Jumaat, November 12, 2010

Kenangan - Alahai Peniaga Melayu

Seumur hidup ni 2 kali pernah dimalukan oleh peniaga. Sekali kat JB. Sekali lagi kat Restoran Jejantas Sb Buloh. Masa kat JB tu kejadian berlaku di Stesen Bas Larkin. Dalam poket ade sikit duit kertas. Masa tu tengah tunggu bas Pahang South Union dari JB ke Temerloh. Masa tu nak tepon mak sbb nak bagitau dah nak balik ke Kota Gelanggi. Duit syiling kebetulan habis masa tu. Niat hati nak pegilah pecah duit utk dapatkan duit syiling. Sampai kat satu kedai tu kawan kuarkanlah duit kertas RM2 untuk ditukarkan dgn duit syiling.

Echam: Pakcik, saya nak tukar duit syiling boleh? (sambil mata melirik tengok duit syiling penuh sebalang kat tepi meja dia).

Peniaga: Tak boleh (smbil sibuk melayan 2 3 orang Warga Singapura)

Echam: Takpelah.

Lepas tu kawan ambiklah sebungkus gula-gula dan menghulurkan duit kertas RM2.

Peniaga: Duit syiling takde ke?

Echam: Takdelah pakcik. Ni je yang saya ada.

Peniaga: Oooo.. takde takpelah. (Sambil tangan mengambil balik sebungkus gula-gula dari tangan kawan dan diletakkan kembali dalam bekas gula-gula dikedai beliau).

Lepas tu kawan terus keluar sambil dalam hati sedih sbb baru je lepas kene malu dengan peniaga Melayu dihadapan Warga Singapura yang Berbangsa Cina.

Dalam kes ke 2 berlaku di Kedai Sukan Al Ikhsan, Restoran Jejantas Sg Buloh. Hajat kawan haritu nak beli kasut Futsal. Masa mula2 masuk ke kedai tu, nampak seorang pelayan sedang kusyuk mengadap komputer. Bila masuk je kawan terus mencari kasut Futsal. Ada sepasang kasut cantik tapi saiz tak ok dengan kawan.

Echam: Dik, boleh tak carikan saiz 7.

Budak Melayu: Abg tengok kat hujung sana.

Echam: Ok

Lepas mencari kira-kira 5 minit kawan tak jumpa saiz tu. Pergi lagi sekali berjumpa budak Melayu tu.

Echam: Dik, takdelah saiz ni. Blh tlg carikan tak. Saya nak beli kasut ni.

Budak Melayu: Abg tengok dekat HUJUNG SANA... HUJUNG SANA.... (suara dah makin tinggi)

Kawan terus lagi pergi mencari kat HUJUNG SANA. Lepas 10 minit, kawan datang dengan penuh soapan bertanya.

Echam: Dik, minta maaf yer, mmg takdelah dik saiz 7 ni.

Budak Melayu: Huuuuuuhhhhhh.... (melepaskan nafas sambil terus mengadap komputer).

Echam: Ade ke tak yer kasut ni.

Budak Melayu: Kalau dah cari tu takde, maknanya takdelah. (suara cukup tinggi)

Echam: Takpelah kalau dah takde. (Cakap sambil rendahkan suara)

Disebelah mem dah mula cuit ajak keluar je dari kedai tu. Akhirnya kawan terus keluar dari kedai dgn muka yang mmg malu gila. Sampai sekarang ni nama je Kedai alatan sukan AL-IKHSAN mmg kawan tak masuk dah. Lantaklah diorang nak offer sampai 100% pun. Mmg kawan boikot terus.

11 Juri Propesional:

akuanakpahang berkata...

Kes kedua tu kalau kurang sabor emboh makan penampor budok tu singgoh ker orang hok baran sikit dapat pe'adoh dia :)

relevan berkata...

He he! gitu lah yer..kawan paling nyampoh jika masuk kedai kasut ..ada je pekerja yang ngondeng ..padahal kita nak tengok tengok saja..

cemomoi berkata...

kalu koi maunya kena sound skali...

Cik SHiNJU berkata...

Salam...

Penyabornyerrrr awok ni wehhhhhhhh...
Koi x rajin kena lg mcm tu tp kalau kena mmg koi SOUND kaw2 punyer...

Mimie.Candy Cane berkata...

sakit hati koi kes pakcik yang ambil balik gula2 tu masuk tabung balik..nepa aok x sound je weh?

Insan Marhaen berkata...

bukan salah kedai tu...

Mazru Majid berkata...

salam...

ish3x..gitu lah org kite,kadang te terlupe pelanggan adalah raja,kata omputih costumer always right..

aok ni penyabo amat yak cham..kalo koi la..mau hamun gitu ajek cham...

koi setuju dgn rodong atas td te,bukan saloh kedei weh..saloh pekerjenye te kena buang terus..

baru ni koi ke al ikhsan temerloh,oang umoh nak beli sweater,elok amat bebudok pelayannye melayan ke kelakor kome nih dangan anok koi yg nyepok bolo lg..deme diam jek..tak hamun pun..hehe mungkin org temrloh ni baik2 belake...

Fadh berkata...

mengecam echam kerana membiarkan diri dimalukan oleh peniaga2 keparat!





eh...terkecam plak sampai ke blog hehehehe

hai berkata...

emmm...ni la sikap org kita...pandai meniaga tapi servis selalu hampeh!!bila kita x beli ngan diorang kata x de semangat nak tolong bangsa sendiri....koi penah kena kat pekan sari je pun....zaman tu koi x berapa suka makan cili api...jadi koi mintak beli sikit je la...RM1.00..sedangkan dia dah buatkan selonggok RM2.00....dah la dia x beri,dia leh sound plak 'nak beli,beli.. x nak sudah'!tu peringkat makcik2 dahtu...abih camno!!baru meniaga kat pekan sari,duduk bersila atas jalan je pun dah berlagak...

Don Balon berkata...

pergh..said weh..
yang kedua tu la masaaloh pekerja..
tu yanc koi maleh nok menege tu kuikui

ezzati berkata...

kes ke 2 tu...baiknyeeee jawab..kalo aku mesti dah sound balik...kasi sume customer dalam tu dengar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.