Selasa, Oktober 12, 2010

Kenangan - JAYA

Pagi tu pagi Sabtu. Sebelum Burung Murai bangun lagi aku dah mandi pagi tu. Malam tadi mok aku pesan pagi ni kene pegi Jerantut. Ahhhh, sebut je Jerantut dalam usia 8 tahun boleh menyebabkan kecoh 1 Gelanggi. Ehh silap bukan 1 dalam bentuk tu tapi satu dalam bentuk perkataan. Selepas sarapan nasi goreng terus naik moto ngan apak aku tunggu bas kat kedei. Dalam kul 8 lebih datanglah Bas Leng Huat satu-satunya bas yang menawarkan perkhidmatan bas antara bandar masa tu untuk ke Jerantut. Bas mula bergerak menyelusuri jalan bengkang bengkok Kg Sg Bangkong. Bergegor dinding bas kiri dan kanan ketika mengambil lap selekoh Sg Bangkong. Kadang2 boleh nampak minyak enjin terpancut keluar melalui enjin yang terletak dibahagian drebar. Ntah apa-apa. Pesen jenis nak duit je tapi servis bas maleh.

Perjalanan aritu agak slow sbb ramei sgt org. Bukan setakat mcm sardin lagi tapi dah macam pindahkan jin ke tempat lain punyer sendatnyer. Semua nak pegi tempat yang same. Aku pun dengo kabo nak pegi tempat tu jugak. Makin lama bas makin slow dan berhenti di tepi jalan. Enjin mati. Prentan nilah bas nak buat heiii. Tapi skill pakcik drebar dan konduktor yang bernama Wak Din mmg hebat. Dgn hanya 1 sentuhan bas mampu dihidupkan. Pakcik drebar start sambil pam minyak, wak din ketuk dgn besi bukak tayar kat tempat starter. Setle... Menderum bas hidup. Zaman sekarang ni ade drebar ngan konduktor berani wat camtu. Baik lepak tepi jalan lagi best sambil pasang lampu hazard. Penumpang plak dok je bawah pokok sambil tunggu bas lain sampai. Kalo drebar dulu wat pesen sekarang mmg jawabnyer sampai ke subuh ari lusa pun takde bas ganti datang sbbnya tu jelah sebiji bas yang ade kat kawasan tu.

Perjalanan diteruskan sampai ke Bandar Jerantut. Pergghhhh.. dah sampai pun tempat dituju. Supermarket JAYA. Kalo KL boleh bangga dgn Yaohan, Jerantut pulok ada JAYA. Masuk dalam JAYA ibarat macam masuk Yaohan. Boleh naik tangga tapi tak bergerak. Lif jgn kabo ler. Mmg takde. Hidung kembang kempis sbb ari Isnin ni konpom dah ade modal nak sembang dgn budak-budak kat sekolah. Sudin ngan Tapa mesti terlopong ari Isnin ni bila tau aku pegi Jaya Jerantut. Kat Jaya aritu aku pow apak aku suruh belikan pensel tekan. Kali ni beli yang pesen boleh isi semua ubat penselnya. Warna hijau celoreng. Ala-ala warna celoreng askar. Agak lawa dan tambah smart bila aku letak kat poket baju. Megoh mase tu bile pegi sekoloh. Hidung kembang kempis bila budok-budok tengok pensel tekan aku. Dalam hati berbunga-bunga macam budak-budak lepas SPM dah dapat lesen keluor dgn awek. Tapi sayang seribu kali sayang. Pensel tekan aku tahan 2 hari je. Pastu ada kutu sapu pensel aku tu. Kesiannnnnnnn....

14 Juri Propesional:

kakcik berkata...

Kutu tu mesti jeles giler dari mula terpandangkan pensil tekan aok tu!

relevan berkata...

Jaya supermarket sudah tiada lagi..awek awek kerja situ semua sudah pindah kat Aktif atau pun TF Value..

akuanakpahang berkata...

Kalau Jaya supermarket tu byk kenangan dia kawan pun penah juga ushar awek2 kat situ dulu2 :)

cemomoi berkata...

ander lagi ke pasaraya jaya ni, kat bentong dulu ander juga.. tempat bebudak merembat barang...

Don Balon berkata...

Kuikui..
Aok pun melenghuat jugek ke weh? kuikui
Koi dulu tok pernoh keluor dgn ayoh koi..
sokmo dengan rodonc..
Dengan Along sbeloh rumoh komeh simpan duit tabung..keluor Jaya jerantut jadi acara tahunan..
Dengan Reza sepupu along pulok komeh kluor ke temerloh..
Reza dengan along tak boleh keluor sekali sebab dengan sain kontrak maleh berodong kuikui
itu cerita zaman kanak-kanak la..le ni okey je doh kuikui

endiem berkata...

Jaya supermarket Jeratet atas bukit simpan masuk sg.jan ke?.

sahromnasrudin berkata...

masalahnya JAYA Supermarket tue berjaya atau tak? klu tak, baik tukar pi mundur je hehehehhe

Cik SHiNJU berkata...

hehehe...kenangan mengusik jiwa yek..
mase skolah2 dulu mmg suke pow ayah klu p supermarket...pensil smpai berlebih...kaler lg..huhuhu...

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum,

Masa kita kecik2 dulu kalau sebut aja keluor kebando seronok bete kita yek..

Tapi

JAYA Supeermarket...hanya tinggal nama dah sekarang ni.

Hisyam Muhibah berkata...

masa kecik2 keh ket raub memang selalu pegi Jaya raub.. memang beh dan rasa bangga kalo pergi.. Jaya raub belakang bala poleh sebelah panggung wayang.. lepaih ada bandar baru, Jaya pun pindah sana.. tapi tak lama meniaga.. dalam tahun 90an berkubur lah Jaya Supermarket. pernah pergi Jaya Jerantut sekali dua masa sekolah ket jantet dulu.. maca oak jugok, selalu ajak abah keh beli menan kat Jaya. dan aiskrim kon pun selalu beli.. sekarang Jaya sudah berkubur. tapi KEdai runcit JAYAnti masih ada ket Raub.

Fadh berkata...

hahaha jerantut skrg dh hebat... Pasaraya dh berlambok...rumah burung walit pun canggih2 hehehehe

kakpah berkata...

bas dulu-dulu tempat duduk keras. tempat penyandar di bahagian kepala tu besi. kalau terhangguk-hangguk terlelap lepas tu gedegang kepala ke belakang, pasti terantuk kat besi tu. Hilang mengantuk..

Jejaka Desa berkata...

Ande lagi ke Jaya Jerantut ter.Lame amat dah koi tak kesane.

hai berkata...

heran gak ek...punya la byknya cawangan Jaya,apsal TF masuk je terus semuanya bungkuss!!
pesen tekan tu mmg best pe...comei!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.