Jumaat, November 19, 2010

Mayat amah Indonesia ditemui dalam tong sampah di Arab Saudi

JAKARTA: Indonesia menuntut siasatan terhadap laporan bahawa seorang pembantu rumah dari negara itu dikatakan dibunuh oleh majikannya di Arab Saudi dan mayatnya dibuang ke dalam tong sampah - kes penderaan kedua yang dilaporkan minggu ini.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memberitahu pemberita demikian selepas mesyuarat Kabinet bagi membincangkan keperluan melindungi ratusan ribu rakyatnya yang pergi ke negara Asia Barat untuk bekerja.
Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Muhaimin Iskandar, berkata pasukan kedutaan dihantar ke bandar Abha bagi menyiasat dakwaan bahawa pembantu rumah berusia 36 tahun itu, Kikim Komalasari, sudah dibunuh oleh majikannya.
Leher wanita itu dilaporkan dikelar manakala di seluruh badannya terdapat luka besar.

“Sungguh mengejutkan untuk didengar...ia di luar batasan kemanusiaan," kata Susilo.

Bagaimanapun, Presiden Indonesia itu berpuas hati dengan tindakan segera kerajaan Arab Saudi.

“Saya harap pelakunya akan dihukum mengikut undang-undang," katanya.
Laporan itu muncul ketika sepasukan pegawai Indonesian menuju Arab Saudi untuk mendapatkan pembelaan dan rawatan kepada seorang lagi pembantu rumah, Sumiati Salan Mustapa, yang dimasukkan ke hospital di Madinah sejak 8 November lalu.

Majikan wanita berusia 23 tahun itu didakwa membakar, mematah jari dan menggunting bibir mangsa. - AP

p/s: Hahh.. takde pulok Kumpulan BENDERA buat demo ngan baling taik kat depan Kedutaan Arab yak.

9 Juri Propesional:

akuanakpahang (AAP) berkata...

Kes naya nei..apapun geng pak arab nie hebat juga ganeznya :(

akuanakpahang (AAP) berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cemomoi berkata...

heee pak arab tak paham cakap indon, tu deme maleh demo, kalu kita ni deme tau kita paham base

zulkbo berkata...

salam..
kesianlah..siapa
la punya kerja nih??

relevan berkata...

Sadis..

::FAIZ FARISH:: berkata...

ape nak jadi la...

ummu berkata...

kes betul2 naya ni.erm salah seorang pembantu akak pernah kerja kat arab saudi.macam2 yg dia ceritakan ttg naseb prt di sana dgn akak tapi kiranya majikannya ok dan baik,siap sponsor gi umrah.

yastro berkata...

Kesian gak kat mangsa tu....tapi tu lah,seb bek kt sana...kalau kat sini,kompom ade geng2 yg nyalak2 kat k'dutaan kita.

░♥si lampu neon♥░ berkata...

AYOOO GANAS NYE ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.