
Biar emas setinggi gunung
Kan ku peluk rimbun ampun
Rahmat yang Maha Agung

Paul Dah Mati


BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan. - AFP

Alhamdulillah

Alhamdulillah blog dah ok. 3 hari tak boleh nak bukak sbb google blok. Diorang kabo blog ni ade menjalankan aktiviti-aktiviti yang tak sepatutnya. Takkanlah baru usik-usik sayang dgn kerajaan BN dah kene blok ye dak. hehehhehee....

Selasa, Oktober 19, 2010

Bunyi HON

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang.


? 1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”
?
2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
?
3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
?
1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
?
2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
?
4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;

<>

<>

<>

<>

<>

<>

<>

<>

<>

<>

<>

<>

<>



TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

Ahad, Oktober 17, 2010

Fraser's Hill

Arini cuti dan kawan takde mende nak buat kat rumah. Sebab boring punya pasal kawan ngajak ler Cikgu KKb pegi jalan-jalan ke Fraser's Hill. Dekat je dengan rumoh. Dalam 40km. Sampai pulok ke the Gap ngam2 gate nak tutup untuk masa mendaki. Sampai ke atas pukul 12 tengahari. Selepas beberapa sesi bergambar bersama peminat maka pegilah lepak kat Air Terjun Jeriau untuk aktiviti makan-makan sambil kenyang. Sebelum ni kawan bayangkan Fraser's Hill ni sejuk tapi taklah sesejuk mane. Sejuk Genting ngan Cameron lagi tapi suasana mmg aman damai ler. Taklah sesibuk Genting dan Cameron kalo time ari Ahad ni.


















Khamis, Oktober 14, 2010

Perangai HUDUH......

En/Pn: GAFUR Agg Num: 801913518769. Kami ingin mengingatkan pihak anda untuk membuat bayaran AEON sblm 18/10. SMS 0123226190 utk pertanyaan. * Wakil AEON.

Haaaa.. itulah sms yang kawan terima petang tadi. Masuk arini dah 2 kali dapat sms macam ni dan kali ke 2 kes ini berlaku. Kali pertama dulu kat no henpon 012. Tiap-tiap hari orang AEON telefon minta suruh bayar hutang dia. Yang berhutang tu pulak namanya Rohani. Perangai macam celaka. Huduh kalahkan bau longkang. Dah berhutang pastu bagi no telepon orang lain pula kat AEON. Tapi selepas beberapa kali Staff AEON kene maki dgn kawan barulah diorang tak telefon lagi. Untuk kes kat atas tu pulak diorang hala ke no 013 kawan. Haaaa, kawan nunggu je ni untuk diorang call. Lame jugak dah ni tak marah ngan sekolahkan org. Idea dah banyak ni. Cuma tunggu masa je nak muntahkan kat dalam telinga diorang. Tunggu!!!!!!!!

Nak Kena Lempang

Mintok para-para cikgu tolanglah ulas sikit.. kehkehkeh....


Selasa, Oktober 12, 2010

Kenangan - JAYA

Pagi tu pagi Sabtu. Sebelum Burung Murai bangun lagi aku dah mandi pagi tu. Malam tadi mok aku pesan pagi ni kene pegi Jerantut. Ahhhh, sebut je Jerantut dalam usia 8 tahun boleh menyebabkan kecoh 1 Gelanggi. Ehh silap bukan 1 dalam bentuk tu tapi satu dalam bentuk perkataan. Selepas sarapan nasi goreng terus naik moto ngan apak aku tunggu bas kat kedei. Dalam kul 8 lebih datanglah Bas Leng Huat satu-satunya bas yang menawarkan perkhidmatan bas antara bandar masa tu untuk ke Jerantut. Bas mula bergerak menyelusuri jalan bengkang bengkok Kg Sg Bangkong. Bergegor dinding bas kiri dan kanan ketika mengambil lap selekoh Sg Bangkong. Kadang2 boleh nampak minyak enjin terpancut keluar melalui enjin yang terletak dibahagian drebar. Ntah apa-apa. Pesen jenis nak duit je tapi servis bas maleh.

Perjalanan aritu agak slow sbb ramei sgt org. Bukan setakat mcm sardin lagi tapi dah macam pindahkan jin ke tempat lain punyer sendatnyer. Semua nak pegi tempat yang same. Aku pun dengo kabo nak pegi tempat tu jugak. Makin lama bas makin slow dan berhenti di tepi jalan. Enjin mati. Prentan nilah bas nak buat heiii. Tapi skill pakcik drebar dan konduktor yang bernama Wak Din mmg hebat. Dgn hanya 1 sentuhan bas mampu dihidupkan. Pakcik drebar start sambil pam minyak, wak din ketuk dgn besi bukak tayar kat tempat starter. Setle... Menderum bas hidup. Zaman sekarang ni ade drebar ngan konduktor berani wat camtu. Baik lepak tepi jalan lagi best sambil pasang lampu hazard. Penumpang plak dok je bawah pokok sambil tunggu bas lain sampai. Kalo drebar dulu wat pesen sekarang mmg jawabnyer sampai ke subuh ari lusa pun takde bas ganti datang sbbnya tu jelah sebiji bas yang ade kat kawasan tu.

Perjalanan diteruskan sampai ke Bandar Jerantut. Pergghhhh.. dah sampai pun tempat dituju. Supermarket JAYA. Kalo KL boleh bangga dgn Yaohan, Jerantut pulok ada JAYA. Masuk dalam JAYA ibarat macam masuk Yaohan. Boleh naik tangga tapi tak bergerak. Lif jgn kabo ler. Mmg takde. Hidung kembang kempis sbb ari Isnin ni konpom dah ade modal nak sembang dgn budak-budak kat sekolah. Sudin ngan Tapa mesti terlopong ari Isnin ni bila tau aku pegi Jaya Jerantut. Kat Jaya aritu aku pow apak aku suruh belikan pensel tekan. Kali ni beli yang pesen boleh isi semua ubat penselnya. Warna hijau celoreng. Ala-ala warna celoreng askar. Agak lawa dan tambah smart bila aku letak kat poket baju. Megoh mase tu bile pegi sekoloh. Hidung kembang kempis bila budok-budok tengok pensel tekan aku. Dalam hati berbunga-bunga macam budak-budak lepas SPM dah dapat lesen keluor dgn awek. Tapi sayang seribu kali sayang. Pensel tekan aku tahan 2 hari je. Pastu ada kutu sapu pensel aku tu. Kesiannnnnnnn....

Isnin, Oktober 11, 2010

Peraturan Untuk BF Anak Aku

Sumber: Email dari rodong.

Sebelum apa-apa baik baca dulu. Sebarang kesulitan dan kecederaan parah selepas daripada ini adalah tanggungjawab anda sendiri.

Peraturan 1
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,

Bapak Kepada Gf ko.

Menarik Bulan Ini

Sesuatu yang menarik tentang bulan Oktober 2010.

Mempunyai 5 kali Jumaat

Mempunyai 5 kali Sabtu

Mempunyai 5 kali Ahad

dan kitaran ini akan berlaku setiap 853 tahun yakni pada tahun berikutnya ialah tahun 2863.

Berlalu Sudah 10.10.10

Berlalu sudah tarikh 10.10.10. Memang semalam ramai yang memilih tarikh tu sebagai tarikh keramat untuk melangsungkan perkahwinan dan pertunangan. Tarikh semalam jugak merupakan tarikh bertuah dan tercantik seandainya ada bayi yang memegang tarikh lahir pada tarikh tersebut. Memang kembag ler hidung bila besor nanti. Sah-sah glemer sbb ade tarikh lahir cantek. Satu kita kene ingat, untuk kita melalui tarikh sedemikian lagi ialah 100 tahun tahun akan datang iaitu pada 10.10.3010. So apa lagi, buatlah perancangan dari sekarang apakah akan kita lakukan pada tarikh cantek itu nanti. Samada nak adakan majlis pertunangan, pernikahan, sambut bayi baru dan menyambut bini baru. Tapi ingat jangan jadikan tarikh itu sebagai tarikh bersejarah kerana muka anda masuk surat kabo disebabkan kene curah asid gara-gara pandai sangat tukar bini baru... kehkehkeh.

Kemalangan maut di Alor Gajah


Sumber: Harakahdaily

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

Sabtu, Oktober 09, 2010

Saje Promote

Semalam kawan telah berhempas pulas mewujudkan satu blog untuk Cikgu Prasekolah. Kepada pengunjung atau pembaca yang ada anak dalam aliran Prasekolah bolehlah mengikuti blog ini. Kewujudan blog ini adalah bagi memperkenalkan dengan lebih dekat kepada yang belum tahu apa itu pengajaran dan pembelajaran di Prasekolah. Jemput follow.......

Mentadak Mentadu

“Mentadak mentadu, macam mana Abg Releven tidur.” Ha macam nie, kata Along sambil menelentangkan seekor mentadak yang berada di tangannya.

Ha! Ha! Ha! Ketawa Along dan Angah melihat mentadak yang ditangkap mereka terlentang sambil kakinya terangkat ke atas.

Mesti ramai yang masih teringat peristiwa kat atas tu. Jika dipetik dari wikipedia ini infonya.

Mentadak, mentadu, cengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen).

Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai.

Sejenis haiwan yang lemah dan tak mempunyai apa-apa senjata untuk mempertahankan diri. Tak seperti lebah dan tebuan yang mempunyai sengat dan bisa. Apa yang mampu mentadak mentadu buat untuk pertahan diri ialah menakutkan pemangsa dengan cara mengembangkan sayap dan kaki-kakinya supaya nampak lebih besar. Dulu-dulu kalo dapat je mentadak mentadu ni jawabnya, sampai matilah haiwan ni kene tanyer camne sipolan sipolan tido. Persoalannya, kenapa kita tanyer mentadak mentadu tentang tido. Kenapa kita tak tanya tenuk ke, lipan bara ke dan paling rare kita tanyer je kat burung unta. Mesti lagi hensem cara dia tido kan.... kehkehkeh.

Jumaat, Oktober 08, 2010

Salam Sejahtera

Salam. Jarang sungguh kawan mengupdate sekarang ni. Bukan taknak update tapi kengkangan masa dan masalah line internet yang agak ketara skang ni. Tapi alhamdulillah, semua dah selesai. Keje pun berjalan mcm biasa balik. Lepas ni dah start nak bagi tumpuan pada blog balik sbb dah lama sgt tinggalkan dunia blog ni. Dalam pada senyap ni ade jugak yang dtg menjenguk tapi mmg takde org kat rumah. Kat bawah ni ada gambar. Patutnya kat setiap baju kene ade tag ni. Untuk org lelaki suke ler tapi pada akak-akak mesti moncong ye dak... hahhahaha

Khamis, Oktober 07, 2010

Pahang Blogger Gathering (Entry baru kat Bawah)

Tengok pada komen-komen tu kawan nampak respon positif. Ni yang wat seronok ni. Jadi sebagai langkah mula bior kawan yang start dulu. Kawan wujudkan entry ni untuk sama-sama kita bincangkan tentang gathering kita. Mohlah kita berbincang secara serius kat sini.

Isnin, Oktober 04, 2010

Nak Jadi Pegawai Imigresen

Pagi tadi bila bukak je TV dengar berita ade Pegawai Imigresen dapat RM6K sehari sbb rasuah. Mmg celaka hidup sbb manusia-manusia camnilah yang penuhkan Malaysia dgn pendatang Haram dari Indon, Myanmar, Nepal, India dan Bangladesh. Hidup kerana duit. Habis buncit perut anak bini makan duit haram. Seruan aku kepada semua rakyat Malaysia. Lepas ni jangan susah-susah didik dan asuh anak untuk masuk Malaysian Idol, OIM, AF, MENTOR dsb tapi didiklah anak-anak untuk jadi PEGAWAI IMIGRESEN..... Lagi cepat KAYAAAAAAA!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.