Sabtu, Oktober 09, 2010

Mentadak Mentadu

“Mentadak mentadu, macam mana Abg Releven tidur.” Ha macam nie, kata Along sambil menelentangkan seekor mentadak yang berada di tangannya.

Ha! Ha! Ha! Ketawa Along dan Angah melihat mentadak yang ditangkap mereka terlentang sambil kakinya terangkat ke atas.

Mesti ramai yang masih teringat peristiwa kat atas tu. Jika dipetik dari wikipedia ini infonya.

Mentadak, mentadu, cengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen).

Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai.

Sejenis haiwan yang lemah dan tak mempunyai apa-apa senjata untuk mempertahankan diri. Tak seperti lebah dan tebuan yang mempunyai sengat dan bisa. Apa yang mampu mentadak mentadu buat untuk pertahan diri ialah menakutkan pemangsa dengan cara mengembangkan sayap dan kaki-kakinya supaya nampak lebih besar. Dulu-dulu kalo dapat je mentadak mentadu ni jawabnya, sampai matilah haiwan ni kene tanyer camne sipolan sipolan tido. Persoalannya, kenapa kita tanyer mentadak mentadu tentang tido. Kenapa kita tak tanya tenuk ke, lipan bara ke dan paling rare kita tanyer je kat burung unta. Mesti lagi hensem cara dia tido kan.... kehkehkeh.

7 Juri Propesional:

endiem berkata...

orang belah pekan panggil binatang gegancong.

Webmaster@Echam berkata...

Beloh koi panggey mentadok mentadu... Kurus kering je....

relevan berkata...

Lor heh ! he he!..ngape kawan masuk dalam ini cerita..

Nanti kawan tangkap bawa mentadak mentadu ni pada Rosli Ghani..

'' Mentadak mentadu macam mana dan apa nombor yang keluar esok ''..Wakaka!

akuanakpahang berkata...

Supa la org beloh jerantut nei sebut gegancong juge ..ralit yeek main ngan gegancong :)

Insan Marhaen berkata...

teringat masa IM pakai seluar pendek tapi tak berbaju. berkaki ayam duduk tepi parit. tangkap cekcibo...

Cik SHiNJU berkata...

popaleh...buruknye gaya relevan tdo yek...terpukang kaki ke atas...mende la dia mimpi smpai jd gitu gamoknyer..huhuhu...

Jejaka Desa berkata...

Jarang dah koi jumpe gancung ni weh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.