Isnin, November 15, 2010

Alhamdulillah... Selamat

Kawan sampai rumoh dari keje tadi kul 7.30 petang. Sampai dumoh masuk je bilik tercium bau hangit terbakor. Dalam hati kawan, enjin moto yang hangit ni. Lepas mandi lepak-lepak tengok TV sambil pekene Pizza masih lagi tercium bau hangit. Bercerita juge dgn Cikgu Aini apa yang hangit ni. Hati kawan makin tak sedap. Lantas kawan bukak pintu dan menuju ke moto sbb kawan rase moto kawan yang hangit tu. Tapi moto takde mende pulok. Elok je baunya. Sekali kawan nengok ke atas, Masya Allah, api dah mula makan siling umoh kawan. Berlari kawan suruh Cikgu Aini keluor dari rumoh. Jiran sebeloh pun meluru keluor bila kawan jerit suruh telepon BOMBA. Masing-masing dah panik. Dari hasil pemerhatian kawan api tu berpunca dari litar pintas. Tanpa berlengah kawan ambik batang penyapu cuba ketuk wayar yang berlaga sama sendiri tu. Langsung tak mau api tu padam. Datang sorang anak jiran dgn sekali libas je tertanggal wayar yang bersentuh tu.

Tak lama lepas tu sampailah anggota polis, bomba dan TNB dan mula memeriksa. Mmg betul berlaku litar pintas dengan pendawaian elektrik umah kawan. Syukur Alhamdulillah sebab hanya siling yang terbakar. Seandainyalah terbakar tadi, mau satu deret umah teres kat sini rentung sbb pendawaian elektrik kat sini bersambung antara rumah-rumah yang lain. Kepada jiran-jiran yang terlibat malam ni kawan ucapkan terima kasih kerana prihatin dan saling bekerjasam dalam membantu kawan tadi. Tanpa anda mau rentung umah kawan. Kepada anggota-anggota Bomba, Polis dan Kakitangan TNB, kawan ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana wokme tetap datang walaupun keadaan hujan lebat tadi. Terima kasih atas semuanya.






12 Juri Propesional:

zulkbo berkata...

salam..
ALLAHUAKBAR!!
Nasib baik..alhamdulillah..
selamat semuanya..risau koi
bila membacanya..

Ieda Al-Habsyi berkata...

ishh...mujur semua selamat, berderau gak baca ni! risau pulak rasa. sebab litar pintas berlaku tanpa diduga, wayar yg berselirat tu sama cam kat depan bilik saya, adoii seram pulak rasa :)

Saliza berkata...

Nasib baik selamat semuanya..
dah la musim2 nak raya ni..
Slmt hari raya korban ye Cham.

::FAIZ FARISH:: berkata...

Selamat Hari Raya AidilAdha

fikaryna berkata...

nasib baik selamat..

dugaan raya ni..bahaya kena tgk2 jugak..litar pintas tak terjangka yek..

akuanakpahang (AAP) berkata...

Salam goner boleh jadi gitu? raban juga alhamdulillah selamat semuanya.

Salam ziarah Eid Idul Adha MUBARAK!
*Bz ckit hari nie :(

ozzy berkata...

salam..

Litar pintas ni mmg bahaya..apapun alhamdulillah tiada yg jadi korban.

p/s - nengok pada wire tu pun mcm dah lama wire tu..mcm dah reput..elok pasang trunking sblm digigt tikus.

cemomoi berkata...

alhamdulillah Allah melindungi oak semua dan jiran tetangga daripada bencana yerk..

Cik SHiNJU berkata...

Salam...

Alhamdulillah..
mujur x dan merebak api tu yek..
bahaya litar pintas nih..kala dh merebak tu sekejap jer rentung semer..mujur aok prihatin ke bau hangit ter..Syukur..

HonEyBuNNy berkata...

alhamdulillah....

salam aidil adha~~

cikgu isza berkata...

salam,
alhamdulillah semuanya selamat..
memang kalau bau pelik macam benda terbakar ni tak boleh dipandang ringan..
berhati2 selalu yer..

azzey berkata...

Echam: Allahuakbar......Nasib baik awok selamat! Alhamdulillah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.